Saturday, February 19, 2011

LIFE: Bila BUDU berbicara dengan BELACAN

Hye korang!
Tetiba aku dapat idea nak tulis entri mengenai dua-dua perencah makanan yang agak mengiurkan di bumi Malaysia kita. 1st aku nak tanya korang.. korang makan ke budu dan belacan ni? ke korang xpernah dengar langsung perkataan ni? Perhhh! Kalau xpernah dengan memang korang ni xlayak duduk kat Malaysia. Bley dibuang negara ni. hahaha.lawak jea~

http://www.ehoza.com/v4/forum/customavatars/avatar1352_1.gif

Meh sini cek nak cerita pasal BUDU dan BELACAN. Kedua-dua ni makanan namanya. lebih dikatakan sebagai penambah rasa bagi makanan kita yang beransur nasi. Jangan plak korang p cicah benda ni kat roti john plak! mmg silap besar la tu.. malu John tu nanti..xpasal-asal hanyar dapat.Kita mulakan pelajaran kita dengan Budu yea

 Wut Is BUDU??
http://www.khas.com.my/khas/products_pictures/S102014.jpg
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


and next..
let read abaut my favourite one!
BELACAN

Wut Is BELACAN???
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYTqgZPFYjgB9pSSiSOICDORK1TUyL4elh_LthRgeAp6XoLqm1TC5ZGQDyV9Xbh83aiSEBeK9VY0hymqN470ggTsUFhPBHdNjuZlD5pF0dKPhRGwtZhAGLu-TF5vL2DDTnf8g4wlv6204g/s400/belacan1.JPG
b>Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.


dan kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal B.B ni korang search sendiri yea.
Sebenarnya aku nak ceita pasal cerita di sebalik negeri BUDU dan BELACAN ni. Korang tengok nama ni serasi bersama tapi hakikatnya xsama di dunia yang nyata. Meh aku nak cerita. Ok. Budu merupakan makanan orang Kelantan plus Terengganu. Mmg pasaran besar benda ni dekat sana la. dan selalunya orang sana jea yang pandai makan benda ni. aku sebenarnya xsuka dengan budu tp bila masuk kolej dan dapat kwn dari kelantan yang mmg giler dengan budu terjangkit sekali la aku pun. yang xpandai makan pun bley jadi terer bab makan budu ni.
Kisah pasal belacan plak.. Makanan orang utara. Fokusnya orang penang. Mcm aku la. aku orang penang mari. kalau makan kat rumah tu kalau xda belacan mmg xberseri la makanan tu. Kiteorang makan Belacan gaul dengan buah macang la. dengan cili yang ditumbuk dengan belacan la.Perhhh! berasap wei.. Teringat aku kat rumah. Xpew... tinggal beberapa hari jea lagi Mid Sem Break!!. Waktu tu la aku nak melepaskan rindu aku kat BELACAN tercinta dari penang buatan Mak.Mmg betul-betul Holiau!! Barang baik punya.

Ok.. aku nak story psl kehidupan sebenar antara orang negeri kedua-dua makanan ni. Diantara Utara dan Timur (Kelantan dan Terengganu). Apa persamaan yang korang rasa mengenai kedua-dua orang yang berasal dari negeri ni? cuba korang fikir.. Bagi aku.. Xda sangat yang sama antara manusia yang berasal dari kedua-dua negeri ni. Walaupun still  bertapak di Malaysia.Tapi perbezaannya cukup ketara. Bagi pandangan aku. Orang Timur yang aku maksudkan ni. diorang ni kalau korang duk kat mana jea mesti diorang ni lah yang paling ramai terutamanya kelantan. Kat Kolej aku pun.Mmg diorang ni majoriti la. Kelas aku tu mmg xda dah bunyi orang utara.. Bingit dari kelantan dan terengganu adala. sampai aku ni terpengaruh dengan bahasa diorang.Bila aku jumpa orang utara dan boleh bercakap utara aku rasa puas sangat. rasa seronok dapat bercakap style biasa. dan yang penting dia faham kita. 

Begitu jugak dengan orang dari negeri Kelantan dan Terengganu ni. Bahasa diorang ni pelat dia lari banyak dari bahasa Utara yang sempoi gitu. Diorang cakap pelat negeri diorang.. kalau dia tu tinggal di kawasan pendalaman lagi la pelat dia extremely korang xkan faham kalau korang bukan berasal dari negeri yang sama dengan diorang.Disebabkan bahasa ni la selalunya kita akan nampak geng kelantan ataupun geng terengganu akan rapat dengan gengx2 yang berasal dari negeri yang sama jea. pernahke korang nampak orang kelantan dan orang terengganu bley kwn rapat? pernah tp xseramai mana kn.. sebab tu la diorang ni hidup berkelompok dengan dak-dak negeri diorang jea. nampak mcm sombong jea. gege sana sini tp sebenarnya diorang ni sangat ramah kalau korang baik dengan diorang ni. Tapi apa pun semangat negeri diorang ni kat mana-mana pun Tinggi. semangat negeri mmg kuat. Cukupla korang tengok yang perlawanan bola sepak hari tu. mcm-macam dah jadi. aku malas nak buat kecoh kat sini. kang xpasal-pasal ada yang hangin 1 badan.


Aku sebenarnya xberapa sangat dengan bahasa diorang yang pekat ni. sbb aku xfaham.. walaupun roomate aku sendiri orang terengganu tapi kadang-kadang aku still xpham sesetengah perkataan tapi Alhamdulilah la sampai sekarang aku dengan dia Ok jea. No Prob mcm roomate lain.. Siapa pun kita dan berasal dari mana pun kita.. kita semua sama jea. Perbezaan antara kita tu sebenarnya kadang-kadang adalah yang terbaik buat kita. Kita xnampak semua tu.. benda tu terjadi dalam keadaan yang xsedar.So yang mana yang ada jurang tu tampal.. tampalkan la dengan apa yang patut sebab kita ni tetap berasal daripadaNYA.


Spontan perbualan antara Pakcik dari Penang dan Mek Ani dari Kelantan
MEK ANI: POK CIK NAK TAK BUDU"
PAKCIK: APA DIA NAK OI?
MEK ANI: ALA BUDU LA PAKCIK>
PAKCIK:HAAA???
MEK ANI:BUDU!!!
PAKCIK: HANG PANGGIL AKU BODO!!! MMG NAK KENA BUDAK NI-SAMBIL BERJALAN KE ARAH MEK ANI
MEK ANI: BUKAN BODO POKCIK TAPI BUDU
PAKCIK: BERTAMBAH GERAM DAN NAK DIPUKULNYA MEK ANI TERSEBUT
MEK ANI:MELARIKAN DIRI

>
Huhu nampak xperbezaan dia. dan banyak lagi perbezaan dia. kadang buat kita rasa pelik tapi itu keunikan bahasa di MALAYSIA.

2 comments:

  1. saye x makan budu la..
    hehe..
    kalo belacan pn wat sambal belacan aje..
    x pn tmbah la ckit2 kt masakn..
    =D

    ReplyDelete
  2. huhu. xmkn budu? rui
    blajar dgn orang klantan
    lma2 mesti suka

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo