Thursday, August 30, 2012

Oppa Gangnam Style or Islamic Style ?


Semua blogger asyik sibuk buat entri merdeka aku sibuk nak buat entri pasal gangnam style -__-




Dapat ulasan ni dekat facebook ;) berkenan nak share dalam blog


Info disebalik ciptaan lagu gangnam style


1. Gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut Saudara Rusydi "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej Sdr Rusydi berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.


EjzIJ.gif


6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

sekian. -
Rose Vermin @facebook


Untuk Join Ulasan ini boleh pergi ke 



Ramai yang xtahu asal usul lagu neh kan . so lepas baca sebar-sebarkan la.



Untuk info lebih lanjut boleh baca dekat website ni  


Ingatkan nak letak video gangnam style versi raya tapi xjadi bila nampak video terbaru mat lutfhi. hehe . so aku letak link jeala untuk yang nak tgok Suasana Gangnam Style versi hari raya yang dicover oleh anak cucu tok haron . meriah giler raya diorang. ramai doh . ;) . teringin nak masuk dlm video. diorang xdalah tiru sebijik2 pun. so ok jea ;) .


Ini video terbaru MatLutfhi ;)

 


Lepas rindu nak tengok video dia ;) .


My name is Khan and I am not a Terrorist




Tetiba rasa mcm nak tukar tajuk ni sebagai 'My name is Korie' .Rasa seronok lain mcm selepas tengok filem ni dekat tv3 tadi untuk sedutan rancangan 'terbaik raya' . Selepas aku google mengenai filem ni , aku dapat tahu yg filem ni sebenarnya agak baru . dikeluarkan pada tahun 2010 . aku jea yg belum tengok lagi -__- . tunggu keluar kat tv time musim perayaan je boleh tengok sebab dapat cuti ;) . mcm sekarang ni lah. ;) . aku still cuti raya lagi ;)bagi korang yg blurr  mengenai filem ni bolehla baca sinopsis untuk tidak ketinggalan zaman bila orang tanya nanti ;)


Sinopsis filem 

                                                           
Kajol as Mandira, a Hindu woman who falls in love and marries a Muslim man.

Kisah Rizwan Khan semasa kanak-kanak yang lahir di Borivali, Mumbai, India Kemudian menemui cinta di Amerika Syarikat.
Remaja Islam ini mengidap penyakit menggeletar sindrom Asperger, takutkan warna kuning dan bunyi bising. Walaupun begitu, dia cukup bijak dan menerima pendidikan dari guru khas (tuisyen) di India.
Berhijrah ke San Francisco, Amerika Syarikat yang kononnya menjanjikan kesenangan asalkan rajin bekerja. Dia menjadi jurujual barangan herba Mehnaz. Dia kerkenalan dengan janda beranak 1 berugama Hindu di Amerika Syarikat. Janda itu bernama Mandira dan anaknya Sam. Mereka setuju kahwin dan Sam bertukar nama kepada Sameer Khan. Nama Islam 'Khan' ini menimbulkan prasangka 'Islam - Kristian' sehingga Sameer dibunuh di tengah padang bola sepak . Mandira menyalahkan suaminya Rizwan Khan yang mempunyai nama Islam itu. Mandira yang masih teguh dengan agama Hindu turut berprasangka terhadap Islam -agama anutan rizwan Khan.
Selepas serangan 9.11, kehidupan umat Islam Amerika Syarikat yang dulunya tenteram , kini berubah sama sekali. Lantaran itu, Rizwan ingin berjumpa dengan calon baru Amerika Syarikat iaitu Barack Obama tetapi tidak berjaya.Hasratnya itu membuat Rizwan menjelajah dari San Francisco di Barat menuju ke Washington di barat benua. Usahanya berhasil dan berkata 'Mr Presiden, my name is Khan and I am not a terrorist'. Laungan itu menyebabkan Rizwan ditahan dan disiasat sebagaimana tahanan Teluk Guantanamo.
Hasil kempen beberapa wartawan Islam, Rizwan Khan berjaya dibebaskan. Ketika berlaku banjir di Georgia, Rizwan Khan ingin berjumpa semula dengan Mama Jenni dan menjadi sukarelawan banjir . Usaha ini membuktikan umat Islam bukanlah ganas atau terroris. Dia akhirnya dijemput ke pentas dan bersalam dengan presiden Amerika Syarikat yang menjanjikan harapan damai Barack Obama. Presiden akur bahawa "Your name is Khan and you are not a terrorist." -Wikipedia


Sebenarnya ada banyak perkara yang aku pelik dan janggal dengan cara islam khan yg ditunjukkan dalam filem ni dan cara orang islam kita pelajari dan kerjakan. yg paling obvious pelik adalah Khan berkahwin dengan Marina yg beragama hindu dengan tanpa menukar agama? sepatutnya marina convert agama hindu kepada islam tapi dlm filem ni tidak .Ntahla. Mungkin itu cara orang india ,ke ada sapa-sapa boleh jelaskan hal ini?  .


dan 1 lagi persoalan yg timbul , sebenarnya Shah Rukh Khan yg asal menganut agama islam kea?


Keseluruhan cerita memang best . sangat best sampai aku lekat jea kat depan tv. sanggup tahan xnak g tandas sebab nak tunggu sampai iklan. -__- . Iklan pun kejap. Pandai tv3 manage masa untuk iklan klu x , memang xhabis tepat pukul 12 ler. Inillah satu-satunya filem bollywood yg langsung xda adegan-adegan menyayi dan tarian yg panjang berjela ;) . Huhu. aku kagum  dengan lakonan shah rukh khan yg memainkan watak sebagai lelaki yg mengidap penyakit menggeletar sindrom Asperge , sampaikan aku rasa diri dia dah sesuai sangat dengan penyakit sindrom tu . itulah namanya pelakon ! can do anything for acting .




Bagi anda yg belum menyaksikan filem ini boleh menyaksikannya secara online di http://www.movies77.net/watch-my-name-is-khan-online.html atau lagi senang download je terus atau untuk yg kaya tu bolehla tambah koleksi dvd dengan membelinya dekat kedai speedy ;) kat tempat lain pun ada.



 Filem ini merupakan sebuah hasil yang sangat bagus dan mempunyai semangat  keagamaan yang kuat ; ) .so sangat layan .




Perkara yang membezakan seluruh manusia di muka bumi ini hanyalah baik dan jahat - Khan


Tuesday, August 28, 2012

Trend majalah hiburan mengikut arus kematangan


Assalamualaikum ,


Kalau nak dibayangkan , aku ini dari kecik sampai sekarang boleh dikategorikan manusia ulat buku sebab aku suka beli majalah dan kumpul majalah. itu adalah hobi yang aku sendiri baru sedar ianya telah wujud sejak aku masih tadika lagi. dari zaman aku Tadika > Sekolah Rendah > Sekolah Menagah > Kolej mesti ada kesinambungan majalah yang aku akan beli dan buat koleksi. kalau ikutkan, majalah aku yang lama-lama semua mak nak bakar sebab semak sangat tapi aku sempat merayu dengan tangisan yg sayu supaya mak aku xjadi bakaq semua majalah tu. dan berjaya ! tapi akhirnya.pada tahun 2012 aku sendiri xtahu mana lah aku letak majalah tu semua dan yang tinggal hanyalah koleksi majalah 2,3 tahun yg lepas hingga sekarang ;) . baguskan aku?. dapat yang baru tinggal lama. bagai kacang lupakan kulit . hampeh .


Tadika > Sekolah Rendah


Masa ni aku adalah anak tunggal perempuan yang mempunyai 3 org abg . Ayah memang manjakan aku sbb aku jea anak perempuan yg dia ada dan aku memang sangat mengada dan selalu buat abg2 aku dengki kat aku ;) . Kalau aku nangis, merajuk ke apa, ayah selalu belikan majalah Doraemon atau Shinchan kat aku demi nak pujuk aku yg suka menangis ni ;) . dan start dari situ amalan membaca majalah dah jadi habit .



