Friday, November 30, 2012

Review Istanbul , Aku datang !







Hi bloggers ,

Aku baru habis tengok Istanbul , aku datang ! tadi ;D . Layan movie dekat hostel jea hujung2x minggu gini .
so mcm mana dengan Istanbul?

Meh nak story..

Pelakon utama, Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat... Sure teruja! Sinematografi yang sungguh cantik dan jalan cerita yang fresh.


Sinopsis

Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.


Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.


Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.


Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.


Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.



lisa yang kecoh, bising dan salamba ;)




Bagi aku, istanbul , aku datang adalah movie lisa surihani yang paling sweet tahun 2012 . comel , fashionista , stylo, kecoh , latah dan ada unsur2x fobia terhadap kucing yang menaikkan scene komedi . Watak tomok sebagai boyfriend lisa agak kaku tapi dilakonkan dengan baik dan selesa so bagi aku xda masalah cuma kadang2x perasaan sayang tomok yg nak ditunjukkan kepada lisa tidak berapa jelas tapi telah dicover dengan lakonan lisa dengan baik, so memang masuk ;)
lagipun bila aku fikir balik , tomok ni student medik so memang watak student medik skema macam ni pun -_-'' (jgn marah eh klu awk yg tgh baca ni student medik)


Tomok tengah pujuk lisa ;) sweet !


Beto , wataknya tidak ada pada permulaan cerita, mcm x penting , tapi bila tiba wataknya , barulah kita sedar yg kisah percintaan lisa dan tomok akan mencapai tahap klimaks . tapi bagi aku perasaan cinta antara beto dan lisa digambarkan tidak begitu kuat dan matang. aku xrasa pun yang lisa sukakan beto , lisa cuma perlukan seseorang yg menemani dia tika kesedihan , dan kebetulan dia adalah beto . dan aku juga percaya kata-kata nasihat beto terhadap lisa iaitu , ''2 hati yang dah lama sebati , susah untuk dileraikan'' yang merujuk kepada lisa & tomok tapi at the end lisa memilih beto sebagai pasangan hidupnya . how come? aku xberapa puas hati disitu.



Beto yang berada di sisi lisa ketika lisa bersedih hati



Yea, penonton dikejutkan dengan kecurangan tomok dihadapan lisa dan beto . tomok ada perempuan lain di istanbul . tomok akuinya . tapi ,bila dia kehilangan lisa baru dia sedar yang lisa begitu penting dalam hidup dia dan tomok terus declare kat lisa untuk berkahwin dengannya.  Lisa kecewa pada mulanya , tapi lisa still dengar penjelasan dari tomok mengenai kisah curangnya dengan perempuan lain. tomok akui yang dia sunyi berada di istanbul tanpa  keluarga dan lisa di sisi jadi disebabkan itu dia mempunyai perempuan lain  . bagi aku , penjelasan itu sangat jelas dan ditunjukkan dengan begitu jujur oleh tomok dan aku berharap lisa beri peluang kedua terhadap keikhlasan tomok ,sehinggakan tomok sanggup tinggalkan pengajian medik di istanbul demi nak ikut lisa pulang ke Malaysia untuk buktikan yang dia still sayang dekat lisa .


Sebelum lisa pulang ke Malaysia . Lisa cakap dengan beto yang tomok ada ajak dia berkahwin
Beto : ' awak nak berkahwin dengan lelaki yang curang dengan awak '?
Lisa : Saya kenal dia siapa , bukan seminggu dua saya berkawan dengan dia , tapi dah bertahun tahun
Beto : (nada suram) Emm , kita berdua yang baru kenal seminggu dua .
(Perbualan mati disitu)

Pada hari dimana lisa dah nak berangkat ke Malaysia bersama Tomok

beto cakap :

''saya hanya mintak satu peluang jea , bukan dua peluang''

 Scene mati disitu..


After 2 years . Lisa memilih beto sebagai pasangan hidupnya. mereka bergambar bersama dengan memakai baju pengantin di Istanbul .


