Saturday, February 23, 2013

Gathering member wad di hujung minggu


Angin memberi nafas baru di sekitar hosp. k.n
Kehadiran awan yang menutupi ruang angkasa
meredupkan suasana ,
hujan bakal membasahi bumi  ,
setelah lama menempuhi kamarau yang panjang .


Setelah hampir 2/52 praktikal di sini
aku merasa banyak perubahan dalam diri ,
banyak ilmu yang aku tempuhi disini ,
berbeza dengan praktikal di hosp. besar ,
hospital daerah is more independent
aku praktikkan semua perkara teori dari sem 1-sem6
menyeluruh .
Ini adalah kebebasan belajar yang diberi kepada aku ,
so ,aku akan guna dengan baik .


jadi , dengarlah cerita aku dan mereka di sini..


Asrama , nampak cam seram but biasa jea sebenarnya, cuma terlalu sunyi . .

Kebetulan hari-hari lalu depan ni so y not ambik gambar ;)

Setahun yang lepas semasa aku praktikal di kk k.n  aku pernah berhasrat nak bergambar dekat sini dan ini adalah hasilnya . yess!

Kawan-kawan yang xpernah jemu melayan kerenah aku ;) , mereka sangat sporting . Hari-hariku di sini sangat terisi bersama mereka .tq. friends .

Port hosp. yang menarik .

Sangat hepi praktikal di sini . Bukti , aku naik 2kg setakat ni .Gile , dah tahap overweight . oh men~   malas nak diet  sebab selagi sihat ni makanlah apa yang nak makan . nanti sakit , dah xmampu nak makan semua . kan . emm. tp kena berjaga jugaklah . jgnlah sampai kolestrol dalam badan tinggi .nanti mudah dapat penyakit . kalau tahap aku ni ,kira ok lagilah .

Enjoy hidup ini selagi masih muda dan cergas . sayangilah masa sihat dan masa muda anda yang hanya diberi pinjaman semata-mata oleh Allah SWT. Syukurilah nikmat yang kita terima dengan berkata alhamdullilah . banyak motivasi yang korang boleh dapat sekiranya bersama orang yang sakit . begitu jugak aku bila berhadapan dengan ramai pesakit . kita boleh rawat org yang sakit tapi bila kita yang sakit nanti kita xtahu apa nasib kita ~ Ikhlas bagi setiap perbuatanmu .

Here we are , Cheese !

Staf nurse di sini banyak memberi nasihat unt persediaan kiteorang bila kerja nanti . mereka sangat membantu dan sangat bermotivasi . setiap kali nak pergi kerja mesti rasa bersemangat sangat nak berkerja ;) 


Thank sebab berkongsi kegembiraan dengan aku .


Friday, February 22, 2013

Wad Kecemasan #3



22/2/2013 @ Jumaat
Emergency Departmen ,
di hospital daerah ,
hari pertama praktikal
pm shif,
suasana A&E hosp. daerah dan hosp. besar lain,
hospital daerah xramai sangat tapi pesakit datang xberhenti ,
MA  prikripsi ubat ,
student yg buat
Insert Branula, taking blood, IM injection , Neb , Dressing , Observation semua aku dan member yg buat ,
oh men ,
hari pertama dah xberhenti buat kerja
tapi seronok ,
sebab semua kita yang buat ,
sn harapkan student .
baguslah, sekurang2nya boleh tambah pengalaman ,
setakat ni taking blood xda masalah,
insert branula still getar2 lagi,
tapi setakat ni aku insert bolehla, berjaya jugak walaupun getar,
biasalah , insert branula . xsenang k.
susah jugaklah kalau xda skil,
dekat hospital daerah je student mcm aku boleh insert branula dkt pt,
kalau di HSB , dekat wad ,student n staf nurse sendiri xboleh insert branula dkt pt,
doktor HO yang buat ,
student assist jea .

kalau di A&E HSB student banyak buat ECG je ,
sehari sampai 15+ aku yang buat ,
rasa nak muntah buat ECG di A&E HSB ,


Tadi dekat A&E
Red zone , yellow zone and green zone ,
ada kes seperti ,
snake bite (cobra/viper) , flu , high fever , caugh,dengue, measle , gastric, severe headache , vomiting, mva ,asthma , allergic , HPT , angina pectoris , epilepsi , schizopherenia  .
so memang best !
cabaran itu best ! .

c yaaa..


