Wednesday, October 31, 2012

5 Minit disebalik ujian OSCE


Assalamualaikum ,



Juz straight to the point, aku malas nak bermadah bicara. sekarang kepala hotak dah xda masa nak fikir perkara-perkara yang remeh temeh. banyak perkara yang aku kena buat sekarang ni. okay, kat sini aku juz nak beritahu yang aku baru je habis ujian OSCE (penilaian praktikal) bagi pelatih jururawat. Ini adalah final test untuk sem 5 . So setiap kali osce mesti akan berdebar gila padahal osce hanyalah proses ujian yang bersahaja tapi! itulah. dengar orang cakap memang simply senang tapi kalau hadapinya sendiri memang korang akan rasa bertapa berdebarnya osce dan telus aku cakap aku benci ujian OSCE sebab osce sangat mendebarkan !!.



aku rasa mcm nak cucuk2x jea jantung aku bila dengar loceng permulaan berbunyi padahal kita dah tahu prosedur tu nak buat mcm mana cuba berdebar sebab masa hanya diberi 5 minit dan ada pengajar yang memerhati pengerakkan kita dan memberi markah berdasarkan step prosedur yang kita lakukan . so 5 minit nampak mcm lama tapi dalam osce rasa macam sesaat jea. seriusly! sebab ini adalah ujian secara individual so ini adalah antara kau dan pemeriksa sahaja so  korang akan rasa nervous giler. tipulah kalau xmengigil sikit ! aku rasa gigil aku lagi dari gigil lelaki yang nak akad nikah ;), ermm bolehla.


Kembar Matlutfhi90  di Amsterdam !


Tadi, stesyen yang masuk untuk final ocse sem 5 (jp 2/2010) adalah female catheterization , prone, injection insulin, pemeriksaan payu dara, eye swabbing& drop . so secara konklusi ada 2 stesyen strile dan 3 bersih. (2 medication). pembantu osce untuk kali ni adalah sem 4 so junior akulah, btw, thank sebab tolong bantu prepare barang bagai dan jadi pembantu. ;). itu memang biasa dalam osce ;/ tapi ingat dalam osce memang xda siapa yang akan tolong kita kecuali beberapa prosedur yang memerlukan pembantu tapi function pembantu hanyalah setakat tolong kita untuk angkat pesakit . itu jea. sebab kalau nak angkat sorang mmg xlepas, berat seh.komunikasi dengan pembantu osce adalah dilarang sama sekali kecuali yang berkait !. grrr.




Secra konklusinya, aku xpuas hati dengan final osce sem 5 aku sebab aku xsempat buat injection. sempat prepare pastu baru nak selak tangan pesakit loceng dah bunyi ! ohmaigod, bertapa pilunya hatiku sebab xsempat cucuk tadi. grrr. tapi itulah benda dah jadi buat apa nak fikir lagi? so redha jea. sebab osce xmembunuh pun kalau ko xsempat buat prosedur sampai habis. juz tunggu result keluar je nanti.




dan harap sangat semua jp2/2010 kolej aku lulus final osce dan sumatif, dan lepastu boleh la mohon dekat pengarah kolej untuk taja keteorang g melancong unt kali kedua ;D. Kali ni nak pergi cameron highland pulak! 4-6/11 ni aku final exam (sumatif). paper medical, surgical dan mental health . doakan aku dapat buat yang terbaik ;D.







Dan lepas habis final, depavali! bermulalah kisah percutiaan aku ke LANGKAWI dan KL ! story nanti eh ;) wait yaa


Thursday, October 25, 2012

KAHWIN isu hot untuk student final year


Salam Eid al-Adha ,


Alhamdullilah raya kali ni dapat balik beraya dirumah.
terkenang sedihnya beraya di kolej masa tahun lepas ;'(


dan tahun depan kalau rezeki dapat kerja dekat utara okla, kalau kena lempaq dekat hospital area pantai timur, seberang laut memang xda harapan kot nak balik beraya haji -_-'' , gigit jari  jeala nanti. tp xpea. aku redha je dapat mana-mana sebab im still young and single so letak je aku kat mana-mana pun. i can survive lah . but tolonglah jangan dapat sarawak, sabah  lebih ok kot (kekosongan staf nurse ramai di hospital sebelah sarawak dan sabah)  so doakan-doakan aku yea. ;D



Salam Eid al-Adha day ! jom pergi sembahyang raya esok ;)


Lagi sebulan setengah semester lima aku akan habis. dan tahun depan continue unt last sem for final year till jun 2013. then, My dip. study will end ! so memang sangat-sangat xsabar. dalam kelas semua buka topik pasal kahwin jea tahun depan. dan aku pun dah buat plan nak saving money unt pergi majlis perkahwinan my friends.rumah my firends kebanyakkan dekat johor, terengganu. jauh maaa. so memang kena plan dari awal.




Bila buka topik pasal kahwin, kebanyakkan girls akan tersenyum lebar ;D. suka sangat. tapi bagi aku. kerja dan saving money lagi penting kot. umor 20 tahun still young untuk aku berkahwin walaupun aku suka giler follow kisah  dena bahrin di blog dan twitter dia ;D. lagi pun sekarang ni xda calon pun, xda pun lelaki suka kat aku. n aku pun xda sapa-sapa yang disukai kecuali Mr. nothing to do tapi itu pun masih mencari -_-'' . btw, letihla kalau one-sided love sebenarnya. aku rasa macam nak give up sudah. malas nak fikir. sebab banyak benda lagi yang aku kena fikir dari fikir Mr. nothing to do tuu. semua tu annoying je .



Bila godek2x youtube account aku tadi, terjumpa video terbaru mat lutfhi. dah lama sebenarnya mat lutfhi ni xupdate video. dan akhirnya dia update jugak ! sangat layan video terbaru neh. y? dia ubah style rambut dia. dah  sebijik macam Eunhyuk (sj) cuma beza dekat , kulit muka eunhyuk lagi fair dan bersih dari matlutfhi -__-'' dan matlutfhi xreti cakap bahasa korea ;D . haha. tapi mat lutfhi is my forever lasting love malaysian youtuber ! ;D .


  



# Aku pernah rasa hepi giler sebab dapat belajar dekat kedah sebab nanti boleh jumpa mat lutfhi dan anuar hadi tapi sampai sekarang hampeh -__-''. xpernah pun jumpa. kat mana TAK TAU rumah depa ni kat kedah? xpernah plak terserempak kat pekan rabu, alor setar, aku rsa semua mall kat area kedah aku dah p tp xpernah jumpa depa pun. a ka, depa ni xreti2x nak balik Malaysia?. belajar jea kat Australia tu.. hahaha. stalker ~


Saturday, October 20, 2012

Kelantan vs ATM parody di asrama perempuan


Goaalll...! pfft ,
ATM 3- 2 KELANTAN .


Lepas wisel penamat dibunyikan oleh pengadil bertauliah , bermulalah perang mulut dan perang anggota oleh pelajar perempuan di kolej aku , antara kata-kata yang mungkin dikeluarkan adalah seperti berikut ..



Ni nak gocoh ni, bakponya kelatee boleh kalah ni, beqat beqat ! 

tetiba.. terdengarlah bunyi-bunyi pontianak2x mengilai mcm hilang anak sebab xdapat terima negeri tanah air tersungkur . 1 kolej aku boleh dengar. memandangkan setiap aras ada bilik tv so banyak la versi pontianak akan mengilai malam ni. 


------
sepanjang game berlangsung
bila bola macam nak masuk ,menjerit bagai nak gila budak-budak ni. comferm ! kalaulah aku boleh tengok geme bola kat rumah dengan my bro kan best.aman dan cool jea .



Untuk malam ni sudah pastinya aku akan menghadiri ke bilik tv untuk menyokong ATM even aku xminat pun ATM or Kelantan. aku lebih prefer KEDAH yoo! hijau kuning still the best for me . zaman kegemilangan hijau kuning pada masa dulu masih utuh diingatan . just wait, hijau kuning akan bangun semula !



So untuk game malam ni. sudah pasti bilik tv aras aku akan penuh dengan penyokong awek2x kelate yang kuat semangat kelantanya. semangat bahasanya. semangat jeritan gomonya. semangat makinya, semangat gelaknya dan bermacam variasi lagi semangat yang aku boleh saksikan pada malam ini. memang xpayah cakap sebab majoriti budak sem aku dan aras aku adalah berasal dari kelatan jadi memang mereka akan terlebih bersemangat ;D. Aku? akan jadi seorang yang profesional (kononya) di bilik tv tanpa memaki hamun  dengan menggunakan bahasa negeri dalam setiap kesalahan pemain sebab itu adalah 'game bola' bukan pasar malam. or, kalau xboleh tahan sangat dengan kebisingan+ kejeritan bahasa kelatee aku akan blah dari situ dan tengok online jea ;D. aman.