End . aku xsuka lisa pilih beto . dan mungkin tidak adil untuk lisa kalau dia memilih tomok sebagai pasanganya tapi xsalah bukan kalau lisa beri peluang kedua kepada tomok ? Ish, lisa baru kenal beto kot.Kalau nak diikutkan lisa berkawan dengan tomok sejak sekolah lagi. sampai hati dia tinggalkan tomok mcm tu jea. memangla lepas 2 tahun baru diorang kahwin (lisa+beto) tapi bagi aku ending yang mcm ni xfair untuk mereka bertiga sebenarnya !.  hoho .


btw, bernard chauly punya cerita memang luar dari kotak fikiran . nice job!





Korang belum tengok lagi ? boleh download Istanbul , aku datang! di


 ataupun datang je bilik aku .. copy movie ni ;)




Arhh , tomok dengan beto xpayah berebut dapatkan lisa , lisa dah jadi milik yusri dah pun ;) . haha
kalau aku jadi yusri mesti aku jelez dengan babak beto piggyback lisa masa lisa terperanjat dengan kucing ^_- ''



Tuesday, November 27, 2012

Trip to Melaka [ Pantai Tanjung Bidara]


Assalamualaikum ,

Hi ;D

Sambungan dari entri yang lepas..

Yeah , malam itu kiteorang bermalam di resort pantai tanjung bidara dan akutelah berjanji pada diri aku yang aku akan bangun awal pagi untuk lihat matahari terbit ;) .dan pada paginya , memang awal sangatlah aku bangun. sampai alarm henset bunyi berkali2x dipadam ;D . haha. biasalah. orang muda memang gini. niat lain, cakap lain yang jadinya lain , kan. tapi xpeala, aku masih xterlepas nak tengok matahari terbit di pantai . so pada pukul 8 pagi aku dan kekawan bersiap untuk menyaksikan keindahan pantai tanjung bidara.


Ini diantara gambar dari berpuluh-puluh gambar yang aku snap dengan menggunakan kamera olympus aku -_- '



Airnya sangat sesuai untuk mandi , pasirnya sangat halus dan bersih  membuatkan aku xsabar nak  mandi kat sini. tapi masa pagi ni xda sesiapa lagi yang nak mandi pantai . aku nak  tapi xda siapa yang nak teman. kekawan aku semua penakut nak turun ! adoiyaii susah betul . huhu -_- ''


Jumpa belangkas yang dibawa oleh arus air laut ;)


Serius , view pantai ni CANTEK!

Percaya x kalau aku cakap yang dahan pokok ni tengah terapung atas laut ?? hehe

sisi pantai

kenalkan . inilah aku ;) .Ini dahan kayu yang aku cakap terapung atas air laut tadi .sebenarnya x terapung pun. gurau aje ;)

Pasir bersih ! rasa mcm nak baring jea ka situ . best2.

Apa eh orang pggil jabatan ni? aku naik atas xda apa pun. kosong jea. tempat orang nak terjun laut . nak megai ikan kat atas tu pon boleh ;)


Sajalah nak photoshot sikit ;)

see , dah terduduk jadinya.. xlarat nak jalan keliling pantai


Awak , sudi x jadi yang halal buat saya ?? haha , parody jea ni . teringinlah!

Yezz! memang cantik!


Apa dah jadi dengan matahari terbit yang aku nak tengok sangat tu?
hehe , macam hampeh , matahari terbit disebalik pokok bukan disebelah pantai ! manalah aku nampak bangang! huhu. terkecewa sudah T_T


Matahari terbit disebalik pokok depan pantai -_-' tapi walaupun begitu . cantik jugaklah ;)

Cepat Tengok BAWAH !

Ada seekor binatang tengah fokus melakukan proses eliminasi . HAHA. bodoh betul aku g ambik gambar ni . nasib baik dia x hilang kosentrasi. maaf yea kecing!

Prepare nak balik rumah nadia ;)

Keadaan resort



Selepas sesi merela mengambil gambar sekitar pantai , akhirnya kiteorang memanjakan diri mandi di kolam resort . kolam resort boleh tahan besar so memang selesa walaupun pelancong semakin ramai .xpew. we r malaysian. we can accept and share! selepas puas mandi kolam aku dan kekawan turun mandi pantai . mulanya kekawan lain xnak mandi pantai tapi selepas dipujuk. akhirnya diorang mandi pantai jugak ;) . hehe. mandi pantai dari pukul 9.30 sampai 12.30pm. bayangkan.. memang gilaaa! kulit aku memang burn! xpayah cakap apa-apa. haha. dah mcm orang minyak aku rasa lepas tengok muka kat cermin. itulah.terlupa nak pakai sunburn sebelum turun pantai awal pagi tadi. grrrr.


Okay , yang sebenarnya kan. aku ni memang nampak excited gila nak mandi pantai tapi sebenarnya aku ni xreti berenang ! langsung xboleh jadi masa aku mandi aku menggunakan kaki sebagai penampan. nasib baik aku ni agak tinggi tp xmcm gwang soo la so boleh la jalan-jalan ziraffe jauh sikit dalam pantai tu -_- '. bila kaki xdapat jejak dengan pasir bawah air laut ,aku terus mara ke depan sikit takut tengelam. haha. aku belajar berenang mcm nak gila hari tu tapi xboleh jugak nak balance badan atas air. arhhh! kawan aku nadia xreti berenang jugak tapi dia ada Mr.Mat disisi dia. ajar berenang ;) .this couple soo sweet la masa mandi pantai .. jelesnya.. haha ;) . bilala aku nak ada abe ni . lelaki masa depan aku xjumpa lagi ni..xtahulah.


tapi xpea. aku xkisah semua tu, yang penting kepuasan cuti kali ni. memang terbaik! kiteorang gerak balik dari resort pukul 1.30pm. sampai ke shah alam dalam pukul 3pm sebab petang tu hujan lebat sangat. kawasan shah alam ada yang banjir. memang dasyat ! xsangka air boleh naik secepat itu .



sampai je rumah nadia terus aku berkemas beg baju semua untuk prepare destinasi tempat tinggal seterusnya iaitu rumah nisa di gombak KL.
aku akan berada di KL selama 3 hari 2 malam.



Will be continue...



Thursday, November 22, 2012

Trip ke Melaka [ Bandar Hilir ]


Assalamualaikum


Oh, hi korang ;D

Saja buat mood mcm hepi padahal  bosan bagai hilang pedoman . ohh.. STOP!
plezz..  jangan mengadu tentang ketidakpuasan hidup yang kita lalui sekarang , cuba bandingkan kehidupan kita dekat sini dengan kehidupan rakyat gaza sekarang. menderita beb diorang kat sana ;( . Syukurlah , dengan keamanan yang kita perolehi .


Say.. Alhamdullilah to Allah swt. and let pray to PEACE GAZA !!


So korang, untuk entri kali ni adalah sambungan dari kisah aku jejalan di SELANG0R-MELAKA-KL pada cuti deepavali yang lepas. untuk pengetahuan ini adalah entri kedua mengenai trip aku ke sana ;) . Entri trip pertama boleh dibaca kat sini http://pinkexia.blogspot.com/2012/11/tasik-shah-alam-dan-uptown.html



12/11/2012 @ smile monday !
Pagi tu, dari rumah nadia di shah alam , aku gerak ke melaka dalam pukul 9am. driver kiteorang adalah mr-right nadia ;) yang sangat sporting dengan kiteorang . thank to him , may Allah bless them together.
perjalanan dari shah alam- bandar hilir melaka hampir 180 minit ,  awalnya plan nak pergi Kota A Famosa tapi sesat pergi masuk Resort A Famosa . kiteorang ingatkan Resort A famosa dekat le dengan kota a famosa tuh, rupenya idok! agak berjarak dua tempat ini, . Kota A famosa terletak di bandar hilir melaka manakala resort a famosa terletak di simpang empat, alor gajah . tapi kalau korang jejalan sekitar resort pun dah cukup best sebenarnya sebab dekat resort A famosa ni ada tarikan seperti Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light. mcm best tarikan ni tapi kiteorang xmasuk pun sebab kiteorang xplan pun nak datang sini. so kiteorang take U-TURN pergi ke bandar hilir melaka untuk cari kota A Famosa yang kita belajar dalam sebjek sejarah masa zaman sekolah ;)



Penat ikutt signboard > Bandaraya melaka untuk sampai ke bandar hilir dan akhirnya...


Here we are!

