Saturday, July 25, 2009

10 Tabiat Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makanMySpace
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.MySpace

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.MySpace

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.MySpace

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.MySpace

6. Terlebih tidurMySpace
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidurMySpace
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihatMySpace
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasiMySpace
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikirMySpace
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

*Oleh itu, kita kenalah gunakan otak kita dgn sepenuhnya utk perkara bermanfaat.. tanpa sedar, benda yg dianggap remeh pon boleh menjejaskan kesihatan..*

Komen aku > Bersederhanalah dalam hidup


--------------------
Berkata Uwaisal-Qarni "Oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar aku kehilangan kawan, biar hilang kawan kerana perjuangan, tetapi jangan hilang teman seperjuangan."

Telah berkata Jibrail a.s: "Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : "Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"

1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo