"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, September 1, 2013

Tanda Putera filem patriotik yang patut ditonton !



Semalam 31 Ogos 2013 , Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-56 . Alhamdullilah, kita patut bersyukur sebagai anak jati Malaysia yang merasai kemerdekaan/kedamaian/pembangunan/pemodenan hasil dari pengorbanan pemerintah-pemerintah dahulu untuk menjadikan Malaysia as Malaysian seperti sekarang .



Selepas aku tengok the making of tanda putera pada 30.8.2013 yang lalu , terus aku ajak ayah aku pergi wayang pada keesokkannya. kenapa ajak ayah? sebab ayah ada pada zaman Tun Abdul Razak dan Tun. Dr.Ismail dahulu . ayah sempat merasai 13 mei 1969 dan dia lebih menghargai hasil kerja Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sanggup menghasilkan sebuah filem  adaptasi dari sejarah yang lampau berdasarkan fakta yang ada . ayah banyak menguatkan lagi kefahaman aku mengenai sejarah masa zaman pemerintahan Tun Abdul. Razak yang ditunjukkan dalam filem ni .


Menonton wayang di Megamall Perai , Penang pada 31ogos 2013 , sebelum itu ,seperti sedia tahu, Penang satu2nya negeri yang tidak dibenarkan menayangkan filem Tanda Putera padahal filem ini termasuk dalam skim filem wajib tayang di panggung seluruh Malaysia mulai 29 ogos 2013 . tapi pada 30 ogos 2013 permit larangan tayang di Panggung wayang Penang ditarik balik . dan start 30 ogos yang lalu juga, seluruh pawagam di Penang menayangkan filem ini  :) .Walaupun di panggung yg aku pergi ni  kurang promosi filem Tanda Putera tapi biarlah . kat sini , mana ada nyayian lagu Negaraku mcm kat panggung lain sebelum tayangan filem.. kalau nak tulis , kenapa Penang je jadi mcm ni? memang terukla si dia kena hentam.


Selepas Menonton Tanda Putera ,
Filem ni banyak mengajar aku erti sejarah semasa pemeritahan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pengorbanan yang mereka lakukan sangat menyentuh hati . sebelum aku tengok filem ni aku xpeka pun mengenai sejarah mereka tapi selepas tengok filem ni  terus rasa lebih patriotik dan nak tahu lebih lagi mengenai sejarah dua insan ini , secara x langsung aku juga mengenali lebih ramai lagi pejuang keamanan negera kita pada waktu dulu . Filem ni memang bagus untuk semua generasi khususnya generasi muda belia yang tidak merasai kesusahan tok moyang kita dulu bersama pemeritah yang sangat luarbiasa bagi mempertahankan negara dari ancaman komunis dan radikal subversive element . Hebatnya,dengan sebuah filem, aku lebih kenal secara dekat siapa sebenarnya Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail . mereka sangat habat ! seriusly , masa tengok filem menitis juga air mata aku . ayah n mak  pon . Air mata ayah lagi bernilai berbanding aku, kerana dia lebih merasainya kesusahan pada zaman dahulu


Filem Tanda Putera banyak menggunakan visual asal bagi menyokong fakta bagi beberapa babak-babak yg dilakonkan .


Dari filem ini juga , aku dapat ketahui yang .
1) Tun Abdul Razak menderita dengan sakit Leukimia
2) Tun Dr. Ismail  merupakan pengaruh besar bagi parti gerakan MCA pada waktu itu
3) Tun Dr Mahathir pernah dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO akibat dari memberi surat kepada Tuanku Abd Rahman supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pertama ketika itu . (watak Tun Dr. Mahatdir yg dilakonkan dalam filem ini sedikit kelakar , dengan pelat kedahnya tu . hehe . menjadi betul.
4) Tugu Negara yang asal telah diletupkan oleh Komunis
5) Idea asal perkataan MAS ( Malaysia Airlines System)  adalah MAL tapi ditukarkan kepada MAS
6) Hubungan Diplomatik dengan Negara China dibuat untuk elak sokongan komunis di Malaysia .
8) Ketua Polis Negara telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis
9) Banjir besar berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 1971 dan Markas darurat ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak .

dan banyak lagi ..
memang menambah ilmu sejarah selepas menonton filem ni..  :)

Jangan Percaya sebarang statement di blog-blog/laman sosial sebelum menonton sendiri Tanda Putera !

Banyak statement di dalam media sosial mengatakan filem tanda putera ni banyak kesilapan dan mencetuskan kontroversi sendiri . aku cuba jawab dari pandangan aku sendiri selepas menonton filem ini dan sedikit kajian dalam media .


1.) Kesilapan teknikal seperti nampaknya aircorn , kereta proton, dll yang xwujud lagi pada tahun tu
selepas aku menonton , manaya ada semua tu ! mana dia? mana bukti korang? tengok pon x , ada hati nak cakap bukan2. Gambar-gambar yang korang tengok tu semua gambar raw' sebelum diedit dengan mengunakan teknik CGI . 60% filem ini mengunakan kesan visual . dalam filem sebenar, xda pon penampakan aircond dan lain2 tu . dahla ambik gambar-gambar tu tanpa kebenaran lepas tu ada hati nak menambah cerita bagai. lagipun , nak tengok sesebuah filem tu kenalah ikhlas, ini nak cari kesilapan remeh cm gitu gitu, dah xda kerja ke? .


2.) Isu 13 Mei 1969 yang masih diragui fakta sebenar?
Apa yg ditunjuk mengenai isu 13 mei hanyalah dalam 30 minit pertama  , yang lain semua mengisahkan perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun. Dr.Ismail bagi menstabilkan  negara balik . lagipun , mengenai babak  pembunuhan 13 mei yang berlaku diantara org cina dan melayu itu mmg benar-benar berlaku. ada scene melayu dibunuh cina dan cina dibunuh melayu . orang melayu dibunuh di setapak,kl , orang cina dipancung,  rusuhan perkauman secara besar-besaran berlaku selepas itu . hampir semua jalan disekat , org melayu yg melalui kawasan cina akan dibunuh dan begitu sebaliknya . Panggung wayang Odeon mengeluarkan iklan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut .Perkara ini juga memang terjadi/sahih semasa 13 mei , kita xperlu nak persoalkan lagi.  semua itu ditunjuk dalam filem ni . secara total, filem ni bukanya nak menunjukkan parti ni salah dan parti itu betul , filem ini hanya nak tunjuk situasi sebenar sewaktu kejadian  sebelum pilihanraya umum 1969 , selepas pilihanraya 1969 dan 13 mei berlaku, isu yang berbangkit memang sensitif untuk dibicarakan seperti  Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu . tapi semua tu sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu dipersoalkan lagi . Apa yang difokuskan dalam filem ini mengenai isu 13 mei adalah bagaimana  Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail berkerjasama dalam menghadapi krisis 13 mei ini. Itu je . korang xkan faham apa yg aku cuba huraikan ni kalau korang xtgok sendiri filem ini .


3.) Isu sensitif Perkauman 
Bagi aku , untuk generasi zaman sekarang , dari kecil kita sudah diajar apa itu Perpaduan , saling menghormati sesama kaum xkira agama dan bangsa , menghormati kedaulatan negara , Menyayangi Malaysia , Mempelajari sejarah Tanah Melayu , jadi sebagai warganegara Malaysia tidak perlu untuk kita merasa sensitif sebab apa yang berlaku itu adalah diwaktu dahulu dan sejarah diwaktu sekarang , sekarang kita dah lain .kita bersatu demi membawa nama Malaysia dimata dunia bukan?  kita sebagai org melayu tidak boleh menyalahkan orang cina sekarang diatas apa yg terjadi pada ketika itu dan begitu juga sebaliknya . ketika berlakunya 13 Mei ada babak menunjukkan melayu tolong cina dari dibunuh org melayu dan cina tolong melayu dari dibunuh org cina . semua tu ditunjukkan dalam filem tanda putera ini . bukankah itu satu nilai positif yang sudah wujud pada zaman dahulu? . lagipun , xsedaplaa. aku pun ada beberapa kawan dari bangsa cina. main sama-sama , gelak sama-sama, belajar sama-sama  . best je kawan dengan mereka sebab kita dah jadi  1Malaysia. dah xda beza bila kita sama-sama berdiri menyayikan lagu negaraku .


4.) Double Standard Akibat Penundaan Filem New Village .
Kena ingat filem Tanda Putera sepatutnya ditayang pada 13 september 2012 ditunda kepada 15 November 2012 tapi akibat dari sebab-sebab promosi sebab waktu pemilihan tayangan itu dah hampir dengan Pilihan Raya Umum ke 13 , bagi mengelak salah-faham pengaruh politik  sekali lagi Tanda Putera ditunda sehingga 29 Ogos 2013 . Lama perjalanan Tanda Putera untuk sampai ke panggung . Itu yang dihadapi sendiri oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba . Mengenai filem New Village arahan Wong Kew Lit sepatutnya ditayang pada  22 Ogos 2013 telah ditunda, kita kena faham, filem ini bukan diharamkan tapi masih dinilai semula kandungan keseluruhan filem tersebut oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikatakan mengagungkan perjuangan komunis. so terima ajelah . kenapa nak tarik filem Tanda Putera dalam isu ini .. well, aku ada tengok satu video Namewee yg terbaru mengenai ketidakpuasanya filem New Village ditarik dari tayangan .
Memang Benar, peringkat awal LPF meluluskan filem New Village untuk ditayangkan, filem itu telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.Dari segi garis panduan, filem itu dilepaskan kerana ia melepasi semua garis panduan kita seperti bebas dari isu ketenteraman awam, keselamatan, keagamaan dan hubungan kaum. Pihak LPF juga juga meneliti setiap dialog. Malah dari segi isu-isu keganasan keterlaluan pun tiada malahan bersih. Begitu juga tiada dialog yang menyinggung perasaan kaum tapi apabila Filem itu mengundang kontroversi umum di Internet apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan jadi pihak LPF perlu menkaji semula. Jadi , please, penundaan filem New Village tiada kaitan dengan filem Tanda Putera.  no excuses .