Bila dah naik sekolah rendah , aku dah pandai menabung untuk simpan duit. setiap bulan aku akan beli majalah Kawan dan Kuntum dan aku sering masuk peraduan dalam majalah ni tapi xpernah menang.(''_') .

Bila masuk darjah lima ayah aku perkenalkan aku majalah Dewan pelajar sebab dalam tu ada nota dan latihan UPSR -__- , kadang ayah yang belikan kat aku setiap bulan, tapi ada masanya dia terlupa nak beli jadi bila sampai time tu, aku la yang beli sendiri .


Sekolah Menengah

Keputusan UPSR aku agak cemerlang jadi aku duduk di sekolah berasrama masa ting.1. Masa nielah aku belajar berdikari bagai. hujung minggu keluar outing pasti aku akan pergi kedai buku dan beli majalah Bintang kecil sebab nak dapatkan poster korea dan nak tampal poster dekat loker dalam bilik asrama ;). lepas aku dapat tahu majalah Hype ! ada ruangan pasal hiburan korea terus aku stop beli majalah bintang kecil dan aku start beli dan kumpul majalah hype setiap bulan.selepas  dua tahun kumpul majalah hype ! aku start bosan dan aku mula mengumpul majalah Klik sehingga habis ting.3


Bermula tingkatan 4 , jiwa remaja semakin memberontak untuk mengenali apa erti remaja yang sebenar jadi aku pun langgan majalah Remaja setiap bulan dan xpernah miss walaupun satu isu . Tetiba wujud pulak majalah remaja yang terbaru iaitu majalah Yezz! , aku tertarik dan aku beli serta kumpul setiap bulan sehinggalah habis ting.5.


Masa tingkatan lima. kan dah dekat dengan SPM jadi aku turut langgan majalan Fokus spm , Dewan Siswa dan Dewan bahasa untuk lebih bersedia menghadapi SPM . mcm budak smart sgt dah tuh -__-



Lepas habis jea spm aku teruskan membeli majalah remaja dan yezz! sehinggalah aku terjumpa buku bacaan yang lebih berinfo jelas dan mantap seperti Infiniti, Mastika, Al-Islam dan banyak lagi. aku xbeli majalah ni semua sebab majalah ni abang aku dah langgan setiap bulan dan ada gak yang aku baca kat library awam berdekatan rumah aku. 

Kolej

Starting tahun 2010, aku masuk kolej nursing . belajar pasal kesihatan bagai. dari situ aku mula tertarik dengan majalah Rapi yang banyak info mengenai kesihatan dan tetiba tahun ni kalau xsilap majalah Malay epop diperkenalkan . aku apa lagi ,time tu jugak aku start beli majalah malay epop dari 1st isu sehingga tahun 2012 (sekarang) .memang xpernah miss dua majalah ni. 

         


Tahun 2012

Tahun dimana umur aku sudah genap ke 20-an . Aku semakin matang dan berlaku perubahan pada diri. yea aku sedar. aku dah malas nak fikir benda yang remeh dan malas nak peduli hal orang lain. keja aku keja aku. keja kau keja kau. Minat aku terhapap muzik hiburan korea (kpop) kian pudar . dah xseperti zaman dulu. aku hanya fokus pada drama korea jea kalau ada masa lapang dan untuk muzik korea aku dah malas nak ambik port kecuali hal mengenai super junior. ;) . ntahlah. maybe sebab tu basic starting y aku minat kpop. tapi aku tetap langgan majalan epop malay demi kepuasan diri sehingga sekarang walaupun aku xbaca dah !. 