Jadi, apa-apa pun keputusannya nanti, just nak cakap tahniah kepada pemenang!.


so inilah kisahnya bila ada game bola pasukan kelantan yang main masa di asrama. budak perempuan ni jerit mcm hell! mcm nak pecah bilik lubang telinga aku..tapi itulah dia semangatnya. so memang xboleh nak cakap apa2x.


~1 perkara yang aku xfaham , orang kelantan kat mana2x pun mesti ada~
tetiba xsuka pakai baju kaler merah hari ni.


#dulu masa final euro 2012 nasib baik xda sapa kat bilik tv asrama. ada beberapa yang pro game bola euro jea. so memang layan pagi tu!

Friday, October 19, 2012

Pencarian Mr. Nothing to do #1


Anyeonghaeseyo chingu--gussyaya ;D



Selamat datang ke ruangan (Domo--- Love)
kisah dimana seorang blogger (korie) mencari seorang jejaka yang ingin dia kenali tanpa pengetahuan jejaka tersebut  (one-side-love). permulaan kisahnya telah diadaptasikan kepada lukisan art doddle oleh seorang blogger yang sering mencari pasal /gaduh dengan korie dalam kehidupan sebenar yang dikenali sebagai Dhiya .



Dhiya adalah kawan kolej aku yang selalu je cari pasal dengan aku (always fighting3x!). selalu berebut anuar hadi dan mat lutfhi dengan aku padahal aku yang kenalkan dua ekor vlogger tu kat dia ;D. tak pasal2 diorang ada ekor. maap2x -__- ''. Okay,Untuk entri sebelum ni aku ada post mengenai Mr. nothing to do iaitu seorang jejaka yang ingin aku kenali tapi still xberjaya. atas pertolongan dhiya, aku berjaya mendapat gambarnya ;D.



 Nak tahu bagaimana aku dapat gambar Mr. nothing to do?.. Baca art doodle dibawah ;D



memang sengaja dhiya lukis muka domo 2 hodoh. padan muka domo K O R I E

tulisan agak kabur sikit sebab dakwat pen cair sangat. agak2 nampak x?
ayat yang bawah tu kabur, dia tulis : "may I take your picture?" agak2 betul ke ayat tu? paham2 sendiri sudahla


 disebabkan dhiya yang lukis art doodle ni so kenalah baca penghabisan cerita di blog dhiya






#Haih, xmacam aku. tetiba jadi gedik -__-'' .




Thursday, October 18, 2012

Akhirnya no more 'Tarian' for them


 Juz wanna say hi to my readers ;D


My best management girls !





Sebelum masuk tidur ada sumething yang aku nak share kat sini . kawan aku dhiya dan nia dah kembali ke pangkuan jalan setelah menyebukkan diri di kskb hulu kinta atas dasar pertunjukkan tarian pada majlis penutupan konvo ilkkm semalam. so saja nak cakap kat sini yang aku sebenarnya jelez lol sebab diorang dapat pergi kskb demi pertunjukkan tarian. aku ni, jenis yang suka sangat tengok benda2x kebudayaan seperti tarian, lakonan dan anything about art tapi malangnya, xdapat nak join diorang . y? sebab aku xmasuk tarian . kalau aku masuk mesti mcm anak gajah  yang menari;D. hilang konsentrasi penonton yang fokus gila bapak -__- .



Kawan aku bermalam sehari disana. so aku agak rindu la kat diorang bila sehari xjumpa dan xsangka bila diorang sampai sini aku dapat berita baik dari dhiya. haha. xsangka dhiya mati2x g cari budak Mr. nothing to do sepanjang dia berada di sana. ;D. gedik betul kawan aku sorang ni, pulun sungguh nak cari siapa mamat tu. mcm xda kerja lain. haha. tapi nice, klu aku ada ramai member yang spesis mcm dhiya ni. excited ! senang dan ada supporter . so dhiya. aku just nak cakap yang aku sangat berterima kasih kat kau sebab pulun p cari siapa  dia. -__'-.

sayang kaulah friend !




Siapa Mr. nothing to do korie? tunggu entri selepas ini eh. ;D


Bye. nak tidur sudah.




Esok ada presentation study case for medical ward . Ohmaigod. kejadah apa ntah  aku nak cakap esok  sebagai ketua kumpulan? -__-'''



Tuesday, October 16, 2012

Kisah saya .




Tadi baru habis minum segelas air milo tanpa gula. rasanya tawar tapi agak lemak berkrim.dan dalam dunia realitnya hidup aku seumpama begitu . Ibarat air milo tawar tanpa gula. nampak sedap tp rasanya tawar. tp masih boleh diminum sebab masih ada rasa lemak berkrim . ;K 



Fine, sebenarnya aku rasa sedih malam ni. T_T , Sometime aku rasa mcm aku ni xda siapa2 pun dalam hidup maybe sebab aku terlalu bersahaja dalam dunia aku. sllunya kalau sedih, gembira, happy ke mesti kita nak share dengan somebody but me. i have nobody to tell my stories. yea. aku ada ramai kawan tapi xsemua yang faham aku dan xsemua aku boleh ceritakan kat mereka.dan yang aku pun 1, suka sangat pendam dan biar je masalah tu dimakan masa dan perlahan-lahan hilang. sebab aku ni jenis pemalas nak ambik kisah semua tu. aku xterdaya nak nangis bagai sebab aku xayu mcm korang. kalau aku nangis mesti semua orang dekat sekeliling aku akan pelik . even mata aku merah kawan2x aku hanya syak mata aku dijangkiti conjuctivitis (sejenis penyakit mata) sbb sekrang ni aku praktikal di wad mata. mcm tu pun ada? haha ;D. YEA! That the truth. even my roomate bukanya ambik kisah pasal aku sangat. hal dia hal dia. hal aku, hal aku, we both same exclly. tapi aku xkisah sangat sebab aku xsuka orang peduli hal peribadi aku. but at the same time aku sebenarnya rasa sedih bila kenyataannya xda siapa yang kisah pasal diri aku. 




Kadang aku nak call mak kat rumah pun xjadi sebab xtahu nak cakap apa. tapi dlm masa yang sama aku sebenarnya rindu giler nak dengar suara dia tapi we have nothing to talk about when it come through the phone. kenapa eh gitu? maybe sebab family aku ni kurang kasih dari kecil. mcm mana eh nak explain? ntahla. aku je yang faham sebenarnya. aku ada 3 org abang dan seorang adik yang beza 10 tahun daripada aku.  abang2 xda rapat giler mana pun. mereka hanyalah sekadar abang . itu jea. kadang,aku xrasa pun yang abang2x aku ni pedulikan atau risaukan aku (mungkin  sebab my life is so independent). tapi yang sebenarnya diorang agak care pasal aku tp aku mungkin xnampak . maybe sebab kiteorang adik beradik x diajar manja lebihx2 sesama adikberadik daripada kecik. semua buat hal sendiri. so bila besar kau nak suruh aku gedik2 manja dengan abang aku? memang x la kan. my bro is my limit ! aku xselesa pun nk gedik2x manja dgn diorang. sometime aku rasa aku ni hanya menyusahkan hidup mereka je. ye x? .sebab aku ni perempuan.




so how? my life exclly agak complicated right, 
tapi aku dah biasa. But still. aku xkeseorangan. ALLAH SWT is always be with me n i still have u as my reader ;D 



Sunday, October 14, 2012

Mr. nothing to do

Hye peeps ;D


Yes, I'm still blogging at this time even tomorow i have morning duty at eye ward.

something catch out my mind just now..





Last entry aku ada cakap [tulis] bahawasayanya aku ada crush dengan someone yg aku rasa mcm aku knl padahal x . aku sangkakan aku dah jatuh hati sama dia (Mr. nothing to do) ~ konon lah k a n. tapi tidak sebenarnya. maybe just something like 'gatal gatal' mcm tu kot. sebab aku xpernah serius dalam meminati seseorang. who care bout my love feeling? nobody . because aku tahu. hati aku masih belum bersedia untuk semua tu. aiseyyy.. perhh! ayat, wayang jea ;')




Btw, sebenarnya. aku ada cari budak tu dalam facebook beberapa hari ni tapi till now still x jumpa. n i think i should give up already sebab my heart said.. i should have to forget him. he just nothing on me . so what>?. but still,  searching him in facebook . degil ! yea. memang aku degil. zaman sekarang everyhing can be settled but this one seem like a little bit hard b'coz I am so clueless bout him.. zero 0;



Just now, aku diberitahu yg my mr. nothing to do rupa2nya baru semester 1, damn much super duper junior yoo! . hoho, LOL, got a crush with someone who younger (maybe) than me. tapi muka dia matang gile. ;'0 fine !, absolutely, i am nothing to do with him so let the past go with da cool air ~












I am so cool right?  -__-


So. dear diary, aku dah penat sgt. kita tidur dulu yuk ! bye ;D



Just let Allah decide it.