World heritage City okay! bukan main2 Negeri Melaka ni ;) kelas gitu haaa. sebelum sampai bandar hilir , Melaka bagi aku negeri yang biasa-biasa jea. sesudah sampai bandar hilir barulah aku terpegun dengan keunikan Negeri Melaka . It's so interesting place to visit !

Mr, Right nadia yang begitu romantika ;) haih, nadia, bila korang nak kahwin ni??

SEKITAR BANDAR HILIR MELAKA

kenalkan, ini adalah my kak yan ;) yang menemani aku selama aku trip ke selangor-melaka-kl

If i can fly .. i'll be mrs.superman ;) ,
Port utama kaki bergambar bila sampai di depan Kota A Famosa ;)

Syaifah , kak yan and me . (member kolej yg sama2 join trip )

Ini bahagian atas A Famosa , agak tinggi jugak r nak naik tangga unuk sampai ke sini . tempat ni atas bukit , so bila korang dah sampai di atas korang boleh nampak pemandangan sekitar Bandaraya Melaka . Memang xgayat! so xyah risau.

Ok, motif aku ambik gambar dengan benda ni sebab nampak best ! tapi, apa nama ntah -_- '' yg penting ini adalah sejarah! mesti cikgu sejarah aku bangga dengan aku bila dapat tahu aku datang tempat mcm ni. hahaha.

Bebudak Ini tengah menari tarian Gangnam style -Psy . dah ok , tapi sayang. tak seksi ! haha -_-''

 Paderi ?. -_-''

Cederamata yang dijual sepanjang jalan di A Famosa . tapi kat sini harga up sikit.  -_-'' apo keno ejang??

Tudia ! Taming sari dah naik ;) . Bendaalah yang aku tunjuk tu adalah menara taming sari  


Sedikit Info mengenai Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.-Wikipedia



Medan Samudera , lokasi betul-betul di hadapan muzium samudera dan kapal kayu ;) . kat sini adalah syurga membeli belah untuk para pelancong ! baju i luv melaka , beg , keychain dan banyak lagi r cederamata melaka yang dijual disini. HARGA kat sini memang murah dari kedai cederamata yg lain ;) . so kalau nak beli cederamata melaka sekitar bandar hilir , beli jea kat sini k. i suggest ni.

Makanan yang paling popular kat melaka ! asam pedas ;)

KAPAL KAYU SAMUDERA DAN MUZIUM SAMUDERA

Ada kisah menarik semasa aku masuk dalam kapal ni, tapi xboleh nak dedahkan kat sini , nanti kena tangkap dengan polis. hahaha ;)

Adus, termasuk pulak gambar minah salleh ni ! huhu.  sebenarnya nak tunjuk yg dekat sini memang ramai pelancong dari luar negara ;) .
Muzium samudera yang berlokasi dalam kapal kayu ;) . memang exklusif !

Aku yang keseorangan di dalam kapal kayu ! semua kekawan aku xnak masuk ;l huhu, aku jea yang excited nak masuk semua tempat yang aku nampak . hehe. tembam giler kan aku sekarang?? -_-''

Bergambar dengan klon Hang Tuah. mcm M.Nasir dlm iklan kit-kat. ;)

 kapten ? .suruh orang ambikkan gambar ni . thank untuk org tu ;)

Pandangan sisi

Ini pun muzium samudera tapi muzium ini terletak di bahagian luar kapal kayu tadi .

Kiteorang berpiknik di sebelah luar kapal kayu ;) Bihun goreng. homemade dari nadia . sedap seys! nadia buat sekali dengan sambal kelantan , perh! memang Ummp!

Lepas makan, bergambar bersama ;) . Yang seluar putih tu le, nadia! kenalkan ;) .

Sekitar bandar hilir tu memang banyak tempat menarik yang boleh didapati , semua tertumpu pada satu tempat dan korang hanya perlu berjalan kaki untuk ke satu tempat ke satu tempat yang lain . dan untuk pengetahuan , dekat bandar hilir popular dengan pengangkutan beca so korang boleh naik beca kalau nak round bandar hilir. Becanya sangat menarik untuk dinaiki ;) . sangat mesra pengguna. so kalau korang datang sini jangan lepas menaiki beca bandar hilir melaka !. i suggest u .



Lepas penat berjalan sekitar bandar hilir , Mr right nadia tanya nak g mana lagi . aku nak ajak diorang ni naik menara taming sari tapi diorang semua xnak naik . xkan aku nak naik sorang2? grrr. sedih T_T tapi xpeala. lain kali jeala aku naik, aku dah buat perjanjian dengan negeri melaka yang aku akan naik menara taming sari suatu hari nanti. promise!. haha ;D . so lepas tu berangkat balik dari bandar hilir .


Sebenarnya , bihun yg kiteorang bawak tu nak makan dekat tepi pantai ,kononya nak berpiknik tepi pantai ala-ala santai gitu r, tapi dah terpesong pergi jalan-jalan dekat bandar hilir dulu so xjadi la plan nak makan tepi pantai tu , tapi kiteorang semua tetap nak pergi pantai sebabnya nak mandi pantai petang tu! sebab semua dah prepare baju persalinan  dari rumah ;) . TAPI , Mr. Right nadia xthu jalan nak g pantai sekitar melaka tu , n nasib baik aku teringat yang nset aku ada GPS, so guna gps untuk pergi ke Pantai Tanjung Bidara .Katanya pantai tu cantik -_-''


Thank to GPS, akhirnya kiteorang sampai di Pantai Tanjung Bidara. Err.. seronoknya dengan bunyi ombak laut ;) tapi! xdapat nak mandi sebab kiteorang sampai sana pada pukul 7.30pm. dah gelap. n mana ada orang mandi time malam2x kat pantai . bahaya ! tapi aku tetap berdegil nak mandi kat situ , huhu. tapi tetiba dalam kepala aku terfikir pasal filem hantu air so xjadi terus nak mandi. haha. gilerrr -_-'' takut siak !


Kiteorang just berhenti dekat pondok di tepi pantai untuk singgah makan kat situ. makanan semua dah dibeli dekat pasar malam berdekatan . bungkus ! . semua bungkus nasi kerabu, kelantan ! perhh! rasanya memang mantap . aku memang pengemar nasi kerabu ;) .Lepas makan singgah resort kejap untuk solat, tetiba mr.right nadia beri cadangan untuk tidur kat resort semalam, so esok pagi boleh mandi pantai .


Diorang semua tanya pandangan aku .. n aku.. On jea ;). haha. sebab nak mandi pantai punya kes !!



Check in resort dalam pukul 8.30pm . dalam pukul 9.30pm kiteorang keluar g bandar hilir untuk menikmati pemandangan waktu malam bandar hilir melaka . perjalanan dari pantai tanjung bidara ke bandar hilir mengambil masa 30 minit yo!! tapi disebabkan mr.right nadia bawak kereta macam drif pelesit so sampai lagi cepatlah .



Keluar malam tu , keteorang parking kereta dekat menara taming sari . tapi menara dah tutup time tu , so just menikmati pemandangan kat situ jeala . g jalan-jalan kat pasar depan tu beli cencalok untuk emak ;) . xsabar nak rasa cencalok balik rumah nanti.




Peace! aku nampak bas ni siang tadi.. mcm best jea naik bas ni ;) . nantilah datang lagi sekali .


Ada Insiden paling bangganglah yang berlaku pada hari tu.. masa kat bilik resort , masa aku keluarkan pakaian untuk aku mandi pantai pagi esok aku baru perasan yang sebenarnya aku xbawak seluar . memang gelabah biawak la aku . grrr. gila xmandi esok pagi ! mestilah nak mandi n nasib baik malam tu kiteorang keluar so aku pergi la beli seluar untuk guna mandi pagi esok. hoho . padahal aku yang semangat lebih nak mandi pantai . last2 aku yang tertinggal seluar. grrr. memang dasar cii korie!! huhu.



Malam tu berakhir dengan kepenatan yang amat sangat . memang sakan berjalan di bandar hilir, melaka. Simpan tenaga untuk mandi pantai esok . aku nak tengok matahari terbit masa pagi esok di tepi pantai. so memang excited giler nak tunggu esok pagi ;)



k, sambungan tunggu next entri !