#Majoriti pt masuk dgn high grade fever , sekali dengan aku rasa mcm nak demam , ;P

Sunday, February 17, 2013

Posting Hosp. Daerah & Leptospirosis



Kawasan hospital dari asrama pelajar .

Posting hospital daerah..
untuk kali pertamanya..
3minggu d sini
selama ni aku praktikal di hosppital besar HSB je
perasaan aku?
bebas , sebab xtinggal di asrama kolej,
aku tinggal di luar , kuarters hospital
minggu pertama di surgical ward
kedua, medical ward
ketiga, Emergency department
so, minggu ni baru minggu pertama so aku di surgical wad,
sebenarnya kt sini xda pon pecahan wad medical&surgical
yg membezakan hanya wad lelaki dan perempuan.
so? emm, pon boleh .
so aku sekarang di wad lelaki ,
pesakit xramai mcm hospital besar ,
< 15 patient per/shift
byk kes leptospirosis (kencing tikus) dan denggi ,
so strict i/o chart,
hari pertama dah kena sound dengan sn sebab xbuat dengan betul strict i/o
dikata budak2 sn freshie sekrang kebanyakkan xpandai/malas buat i/o bila kerja
n kteorang pun bakal mcm tu ,
oh men..
aku xkan jadi mcm tu ,
xkan xreti padahal dari sem 1 aku dah belajar pasal 1/o
geram bila dilabel xpandai/malas
ego remaja mcm aku tercabar tp ini adalah proses pembelajaran semasa praktikal
so rilex lah
kata hati.
dekat wad , nama aku  yg sering dipanggil oleh sn
selalu aku yg kena ,
kena buat tu dan buat ni
kadang rasa dipercayai dan dihargai,
kadang rasa 'apa pulak kali ni'
kadang aku dimarah , ditegur
kadang aku melawan balik dgn point di pihak yang benar
tapi , sampai satu tahap
aku kena berdiam diri sbb aku sedar siapa aku ,
dan inilah kehidupan,
dari situ aku memang byk belajar ,
 so selamat berjaya korie di tempat baru!


Asrama ,
semua okay ,
cuma xda tv dan peti ais ,
xpea, ada bilik yg selesa itu dah memadai
cuma , asrama sini sunyi sangat,
dengar bunyi angin je petang-petang ,
kawasan kuarters sangat lapang dan sunyi,
nak g kerja pagi -pagi buta pun rasa berdebar ,
nasib baik ada member ,
kalau x, berlari dah aku ,
siapa berani berjalan sorang diri di kawasan hospital yang gelap.
grrr ,
itulah hakikat .




Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit Leptospirosis

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Rawatan yang biasa digunakan untuk penyakit ini ialah ubat – ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis - Sumber



Trivia
Artis Din Beramboi meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman leptospirosis .




Monday, February 11, 2013

Code blue


Pernah dengar/nampak perkataan 'code blue' di hospital ?. sejak aku sem1 aku dah nampak poster code blue di marata2 di sekitar hospital HSB .tapi aku xpernah ambik kisah pasal benda tu , aku ingtkan itu hanyalah iklan semata-mata . sampailah aku belajar topik emergency untuk kelas teori sem 6 awal tahun ni. barulah aku alert mengenai code . sebenarnya ada banyak code.. tapi dekat entri ni kita fokus pada code blue je keh.


Code blue merupakan..

"Code Blue" is generally used to indicate a patient requiring resuscitation or otherwise in need of immediate medical attention, most often as the result of a respiratory arrest or cardiac arrest. When called overhead, the page takes the form of "Code Blue, (floor), (room)" to alert the resuscitation team where to respond. Every hospital, as a part of its disaster plans, sets a policy to determine which units provide personnel for code coverage.


Code blue ni dianggotai oleh kumpulan EMS (Emergency medical service) termasuk nurse , budak jp mcm aku akan buat praktikal di A&E untuk belajar apa yang perlu dilakukan tika kecemasan . contoh mcm pesakit datang dengan cardiac arrest / respiratory arrest . so , belajar cara  rawat pesakit yang datang dengan cardiac arrest . bila ada kes kecemasan , semua staf kena alert how to handle the kes , sebab ini kes kecemasan . semua paramedik memainkan peranan penting . terutamanya doktor.  masa aku praktikal di A&E hari tu , boleh tahan jugak r kes2 kecemasan . Ada yang  masuk ICU , koma di wad dan xkurang jugak yang meninggal .


Aku praktikal A&E di HSB hanya seminggu . rasa xpuas . after cuti raya cina seminggu ni, aku akan posting di hospital daerah  sekitar kolej aku selama 3 minggu . nanti kat sana aku akan masuk A&E lagi . so memang xsabar . kata member-member aku yang dah posting sana kes A&E di hospital daerah situ best . siap dapat  tengok bedah mayat lagi . waa  , mcm best . xtakut? takut jugaklah.tapi rugi kalau xtgok . masa student la pun nak tengok benda-benda ni..


Sekarang ni kat rumah , cuti raya cina aku hanya dihabiskan di rumah . PSY datang penang hari ni ats jemputan PM kita untuk CNY . semalam aku ajak abang aku pergi tengok PSY hari ni tapi dia xnak . arhh, rugi betul padahal dah dekat dengan rumah .kalau tidak, boleh tengok kebuncitan psy secara live . haha. so hari ni aku habiskan masa layan drama jepun jea. layan drama 'code blue'



Code blue ni ada season 1 dan 2 . Aku baru nak tengok padahal dah lama dah drama ni wujud.


Mengisahkan 4 orang doktor dan seorang nurse sebagai anggota EMS di dalam code blue di hospital . drama ni sangat memberi informasi mengenai perawatan ketika kecemasan , so memang layan . bagi korang yang suka drama mengenai perubatan jangan terlepas tengok drama ni . Untuk student medik n student nurse drama code blue sangat disarankan untuk tontonan informasi buat korang .



Happy chinese new year ..

PM bagi aku angpau untuk CNY kali ni . aku berjaya dapat BR1M ! oh yeah~

Alhamdullilah.

Friday, February 8, 2013

Wad Kecemasan #2

...


Hari ni aku keja am shif dia A&E , kena jaga bahagian red zone untuk kali kedua dalam minggu ni.
Untuk kali kedua ni aku mengharapkan red zone akan ada kes-kes yang berat dan best,
nak tuntut ilmu semasa kecemasan, selama ni belajar je teori kat kelas pasal A&E ni so
kali ni nak praktikal sungguh-sungguh ,
aku berminat sangat dengan A&E dan kes di red zone,
kes yang boleh membuatkan hati aku berdebar x berhenti
kes dimana pt diantara line hidup dan mati ,
tindakan kita untuk menyelamatkan pt,
kes di mana aku perlu bertindak pantas ,
kes dimana kecekapan diutamakan ,
kes di mana aku akan tahu dimana tahap kecekapan aku sekarang dalam merawat pesakit dikala waktu pt collapse .
yeah , itu semua cabaran,
cabaran yang sangat best dalam bidang nursing ,
tadi,
ada seorang pesakit masuk dengan bronchial asthma yg sgt teruk ,
SOB , wheezing , tacypnea , spo2 drop , dan beberapa lagi mk yg lain ,
doktor arahankan pemberian sabutamol ,
kawan aku prepare sabutamol ,
n dalam masa lain
aku buat ECG,
n prepare set untuk suctioning pt,
doktor buat intubation kt pt ,
after intubate ,
atas arahan doktor,
aku n pika (my friend)
insert cbd , ryle tube ,
pt dalam keadaan separuh sedar ,
dia cabut branula yg doktor pasang ,
habis darah keluar,
aku n pika ttolong insert branula baru unt pt sb pt on medication,
n lepas tu, mcm mna ntah ryle tube yg dah dipasang turut dicabut oleh pt ,
perrhh,
mencabar giler , pt sangat refusing walaupun dlm keadaan tenat~
paramedik lain yg ada kt situ insert semula ryle tybe tu.
kali ni kedua2 tangan pt terpaksa diikat untuk elak dia menarik ,