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah
kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki.
Jika kamu sangat menginginkannya dengan
sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah
dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana
bicaranya mungkin akan membuatkan kamu
terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah
kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah,
Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti
kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya
atau mungkin kamu akan mendapat seseorang
yang lebih baik darinya…^^


-Facebook-




credit :yasmin


# Aku xpernah rasa mcm mana kehidupan berkasih , aku takut aku akan melanggar peraturanNya tapi aku inginkan kasih. tp aku boleh bersabar sebab aku tahu  hari itu pasti akan datang jua. Ya Allah bukakanlah pintu hatiku buat si dia yang benar untukku.-korie

 

Saturday, October 13, 2012

Pesta Konvokesyen ILKKM 2012 ,KSKB ULU KINTA

Assalamualaikum ,
Annyeong-haeseyoo chingu -n a!

Mood petang ni mcm suam-suam basah lagi , rasanya baru tadi aku menjejakan kaki di Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta (KSKB SAS,ULU KINTA) . Kolejnya 5x besar daripada kolej aku dan student kat situ aku rasa 10x ramai dari kolej aku, so memang hebat ! rasanya kolej kskb ni sebesar  Universiti tempatan -__- , Ini adalah kali pertama aku datang sini under MBIL demi nak celebrate ex-senior  pada  hari perasmian konvokesyen Insitusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) pada 12/10/12 (semalam) . Semalam, bertolak dari kolej aku pukul 6.15am dan sampai KSKB pada pukul 10.30am ,lama jugak ah duduk dalam bas kolej tu, sampaikan aku mengigau pergi United Kigdom padahal juz nak pergi U.K (Ulu kinta) jea.



Ini adalah wakil MBIL (Majlis bersama institusi latihan) yang mewakili pelajar kolej aku  untuk menyertai pesta konvekesyen untuk majlis perasmian yang diadakan semalam iaitu bersamaan 12/10/2012


Depan hall kskb sas ; )

Dalam Auditorium KSKB SAS dimana tempat penyampaian sijil diploma untuk konvekesyen dijalankan. berlaku full reherseal dari pagi hingga tengahari 12/10/12.



Tau x masa ni aku rasa apa? aku rasa macam xsabar sangat nak konvo ! sangat-sangat xsabar. Nanti time aku konvo akan dibuat dekat sini jugak untuk seluruh Malaysia kecuali pelajar dari sabah,sarawak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     


all of us, aku xfaham kenapa aku tersengeh mcm tu??? -___-

Pernah x bila tgok seseorang tu kita rasa mcm dah kenal lama,  try nak ingat siapa tp xdapat nak ingat. dah tu, korang asyik nak tengok muka dia lama-lama jea sebab nak try ingat siapa dia. tp akhirnya xdapat ingat. nak try g tanya dia tapi malu dan xberpeluang.. grrr ;'(.  Itulah yang berlaku kat aku semalam ;'(. kuat aku rasa yang aku akan jumpa dia balik suatu hari nanti. Insyaallah.

Ada x siapa2 yang kenal dia kat sini?
Diorang ini adalah students koir untuk konvokesyen . masa ni diorang buat rehearseal dan kedudukan tempat memang xkan berubah.


Arhh, memang aku xda keja lain

Banner kolej aku ;)

Sebenarnya sebab utama kolej kiteorang datang KSKB SAS pada 12/10/12 adalah disebabkan kiteorang dijemput untuk mengadakan persembahan aerobik selepas perasmian dari Datuk S.U.B.
Persembahan aerobik diketuai oleh pelajar pos basik kebidanan kolej aku ;). My senior yoo!


Together with post basic students ;) 



So kesimpulannya, semalam memang satu hari aku menghabiskan masa di kskb sas. seronok! tapi agak letih sebab kolej tu besar pastu kena jalan jauh. hehe. biasalah, aku mana biasa masuk tempat belajar yang besar2 macam ni. tengok la kolej aku mcm mana. kecik jea, tapi still nice yoo! ala lagipun student nurse dekat kskb sas belajar benda yang sama jugak dengan apa yang aku belajar kat kolej aku dan nanti graduate dekat tempat yang sama jugak. so xda beza pon kan. dan untuk student kskb sas mesti bosan giler nanti bila time graduate sebab buat konvokesyen dekat kolej sendiri. haha . xberkembang korang. hehe. jangan marah, sebenarnya aku jelez sebab korang ramai students kat kskb, kat kolej aku sikit jea. bosan ;'( . tapi yang pasti aku tetap bersyukur. ;)



Apa beza kolej kolej sains bersekutu dengan kolej aku?

dua-dua under kkm.
cuma, kolej sains bersekutu ni terdiri daripada students seperti nurse, medical assistant, farmasi, physio, dan banyak lagi mengikut diploma pra perubatan under ILKKM (Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia).


dan kolej aku adalah hanya ada student nurse jea ! sebab nama kolej aku adalah kolej kejururawatan. mcm pecahan daripada kolej sains bersekutu . mcm tu ah.




Terima kasih sebab sudi baca pos aku .

Tuesday, October 2, 2012

Sixsense

Assalamualaikum ,

Malam ni tetiba rasa mcm nak taip something..



Tadi kerja pm shif dekat psy ward (mental) . ada lagi 2 hari nak kerja kat wad ni. tadi ada video show dekat klinik  psy (sebelah wad psy) dari seseorang . talk dia pasal pychotic disorder . so tadi agak ramai la yang join this video show . aku tertarik dengan sumething yang dia cakap semasa talk tadi. dia cakap yang orang yang mempercayai/ada saka adalah  orang yang menpunyai sakit mental . sumething like nonsense to me . mcm mana eh aku nak cakap? korang percaya saka tu ada?? aku rasa saka dan melayu adalah satu perkara yang x menghairankan bagi kita sebab itu adalah satu warisan/kepercayaan nenek moyang kita dulu . aku xtahu lah nak cakap percaya ke x tapi benda tu memang ada . tapi bila ada orang cakap yang kalau kita percaya saka itu ada ,kita ni adalah sakit mental. so aku sakit mental lah? grr, i dont get that's.


Samalah jugak, kalau pesakit mental cakap dia nampak hantu kat belakang kita ,kita akan anggap dia gila padahal sebenarnya dia memang nampak. bila pesakit mental cakap yang dia mendengar suara2 bisikan yang pelik-pelik sehinggakan dia xdapat tidur kita akan diagnos dia sebagai halusinasi pendengaran tapi yang sebenarnya memang dia dengar . korang faham x apa yang aku cakap ni?.. kadang-kadang aku rasa pesakit  mental ni merupakan mereka yang diberi sixsense oleh tuhan dimana mereka boleh nampak, dengar perkara dimana manusia normal xkan nampak dan dengar. mereka mungkin diberi sixsense tapi mereka xdapat kawal psyhotic dalam diri mereka sehingga dapat mencederakan orang lain dan diri sendiri so rugilah. so bila jadi mcm ni mereka terpaksa dimasukkan ke wad psy or just take psychotic medication tanpa tinggal sehari pun sehinggalah baik ataupun kena ambik seumur hidup .



Lagi aku selami tentang psy lagi banyak yang aku xfaham. lagi pening. so aku dah malas nak fikir. sakit kepala.weh. tadi dekat wad ada pesakit psy baru masuk. agressive yoo! dia didiagnos sebagai bipolar disorder . Bipolar disorder adalah sejenis penyakit kombinasi mania + depression . masa kiteorang nak ambik vital sign dia marah kiteorang, semua maki hamun keluar dari mulut dia. perhh!, takut kot. kawan aku kena pijak kaki dengan dia. dia ambik botol air kawan aku dan minum air dalam tu sampai habis lepas tu hempuk botol dekat atas lantai . dah tu mengamuk nak keluar dari wad , grr.. 1st time aku dapat pesakit yang agressive macam ni . memang agak menakutkan. so lepas tu dr. ikat tangan dan kaki dia dan kasi dia suntikan anti-pyschotic ,  kesan ubat tu buat dia  tidur.




Ada seorang pesakit ni , dia ni okay, suka sangat bercerita, menyanyi bagai . tapi bila dia bercerita kebanyakkannya merepek belaka. sampaikan aku jadi pening mendengarnya. sungguh. sangat pening. maybe aku xdapat adapt lagi dengan pesakit psy. aku banyak lari g tempat lain daripada mendengar dia bercerita. member2 aku yang lain suka sangat layan dia bercerita.so biarlah. aku xboleh. sakit kepala . grr. maybe aku memang xsesuai dalam bidang psy -__-



Nite !.