Tuesday, August 27, 2013

My bestie' Wedding [Mardiana & Nabil]


Taman Mewah,Batu Gajah,


24.8.2013 : Majlis Pernikahan Mardiana & Nabil
 25.8.2013 : Majlis Perkahwinan Mardiana & Nabil


Alhamdullilah, sampai jugak hari yang dinantikan ini , setelah 3tahun aku mengenali yana di kolej nursing mcm-mcm ragam yg aku dan dia bersama . lps habis belajar dia decide nak kahwin , so direstui . xsangka masa belajar sekejap je berjalan. lps habis studi, semua member2x baik aku plan nak kahwin termasuk yana . yana merupakan pengantin kelima dalam batch aku di kolej . wow. dalam masa terdekat ni da ramai rupanyer member aku yg dah mendirikan rumah tangga :). aku hepi buat mereka. Jodoh membawa mereka kepada perhubungan yang halal . semoga perhubungan mereka direstui  oleh ALLAH swt dan bahagia hingga ke anak cucu , Insyaallah.


Untuk Yana @ budak masam,
moga menjadi pengantin yang paling bahagia di dunia . hari ni ko sgt cantik dan berseri! kalau mcm ni aku pun nak makeup mcm ni hari-hari , cantik! hehe. pun boleh# tapi mcm mana pon xboleh nak kalahkan pengantin# ececece. Walaupun jarak rumah aku dan rumah kenduri agak jauh tapi aku semangat nak pergi sebab nak tengok kau sanding. kalau boleh semua kenduri member2x baik aku nak pergi ! kan# bahagia je rasa bila tengok member baik sendiri bersanding :) .



so korang jom layan gambar , disebabkan aku terlalu busy sebab xlama lagi dah masuk kerja, so xsempat nak edit bagai... semua gambar standard raww' aje.



Baju pengantin yang rare' bagi aku but sweet  untuk yana .


Comel sangat 'adik humaira' ni, geraaaam. . tp lg comel kalo adik tengok kamera -_-'


bersandiwara dengan kontok (cousin)


bersandiwara dengan bona (cousin)


Ini la geng main masak2 dengan pasir masa kecik-kecik dulu ;)


pengantin pegang bunga, aku pegang telurnya . mak yana byk bungkuskan lauk kenduri untuk dikirim balik .susah-susah aje :')





pengantin menunggu ketibaan pengantin lelaki


lain sikit kan muka yana? .cantik, retiss gitew.


aku sedang bayangkan yang aku yg memakai baju ni.. perhh.. tanjat boboi bila tengok ! haha.sekali lagi nak puji, cantik sangat !



Rombongan dari geng Johor sudah datang dengan semangat JDT membuak-buak . Sekuat mana pun JDT akhirnya tumpas jugak kepada Perak . Ahak! -_-'


JDT gengs!


Sebahagian dari hantaran pihak lelaki kepada perempuan .


Pelamin yg nampak moden dan ada tema garden sedikit' , nampak berseri betul pasangan ini . warna merah memang naik dengan membawa mesej cinta yang membara seperti teguhnya bunga ros merah itu . cewah, ayat kemain puitis!
Cupcake yang sedap . tp xsempat nak ambik. huhu




Potret bahagia Mardiana & Nabil


tetamu yang memenuhi 7 buah khemah .





again, adik humaira tetap xnak tengok kamera . T_T


Tengok sapa yang datang , Khalessa , member kolej aku dan yana yg datang bersama meraikan majlis ;)


saja test bersanding , nampak comel pulak aku disitu.. bhaii~


zoom sikit ,


propa pengantin je lebih .


peace yo! no war, please . we happy here.


lepas ni dah xboleh main2 cmni daaa.


baru je syok2 bergambar dengan yana ,sekali si nabil pengantin lelaki nak join jugak bergambar,,haipp!. menyebuk ! hehe. xdala. aku yg pggl dia duduk situ .


Wot wot wot , yana yang kahwin, aku yang excited lebih # kan.


tengah fikir nak buat gaya apa.. blur kejap.



suka tengok gambar ni . bahagia je rasa.


sama-sama cantik , sama-sama padan . Jodoh Allah swt xda siapa tahu .


kami semua pakai inai di tangan :) . jgn jelez


 


Aku doakan perkahwinan Mardiana & Nabil ini diberkati oleh Allah swt.

Congrat yana!
aku hepi bila tengok ko hepi :)

cepat-cepatlah timang baby yea. nanti boleh tambah geng dengan sorang' tu. hehe.

