:: Sumbangan tips dari anda amat dialu-alukan ::
Disini terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama ahli-ahli group ini
SOALAN BAHAGIAN A
BACA, FAHAM, & JAWAB
Baca dulu arahan dan kehendak soalan kemudian berikan jawapan mengikut kehendak soalan
JANGAN BAZIRKAN MASA
Jika anda tidak dapat menjawab soalan tertentu, pergi kepada soalan seterusnya dan apabila selesai kembali semula kepada soalan yg tidak dapat dijawab tadi
BERI LEBIH JAWAPAN
Anda boleh memberikan seberapa banyak jawapan bagi soalan pada bahagian A walaupun soalan hanya meminta satu jawapan kecuali jika soalan meminta definisi
SOALAN BAHAGIAN B
BACA SOALAN
Baca dulu arahan dan kehendak soalan
FAHAMI KEHENDAK SOALAN
JELASKAN - beri fakta & contoh
HURAIKAN - beri fakta, bukti & contoh
TERANGKAN - senaraikan tema/fakta diikuti dengan huraian yang betul
NYATAKAN - beri jawapan yg spesifik tanpa memberi penerangan lanjut
BANDINGKAN - menyatakan persamaan & perbezaan antara 2 atau lebih
BAGAIMANAKAH - menyatakan langkah atau cara secara tpt
HIGHLIGH KEHENDAK SOALAN
Gunakan pen "highlighter" untuk meningkatkan tumpuan/fokus anda pada kehendak soalan
RANGKA JAWAPAN
Sebelum menjawab, rangka jawapan anda dalam bentuk point. Kalau boleh apabila anda selesai baca soalan terus catatkan apa isi-isi yang anda ingat secara serta merta bagi mengelakkan anda hilang/tertinggal Idea atau Isi-isi penting
KETAHUI CARA MENJAWAB
Menjawab soalan Esei Bahagian B perlu dalam bentuk karangan bukan bentuk point form atau kolum petak. Jawapan pula mestilah ringkas, tepat dan padat, tidak perlu meleret-leret atau berbunga-bunga, Get to the point. Jawablah dengan seberapa banyak isi yang anda tahu. Jangan kelentong!!!
KATA KUNCI
Ingat keyword dah boleh jawab soalan esei ni, untuk menjawab pelajar perlu beri perhatian kepada kata kunci, guru pemeriksa kertas sejarah sering menyatakan "kata kunci penting" & ada yg mengatakan bila penanda nampak keyword terus dapat markah, so, "Sejarah, it's about the points!"
1 JAWAPAN 1 PERENGGAN
Setiap isi penting ditulis pada perenggan yang berasingan. Jangan muatkan dalam satu perenggan.
JAWAPAN MUDAH DIBACA
Jawapan hendaklah ditulis dengan terang dan kemas. Gunakan pena yang berkualiti dan terang dakwatnya.
KEMUKAKAN IDEA BERNAS DAN MATANG
Idea yang dikemukakan hendaklah bernas dan matang terutama apabila soalan meminta anda memberikan pendapat
ELAK JAWAPAN BERSIFAT UMUM
Jawapan yang diberi bersifat umum dan tidak relevan dengan kehendak soalan mestilah dielakkan
ELAK JAWAPAN BERULANG
Jangan menulis sesuatu fakta berulang kali dengan harapan nak dapat markah 2 kali
SERTAKAN CONTOH
Jawapan mesti disertakan bersama contoh yang sesuai
JIMATKAN MASA
Jangan gunakan lebih dari 30 minit bagi setiap soalan, gunakan masa dengan cekap
JAWAB SEMUA SOALAN
Anda boleh menjawab semua soalan pada bahagian B jika ada masa lebih walaupun soalan hanya meminta anda menjawab 3 soalan sahaja. Pemeriksa akan menanda kesemua jawap an anda dan daripada kesemua jawapan tersebut mereka hanya akan memilih 3 soalan yang memiliki markah tertinggi.
CATAT NOMBOR SOALAN
Jawab soalan mengikut turutan. Pastikan nombor soalan dicatat dengan betul
PASTIKAN KERTAS JAWAPAN DISUSUN DENGAN BETUL
Susun kertas jawapan mengikut turutan. jangan buat lawak! ...
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo