Wednesday, February 29, 2012

[Aksi lensa] Saya, Mereka di Kuala Kedah


Assalamualaikum,


Akhirnya entri ni terhasil jua walaupun aku berada dalam minggu yg agak sibuk. sibuk dengan kelas tutorial + majlis pemberian kuasa mbil kolej. Praktikal 2 minggu di hospital pun dah tamat dengan berjaya ;) . Penat, letih, seronok sepanjang bekerja banyak memberi pengajaran untuk aku m'ghadpi masa depan yg lagi mencabar. Fighting !



24/2/12 bersamaan dengan hari jumaat.. aku dapat cuti. cuti rehat setelah penat bekerja selama seminggu .. Buat bulan ni lama jugak ah xouting g jalan-jalan, akhirnya pada hari jumaat lepas aku dapat lepaskan gian untuk berjalan sekitar kawasan Alor Setar. alor setaq jek? yea la. alor setaq jea..ingat alor setar xda apa2 ke ha?. Aku bukan keluar sorang je k, aku bukan foreveralone yg dipandang sepi.. aku bersama dengan kekawan baik kolej aku. Girls talk! xda lelaki dlm ni ~-~ Erm, pergi sana guna kereta sewa.. aku yang memandu kereta..  perasaan bawa kereta? lebih berkeyakinan nak pusing-pusing area kedah sebab dah bertambah yakin dengan selok belok jalan sekitar Alor setar ni.. perhh! cayalah korie ! lepas ni pergi Sungai petani pulak yea ! xpun.. padang besar.. oh yeah! can't wait hari tu !


Destinasi pertama adalah sekitar bandar Alor Setar.. Shahab perdana (beli tiket nak balik), Tesco mergong, Pekan rabu, city plaza, dan destinasi unt shoot gambar di Kuala Kedah. Mulanya nak g kuala kedah cuma nak g cari kedai laksa telok kechai yg popular tu je.. tengok-tengok terlepas sampai ke Marina, Kuala Kedah. sebelum sampai marina kiteorang singgah jetty kuala kedah dulu.. saja jln2 kat situ..saja teringin nak tengok kawasan jetty.. ramai jugak ah pelancong luar negara dekat situ.. kebanyakkan beli tiket unt ke Langkawi. dapat jugak aku usha awek omputih yg seksi habis ;). Opss!



Taip banyak xguna..korang skip jea baca.. jom layan gambar cun kat bawah ;)


Seriusly. tempat ni sangat2 osem ! tenang jea.. angin laut pun mendayu dayu ;)

I'm flying without wing... please take me away from da evil that surround me ;L

Mapblesssitoo!.. yana ;)

Aku rasa mcm kaki aku pendek jea dlm gambar ;O .  

Ini kawasan perkampungan nelayan berhampiran dengan jetty kuala kedah ;) Menarik sangat  tempat ni walaupun agak seram nak lalu kat jabatan kayu ni.. ;) 

Akhirnya.. ada jugak gambar aku dekat jetty! 

Sebuah seni di perkampungan nelayan ;)

Say hi to us ;)

Selca dengan kay ;p

My journey never die ;L

kalau lah, air laut tu biru dah lama aku berendam dalam tu ;P


Les Titanic scene ! opps! gurau sudah..

Seriusly .. aku suka gambae ni ;P

Us.

Kedai Laksa telok kechai yg femes dekat kuala kedah ;)
aku dah rasa.. dan aku kc 3.5 dari 5 bintang. bolehla sedapt .
Tesco Mergong !

The future..


Overdose titanic ;)

Say.. cheese ! ;)


# Masa dekat laut.. kiteorang menjerit sekuat yang mungkin.. arhh! rasa lega jea bila dapat menjerit mcm ni.. hilang semua masalah dalam kepala hotak sepanjang sem ni ..Ini baru namanya erti hidup sebenar. aman jea.. hanya angin laut  yang menemani jeritan bermakna ni.. secara konklusinya.. perjalanan kali ni memang meninggalkan banyak kenangan aku bersama mereka bertiga.. memang best! memang puas dan yg paling best.. aku berjaya  memandu kereta dengan baik. 
Alhamdulilah.

......

# Siti Zaharaperlu ke nk wat statement yg Super Annoying cm tu??? bajet da bagus sangat r?? MPKH laaa...
hahaha.. ;)
kau tengah baca ke?..


Thursday, February 23, 2012

Praktikal #5 : Gambar sekitar 'Ortho Clinic'

Assalamualaikum .


Aku posting dekat ortho clinic (klinik tulang) semalam, sehari jea kat situ.. shif pagi. bersama dengan 7 orang rakan lain.. termasuk aku lapan la. dekat situ aku diajar cara nak pasang POP (plaster of paris) ataupun bahasa mudah pasang 'simen' pada anggota yang 'fracture'. Pengajar aku adalah pegawai pembantu perubatan ataupun dikenali sebagai MA. Btw, kesimpulannya banyak la yang aku belajar kat situ.. selain tu, aku dapat kenali beberapa orang doktor pakar tulang dengan lebih dekat di hospital yg aku praktikal sekarang ;) . kebanyakkan doktor pakar dekat sini adalah berbangsa melayu doh. bukan cina ataupun india.. jadi, jangan fikir bangsa lain jea yg boleh menguasai bidang perubatan ni. ermm ;) 


Yang paling best.. aku dapat rasai sendiri pengalaman pakai simen dekat tangan sendiri walaupun tangan xpatah.. best ! xpayah susah2 patahkan tangan  untuk rasa mcm mana perasaan pakai simen tu ;)






# Edit gambar ni guna sofware photoscape . (Ada orang tanya hari tu)



Selamat Pengantin Baru buat Yusri dan Lisa surihani
kenduri xjemput pun. mcm ni kah kawan?! 
U_U
Gurau.

BIGBANG Release New Music Video : BLUE


Assalamualaikum.


Penat nak bercakap. rasanya bila menaip baru rasa ok sikit. sebenarnya nak update pasal praktikal di klinik pakar ortho siang tadi.. tapi postpone lah. nanti2lah aku update. Erm,malam ni ada sesuatu yg menarik yg nak share dlm blog ni. still ingat pada group kpop Bigbang x? yup ! jikalau anda V.I.P anda pasti dah melompat2 gembira bila tahu bigbang dah release video klip  lagu 'Blue' untuk album mini diorang yang kelima ni. klip video 'blue' baru dikeluarkan pada 21.2.2012 di youtube . baru sangat kot ! jadi sbg slh seorang fan bigbang aku xnak ketinggalan untuk layan mv terbaru diorang ni.. so apa lagi derr.. jom layan..


dlm masa 2 hari jea dah dekat 2 juta viewers yg tengok video ni ;)


Lagu ni ala-ala mcm lagu diorang yg sebelum ni . love song ! perasan x?


Seriusly aku cakap. kalau hampa nak sokong group kpop, sokonglah group yg mcm Bigbang ni. sebab? diorang ni bagi aku adalah group yg pro dan universal . sebab? sekarang ni dah bersepah  kpop group yg mentah-mentah dan kawai sangat..  yuuu! mungkin umur mcm aku dah xsesuai unt meminati group kpop yg kawai-kawai gitu kot.. grrr. dah xda taste yoo!. apa pun yg terjadi.. Super junior dan Bigbang adalah yg terbaik ! daebak.



# Video klip ni boleh dapat anugerah the best music video of the year ! =)


Tuesday, February 21, 2012

Amir, saya tunggu awak datang.. Ewww !


Assalamualaikum.
kalau jawab suka, xjawab dosa tau =)




Suasa petang di Alor Setar redup jea.. tengok langit kian menghitam.. suhu alam semakin menurun dan pancaran cahaya matahari kian menghilang.. setiap detik pasti ada ada perubahan yang berlaku. begitu jugak aku .




Duduk di meja studi.. nota disebelah dipandang sepi.. lappy jugak yang digiannya . haish, apa nak jadi ni. bilalah aku nak start studi ni?! roomate aku xda. dia pg kerja.. tapi kalau dia ada dia dok pulun studi jea.. aku? balik kerja..tidur.. lps bangun online..nak kata aku ni minat fb atau tweet jauh sekali.. minah blogger boleh jugak tapi xdala aktif mana sangat. aku hupdae bila terasa nak update jea.. erm, jadi sekarang nak salahkan siapa yg menyebabkan aku kaki online ni? engkaulah ! yea engkau ! kau yg sedang membaca entri ini ! pettt.. sebab kau aku kena online tanpa memikirkan hal lain.. oiii, cantik sikit la kan.. salah sendiri nak tunding jari dekat orang lain pulak =X ! ok fine. salah aku sendiri.. aku ngaku !




Macam mana aku nak studi kalau lappy asyik ada depan mata je?. haish! korie! come on lah.. studi! studi! mentang2 la sekarang ni tengah praktikal dan xda kelas teori.. kau rilex jealah?! habis.. dah rasa diri tu pandai sangat la ya? hush! .. setakat OHA pun xtahu menda.. berlagak konon. pergi balik kampung la kau . orang mcm kau ni memang jiwa kosong.. xda perasaan. telan je apa yg ada depan mata.. kalau biawak depan mata pun kau sanggup telan ka? Hoii! agak2 r kalau ya pun nak mengata aku wei ! . adus !. budak -budak ni.. aku cabut jugak bulu ketiak depa kang baru sedaq diri. sedap jea mengata orang.haih, baru padan muka ! akhirnya dpat jugak lps geram kat sini. padahal nak lepas geram kt org lain ;p



Hari ni kerja pagi. balik pukul 2.20pm tadi.. xdan nak mandi dah tertidur atas katil.. nak cakap penat sangat la kan.. erm, biasalah.. lepas bangun dari tidur terus aku g bersihkan diri dan lepas tu aku ambik port dekat meja studi dan online sehingga sekarang ;) . Esok kena praktikal di klinik ortho unt pertama kalinya dan kawan2 aku yg dah pergi sana ada pesan kat aku suruh baca buku mengenai ortho tapi masalahnya sampai sekarang aku belum baca derr.. huhu.. apa la nak jadi dengan aku ni.. malas piang ! haih!.
mungkin aku perlu kata-kata semangat dari anuar hadi unt aku studi kot? baru jalan. ek?.. ngadenya?.. ah biarlah! .. kalau anuar hadi xda.. mat lutfhi pun jadi lah ;) 




# dah la.. aku dah decide bila aku nak studi !. lepas habis vanilla coklat malam ni baru aku start studi . ok?!


Nak share something dari youtube .


xsabar nak tengok !