To be continue







#Gambar asli , aku malas nak edit -_-''

Tuesday, November 20, 2012

Tasik Shah Alam dan Uptown


Assalamualaikum ,

Hi bloggers?! ;D

Alhamdullilah , semuanya masih berjalan lancar.  Thank to everything .

FinalExam dah lama habis, Osce pun dah dilupakan , hanya tinggal praktikal di wad sahaja .
di asrama
Banyak masa aku dihabiskan dengan download/layan movie melayu dan drama korea, sampaikan dah malas nak update blog. Kadang-kadang kita perlu update untuk followers yg xputus-putus baca blog kita tanpa meninggalkan jejak/tinggalkan jejak. i believe i have one ! or maybe 2.. or three. who know? percaya pada diri sendiri pasti kau akan berasa bangga ;) tapi xpayahla nak bangga sangat. nanti ada yg mengata belakang -_-, biasalah bumi ni kan planet yang open air. so everyone berhak menyuara ;)


So , kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Selangor-Malaka-KL pada cuti deepavali yang lepas (11/11/12-16/11/12). sebenarnya dah seminggu sudah cerita ni basi tapi still cool dalam pemikiran aku . so meh nak story sikit


11/11/12 @ sunday!
Cuaca pagi hari di shah alam agak cool dari cuaca di kedah. konon mcm nak hujan tapi gempar jea.
disebabkan hari ini adalah hari pertama aku di Shah Alam so aku agak excited lebih nak exploring shah alam dan disebabkan itu aku dan kekawan dibawa ke Taman Tasik Shah alam untuk melihat keindahan alam hijau di shah alam tapi itu tidak cukup untuk buat aku puas. so kiteorang pun lepak-lepak kawasan sekitar Shah Alam.


View di Taman Tasik Shah Alam ;) .boleh la tahan, sebab ini kali pertama aku datang sini.. kalau dah banyak kali datang mesti cepat bosan -_- , haha. kalau hampa semua nak tau.  kat sini bukan tapak Eye On Malaysia , tapak Eye on Malaysia di taman tasik titiwangsa, KL ,tapi sekarang Eye on Malaysia dan dipindahkan somewhere in malacca ;)
Budak-budak yang tengah melepaskan stress study untuk SPM !. Hahaha. aku agakla.

Ini adalah model yang aku jumpa tepi jalan. x cun sangat tapi muat dalam gambar. so jadilah untuk santapan blog cepisan ni ;)

Kedai jual ikan di taman Tasik Shah ALam . agak besar sebenarnya ;) .. kalau jual semua ikan kat situ. owner kedai ni boleh dapat modal dalam 1 juta kot ;) . Banyak pilihan jenis ikan yang boleh didapati di sini. tapi maaflah. aku xpernah berminat nak beli haiwan xda kaki ni walaupuu diorang terer berenang dari aku .


u see, u see,

Diantara ikan-ikan yang mencuri pandangan aku

Well, aku sanggup simpan duit banyak ni untuk g trip kat korea daripada aku beli menatang ni

Lepas habis jejalan kat taman tasik shah alam , kiteorang singgah jap dekat UIA (bhg.asasi) di PJ kalau aku xsilap untuk hantar barang kat seseorang..

Lepas tu singgah jap di carrefour untuk lengahkan masa untuk pergi ke Uptown (Uptown kan lagi rancak bila >12am)


Mkn di carrefour . Ini adalah adik nadia (kwn aku yg tggl di shah alam)

Uptown shah alam ;) . tempat lepak abe2 yang tengah cari awek . haha. aku agak ja.  sebenarnya. uptown ni sebenarnya mcm pasar malam yang buka pada waktu malam setiap hari sehingga lewat pagi. harga barang standard mcm pasar malam. cuma  kat sini lagi best sebab banyak pilihan yg korang boleh pilih . korang boleh jadi gila shopping kat sini . murah seh !

Menarik , tertarik ;) untuk dijual atau display sahaja?. aku pun xtahu.

Best kan?suka3.

Berjalan di uptown memang agak memenatkan tapi xkisah. sebab aku suka ;) kiteorang sampai rumah dalam pukul 1.30 pagi agaknya .



Keesokkan harinya, plan nak jejalan Melaka.
jadi ke x?.. haha. tunggu next entry !