so keadaan kecemasan yg mcm ni memerlukan kerjasama dari semua paramedik ,
kerjasama sangat penting .
itulah gunanya Teamwork semasa kerja .

apa-apa pun , kes kecemasan yg mcm ni sangat best ,
banyak benda kita belajar ,
xperlu risau atau takut , yang penting keyakinan diri dalam memberi perawatan berlandaskan prinsip perawatan yg betul  .
pasti boleh .
tittle budak jp tahun akhir memang aku gunakan dengan betul .

emm.

Esok aku balik penang, cuti raya cina .
but esok still kerja lagi kat A&E , tapi kerja pagilah .
balik dari kerja terus balik .

Bye.

Monday, February 4, 2013

Wad kecemasan .

hi blog ,


sebenarnya. aku xsepatutnya update blog pada hari ni , memandangkan aku dah kena start fokus pada study dah sekarang tapi disebabkan aku ni spesis degil gile dan ikut kepala hotak aku je apa yg aku nak buat so lantak ah .. peduli hape ..


minggu ni aku dah start praktikal dekat bahagian Accident and Emergency department (A & E) di hospital yg biasa aku praktikal .1st masa nak praktikal dekat sini aku berdebar giler, bermacam-macam perasaan bermain dalam hati sebab xbersedia nak masuk bahagian kecemasan sebagai salah seorang paramedik .aku berdebar sangat but aku tetap kena masuk a&e untuk penuhkan cross praktis praktikal tahun akhir sebagai budak jp .


yeah , mula2x memang takut but after 2 hari aku masuk a&e aku rasa enjoy sangat. aku rasa banyak benda yang aku belajar dekat sini . memang rugi kalau aku xgunakan masa seminggu ini dengan sebaik mungkin sebab peluang mcm ni xselalunya datang kan .. lagipun zaman sebagai student jp untuk aku dah xlama dah . jam berdetik setiap hari memendekkan masa aku . tup tap sekarang dah masuk bulan 2 , so kira2 tinggal 4 bulan untuk aku survive sebagai student jp . so hargailah..



Emergency departmen di hospital besar di HSB memang banyak kes, so xpayah ceritalah pasal kat tempat lain . busy xpayah cakap . Doktor , SN , MA, PPK semua memainkan peranan penting . pesakit check in dan check out setiap masa dalam masa 24 jam sebab A & E di hospital xpernah tutup walaupun sehari . yeah . fakta !. so   kalau nak jadi paramedik di A& E kau kenalah proaktif dan cekap rawat pesakit . well . kalau jaga kat red zone bolehlah berpeluang jumpa pesakit yang freshie exsiden , jatuh bangunan , bunuh diri, tikam sana tikam sini , pecah kepala , pecah perut dan sebagainya .berdarah-darah xpayah cakap . aku sebenarnya xtahan dengan darah sangat , fobia , takut , ngilu , loya semua ada , ala mcm korang jugaklah tapi uniform nurse yang aku pakai ni menyebabkan aku jadi berani nak hadapi semua tu . yeah ,berani . boleh tahanla lagipun aku ni dah third year kot hadapi semua ni xkan xberani lagi tengok darah? kau giler..


itu jea kot ..

cya.. esok kerja dekat bahagian red zone. ohmaigod.
#debar .