 .....


Ada babak yang mungkin menyingung perasaan mereka seperti babak cina kencing di tiang bendera di depan rumah menteri besar Selangor tanpa bukti yg sahih yg Lim Kit Siang (ketua DAP) wartakan itu . Tapi , mcm mana dengan babak filem  Kara King' arahan Namewee yg menunjukkan org cina kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal ? sudahkan itu sudah cukup unt menghina? tapi , yealah disebabkan Tanda Putra merupakan filem sejarah , ia boleh dipersoalkan balik adakah kejadian itu benar-benar berlaku . aku xboleh nak jawab pasal ni dan  aku xperlu fikir banyak . It's must be a reason kenapa Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak mengeluarkan babak ini .boleh jadi babak ini benar dan mungkin tidak .



Jadi untuk korang yang masih belum menonton filem Tanda Putera ,please STOP bercakap sebarangan tentang filem ini . Ini akan menyebabkan banyak hati yang terluka bila baca komen-komen yang xmasuk akal mengenai filem ni . Filem ini mengisahkan kisah benar dua orang Tokoh Malaysia yang kita sanjungi , ianya sebuah filem yang berat tapi mudah untuk difahami secara ringkas .Ada seorang blogger yang dikenali  telah mengeluarkan statement di media sosialnya mengatakan Filem Tanda Putera bukanlah sebuah filem sejarah akibat dari fakta sejarah yang tidak benar dan filem ini hanya menipu masyarakat . dia  mengeluarkan statement begini tanpa menonton filem Tanda Putera sendiri . aku turut komen disitu , aku balas komen ,dia kena tengok dahulu filem ni , bukan mengeluarkan statement atas dasar review dari rakan -rakan , pastu dia jawab aku dengan "Tgk dulu baru ckp ? Belum tgk , tp ramai dah cakap cakap.. Masa dibazirkan beratus minit , begitu saja .. kalau berbaloi , takpe.. kalau tak ? Nak byr pampasan ? .. lps dia jawab cm gitu , terus hati ni rasa sakit sgt . emmm. xfaham aku dengan org yg mcm ni . sedikit sebanyak aku da hilang respek kepada blogger ini .biarlah dia , suatu hari aku harap dia menyesal dengan kata-kata dia . dia seolah-olah memperlekehkan sejarah yg diperjuangkan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail . Aku masih xdapat nak terima .. sabar jea. 

...
Semua part dalam video ni part yang penting dan feveret :)




Bagi aku , Filem Tanda Putera merupakan filem sejarah yang sangat hebat ,bernilai untuk ditonton.

Filem yang bagus xsemestinya memerlukan penonton yang ramai di panggung wayang , cukuplah kalau ada yang menghargainya dan terima mesej patriotik yang ingin disampaikan .


Terima kasih kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana menghasilkan filem yang bagus ini .

Isu Tanda Putera di Media banyak Fitnah dari benar . 


sesungguhnya yg baik itu dari ALLAH SWT , yang xbaik itu datangnya dari diri aku sendiri .



6 comments:

  1. done! good job dear... thanks untuk hujah yang panjang lebar ni.. kite suke sgt.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    suka entri ini...dah like.pastu kluar untuk dimuat turun kat fb..yg tu pun saya masukkan kat wall saya..maaf,tak minta izin terlebih dulu...saya kira entri ini harus semua orang baca.. :)

    ReplyDelete
  3. superb malaysian. bangga dapat tahu ada anak muda macam ni. Editor Dewan sastera yg suggest link ini. semua orang kena singgah di link ini. proud of u..

    ReplyDelete
  4. As-salam wbt Adik

    Ulasan pro yang bagus :)

    Jemput ke ulasan saya juga di sini : http://www.zaimterbang.blogspot.com/2013/08/review-ulasan-filem-tanda-putera-nuansa.html

    ReplyDelete
  5. As-salam wbt Adik,

    Ulasan pro-filem yang bagus! :)

    Jemput ke ulasan saya di sini :

    http://www.zaimterbang.blogspot.com/2013/08/review-ulasan-filem-tanda-putera-nuansa.html

    Tahniah! =)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !