Monday, October 17, 2016

Kasih Penderma Organ l Derma Organ Selepas Kematian

Assalamualaikum ,

Pada 15/10/2016 aku telah menghadiri satu program derma organ anjuran Pusat Transplan Nasional yang  diberi nama program 'Bicara Hati'  berlokasi di Maju Tower Kuala Lumpur . Sister wad aku mahu dedahkan aku kepada program -program derma organ seperti ini sebab aku pernah cakap dekat sister yang aku nak jadi ahli Top Team ( pasukan kempen pendermaan organ ) . Ok, excelly aku memang dah lama berminat dengan program derma organ ini cuma aku tidak diberi pendedahkan secara teliti mengenai derma organ . Jadi kali ini aku diberi peluang . Syukur .

Dulu , aku tak perna nak ambik kisah pasal program derma organ ni , lantaklah berapa banyak kempen yang dilakukan oleh pihak kesihatan sendiri aku takde nak peduli sebab aku akui dulu aku kurang peka dengan isu semasa dan malas nak mengambil berat tentang keadaan masyarakat kita sekarang sebab life sendiri pun terumbang ambing ada ke plak nak sibuk pasal masyarakat lain , kan! jadi kempen kempen itu semua takde kesan dalam diri sendiri bila kita sendiri selfish! Jadi siapa rasa diri dia tu selfish , cuba buka peluang kepada diri sendiri untuk buat sesuatu yang berguna sementara masih hidup. cuba untuk berubah, Ingat dalam dunia ini kita hidup secara bermasyarakat bukan hidup sendiri dan bertapa hebatnya kita sekalipun di dunia suatu hari nanti kita pasti akan menemu mati , dan derma organ adalah satu peluang untuk kita memberi kebajikan kepada mereka yang masih hidup . Indahnya la dapat memberi peluang hidup yang kedua kepada mereka yang memerlukan dimasa diri kita sudah tidak lagi berpeluang untuk teruskan hayat ini . besar ganjarannya nanti .

Bila aku menghadiri program bicara hati ini barulah aku faham sebaliknya tentang derma organ . Sebenarnya program bicara hati  ini diadakan demi meraikan ahli keluarga penderma organ yang sudah meninggal , memberi semangat kepada penerima organ untuk terus berjuang dan menjadi warrior seterusnya kepada orang lain. Untuk program ini mereka yang terlibat adalah dari keluarga waris penderma organ , penerima organ dan pegawai kesihatan yang terlibat dalam proses transplan .Mereka datang dari seluruh negeri di Malaysia . itu yang buat aku terharu . Mereka hadir semata untuk berkongsi pengalaman tentang pendermaan organ dari kalangan ahli keluarga kesayangan mereka kepada kita . Banyak cerita yang telah dikongikan bersama dan semuanya sangat bermakna dan terkesan dalam hati sehingga menitis air mata siapa sahaja yang mendengarnya . Sepatutnyala , program seperti ini ditayangkan live di tv supaya rakyat kita semua faham dan nampak bertapa seriusnya isu derma organ saat ini . biar kita semua dapat pengetahuan dan lebih peka tentang kepentingan derma organ ini .

Untuk pengetahuan semua ,
Penderma organ selepas kematian adalah dari kalangan pesakit yang mengalami kematian otak atau medical cakap 'brain death' , bila otak sudah mati , hidup pesakit tersebut hanya bergantung pada mesin pernafasan dan bila masa sahaja kita tarik tiub pernafasan, pesakit itu akan mati , kalau terjadinya kes begini di hospital, doktor akan memberi keterangan teliti mengenai keadaan pesakit koma dan harapan untuk hidup hanya bergantung pada mesin pernafasan dan jika family decided untuk let go pesakit tersebut , doktor akan consult dengan family untuk menderma organ pesakit yang masih sihat . banyak proses yang akan dilakukan selepas itu jika keluarga  terima untuk menderma organ si mati .

Aku bekerja di ICU dan aku pernah terima pesakit kematian otak dan family mahu menderma organ . Ketika situasi sedang sayu , ahli keluarga masih boleh berfikir untuk memberi kebajikan kepada orang lain . aku kagum dengan semangat murni itu! dan nilai itu tak semua orang mampu terapkan . dan mereka ini menderma seikhlas hati demi menolong pesakit lain yang memerlukan organ penganti untuk meneruskan hidup tanpa  mengira bangsa dan agama . Bagus kan . Sebenarnya dalam pendermaan organ tiada kriteria seperti itu ditetapkan dan maklumat penderma organ dan penerima organ adalah sulit . Dalam sesi program bicara hati , ahli keluarga berkata perasaan mereka gembira bila tahu organ ahli keluarga mereka itu telah berjaya menyelamatkan dan memberi sinar harapan baru kepada pesakit lain . Dalam masa yang sama mereka dapat rasa semangat si penderma organ masih hidup di dunia ni dan mereka pasti di akhirat sana si mati akan peroleh ganjaran setimpal kerana telah melakukan amal kebajikan dengan menyelamatkan nyawa orang lain . dan ada perasaan bangga untuk si penderma kerana did something yang berguna dan jadi ingatan sebelum mati .

Mengikut stastitik dunia , Malaysia adalah antara negara paling rendah penderma organ dan mempunyai pesakit buah pinggang tahap kritikal yang memerlukan pemindahan transplan yang paling ramai di dunia . Jadi disebabkan itu masih ramai pesakit yang beratur menunggu penderma organ tetapi sehingga kini amat kurang , jadi kebanyakkan pesakit yang lama menunggu itu berakhir dengan kematian . sedih kan?
Ok, untuk pengetahuan kita , di Malaysia majoriti mereka yang sudah berikrar untuk menderma organ adalah dari kaum cina , kedua melayu dan ketiga india . Dan peratusan yang berikrar tak sampai 5% dari jutaan rakyat Malaysia . Nampak x kat situ kurangnya kaum melayu? aku cuba faham situasi orang melayu islam dalam isu derma organ ni . mungkin isu ini masih tidak jelas pada kita dan kita perlukan lebih banyak pendedahan tentang kepentingan derma organ ini dari pelbagai pihak kementerian kesihatan khususnya dan dari pihak hal ehwal agama islam sendiri . beri pendedahan , bagi kita semua faham dan nampak kepentingan derma organ ini . bagi aku , bila kau ada niat untuk menderma organ selepas mati tapi kau masih takut nak buat keputusan , aku sarankan kau bermula dengan belajar hidup bermasyarakat dari sekarang then kau akan nampak keperluaannya dekat situ .

Sedih bila tahu ramai yang ambik mudah dengan isu ini , ramai pesakit yang memerlukan pendermaan organ ini untuk teruskan hidup , kasihan kan , kenapa kita tak boleh menderma? bila masa tuhan nak ambik nyawa, kita/family diberi pilihan untuk membuat kebajikan kepada orang yang memerlukan , kenapa tidak?  menolong orang yang dalam kesusahan itu kan disukai oleh Allah swt dan hukum menderma organ dalam islam ini harus  . Jadi ada masa renung renungkanlah dan jika masih ragu ragu sila buat research sendiri mengenai derma organ, Insyaallah , niat yang baik Allah swt akan cerahkan mana yang masih kelabu.

Satu lagi ,
Jika kita sudah berikrar untuk menderma organ ketika kita masih hidup , bila kita mati nanti , keputusan muktamad adalah dari ahli keluarga samaada mahu menderma atau tidak jadi jika niat anda memang nak menderma organ itu jelas , sila beritahu ahli keluarga kemahuaan anda itu sebelum anda mati . bincang dengan baik supaya pendermaan organ ini menjadi satu pemberian yang adil dan ikhlas dan insyaallah ganjaran pahala itu bersambung sehingga di akhirat sana .

Sebenarnya derma organ ini bersifat individual dan bukan paksaan .
Dan hukum jual beli organ dalam islam adalah haram sebab itu kita berkonsepkan menderma, harap faham .
Dekat oversea banyak black market yang menjual organ secara haram dan aku harap negara kita tak terlibat!

Jom berikrar untuk menderma organ !

Cara daftar ikrar derma organ selepas kematian , klik link di bawah
Daftar Derma Organ

Terima kasih .

Wednesday, July 13, 2016

Aidilfitri 2016 di Intensive Care Unit ( ICU )

Assalamualaikum ,

Salam Aidilfiri , Mintak ampun dan maaf jika tersalah yer .


Hari ini dah masuk hari yang kelapan hari raya aidiltfitri , dan aku hari raya kelapan inilah aku baru ada masa nak menaip blog, baru ada masa nak coret jiwa  hari hari sebagai seorang perantauan di tanah air sendiri . klise kan.

Tahun ni aku tak dapat cuti raya , sama juga macam tahun lepas pun aku tak dapat cuti raya , orang lain selang setahun dapat cuti raya tapi tak tahu kenapa istimewanya aku sampai kena kerja dua tahun berturut pada hari raya ni dan next year baru aku dapat cuti raya . masa dengar takbir raya pertama pada malam raya  tu ,  laju jer airmata mengalir . lepas tu rasa nak boikot jer semua lagu raya sebab nanti dengar lagi sedih. SOBSOSBSOB.

Sedih . siapa kata tak sedih . masa hari rayalah hari dimana kau adik beradik sepupu sepapat berjumpa setelah sekian lama berjarak .masa ni lah kau rasa feel lebih nak salam mintak ampun maaf , peluk cium orang kau sayang , sobsobsob , aku dah terlepas dua tahun nak cium tangan mak bapak aku pada hari raya .
Nasibla mak ayah aku faham dengan kerja aku ;'(

Sepanjang minggu pertama dan minggu kedua syawal , aku berkerja non stop , tiada cuti panjang , aku pun jadi seronok bekerja sebab taknak layan rasa sedih , rasa langsung taknak duduk dekat rumah sebab bila duduk dekat rumah mesti nak nangis sebab dekat rumah aku takde sape , housemate aku balik kampung , sorang lagi kejap ada kejap takde , then  , bila hari raya semua kedai makan tutup , bekalan makanan xde , aku jarang masak kat rumah sebab takde sape pun kat rumah so baik aku kerja , exleast bole tumpang kawan-kawan yang bawa makanan raya dari rumah dorang tue . Buatla muka tak malu aku menumpang makanan diorang . huhu. terima kasih yer kawan kawan .

So inilah cerita hari raya aku bersama kawan kawan ICU yang seangkatan xberaya ni demi menjalankan tugas amanah negara dan Allah swt .
Semoga aku ikhlas .




Malam minggu akhir sebelum raya aku pergi cari barang dekat Jalan TAR , Ya Allah , ramainya manusia di ruangan KL, semut nak lalu pun xboley. hahaha.

Lepak dekat dataran merdeka sambil memerhati tindak tanduk manusia ingin beraya.

sebenarnya baru lepas berbuka , then pakai la cantik sikit sebab tahu dah nanti raya dah dapat pakai baju raya . Oh yer aku dah gemuk sedikit sebab dekat ICU murah rezeki , asyik ada makanan jer dekat pantri . Alhamdullilah , janji sihat ye dak


Caption dimana aku sempat teraweh terakhir di masjid hijau pandan indah . Inyaallah panjang umur ketemu lagi ramadan tahun depan .

hari raya pertama aku adalah sebagai misi .  dabel shif

Ini muka-muka yang berdabel shif bersama dengan aku ketika raya .

malam raya

malam raya .


duit raya pertama yang aku dapat , terima kasih kak anida sayang . love you .

sister .


doktor


Alhamdullilah , masa hari pertama , ramai yang bawak makanan raya ke ICU, rendang , ketupat , biskut dan banyak lagi . syukur , xpayah susah order MCD . Terima kasih kawan-kawan .



Hari raya kedua Dr Kumaran belanja kiteroang sate , seriusly sate ni sedap gila . rasa nak lagi tapi perut dah xde ruang nak isi . hehe

Sister saras belanja kiteorang kari ikan dan nasi , kari sister memang homemade lah. sedap sampai tak hilang bau kari dekat tangan . sister please repeat please .

Ni baju raya sepanjang minggu pertama dan minggu kedua raya 2016 , xtahulah bole dapat title perkerja cemerlang ke tidak ni, hahaha

hari raya keempat , someone brought me this ketupat pulut dengan rendang daging , rasa rendang dia sedap sangat , lepas rindu dekat rendang mak kite dekat kampung . Terima kasih yer

Sebenarnya aku teringin sangat nak makan ketupat pulut dan rendang daging lagi ,  nak Lontong jugak. ya Allah. teringinnya haii . xpuas lagi makan . takde ke hamba allah yang baik hati dekat dunia ni ytang bole hantarkan makanan ni dekat aku ;'(


chill ! disebabkan semua kawan kawan aku yang happening nielah aku x rasa kosong tsangat sepanjang dua minggu syawal ni . Terima kasih gais . sayang korang semua . mmuah .



Sehinggakan sekarang hari raya kelapan , aku still langsung tak pakai lagi baju raya . aku hanya pakai baju uniform misi dan t-shirt untuk tidur sahaja . hahah. sedih kan jadi aku.
sapa suruh jadi misi?
mak .

Ok bye ..

17.7.2016 baru aku balik kampung untuk beraya .
see ya there .

Wednesday, June 29, 2016

Itinerary ke Lombok 5H4M , Indonesia .


Assalamualaikum ,


Entri travelog ke Lombok ni pending dalam 2 bulan sebelum dipublish .
Lombok dah jadi satu destinasi pilihan kebanyakkan orang Malaysia bila netizen dah semakin tahu kecantikkan di Lombok tiada tandingan . aku salah seoranglah yang terkena tempias dan bila Air Asia buat sale terus aku booking .

why not kan? . Bila sampai sana , apa yang aku rasa enviroment sana lebih kurang macam malaysia cuba disana banyak bukit dan setiap pantai ada bukitnya sendiri . Geografi disana adalah laut dan bukit . Bahasa Indonesia hampir sama dengan bahasa ibunda kita jadi tidak susah bila mahu berkomunikasi . Makanan Halal senang dicari , majorit rakyat Lombok adalah beragama Islam . Nilai mata wang rupiah lagi rendah dari ringgit jadi bila tukar wang ringgit kepada rupiah duit akan berganda sedikit cumanya yang aku lemah kenapalah duit rupiah banyak sangat angka tapi nilainya xseberapa .Lebih kurang , I juta rupiah = RM 300 ringgit, korang boleh google kadar rate pertukaran . Nanti bila dah tukar duit rupiah berkepok duit dalam purse , purse standard xlepas , sediakan purse besar yer .

Lombok tersangatlah besar , aku yang travel 5 hari ni pun tak cukup nak cover semua tempat , so have fun yer korang , Bila pergi sana , keindahan alam semulajadi yang paling aku kagumi , aku dapat rasa keasliaan setiap tempat di Lombok dan yang pasti aku nak repeat lagi sebab xdapat nak pergi semua tempat selama 5 hari ni  . Ini Itinerary aku sepanjang di Lombok , anyhing yg peliks boleh tanya yer .


Itinerary Lombok 5H4M

Day 1
14.3.2016
Sasak Village - Pantai seger - Bukit seger - Tanjong Ann - Kuta .
Simkad XL: 50rp
Transport supir : 450rp
Check in - Rohayu homestay (kuta) 250rp/pernight.

Day 2
15.3.2016
(Very Long trip 😅)
Kuta - Pelabuhan Kayangan - Pato Tano , sumbawa - naik bot ke Kenawa Island = rp250 - Balik ke Sengigi .
Transport supir :450rp.
Check in Pondok Wayan 150rp/pernight .

Day 3
16.3.2016
Sewa ojek jejalan di sengigi = 60rp - Ambik pakej boat unt snorkling di Gili Air , Gili Menu dan Gili Terawangan dan terus check in Di Gili Terawangan .
Sewa basikal :50rp/24H
Check in Easy Bungalow 250rp/pernight .

Day 4
17.3.2016
Good morning gili terawangan 😊
Sunrise di Exale gili terawangan , ombak sunset gili terawangan - snorkling - sunset di ombak sunset - have a last dessert with Aiskrim gili gelato at night 😋
Check in Easy Bungalow 250/pernight .

Day 5
18.3.2016
Check out - ambik feri awam ke pelabuhan bangsal 17rp - sengigi - malimbo hill - villa hantu - air terjun benang kelambu gunung rinjani - Airport - Malaysia .
Supir =450rp .


Semua tempat-tempat yang aku pergi ni semua plan sendiri bukan pakej dari supir , kecuali hari terakhir supir yang plankan sebab limit masa sebab petang dah nak naik flight balik malaysia .

Total Lost 5H4M : +-  RM800
 lagi ramai kuantiti korang pergi lagi boleh jimat sebab nanti korang boleh share duit supir dan penginapan .

Tip bajet :

-Ingat nak sewa kereta jalan jalan di sana tapi nak sewa kereta macam xberbaloi sebabnya satu satu tempat tu jauh dan perlukan pemandu yg tahu jalan , nanti x ke buang masa dan penat nak berjalan bila drive .sebab tu kebanyakkan yg datang sini sewa supir . okla , sewa supir under bajet jer . have fun !
- Bawak bekal dari malaysia jangan makan luar . kalau korang travel sebab foodhunter , silakan .
- Kalau nak tidur di gili terawangan booking siap-siap guesthouse/hotel murah di agoda/trivago sbb bila sampai sana susah/jauh nak cari hotel murah kalau nak backpack sbb xda transport 😅 dan hotel murah selalu dah fullhouse klu xda book.
-Harga setiap barang tak sama di setiap kedai, cari yang paling murah .
- Kenawa Island is the best ! and must go 😊 Jangan percaya cakap saya kalau tak pergi sendiri .
-Lombok sangat besar , seminggu belum tentu sempat cover semua tempat 😂
Ada lombok utara, lombok tengah, lombok timur dan barat .

Yang lain lain boleh Pm tepi.
TQ.



Supir aku sepanjang di lombok :
Contact supir /Mas Jhuna: +6281907100001

Facebook Jhuna Telagawaru
bole PM dia dulu if anything  pasal lombok okey , kata korie yang suggestkan , nanti dapat best price  . 

dan kalau korang pergi lombok nak pesan tempe , please . nanti PM aku kay .