Sunday, February 19, 2012

Praktikal #4 : Nama ubat bukan mcm nama lagu jiwang,seriusly !


Assalamualaikum,
kalau jawab suka, kalau xjawab dosa tau ;)



Balik je kerja pukul 9.10pm tadi.. kelam kabut cop bilik mandi sebab semua yg kerja petang akan balik pada waktu yang sama dan pukul 9.45pm kiteorang dah kena turun bawah untuk rollcall. jadi kiranya 1st come 1st serve yo ! nak mandi lama-lama pun xdapat.. setakat melalak dlm bilik air takat pertengahan lagu jea, habis c/o habis la mandi .. yealah !kena mandi secepat mungkin sebab masih ramai yg menunggu unt masuk bilik mandi.. hurm, mcm ni lah rasanya duduk asrama.. ;p kena cepat sebab kena turun rollcall.. arhh! seriusly aku benci rolecall setiap malam! tapi. apa aku mampu boleh buat?.. benci dlm diam jeala. 



Praktikal :pm shift

Hari ni aku jaga cubicle belakang.. ore kelate sebut 'belake' kiranya aku jaga side pesakit bahagian belakang la.. selalunya pt di side belakang adalah diantara golongan pt yg high risk.. maksudnya kat sini.. pt yang kritikal.. ada ventilator dan drip ubat sambung menyambung dekat pt. memang penuh ah kalau tengok.. penuh dengan wayar.. kalau student jp nak buat prosedur pun mcm susah sikit tapi so far ok lah. pengalaman mematangkan aku.. practice make skill yo ! kadang2 terkinja-kinja jugak doh.. biasalah. tahun kedua baru ;9



Tadi, masa waktu melawat.. ramai gile pelawat yg masuk wad untuk melawat pesakit.. serabut kot aku.. serabut giler.. seriusly.. dengan budak-budak berlari sana sini.. adik xtahu ke yg dlm wad xboleh berlari? kang terjatuh terkena jarum sesat ke.. besi ke.. sapa salah? adik jugak .. lepas tu nangis sampai satu wad dengar.. lepas tu kena halau dengan security.. nangis la kat luar sorang2 k! harap je comey tapi xdengar kata ! ..Haiya, memang selalu bikin gua panas kalau ini macam..yg sn plak, dalam masa waktu melawat ni lah sibuk nak kasi ubat dekat pt. tarik troli ubat ke sana kemari.. adoiyai.. nak xnak kena lah tolong sn kasi ubat jugak ;]



Aku kena tanya tadi dengan sn yg incharge bahagian obat. dia tanya 'apakah ubat OHA'? oh maigodd. seriusly aku xtahu ..jadi aku diam jea.. diam maksudnya 'mungkin xtahu' jadi dia pun bagitau ah aku nama2 ubat OHA tu, semua ada 3 jenis.. dia sebut ketiga2 nama ubat tu dan suruh aku ambik dalam bilik ubat.. dia just bagitau sekali jea kot.. paham2 jeala nama ubat dah la pelik dan terbelit lindah nak sebut ..aku nak suruh dia ulang nama ubat rasa malas plak sebab sn tu mcm garang dan mcm susah nak mesra jea.. jadi aku pun terus ke bilik ubat tanpa pastikan nama ubat dan dos yg perlu diberi..  yang aku tahu OHA tu stand for O=Oral H=Hypoglycemic  A=agents .. nama ubat aku xhingat .. dan alhamdulilah dekat bilik ubat tu ada sn lain dan aku minta tolong sn tu tunjukkan ubat untuk 'OHA'..   nasib baik.. hurm, jenuh la nak ingat semua nama ubat.. fuhh, penat.. nak jadi doktor xlayak.. nak jadi nurse pun masih terkinja-kinja lagi.. erm, boleh ke aku jadi sn suatu hari nanti?.. aku masih xbersedia doh ! seriusly!. 



#Btw, untuk kes yg mcm aku tadi.. masalah aku adalah aku masih kurang skill dengan pemberian ubat untuk pesakit .. aku masih xtahu byk lagi jenis ubat dan fungsinya dan aku kena selalu bertanya dengan senior dan sn di wad.. mungkin itu dapat membantu ;)



Gudnite blog! luv my diary ! hanya kau saja yg mendengar luahan hatiku ;)
semua orang sibuk dengan gewe masing2.. aku? inilah gewe aku kot

Saturday, February 18, 2012

Praktikal #3 :Jaga Patient 'fracture'

Assalamualaikum ,




Hari ni dah start praktikal di wad baru. Keadaan wad lebih kurang mcm wad yg lepas tapi wad ni lebih fokus kepada pesakit yang 'fracture' mean patah-patah"" .



Kerja yg aku buat hari ni just mcm biasa.. observation,dxt, i/o,Injection dan basuh BO/PU .oh mai godd.. hari ni banyaknya pt yg kena aku cuci bo.. pt dah la fracture. nak gerak sikit sakit.. nak kalih sikit menjerit.. lepas tu mcm mana nak cuci dan tukar kain? sabar mehh.. dugaan semasa berpraktikal.. kena guna 'Critical Thinking' so bila dpt pt yg mcm ni dah tahu la nak buat mcm mana kan.. so alhamdullilah semua berjalan lancar mcm naik train jea ;p thank to my friends yg tolong aku. kalau aku sorang buat.. xmampu meh.. berat siak besi dlm kaki pt.. 



Hari ni banyak pt yg aku dan kekawan kena cuci bo.. korang tahu cuci bo tu hape? cuci bo tu maksudnya kena basuh berak . paham? erm, bahasa mudah.. basuh tahi pesakit yg xboleh  bergerak sendiri.. erm, org selalu pikir benda tu kotor.. geli la.. berbau la..sambil buat muka kambing* tapi sebagai budak jp..dah biasa dengan benda tu.. kalau dulu boleh la aku nak mengelat dari buat kerja tu tapi sekarang no way.. aku dah senior kot.. seharusnya jadi contoh yg baik kepada dak junior.. jadi buat je ok, xpayah fikir kotor ke, busuk ke.. itu memang kerja kau ;]. kasihan dekat pt tu, kalau x cuci sapa nak cuci.. dia xboleh gerak.. penjaga pun xda.. kdg2 harap je pt tu ada penjaga sendiri tapi bab cuci bo semua lepas tangan dekat nurse.. nurse plak  suruh dak jp buat.. dan jp tu pulak adalah aku.. errmm ;)



Tadi dekat wad. kebanyakkan pt yg fracture disebabkan kemalangan.. patah tangan, patah kaki dan yg tulang hancoq terus pun ada.. dasyat. kasihan tengok. umur muda-muda ag.. baru form 4, form 5. bila dah jadi mcm ni terpaksa la ambik cuti panjang xpergi sekolah.. hum, kasihan kan.. btw, sebagai jp yg bertugas aku boleh tolong jaga diorang jea.. serba sedikit.. yg mana boleh tolong aku tolong.. yg mana mcm advance sikit suruh sn buatkan. itu jea.. ;)




Praktikal banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yg sihat ! seriusly! bila kita jaga orang sakit kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang dan benda ni akan mengajar kita unt menghadapi masa hadapan ;). 


# Bahasa medical yg digunakan


JP : jururawat pelatih
BO : berak
PU : kencing
PT : patient
SN : staf nurse
Fracture : Patah tulang


Wednesday, February 15, 2012

Apabila Nasyid dibandingkan dengan Kpop


Uploaded by  
Video ini tidak menyalahkan K-Pop kesuluruhannya. Kami cuma ingin menunjukkan beberapa ciri2 hiburan yg haram di sisi Islam. Antara hiburan yg baik adalah apa2 bentuk hiburan yg bermanfaat yg mengajak kita utk zikrullah seperti Nasyid. Tp tidaklah saya katakan K-Pop itu teruk secara mutlak.



Assalamualaikum,



Buka fb, penuh notifi mengenai vanilla coklat (v.c) . naik muak aku. mmg la cerita dia best tapi budak2 ni hyper sangat ah. . Episod mlm ni (ep.9) bukan best sangat pun. biasa2 jea. ep.8 lgi best kot ;-) tapi biarlah nama pun vanila coklat..xkannya sedap selamanya. ye dok? 



k lah. malas nak annonying psl v.c. cukuplah setakat di fb..  sebelum aku tidur aku nak share video ni kat pembaca blog aku.. sesuatu yg boleh buat anda berfikir sehingga ke dlm mimpi.. kpop vs nasyid.. bunyi mcm mencabar kan.. huhu. btw, sebenarnya bunyinya mcm perli aku jea.. huk3. :'0 . pukk! hambik kau.. Video ni buat aku terfikir. 'Kpop ni Melalaikan'?/
eh betul ke? ada pro dan kontranya ;o



Erm, memang pun.. kadang sampai terlewat solat sebab layan video korea. layan running man.. kdrama.. memang dlm sedar xsedar benda tu berlaku.. aku harap lps ni aku dapat kurangkan layan benda yg mcm ni.. xberfaedah pun tapi saja tengok unt isi jiwa yg kosong dan sepi.. kan?/  Tapi yg pasti dlm isu ini korang kena jelas bahawasanya xbermaksud layan kpop itu melalaikan cuma korang kena pandai jaga perhubungan anda dengan Allah swt. manage masa betul-betul.. jgn berkhayal jea banyak ! xguna..




ini adalah youtuber yg berdakwah secara urban melalui video.. memang stylo dan kena dengan zaman sekarang. aku adalah fan video diorang ni ;) banyak lagi video diorang yang best.. antaranya.

byk info yg kita boleh dpt dlm ni k



Monday, February 13, 2012

Video Dakwah Berbahasa Korea | 우리의 행복한 가족


Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | 우리의 행복한 가족


Aku terjumpa video ni masa search video dekat youtube.. Hurm, seriusly aku nak cakap video ni comel sangat !. rasa jelez plak kepada tuan punya suara ni.. dah la cakap dalam bahasa korea . grrr.. sukanya ^^. Sis yang buat video ni kalau xsilap belajar kat Sungkyunkwan University,Korea. tetiba teringat dekat kdrama sungkyunwan scandal tuh ;) . Btw, korang tengoklah video ni.. ada input yg boleh kita ambik bersama k.



#Dia cakap full dlm bahasa korea tapi jgn risau ada sub bm kat bawah k. 


Sunday, February 12, 2012

Praktikal #2 : Baju Uniform Seksi

Assalamualaikum 
kalau jawab sayang, kalau xjawab dosa ;)/



2nd day aku praktikal di wad medikal  3# , Fuhh, hari ni memang kaw gila ah kat wad tadi.. sepanjang shift aku berjalan jea.. kejar sana keja sini.. nak merasa duduk kejap pun xdan..  hari ni shif petang xda senior dan xda student nurse swasta jadi mmg kiteorang busy sikit r.. btw, nasib baik dah biasa dapat wad busy mcm ni jadi relakan jeala. buat jea kerja yg SN suruh. Junior xda jadi kiteorang kena cover semua observation pt satu wad.. fuhh, jenoh nak habis.. soqang-soqang pt kena p check .  



Ok, tadi masa waktu melawat pesakit ramai ah pelawat-pelawat yg datang.. xkira umur, jantina.. yg pasti ramai ah.. selalunya bila sampai waktu melawat jea.. xtvt para-para student/nurse/doktor ni slow sikit.. kita xbyk buat kerja waktu ni..sebab kita xkan pilih waktu melawat unt lakukan prosedur2 berat mcm insert cvp line dan sebagainya. kecuali kalau emergency kes.. sebab ramai org kan.. xda privasi .



Antara byk2 waktu la.. waktu melawat la aku xberapa berkenan.. kenapa? sebab ramai pelawat yg ada dlm wad  menziarahi pesakit.. jadi waktu mcm ni la keadaan wad akan jadi riuh dan sedikit kucar kacir sebab dipenuhi dengan pelawat yg berbagai kerenah.. waktu-waktu mcm ni la selalunya ada je mata jahat yg meng'usha' bontot student/ nurse yg berjalan kehulur kehilir unt menyiapkan sesuatu.. erm, xkata gak r.. baju nurse mmg ikut shape badan dan senang kata seksi r sebab nampak bentuk susuk tubuh.. kalau ko ramping, nampak r ramping.. kalau badan kau berketul lemak.. berketul la kau . itu jeala. dan terus terang aku cakap aku cukup xsuka bila ada org yg usha benda privasi aku sendiri.. sapa yg selesa klu ada org usha badan kau? suka? grrr.. gedik la kau klu  kau suka.. kdg2 tu sampai aku sendiri perasan yg dia tengah usha benda tu.. usha biasa2 ok ag (sbb itu lumrah lelaki yg suka tegok benda tu).. tp ni x ,usha sampai mata dah sampai 360%.. over ah tu ! sapa xnaik angin!.. dan seriusly kalau ikutkan nak jea aku bagi  penampaq aku kat muka pelawat tu..grrr.. lepas tu aku nak cakap 'haih xcukup lagi ke bontot awek yg kau usha dalam lif/ atas tangga masa nak naik wad ni tadi?bontot org yg rawat pesakit kau pun kau nak usha..  dasar lelaki  ! grr. geram aku. nasib baik aku pakai uniform dan kena jaga  profesionalisme aku ..kalau x. arhh! memang kena r kau. 



Btw, baju uniform nurse memang fit pun jadi memang no wonder la ada jea mata yg memandang.. logik lah tu.. aku sendiri sebenarnya xsuka dengan baju uniform putih ni.. bukans apa tau.. alasanya.. seksi jea.. seksi doh uniform yg aku pakai ni.. seriusly ! tapi apa aku nak buat?> dah memang bentuk badan aku mcm ni.. @_@  pakai plak baju uniform fit mcm tu.. urmmm.. sedaplah mata org lain memandang kan.. yg  xselesanya aku.. arhh... benci ah ! aku rasa mcm nak pakai jubah jea bila dah jadi mcm ni.. senang hati. xpyh nak usha-usha bagai.. aku pun boleh buat kerja dengan senang.. diorang pun x terseksa melihat, kan?!   kes ni  bagi aku dah boleh jadi penderaan seksual melalui emosi jea.. ;o/.

~ESOK KERJA PAGI ~




P/s :  
Kalau hampa  melawat saudara  hampa sakit kat hospital , silalah jaga mata anda  dari melihat benda yg mengasyikkan nafsu anda k  . kalau nak usha pun pandai2 ah.. jgn sampai org yg diusha tu perasan yg hampa tgh usha dia, pandai!!. opps! 



#dgr lagu ni teringat game plant of zombie yg bodoh tu !



Saturday, February 11, 2012

Praktikal #1 : 1st Day

Assalamualaikum..
xjawab dosa , kalau jawab syg ;)\


Hari ni aku start praktikal di wad .1st day praktikal unt sem 4 ni. aku dapat shif kerja petang doh.. aku suka giler bila dpt shif petang ni memandangkan orang mcm aku ni perlu tidur lambat dan xkan bangun awal ;p. so memang nice starting day lah ! .




Kali ni praktikal xramai seperti sem sebelum ni.. dulu satu wad aku boleh bersama dengan 5-6 org batch aku tapi kali ni batch aku ada 3 org jea.. junior xmasuk wad lagi. nasib baik senior sem 6 dah masuk . so tadi aku bersama bersama senior aku ;) . Btw, kali ni aku dapat senior yg baik dan rajin.. ok lah.. syukur2. susah betul kalau berkerja dengan senior yg pilih bulu.. aku dah pernah kena dulu dan tolonglah kalau boleh aku xnak ikut peragai diorang  bila aku dah jadi big senior untuk junior2 aku nanti.. 




Selalunya kalau praktikal aku mesti dapat dengan si polan dan si pilot tapi kali ni aku xdapat dengan diorang ..aku dapat dengan org lain.. jadi mcm ganjil sikit ah tadi.. xberapa nak serasi lagi.. kekok sikit.. yg sorang tu ok jea.. tapi ntahlah kdg2 tu aku menyampah dengan peragai dia yg mcm nak show-off yg dia tu pandai segalanya dan suka2 hati jea nak kutuk org depan org lain..(ish, geramlah)! kalau yg sorang lagi tu aku mmg xrapat sangat dan dulu aku xberapa suka dia tapi hari ni aku xrasa aku masih xsuka dia.. dia ok jea.. cuma maybe xberapa serasi bersama.. biasalah.. perbezaan timur dan utaqa tuh! .tp pe2pun aku cuba jadi patner terbaik unt diorang dalam masa praktikal ni.. lupakan benda2 remeh tu.. looking forward ok ! aku bukannya baik sangat pun nak kata diorang mcm tu tapi itulah apa yg aku benar-benar rasa ;p . xsalah bukan kalau aku nak share apa yg aku rasa dlm hati ni..




Tadi dekat wad.. mcm biasa.. buat kerja jea.. nak duduk pun susah.. dpt duduk masa solat dan rehat jea.. dulu aku selalu mengeluh mcm2 sebab yealah baru masuk praktikal..dah kena buat ni.. kena buat tu.. dah mcm jadi staf nurse jea .. sampaikan kdg2 tu bila curi2 duduk aku sendiri akan rasa bersalah.. tapi sekarang xlagi.. aku dah semakin profesional untuk menerima hakikat yg aku adalah bakal SN.. ;) Alhmadulilah. Itulah kepuasan kerja namanya .mak aku kata..  ''mak seronok bila aku  dapat course ni.. boleh buat kebajikan.. tolong org, rawat org.. nanti kalau mak sakit aku boleh jaga dia. dan mak cakap lagi yg penting keikhlasan hati tu.. tolong org mesti ikhlas barulah kerja yg kita buat tu diberkati oleh ALLAH swt '' aku ingat sampai sekarang ;)





Suara en.mimpi buat aku terleka sekejap di dunia fantasi ;) 

Izikan hatiku mengatakan ini padamu


Assalamualaikum,


Sekarang aku nak post apa-apa dlm blog mesti kena bertapis bagai sebab blog aku sekarang dah menjadi tatapan umum.. maksud aku umum kepada --> universal.. xramai yg kenal aku di dunia luar, hanya beberapa org yg kenali aku sebagai blogger di kolej aku sekarang.. aku xkisah sebenarnya diorang kenal ke x aku ni sebagai  blogger.. tapi tetiba malam ni aku terasa blog aku sekarang dah xda privasi unt diri aku.. yealah ! apa yg aku luahkan dan tulis dlm blog ni pasti ada yg membaca.. kekawan blogger, kekawan kolej yg kenal aku.. so aku rasa mcm xda privasi unt post entri yg lebih sulit ke dlm blog padahal kalau boleh bagi aku laa.. aku nak jea luahkan 100% semua perasaan yg aku rasa tapi disebabkan ada yg mengenali aku di dunia luar jadi aku terpaksa pendam dan xdapat nak luahkan segala isi hati pada blog.. sedihnya ! touching giler sekarang.. aku nak jugak buat blog aku betul2 mcm diari hidup aku.. aku nak tempek semua gambar yg memberi kenangan.. aku nak pasang widget lagu yg ada semua lagu yg aku minat dlm blog.. aku nak letak autoplay salji yg comel dlm blog aku.. aku nak kutuk si polan dan si pilat dengan senang hati.. aku nak buat semuanya kalau boleh.. tapi aku xdapat sebab blog ni dah jadi terlalu umum.. aku nak buat blog lain mcm xbest plak sebab semua cerita dulu-dulu ada dlm blog ni..4 tahun aku membesar bersama blog pinkexia ni jadi aku rasa unt buat blog baru xmungkin sebab aku terlalu sayangkan blog ni.. so apa aku harus buat?? xkan aku tetiba nak private blog aku yg ni?.. hurm..


Umur blog aku sama dengan tempoh masa aku meminati lagu en.mimpi ni.. ;) seriusly aku admire kat dia.



#Sekarang ni pukul 1.41 am. roomate aku dh tidur.. seriusly aku nak g tandas sekarang sebab sakit perut tapi takut nak g sorang sebab teringat cerita sumpahan kum-kum yg aku tengok semalam.. derr! siak betui!.


Friday, February 10, 2012

Senarai Ost Vanila Coklat


Bila sebut jea vanila coklat, pasti semua dah tersenyum simpul termasuklah aku derr.. Perhh drama ni memang hit dan menjadi trend dekat ruangan fb mahupun twitter.. dan bagi para bloggers tajuk vanilla coklat dah menjadi satu link SEO untuk tingkatkan trafik blog masing-masing..


Apa yang best sangat dengan drama ni? 


Amir : tinggi, hensem, kaya, anak dato,ada kereta besar,kelakar, photographer,nakal ,anak tunggal

Zara : cantik,tinggi, comel, ego, hot tempered, pandai, jujur, manja, pemalas, anak doktor, anak manja, anak tunggal


lagi satu kekuatan drama ini adalah dekat dengan hati penonton   .  amir dan zara baru melanjutkan   pelajaran  dekat institut yg sama selepas habis SPM . jadi lingkungan umur diorang dalam 19 tahun . baya-baya aku jea.. jadi mcm best r layan  drama yg bawa watak sama umur dengan aku maksud aku student kolej. kan?. lepas tu peragai zara dan amir  mcm anjing dan kucing. jumpa jea gaduh.. last-last terpaksa kahwin sebab keluarga .kahwin atas dasar kontrak tanpa pengetahuan keluarga. lepas kahwin zara dan amir  masih lagi bergaduh bagai anjing dan kucing tapi akhirnya mereka berdua kalah dengan perasaan masing-masing. dua-dua jatuh cinta    dan berputiklah kisah cinta mereka 
berdua . 



Sweet sangat !  Bila  layan jea drama ni mest  tersenyum simpul jea.. ! seriusly. kalau tgok dgn kekawan perempuan  mesti riuh habis . hehe.



Bila dah terlalu syok dengan sesebuah drama mulalah nak cari ost semua bagai.. nak buat ringtone la kononnya.. kan.. jadi aku pun cari.. search kat internet bukan semudah yg aku sangka.. banyak yg gampang jea. last-last korang tahu aku buat apa untuk dapatkan semua ost vanilla coklat? aku tengok senarai ost masa penghabisan episod vanilla coklat (masa dia tunjuk sedutan minggu depan) byk kali aku repeat part ost drama ni.. nasib baik aku dah download setiap episod drama coklat , jadi senang sikit r kerja aku.. repeat jea durasi last sekali tu.. gagah nak tengok tajuk setiap lagu ost satu persatu. da akhirnya.. usaha aku berjaya derr ! Ini hasilnya.. aku baik hati ni.. sebab tu ah aku share kat korang.. korang pun tengah carik jugak kan? hehe.. 


Penerang hati -Sixth sense
Cinta dan Benci-Geisha
Lagi remuk jantungku -Geisha
Kenangan Hidupku-Geisha
Tapi bagaimana-Spider
Rindu bukan teman -Erni
Kartita -Awan band
Astrid -Tentang rasa


(lagu yang aku boldkan tu yg paling best ! comfirm. lama giler aku cari lagu ni.. akhirnya jumpa jugak)


  


#Aku xfaham kenapa sebahagian ost drama ni ambik lagu indonesia.. padahal penyayi malaysia berlambak jea.. kenapa mesti ambik artis luar?.. maybe unt komersial jugak. btw, mungkin suara penyanyi indonesia lagi enak didengar dan melayang-layang jea jiwa bila dengar.. kan?.. erm, xkisahlah. asalkan vanila coklat ada amir dan zara kan?. kah3. hidup amir ! oh sweetnya dia ;p. tapi back to reality, dunia sekarang ada ke lelaki yg mcm dia lagi? 


Cari link untuk download drama vanila coklat?.. klik link di bawah. ke xpyh susah2 download. copy jea dari aku.. meh dtg bilik copy k ^^.





Wednesday, February 8, 2012

Anuar Hadi : # 20 Role Model


 

Uploaded by  on Feb 8, 2012
"Ye have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah."
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." -Surah al-Ahzab [33.21]

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Maulidur Rasul:

Imam Suhaib Webb - Legacy of Prophet Muhammad SAW:

Muhammad: Legacy of a Prophet:

Prophet Muhammad's Final Speech:


Credit :Inianuarhadi@youtube



 # Inilah salah satu sebab kenapa aku suka dengan Anuar Hadi ! dia sampaikan mesej yg sangat berguna ^^
may Allah bless you .

Tuesday, February 7, 2012

Vanila Coklat Episod 8



Selamat malam,


Malam semalam berakhir penuh dengan air mata dan malam ni bagai mimpi indah pulak buat aku. 

Hidup ini kadang aku rasa kejam , kadang indah dan kadang kosong.



Aku baru habis tengok vanilla coklat ep.8 tadi . Perhh! tengok kat asrama memang berbeza dari tengok dekat rumah.. riuh giler bilik tv tadi.. happening doh! kalau kat rumah xda la menjerit sangat tapi kat sini.. menjerit kalah dari tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia tuh.. hahaha.. btw, aku suka . rasa mcm hidup ni xda masalah bila dapat ketawa bersama rakan yg lain. dan unt ep. vanilla coklat malam ni memang best r ! Amir dah kata 'I LOVE YOU ' dekat burung kakak tua dia (zara) .hehehe. suke3! comel ! dan ending ep.8 tadi pon best ! lampu ditutup..bermulalah malam pertama antara zara dan amir.. ^^  hurm, masa amir marah zara sebab bawak kereta cuai tu pun sweet sgt ! ^^ kan?. hehe. xhabis2 aku senyum dari tadi.. xsabar tunggu episod akan datang.. btw, selesa depan aku dah start masuk praktikal dekat hospital .. dapat shif petang plak tu.. mcm mna nak tengok vanilla coklat? grrrr..  hurm, larik balik awal lah. hehe



#Esok aku ada test medical nursing . Doakan aku dapat buat yg terbaik yea ^^


Sunday, February 5, 2012

Aku, Dia dan Nikon [ Joging part 1 ]


Assalamualaikum dan hi ;p


1stly aku nak cakap Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam yang mungkin sedang membaca blog aku nie. Alhamdulilah , dapat jugak merasa cuti pada hari ahad kat kedah  ni ;p . Aku sebenarnya bengang dengan tindakan kolej yg membatalkan sambutan maulidur rasul esok . aku dah prepare dah persembahan yang nak buat sempena sambutan tu nanti.. tapi, last minit suka-suka hati jea nak batalkan majlis tu!.. mcm  siak betul o-0 ! Penat tahu x aku dan kekawan lain berlatih untuk persembahan lakonan.. ! bersungguh-sungguh plak tu! dengar-dengar je batal ! huh, memang baguih sgt la kan..  senang hati aku !! o_O



Ok, sudah ! sempena maulidur rasul kali ni aku harus membuka halaman baru untuk berubah menjadi yg lebih baik.  buang yg basi, ambik yg sedap ;p .okeh?! btw, bukan semua yg kita rancang menjadi. jadi, kalau xjadi tu xpayah la nak hangin satu badan.. setakat lepas hangin dlm entri blog sudahlah yea?!  >_< .



Entri  kali sebenarnya special sikit .eh bukan sikit sebenarnya tapi banyak.  Nampak kan gmbar kt bawah?! Ok, gambar kat bawah ni lain sikit daripada gambar-gambar yg aku masukkan sebelum ni. gambar ni cun sikit .. kalau tengok la kan.. Perhh! semangat tol aku posing dohh! walaupun org lain lebih cantik dan molek tapi aku tetap jadi yg terlebih cun dan comel giler !! kan?.. kononyer?! boleh blah la kan.. (hatt tuihh! korang ckp dlm hati) Btw, cakap banyak xguna.. mesti hampa gelojoh nak tengok gambar dari baca  entri ni kan.. jadi selamat bergelojoh ;)



















# Gambar ni diambil pada 3/2/2012 @7.30am . bertapak di kawasan belakang kolej dan sekitar hospital.
Bersama dengan kekawan kelas aku >_< Ok, diorang semua cun ! aku akui.. aku jea selekeh sikit sebab selekeh tu  seni yooo ^_-. hanya orang-orang yg mcm aku je paham .

ok .. 


puas hati lepas dapat lepas rindu tengok muka aku?

haha.. kantoi sudah ..U__U

ok,saje buat gedikx! iyuuu.. please la u! i xgedik tau (oh mai god)! tolonglah jauhi unsur gedik dlm diri aku. aku benci perempuan gedik yg suka menjerit-jerit. !


Selamat malam semua.


Friday, February 3, 2012

[Entri bergambar] Saya yang masih muda !

Assalamualaikum dan hi ;p


Hari ni saya dan rakan-rakan ..Opss! asal guna perkataan saya lak ni?! oit, bajet nak cakap mcm formal . Kononyerr >_<

Ok, berbalik kepada xformal. hari ni aku cuti doh.. esok dan lusa pun cuti jugak.. tetiba ada seorang mangkuk hayun yg bernama jenab datang kat aku dan cakap mcm ni.. wei, awat banyak sangat cuti ni?! aku xmau ah cuti panjang-panjang ni.. aku nak masuk kuliah dan dengaq lecture mengajaq kat  depan. peksa dah dekat ! (Ok, ini bukan ayat aku, ini ayat budak nerd yg xda life mcm jenab) Hish, bersyukurlah bila dapat cuti ni.. boleh plak hang cakap kat aku yg hang xnak cuti.. hey.. hang gilak ka apa?!  p ketok kepala kat batu sikit.. mesti hang ok kan lps tu ;p.


Jadi, aku nak share sikit ah apa yg aku buat hari ini.. aku x outing pon sebab nak simpan bajet unt beli Iphone 5 yg xlama lagi akan dikeluarkan >_<. (kononyer lah !_!) xdalah, sebenarnya.. aku tengah berjimat bulan ni sebab bulan depan aku kena posting ke klinik desa . masa kt sana nanti semua ditanggung sendiri, jadi sebagai preparation aku kena berjimat la bulan ni.. T_T . Nasib baik aku tengah diet jadi duit makan extra aku boleh dibuat bajet untuk next month yooo.. oh, excellent ! 


Ok, stop merapu, pagi tadi.. seawal pukul 7  aku dan kekawan g jonging belakang kolej . dekat kawasan sawah padi , yealah.. memandangkan kolej aku bertapak di negeri kedah ,negeri jelapang padi  jadi memang padilah tema bergambar ;p . Banyak cerita buang ayat liuq jea, jadi layan jea gambar ok (Eh, sejak bila baca entri dlm blog kena guna ayaq liuq?) ;p









# Btw, gambar di atas ni bukan gambar yg diambil pada hari ni.. gambar ni diambil pada 15.1.2012@ 5pm dekat belakang kolej aku. so kiranya kawasan gambar di atas ini sama untuk hari ni tapi tarikh lain.. maaf, gambar pagi tadi masih dalalm processing k.. nanti sia aku upload ;p 


Joging time ! amalkan gaya hidup sihat >_<
jangan dok mengadap depan lappy jea. sampai housemate@roomate sendiri pun xbertegur sapa !
klu free tuh, ajaklah kekawan g joging bersama.. boleh eratkan persahabatan antara keawan k .