 



Ada sesi outdoor wedding photographer di Kellie's Castle

Nantikan entry selepas ini .



Wednesday, August 21, 2013

Tawaran kerja dari SPA


Say hii..
hari-hari sebelum ketibaan surat ini aku rasa heaven je hidup , selesa, aman, tidur pun mimpi sedap n
bila dapat tahu member aku da dapat surat ni padahal dalam waktu yang sama aku masih xdapat , aku rasa takut , debor xsudah takut xdapat tawaran, sampaikan sanggup tunggu posmen depan rumah sampai habis waktu office hour , dua hari berturut-turut tunggu surat akhirnya, hari ketiga sampai jugak surat yang terhormat ni perutusan dari seri paduka baginda ayatnya.


Alhamdullilah ,
lega surat da sampai walaupun rasa lemah' lepas fikir da nak masuk kerja . tetiba rasa nak demam -_-'
 


Surat yang bakal mengubah fasa hidup aku
but well , excited pun ada jugak la nak keja sebab da rasa mcm nak mati kutu duduk kat rumah dua bulan tanpa kerja . xmenahan rasa rindu nak praktikal dekat wad mcm zaman student dulu walaupun letih sgt rasa . konklusi,lebih baik letih berkerja dari letih duduk fikir apa nak buat kat rumah sepanjang hari . aku da naik bengong daa 2 bulan duduk rumah saja jea.. otak beku da kot , naseb xpayah simpan otak dalam  peti sejuk . fuhh. penat ouh duk rumah saja jea. mak ayah pun dah meluat tengok aku mengadap lappy jea .
dan akhirnya .. surat ini menyelamatkan aku dari terus terhumban dengan dunia kosong tanpa berduit . 


Syarat-syarat (a),(b),(c) dan (e) aku dah complete 100% , untuk syarat  (d) dan (f) aku kena tunggu surat yang kedua sampai di rumah . aku masih menanti jawapan dinegeri mana aku diletak untuk bekerja dan bila aku harus mendaftarkan diri untuk berkerja . benda yang paling excited aku nak tahu ni masih tertanya-tanya lagi . surat penempatan silalah datang cepat , aku da xsabar nak tahu negeri mana aku dapat ni . jangan seksa minda dan jiwa aku lama sangat k, takut nanti da tawar hati . susah pulak nak letak garam/gula dekat hati bagi pulih .


aktiviti minggu ini , letih jugaklaa nak siapkan semua borang-borang penting ni . naseb boleh complete dalam masa sehari jea.. lega sangat rasa .


Perkara yang wajib ada sebelum bekerja sebagai staf nurse

Medical Checkup - done (19/8/2013)
Akuan Janji- done (19/8/2013)
KWSP -done (19/8/2013)
Baju Uniform 3pasang - done tempah tapi belum siap (18/8/2013)
Penyata Akaun Maybank -Reqd 
Kasut Putih- done (16/8/2013) RM 60.
Tudung staf nurse -Done 2 Pasang dan perlu lagi 2 pasang .
Nametag - done (19/8/2013)
Chop Nama Jururawat U29 - done (19/8/2013)
Terima Surat Pelantikan - done (16/8/2013)
Terima Surat Penempatan Bekerja -Reqd

Terima kasih bagi kawan-kawan aku yang terlibat dalam nak siapkan semua perkara diatas.



Banyak hokey kena siapkan .. semua benda ni da lama aku fikir , sejak hari pertama keluar dari kolej lagi tapi baru sekarang aku alert , semuanya disebabkan dapat surat kat atas tu , kalau xdapat surat ni lagi, mmg xdalah semangat nak buat semua ni .


Apa-apapun , aku mohon Allah swt mudahkan kerja aku sepanjang proses yang aku kena hadapi sebelum berkerja ni. harap sangat xda apa-apa halangan untuk aku berkerja .
korang doakan aku jugak yea. aku teringin nak beri duit dekat mak ayah aku dengan kerja yang baik ini. moga hati ini redhaa.
Ameen.



~ Aku positif aku dapat HKL sbb HKL pilihan pertama aku,
perhhh.. dah ready ke?



# tengok berita terkini tv3 tadi , bas terjunam dalam gaung dekat jalan kl-genting , melibatkan 49 orang mangsa , ini dah termasuk kategori disaster . berdebar sangat rasa nak rawat mangsa kalau aku di tempat kejadian . moga Allah swt kuatkan semangat aku nak bekerja nanti .




Wednesday, August 14, 2013

Diari Raya 2013


Perlu ke update pasal raya?
ntahlaa.. sebenarnya, raya bagi aku sama je macam tahun2x yang lepas
xda apa yang berubah ,
kecuali, status aku . aku bukan berstatus student daa..
itu je yang berubah .

letih la dengan soalan yang klise' dari sedara tetangga yang xpernah update , padahal dah tahu jawapan depan mata , pon nak tanya lagi.. kan# mcm dah xda isu lain nak buka .
aku rasa ini tradisi org melayu bila beraya..
eh?#

melayu xpernah berubah tradisi walaupun melayu mudah lupa kan .
bosan tp itu hakikat.


Raya aku tahun ni , biasa je .
ada banyak biskut yang aku buat sendiri .
dalam 7 jenis biskut yang aku buat .
semuanya resepi dari internet .
budak zaman aku mana pandai selak buku resepi daa
semua tu buat lambat jer -_-'
siap dalam phone da ada apps resepi biskut ag
#aisey,
dah ada kemudahan guna jeala . kan#


Ini adalah raya sebulan yang terakhir bagi aku gamaknya
2014 punya raya aku da kerja tetap .
as penjawat awam.. Insyaallah.
so lps ni dah xdapat beraya sebulan mcm sekarang ni ..
aku dah termasuk mcm iklan raya dari KKM kat tv tuh.



Jadi raya tahun ni aku banyak enjoy je dengan member2 sekola
mcm dlm gambar ..
takut nanti rindu pulak .



Antara biskut hasil air tanganku
1 Syawal
Pagi raya aku xberbaju raya pun . berbaju t-shirt sebab sibuk di dapur dengan melayan sedara mara yang datang beraya di rumah . habis berminyak muka . nak cium laga-laga pipi pun segan sebab muka berminyak . haih#. meriah sungguh dlm rumah rsa cam nak buka restoren makan je ;)' . sebelah ptg barulah ada masa sikit . so aku keluar beraya dengan member-member aku kat atas ni .
2 Syawal
Raya kedua di rumah member aku jugak . shima ;) . semua ni member sekola .

3 Syawal
Yani , member kkas datang dari jauh beraya di rumah . dia bawak sekali geng-geng penang dia semua serbu rumah aku . hehe

-beberapa gambar masih xdiupload-

4 Syawal
meraikan majlis pernikahan member kkas aku , alia natasha. lokasi di batu kurau. ditemani azu dan adilah . 
sweet sangat member aku ni .
5 Syawal
Keluar makan steamboat dengan ain&afifah
6 Syawal
Beraya di rumah akma dan hani . Dalam gambar tu kucing kecintaan hani .




jadi inilah raya aku .. simple jea kan? . biasalah , org bujang mcm aku . gambar apa je nak tunjuk .
kan# .


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin



Tuesday, August 13, 2013

Alia Natasha Wedding !



11.8.2013
Seorang lagi  member kkas' aku bergelar seorang isteri .
tahniah .

Lokasi rumah pengantin di Batu Kurau , Taiping .
ini kali kedua aku datang rumah alia ,
nasib sebelum ni dah pernah datang rumah alia , jadi xsusah nak cari .

ditemani azu & adilah bersama ke sana .

xsangka, masa berlalu begitu cepat ,
aku rasa mcm alia baru je bertunang semalam .

sekarang status miss dah bertukar ke madam .
cara kau senyum sangat bahagia alia .
aku doakan , agar kau dan suami bahagia ke akhir hayat ,
Insyaallah .


aku dan yang lain bahagia bila tengok kau bahagia ,

so keep smilling yeah .
senyuman kau sangat manis :')
naik seri pengantin .




senyuman kebahagiaan .
alia with me . #mybareface -_-'
Ahli ex-kkas yang datang meraikan hari bahagia bersama .
be a good wife my dear . doakan untuk kebahagiaan aku juga ;')

The husband & wife
Org kata ambik seri pengantin ' Insyaallah kalau Allah swt izinkan .
time to say goodbye and take care dear !
semoga senyuman ini kekal selamanya .
JP 2/2010 , who next plak ?..

Pernikahan bukanlah sesuatu perkara yang mudah ,
walaupun proses nikah itu hanya sekejap ,
ia merubah segalanya tentang hidup kita ,
siapa kita untuk tentukan insan yang terbaik untuk kita ,
yang penting hanyalah doa yang tidak putus ,
minta redha dari yang berkuasa ,
agar pilihan kita adalah pilihanNYA juga .


Selamat Pengantin Baru untuk kawanku Alia Natasha .


Ikhlas dari korie .

#NakalItuWajibMember.