Sunday, March 16, 2014

Rungsing


Aku dikampung halaman sekarang ,
niat di hati ingin rehatkan diri sepanjang cuti dengan abadikan diri sepenuhnya di rumah
tapi terhapus niat bila ada isu yg lagi penting kena fikir..
oh shiittt. selama ni aku asyik fikir pasal benda ni jer start dari aku mula keja --> 6 bulan yg lepas.
tapi sekarang ni aku boleh cakap isu ni da jadi desperate..
statement diterima dan tengah diproses tapi aku pulak yang kecut perut even barang xnampak lagi ..
mcm mana ni..
aku takut dengan pilihan aku sendiri .. aku takut itu adalah choice yg salah. even aku yg pertama berani decide nak pilih yang itu . huh~
susahnya bila nak buat pilihan dalam hidup sebab kita takut pilihan itu bukan pilihan yg tepat unt masa akan datang .. grrr .. but yeah ! tapi sapa lagi nak decide kalau bukan aku sendiri . xkan aku nak biar orang yg aku xkenal decide untuk aku? nanti jadi lagi shittt men . aku rela malu dengan pilihan sendiri dari pilihan orang lain . baru macho.
lepas ni, kalau da dapat. memang separuh hidup aku akan berubah . seriusly .. n then , macam-macam dugaan yg mungkin aku alami demi nak asah hidup muda di bandar . bukan senang nak hidup.. opps. salah ! bukan senang nak jadi budak muda yang xlupa daratan di tengah bandar. aku harap jiwa, hati aku tetap sokong hidup mak bapak kat kampung even orang lain busy hentak aku kat belakang mcm jiwa mereka keras sangat.

# freelyjiwamuda !

Tuesday, March 11, 2014

Awan Nano MH370

MH370

Terbangmu xpernah kupeduli , tapi kehilanganmu buat satu dunia gempar .
kesedihan bagi mereka yang terikat denganmu turut dirasai bagi setiap jiwa yang punya hati dan perasaan .
kami memandang awan  , mengharapkan ada tanda kamu disana tapi angin sahaja yang terasa
kami memandang laut, airnya sangat tenang seperti kamu tidak pernah menyentuh setitik air pun ,
kami memandang darat , hanya wajah-wajah risau kehilanganmu yang kelihatan .
kamu hilang tanpa petanda , tanpa jejak walaupun senoktah . hebatnya ujian kali ini tiada siapa yang boleh pertikaikan .
MH370 ! Kalau kamu dengar , kami ingin kamu semua tahu satu dunia bersatu hati untuk mencari kamu walau bagaimana cara sekalipun sebab setiap dari kamu adalah penting buat kami.
Kamj yakin kamu semua masih bernafas walaupun hal sebenar masih diragui tapi itu terserah kepada mahu kuasa. Allah swt.
Ya tuhan , berikanlah kami petunjuk walaupun sekecil zarah sekalipun .
Insyaallah.Ameeen.

semoga kita semua dapat bersabar .
bintang di langit  berani mengekalkan cahayanya.. xkan kita sudah mahu tutup lampu?.

#Pray4MH370.


Monday, March 3, 2014

# kecemasan dan resus

 Hi..
Aku baru je balik dari kerja malam yg pertama . xpernh lagi aku update blog pada pagi hari selepas kerja malam. ahak. semua ni sebab semangat nak share jugak dalam blog sebab aku takut aku xkan rasa perasaan yg sama seperti semalam tadi.. kan.. manalah tahu .

semalam aku runner di yellow zone . hati rasa senang bila xramai patient yg masuk yellow semalam. beberapa jea. begitu jugak di obs ward. berapa orang je patient . tapi dekat red zone semalam memang jona. patient xhenti-henti masuk . kes paling ohsem semalam di resus adalah lelaki hampir mati dikelar di leher dengan parang . luka di leher mencecah 12-15 cm. cuba try ukur? wooow!

Memang senior aku yg jaga redzone busy giler . dah la kat redzone banyak sangat prosedur nak buat so semalam ceritanya aku pergi tolong resus . begitu jugak staf yg free semua pakat g tolong kat resus. memang cool aku r aku nak cakap. semua pakat nak tolong so memang semua staf ed semalam berkerjasma kat resus semalam .. best je rasa . haha. kenapa aku cakap mcm ni? sebab aku xpernha rasa seperti ni sebelum ni. . walaupun penat tapi bila buat kerja berpasukan kita xkan jadi penat. rasa enjoy je kerja.. siyesly aku harap ED akan terus begini.. semangat berpasukan yang xboleh kita jual beli . memang terbaik r.Thumb up untuk semua senior aku terutamanya my mentor - cikros@ .

semalam memang best! semalam aku first tim G hantar patient g emergency OT.