Tahun 2012 jugak , Hijabers Malaysia diperkenalkan dengan keluaran majalah Hijabista untuk kali yang pertama. aku sangat-sangat tertarik sebenarnya pada isu pengenalan majalah hijabista tapi aku x beli sebab mcm mahal jea. tapi bila isu pertama keluar (cover depan Maria Elena) aku terus beli sebab aku minat sangat dekat sis Maria. so lepas tu, aku rasa rugi plak kalau aku xbeli keluaran seterusnya sebab memang best ! aku suka tengok fesyen tapi xpandai bergaya ;) . sekarang ni hijabista dah masuk isu yang ke-3 .so lepas ni majalah seterusnya yang aku akan terus kumpul adalah Hijabista !




#So disini aku mengaku yang aku memang suka membaca dan aku suka kumpul majalah tapi bukan buku text eh. sebab buku text tu bosan -__- .Sekali dapat buku text medical nursing, perh ! lagi semangat aku nak baca . tebal xpayah cakap.




Monday, August 27, 2012

Khas untuk gadis-gadis yang suka berposing dalam facebook





Pesanan dari bro imam muda fattah .terima kasih kerana memperingati , biasalah. dah tua ni cepat sangat lupa. masa muda xda masa nak baca pesanan semua ni ;) . hareem, tua sangatkah aku?. -__- monolog dalaman jea tu. maap-maap. huhu. xdalah aku bergambar buat mulut muncung/itik unt nampak pipi kembung mcm kawai itu. mmg sah aku xcomel buat apa nak bagi nampak comel?. ('  _'') sendirik mau ingat laa.  kalau terasa tu baguslah ;) nampaknya anda memang seorang yg jujur secara rohani . dan cubalah untuk mengambil perubahan yang seterusnya . Insyaallah. niat untuk berubah sentiasa akan diredhai .



Selalunya yang ambik gambo yang berposing mcm ini adalah awek-awek yang yg perasan muka dia cantik dan comel mcm kawai, kan? tapi. itu bukan tuduhan berasas , sebab ramai je awek dan manusia biasa di alam ini suke berposing mcm mulut itik tu haa. sebenarnya. itu adalah trend yg hot masa zaman aku sekolah dulu. dan trend tu masih kekal aktif sampai sekarang tapi kurang pengikut sebab sekarang dah ada pelbagai jenis posing yg boleh ditiru ;) .so benda ni simple jea sebenarnya nak faham. kenapa, mengapa, pasaipa, awat xtau depa ni suka posing mcm ni dalam fb khususnya . sebab semua manusia yang normal suka kepada benda yg nampak cantik, comel dan cool. samaada nak tunjuk kepada umum atau tidak, itu jea. kalau boleh nak nampak perfect dlm gambar tp sampai sekarang xboleh eh? haha. kalau perfect setakat edit gamboq guna photoshop buat pa?. well, sekali lagi , semua manusia yang normal suka kepada benda yg nampak cantik, comel dan cool .




Mengata orang sendiri pun xtahu, aku rasa xda kot aku bergambar buat mulut muncung bagai, sebab dulu aku pernah test, hasilnya hudoh piang. so aku xnak cuba dah. hahaha. bersyukur dengan yang asli, kita akan rasa kemanisan dalam hidup ;)



Sunday, August 26, 2012

Gangnam Style Cover by Malaysia 8e-news




Hi,
Korang tahu fenomena tarian yang terbaru masa kini? inilah dia. tarian gangnam style yang dipopularkan oleh artis korea PSY. aku xpernah kenal pun psy ni. aku hanya kenal artis kpop yang hit mcm super junior jea (kononlah)  . Boleh tengok berapa viewers music video ni kat youtube yg aku semangat print screen kan neh. haha. semangat nak tunjuk ;) . berjuta meh. kalah mv super junior-sexy,free &single . 1st time aku tengok mv neh aku rasa meloya, melugai habeh tarak dah . boleh tahan seksi. dah tu ada plak hyuna (4minute kpop artis punya member) dlm music video nih. lagilah seksi nyah oii .standard mv girl kpop group lol,  -__- . untuk peminat running man jgn terlepas tgok music video neh, ada jaesuk oppa ! haha


 
Ini music video original gangnam style by PSY



Untuk pengetahuan , tarian gangnam style dah jadi ikutan satu dunia , semakin popular dan akan lagi popular selepas ini. Artis barat Nelly Furtado  ada cover tarian ni masa konsertnya di manilla ;l . alah baru nelly cover dah kira hebat sangatkah? . aku kira biasa lagi bila dpt tahu nelly cover dance gangnam style ni. alah biasalah nak tarik populariti tapi bila dapat tahu yang crew 8tv malaysia kita ni buat cover unt gangnam style baru aku sedar yg tarian gangnam style memang satu fenomena sekarang. semua orang tengah bercakap pasal tarian ini dimana-mana sahaja -___- . huhu. boleh blah lagi bila orang cina malaysia yg cover gangnam style dance .xtahu pulak kalau artis melayu kita nak buat cover jugak. kalau ada? haha. sendirik mau ingat le


Malaysia 8tv crew cover version

 
Boleh tahan best 8tv krew cover tarian neh ;)


Sebenarnya. music video ni motif dia hanya nak tunjuk pengaruh tempat yang bernama Gangnam di korea selatan , Itu jea. Besar maksud dia. hanya orang berotak kreatif jea faham ni -___- , aku xfaham. aku faham kot lain rasanya. hampa?



#Bolehla guna tarian ni untuk areobik mingguan kat kolej aku . ;) xpew, selamat. kolej aku xda lelaki. haha


Saturday, August 25, 2012

Review: 10 Promises to My Dog (Inu to Watashi no 10 no Yakusoku)



Hi,
Pagi tadi dekat tv3 ada tayang disney movie yang bertajuk ''10 Promises to My Dog'' . korang layan? . aku layan dari mula sampai habis. biasalah, aku suke tengok movie daripada disney, kena dengan jantung hati haa. cerita ini agak biasa, xda pun kisah-kisah romance , xda adegan tembak menembak ke apa. adegan tari menari mcm mohabbatein pun xda ;) .so memang rilex je tengok. movie ni lebih bermain dengan perasaan penonton dan nilai kasih sayang antara manusia dan haiwan belaan. masa aku layan movie ni aku ada terfikir untuk bela anjing tapi itu hanyalah angan-angan aku saja. mana mungkin boleh? Air liurnya adalah najis berat -__- .Kalau korang nak tahu Anjing adalah binatang peliharaan yang sangat patuh dan setia kepada tuannya. sangat menarik bukan?! -__- . so no wonderlah ramai yang membela anjing.



Silalah memahami bahawa anjing belaan dan anjing liar banyak bezannya, selalu, kat malaysia. dekat kawasan aku khususnya mesti aku jumpa anjing yang busuk, bising, menyalak sana sini dan kotor. itu memang kategori anjing liar dan xda penjaga . cuba korang perhatikan anjing yang berbulu putih bersih dan lebat yang mcm kawai tu, mesti rasa tertarik dan rasa comel ;) . tapi itu xbermaksud aku nak bela anjing eh , itu najis berat ! . cukuplah sekadar 5 ekor kucing yang mak aku bela kat rumah . -___-



Setelah penat aku cari 10  Promises to my dog , akhirnya aku jumpa ;) inilah janji-janji Akari terhadap sock (nama anjing belaan akari)



1) Listen patiently to what I have to say.
2) Trust me, for I am always on your side.
3) Play with me a lot.
4) Don’t forget that I have feelings too.
5) Let’s never fight, ‘Cause someday, I’ll be big enough to win.
6) If I don’t obey you, I have a good reason.
7) You have school, and friends. But as for me, I only have you.
8) Stay my best friend even when I’m old.
9) I’ll only live about ten years, so let’s make every moment count.
10) I’ll never forget our life together. So when my time comes, please be by my side.


File:10 Promises To My Dog06.jpg
Akari semasa kecil. dan sock ketika masih puppy



File:10 Promises To My Dog04.jpg
Akari dan sock bergambar di musim bunga

File:10 Promises To My Dog02.jpg
Sock,Akari dan Boyfriend akari

File:10 Promises To My Dog07.jpg
Akari bersama dengan ayahnya sedang melihat gambar-gambar lama akari bersama dengan sock yang dicuri oleh sock dan disimpan dalam rumah sock sebelum sock mati.



Lepas layan movie ni baru aku tahu yang seekor anjing riwayatnya hanya bertahan selama 10 tahun . -__- . Ending movie ni berjaya buat aku menangis yoo. haha. sedih T_T . Hanya orang-orang yang menonton dengan mata hati jea akan rasa bertapa besarnya nilai kasih sayang yang ditunjukkan dalam movie ni ;) . aku kc 4/5 star untuk keseluruhan movie 10 Promises to My Dog . best !. Movie jepun memang pandai bermain dengan perasaan meh ;l



Friday, August 24, 2012

My Birthday Journal to 'Arina'

 
As you celebrate your day, I celebrate the beautiful friendship we share! Happy Birthday, dearest friend!



2oth since 1992

Assalamualaikum ,
Mood masih mahu beraya ;) .


Semalam nak update pasal entri ni , tapi xda masa. mengantuk sangat dah, so lena jeala. izinkan aku bersambung hari  ni ;). semalam bersamaan 23/8/2012@ khamis adalah tarikh istimewa buat kawan aku 'arina' . kebetulan hari jadi dia jatuh pada hari aku dan kekawan cuti jadi kiteorang pun plan unt celebrate her birthday. seingat aku, xpernah lagi kiteorang berkumpul dan celebrate birthday bersama-sama mcm ni setakat ni , almaklumlah semua dah belajar kat IPTA/IPTS yang berbeza. ;)


Tapi, semalam xsemua yang hadir. yang hadir hanyalah aku,hani, shima, fisha, akma, asmah dan da heroin arina. Memang muka-muka ni yang tegar bersama setakat ni. ;) .Yang lain xdapat hadir sebab ada hal masing-masing . well, semua org ada hal sendiri kan -__-


You're such a special friend! It's a pleasure to remember you anytime, especially on your birthday. Have a Great day ahead!
 

Jom layan kisah aku dan mereka ;)
 

Cuba buat bentuk love dan ini hasilnya. ;)

      A Big Happy Birthday! Its Finally Here. Hope you have a bloomin' marvelous birthday, girl! 

The cake with da main star


Enjoy the music as your friends chant the lovely Happy Birthday song! Make the most of your big day today!


the more you see, the more delicious ;)

Happy Birthday to you! I wish that your life blossoms into many of your most cherished desires come true.

Membe celebrate birthday bersama ;)  all my ex-classmates , we so close right? hehe

It feels amazing to have a friend like you in my life. Have a happy and fun-filled Birthday, buddy!


My menu : Kfc green chlilies / or something like that?! . rsa mcm masak lemak cili padi. -__- . biasa jea.
Nothing brings me more happiness than the smile on your face. I want to see that smile on my girlfiend’s lips forever. Celebrate! You deserve the best.

Masa untuk chill bergambar ! ;)
I value our time together. Have a magical birthday. With love and hugs

Ok, inilah member-member aku yg sama course dengan aku . semua tengah menjalani latihan nursing di ipta yang berbeza ;) . mcm kelakar jea , semua pakat jadi misi awat x tau? -__- haha
Friend is someone who reaches for your hand and touches your heart. Hope your special day is bright and beautiful, just like you!

IPTA : HANI : KSKB JB, FISHA : KSKB HULU KINTA, KORIE : KK ALOR SETAR , SHIMA : KK KOTA BHARU. Our fate ;)




Scientists discovered, that the older a girl gets, the more likely she is dreaming about having 2 men...
1 for cooking and 1 for cleaning! Keep dreaming and have a Happy Bday! 

Cantik kan baju dia? hehe. teringin pulak aku nak pakai
Good Times are always best when shared with a close friend! Wishing you only the very best time on your Birthday, girl! 

With akma ;) . xlama lagi dah nak masuk uum . jaga diri kat sana eh -__-
I don't tell you this everyday, but be thankful your birthday comes just once a year. Think how old you would be if it came every month! Have a rocking day!

My outfit yg simple dimple yoo , biasalah aku. domo maniac ! -__-
On your Birthday, my friend, let's promise to make this year even more fun

haha, muka aku tu mcm nak kena penyepak jea -__-
Happy Birthday to you, girl! Wishing you a sweet celebration. Hope you have oceans of fun.

Hope our friendship forever happy like this ;) Insyaallah.
My hope for your day
Carries sunny thoughts your way,
With laughter and celebration
Headed your direction.
May your Birthday today
Be as sweet as honey!

saja jadi mania ;) masa muda ni la nak jadi gila mcm ni pun -__-

Wishing you a happy, fun and crazy birthday filled with wonderful surprises!

Bersama dengan birthday girl ;)  nak krushers free? mai sini meh

For my special friend on her special day: may you have many more blessings than you've ever wished for! 

SELAMAT HARI LAHIR

 ARINA SALIHAH

20th.

I have three wishes for you on your birthday. First, I wish that this Birthday teaches you something new and beautiful. Second, I wish that you have a day that you'll remember forever with a smile. And third, I wish that such days keep coming in every single day. 


Wednesday, August 22, 2012

Raya ketiga pun raya !


 Salam Aidilfitri ,

dah lewat pagi baru ada masa nak update blog. Siang hari busy beraya jea. Raya tahun ni rumah aku memang meriah daripada raya yg sebelum ini. sampaikan aku naik jemu nak bancuh air , cuci pinggan-gelas, topup biskut raya dalam bekas dan paling bosan kena kemas ruang tamu bila tetamu dah balik. penat seh !.TAPI seronok bila tengok rumah penuh dengan tetamu walaupun dalam masa yg sama aku rasa serabut sebab ramai sgt. kadang , sampaikan tetamu yg datang rumah aku xkenal , mak ayah aku jea yg kenal padahal itu saudara mara tuh. =p  tapi itulah dia, sambutan hari raya kat Malaysia. aman dan meriah. so memang aku sangat bersyukur  dapat nikmati suasana hari raya yang mcm ni. ;) Alhamdullilah.


Petang tadi beraya kejap dekat rumah kekawan sekolah aku..  dan ini hasilnya ;)


Mereka yoo !

Raya ni banyak makan biskut berunsur coklat jea. hasil =gemuk ! paling nyata naik dekat pipi. grrr. hbislah. lps ni balik kolej mesti kiraan B.M.I aku  berubah .


Bakal misi


;)

Anak sepupu aku. ;) . comel mcm orang taiwan =p


The incredible 'biskut raya'

We are.



Hani . xlama lagi dah boleh pandu kereta milik sendiri . Untunglah. ;)



Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri 2012 , bukan pasal kahwin dah !


Assalamualaikum ,
Salam Aidilfitri,
Salam Raya ,
Salam Sejahtera,


Hi, hampa semua mesti muka hepi kan malam ni? hehe. mestilah kan. raya. mesti la semua hepi. kalau sedih pun xdalah sampai ke malam ? hari raya adalah hari untuk semua bergembira. hari dimana semua orang berkumpul , hari dimana orang mcm aku ni kutip duit raya walaupun xsedar diri yang diri tu dah 2o tahun. ala baru 20 tahun. btw, sebenarnya raya tahun ni aku xdapat duit raya sebanyak tahun2 lepas pun. T_T. bukan xramai yang datang rumah tadi ,ramai giler doh tapi sorang pun xkc duit raya kat aku. grrr.. xkan nak minta? aku pun tahu malu maaa. haha. maybe diorang ingat aku dah keja jadi misi kot. aiyoo.. hilang punca pendapat bulan ni. tapi xpeala. sebenarnya aku pun dah segan nak terima duit raya bila dah besar panjang ni . baru matang sikit.


Suasana pagi raya di kampung aku meriah mcm biasa. hari ni xpergi pun sembahyang raya atas sebab sebab tertentu. so keja aku pagi adalah jadi tauke duit raya untuk bebudak yang datang beraya kat rumah. haha. seronok jugak ;) . teringat masa aku kecik dulu.  beraya kat rumah orang yang kc duit banyak jea.kalau dapat duit 50 sen. lepas keluar dari rumah orang tu mesti kiteorang kutuk2 punyalah. lps tu tahun depan punya raya xpergi dah rumah dia sebab nak jimat masa, kononya la.. hahaha. bongok kan?. biasalah budak-budak. yang budak2 skang ni pulak pesyen xnak masuk rumah. datang beri salam sua tangan. pastu buat muka comel sambil cakap. akak nak duit raya ! haha. well. tranformasi.Seronok bila imbas balik kisah raya masa kecik dulu-dulu. bestt! setiap dari kita mesti ada kenangan kan. so simpan elok2 yea. ;) Nasib baik masa aku kecik dulu aku xda blog jea. kalau ada dah lama aku update kisah raya aku dulu. hahaha.


Sebelah petang , Aku keluar dari rumah. beraya ke rumah kekawan sekolah. mcm biasa. rutin semasa raya mesti kiteorang akan buat konvo bermotosikal ke rumah masing-masing. (2 tahun lagi dah ada kereta sendiri kot) tradisi tu ! seronok bila keluar ramai-ramai. hilang semua stress pasal kolej, assignment, research dan pengajar. rasa mcm otak ni kosong jea. xfikir dah pasal stress yang menghantui diri aku sebelum ni. Alhamdullilah. Kawan-kawan aku ni kisah diorang semakin hari semakin menarik. setiap kali jumpa mesti ada benda baru yang dikongsi ;) . Sekarang ni, dalam geng aku , dah 4 orang (include me) masuk bidang nurse under gov. huhu. sorang sem 1, sorang sem 2, aku dan hani sem 5. tapi semua belajar kat kolej lain-lain. well. lebih baik mcm ni kot. baru best bila buat reunion . bagi aku. mcm kelakar jea. bila fikir keempat-empat kami ni bakal jadi misi suatu hari nanti. 


Inilah kisah raya aku bersama mereka


Ketupat daun palas. aku balut sambil tengok apa celup raya di tv3 ^^

Merdeka raya

xsabar nak sambut merdeka sebenarnya !  aku teringin nak sambut merdeka dekat KL. Mesti meriah giler.  ;)

Kawan awk ke?

Bendera pun nak masuk dalam blog jugak -__-

Akma, arina,hani dan faten ;)

Aku dan mereka bersama di hari raya . xsemua yang ada ni. ada yang balik kg . so tinggal yang tegar-tegar jeala kat sini

Bersama mariam. yam ! ko kena datang beaya kat rumah aku nanti k! mesti datang -_-

Mee udang yang giler penuh dengan udang !. xnampak lagi yang dalam mangkuk tu. Btw, thank to kak na, shima. nanti-nanti panggil la lagi kalau buat makan-makan kat rumah eh.
Kenyang.


With hani. dia baru sampai malam raya semalam. letih! baru balik dari johor -_- btw, bila jumpa aku terus bersemnagat pulak. haha.. ;)

Xready !
Beraya lagi..

Xsoal kenapa aku pakai selaur jean masa raya ? baju yang aku pakai tu baju kebaya sebenarnya. tapi kainnya ketat giler. standard kebaya la kan. aku nak tunggang motor pun xlepas so aku tukar le pakai seluar jean . itu jea ;) .1 hal lagi , kalau aku pakai baju kebaya penuh . mesti pelik. sebab xbiasa  beraya dgn kebaya. huhu.


# Selalu kalau jumpa jea dengan semua kekawan aku ni , mesti akan keluar topik kahwin jea. tapi kali ni tidak yea ! semua fokus pada duit raya. haha. dasar !


Untuk pembaca  blog 'Ini Belog Korie'



SELAMAT  HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN