Friday, April 29, 2011

Perkahwinan Asyraf Muslim & Dayana

Gambar pertunangan Asyraf muslim & Dayana
 
Perbualan antara aku dan kawan aku Nisa.. Ini adalah diantara yang sempat dirakam
Nisa: Korie bile e ko nak berkahwin?. agak-agak antara kita bertiga aku ko kak yan sapa yang akan kahwin dulu?
Korie: Urm mestilah kak yan.. dia kan 'kakak' eh! kita xbley langkah bendul ni
Nisa: Zaman sekarang mana ada orang kisah dah pasal langkah bendul la doh
Korie: heh! ooO kiranya ko nak kahwin dulu la ni. Kantoooi dengan aq.. 
Nisa: Eh! mana adaa.. sambil menelan air liur. aku lambat lagi.. padahal dalam hati tu betul dah. malux2 kucing plak..
Korie: Ko.. jgn nak gebang dgn aku laa.. betul kn?.. hehe. exclly.. aku pun nak kahwin jugek.. aku tengok ramai sem 6 dah bertunang. dorang nak terus kahwin bila dah graduate'. tapi buat masa ni study dulu lol 0-0.lps habis baru fikir.
Nisa: o0p.

  • Pelik gak aku.. tetiba buat entri pasal wedding.. dah xsabar kea?.. heheh.xda lol kwn-kwn ku semua.. aku dapat idea ni dari dak-dak kelas aku.. diorang pasang video pertunangan Asyraf muslim& Dayana ramai gadis yang gigit jari tengok video ni by cst production.terbaik la.. sampai bley dapat shock! hahaha. melepas seorang lelaki idaman malaya.. swing swing swing..untuk pengetahuan korang.. asyraf muslim dan dayana akan bernikah di mekah pada 1 Syawal bulan ni oopps!! salah! Tahun ni.InsyaAllah kalau diizinkan.
  • Dan kiteorang lps tu tengok video wedding artis-artis terkenal malaya kat youtube.. mmg gempak la video diorang.. cantik sgt seni photography dia.. Dan video kat bawah ni wedding of fairytale yang betul-betul bley buat si gadis gigit jari.. tengoklaaa kalau xcaya

  • Korang.. aku rasa macam aku nak jugek jadi pengantin perempuan dalam video ni.. best kot! giler best.. Mewah giler.. aku rasa mcm xbuat dekat Malaysia jea.. Memang bertuah la aku rasa diorang ni dapat adakan scene perkahwinan diorang dengan begitu indah sekali. Jelez aku.. keturunan diraja maybe.. pengantin lelaki hansem but pengantin perempuan not bad.
  • Terpukau kan? rasa mcm indahnya hidup ini.. hehe. itu apa yang aku rasa.. then aku tersenyum sorang-sorang. Biasalah perempuan wei. mcm gini la. suka sangat tengok benda-benda macam ni. aku pun xterkecuali.. Hope diorang bahagia yer. dan ditengah-tengah keasyikkan aku menikmati video ni aku terbaca komen di bawah youtube.. salah sorang pengomen ni kc komen yang agak pedas! sila baca di bawah
Dont be drawn into a sense of materialism..
it is not the way of ALLAH..
this is how the illuminati is blinding ALL OF YOU !!
dont follow their way of life !!
Jangan lah kamu semua mengejar impian materialisma !!
ini bukan jalan yang Allah menyuruh kamu mengikut..
Ini adalah salah satu cara Illuminati ataupun, Freemason yang sedang MEMBUTAKAN kamu semua...
Janganlah kamu semua mengikuti langkah hidup mereka !!
  • Hum.. aku pun sengap jeala lepas baca.. apa bley buat.. betul jugak bunyi komen ni. btw..setiap orang lain cara kan.Ikut lah. siapalah aku nak menilai video ni..setiap orang ada hak masing-masing.
  • Dan yang pasti konsep wedding ni memang meriah.. aku xmungkin buat mcm gini sebabnya aku rasa semua ni satu pembaziran dan aku akan buat sederhana jek.. xmampu aku.
  • Erm.. 1 lagi benda yang best aku nak tunjuk kat korang.. video- story pasal pasangan popular yang sudah berumah tangga dan bahagia sehingga kini 'InsyaAllah' setelah diijabkabulkan pada tahun November 2010 last year.. Pasangan sweet style couple tersebut adalah Elyana & Khairul. Video di bawah menceritakan A true love story about them sebelum diorang berkahwin.. so saksikanlah.
  • Ha camner? best kan.. seni photography rakaman video aku kc 5 star! memang gempak.. rilex sempoi jea.. aku suka gaya Elyana!.hope diorang bahagia sehingga ke anak cucu..
  • dan aku harap pihak media xganggu kehidupan rumah tangga diorang.. biarlah.. privasi orang xusah disibuk! jaga tepi kain sendiri sudah.

Wednesday, April 27, 2011

Derr' Aku dah lama berbulu dengan engkau tapi aku sabar jea!

Bley x aku lari dari kolej guna kereta ni?.. Justin bieber kea tolong bawakkan.. sure.. semua orang mata jadi kelabu.. xperasan yang aku sudah lari dari kolej kalau J.Bieber yang jemput aku lari.. hua hua..
  • Selamat malam yea korang!.
  • Tahniah bagi korang yang baru menang besar dalam hidup korang.. teruskan perjuangan.. jangan bongkak pulak!.Ingat kite kat belakang selalu perhatikan korang-korang yang berjaya ni.. bagi yang menghadapi kekesalan hari ni janganlah biar hari mu dimamah kesedihan.. biarkan ia berlalu seperti angin membawa hujan di tepian pantai.. Usaha lagi.. Itu yang pasti.
  • Ermm.. tadi kat kelas xbelajar apa-apa tutorial.. aku kena turun pergi praktikal.. kena habiskan latihan praktikal hari ni jugak dekat skill lab.. prepare untuk menghadapi osce sumatif yang akan datang nanti. Penat derrr.. bukan penat dengan latihan yang diberi tapi penat dengan arahan yang diberi.. arahan yang berbeza diberi oleh orang yang berbeza buat aku sangat Penat berada di sini! Erhh.. aku malas nak cakap yang bukan-bukan..xsistematik langsung..kita yang terima arahan ni yang disalahkan.. aku memang sabar banyak hari ni.. 
  • Aku kena habiskan 4 stesyen hari ni.. 1st-ECG,2nd-Injection 1M,3rd-Buang drainage,Oralphyrygeal airway+pasang high flow mask. dan sepatutnya hari ni ada stesyen untuk latihan CPR tapi xda! sebabnya xcukup masa dan pengajar.. dah ramai pengajar junior dan senior yang turun untuk   conduct kami bagi setiap stesyen... Tapi disebabkan sem aku terlalu BIG iaitu seramai  106 orang..dan guna 1 skill lab jea.. memang  sesak sangat la skill lab tu. Bising lagi! Ah.. serabut derr.. camni la kalau nak belajar.. Alhamdulilah ler aku sempat habiskan semua keempat-empat stesyen tu.. ada kawan aku yang xsempat pun ada. kesian diorang... btw.. Ada hikmah die jugak kenapa minggu ni buat study week.. minggu depan masuk praktikal balik dekat wad.. sekurang-kurangnya kami sempat belajar dan berlatih semua prosedur yang maybe masuk osce di wad.. beza dia kalau buat di wad kita buat dekat pesakit yang real kalau di skill lab kita juz guna patung jea.. dan yang pasti patung kat skill xkc respon bila kita tanya dia untuk lakukan prosedur.. kita yang jawab soalan sendiri. huhu.. kalau kat wad memag real la tapi agak berisiko la kalau silap tapi ok jeaa.. sebab senior kan ada.. diorang bley back up.. Jangan buat kepala tau sorang-sorang jea.
  • Dua tiga hari ni.. aku kena tahan balik lambat jea.. mama L tahan keteorang.. ada jea benda dia suruh siapkan last-last minit.. naik geram aku.. kalau lajak 2-10 minit xpea lagi.. ni x.. lajak sampai 1 jam tu memang xbley tahan.. dah la bley keluar dari asrama waktu petang pukul 5-7PM jea.. kiteorang balik pukul 5. dia tahan kiteorang sampai pukul 6pm. sapa yang xpanas?Hot and spicy lagi kite sabar jea.. cuba pahami die.. cuba jangan bertekak dengan dia.. cuba pulihkan perasaan marah.. cuba think positif kerna apa pun dia buat dia tetap dia yang berkuasa keatas kiteorang.. so memang kena terima.. siapalah aku unt lawan dia??..Btw.. kena tahan 1 jam pon dah nak bising.. apa la! biasala tu? Ehhhh. situasi  aku lain..korang xkan paham
  • Memang betol la senior cakap sem dua dalam diploma in nursing under kkm memang hard!. so many strile prosedure yang kena belajar.. medikal dan surgikal. sampai kadang-kadang aku rasa mcm otak aku dah jadik bengong sebab asyik benda medikal jea. xmasuk surgikal lagi. 'mesti korang akan cakap macam ni..' Ala jadi misi apa la sangat nak belajar.. cucuk orang jea.. belajar sikit-sikit.. lain la kalau jadi doktor' Ermmm di sini aku nak putuskan dan tegaskan.. Nursing satu bidang yang profesional.. belajar cara penjagaan dan perawatan.. apa yang doktor belajar kebanyakkannya kita belajar.. paling tidak pun kita tolong assist doktor.. jadi seriap prosedure yang doktor belajar kita pun kena tahu cuba xdetail.. sebab itulah kalau nak jadi doktor kena belajar sekurang-kurangnya 5 tahun.. Nursing 3 tahun jea.. Bukan senang wei.. dalam hidup ni mana ada yang senang.. kena bersusah-susah dahulu dari mula.. nanti baru nampak kesenangan dia. so aku nasihatkan kepada diri aku.. jangan selalu mengeluh! mesti bersyukur.. Itu yang penting.
  • Ok done! that all unt report hari ni.. ada berita gembira hari ni.. wah wah wah.. nak tahu x.. sangat-sangat kea?..
  • Elaun aku dah masuk.. aku dah g serang ATM petang tadi.. dah lama xmanja-manja dengan ATM.. huhu.
  • so sekarang.. aku memang xsabar nak outing hari jumaat ni.. sabar jea ni.. aku nak cari barang..banyak barang yang dah nyawa-nyawa ikan wei.. so jumaat ni aku and the geng akan serang Alor Setar! ayukkkkK!!

Monday, April 25, 2011

Study week sudah bermula.. Dimanakah hala tuju ku??

  • Study week dah bermula minggu ni.. selama seminggu jea.. exam 9/5/2011 nie. Minggu depan kiteorang masuk balik praktikal untuk seminggu sebelum Final exam 9/5 ni. Ko tengok.. memang mangkuk' la aku rasa.. exam lagi dua minggu lagi termasuk minggu ni.. buat pea yang p buat study week minggu ni.. baik buat minggu depan.. dan kite terus exam..Arhhh.. samdulll betol la.
  • Kalau nak diikutkan mahu saja aku senaraikan apa yang aku xsuka dekat tempat aku belajar ni.. ada-ada jea masalah timbul.. ah! aku xbley cakap.. it's privacy.apa pun kita kena bersyukur.
  • Hum.. study week.. hari pertama sangat blur.. aku xdapat fokus lagi.. sebabnya dah lama xmasuk kelas kuliah.. lama duduk praktikal di hospital.. so bila tetiba masuk study dalam kelas dan ada lecture kat depan aku rasa lain sikit.. Erm.. btw esok kena fokus betolx2!
  • Ah! banyak lagi kot aku kena buat revision.. memang stress aku rasa.. bila la semua ni nak berakhir.. aku xsabar sangat.. aku nak enjoy balik..
  • Bercampur dengan latihan untuk osce lagi.. ah!. so tired lol. tahan jea.. mcm ni la nak jadi student.. 
  • Aku rasa mcm setiap hari aku nak makan Aiskrim.. ble aku stress or hepi aiskrim adalah benda yang bley mengubat aku so that y la.. xpeww. esok elaun dah masuk.. aku akan bajet duit untuk aiskrim~ so yummy
  • Yang penting masa online kena kurangkan.. itu yang penting!.. k bye der.

Saturday, April 23, 2011

Dah lama xtengok cite HINDUSTAN.. asyik dok tengok KOREASTAN jea.


  • Dah lama xtengok cite hindustan.. asyik dok tengok koreastan jea. sampai semua cina mata sepet yang aku nampak kat malaysia aku inagtt tu orang korea.. anggau sebentar'
  • Tu belum lagi kira doktor-doktor kat hospital tu.. ramai yang muke mcm koreastan jea mean muka mcm cina+ mamak.. hahah. cute ma! kalau aku yang sakit.. mesti cepat jea aku sihat. kuix3. maap galak sebentar
  • Hum.hari ni dah masuk dua hari aku bercuti.. maksudnya hari ni hari terakhir LoL. Erhh! Japg dah kena balik kolej.. back to prison. Omg! aku rasa mcm nak prison break jea.. Michael scofiel help me pleasssse!!
  • Ouchh.. lupakan kejap pasal kolej.. aku sekarang tengah kira detik-detik minit jam.. tunggu pukul 2.. jam 2 ada rancangan panggung sabtu di tv3. Cite hindustan.. Ex-Bro aku berlakon.. siapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan.. aku jumpa dia masa di terima pinggat datuk di Melaka hari tu. Korang caya x??. tipu jekkk
  •  
  • Ada lagi beberapa minit nak start.. ah! xsabar kot.. dah lama xtengok cite hindustan..  jom pakat-pakat rumun depan tv yukkk!..
  • lepas habis cite hindustan ni baru aku nak bertolak balik ke kolej.. agaknyeer pukul 7 kot aku sampai.. Kena ada dekat kolej sebelum pukul 7. setakat pukul 7 kami bley keluar.. 
  • Dan.. mulai esok dah start belajar.. study week! dan mengira hari untuk menghadapi ujian osce sebenar. Omg! prosedur sterile xberlatih lagi.. hope semuanya akan ok! doakan aku yea.
  • Sebut mengenai prosedur strile.. sekarang ada peraturan baru.. semua ada lima stesyen unt osce.. 3 stesyen sterile. kalau 1 stesyen sterile ko fail ko akan dikira fail terus walaupun lagi 4 stesyen ko lulus. perhh! memang bahaya kot.


Friday, April 22, 2011

Drama Cita&Cinta tv9 best kot!

free..free.. I'm free for 2 days
  • Pagi yang nyaman.. tiada lagi bunyi loceng kecemasan yang selalu buat bising di kolej..
  • Rasa bebas sebab dapat berada di luar dari kolej.. Huh.. Aku sekarang berada di rumah Mak su aku.. xjauh dari kolej tapi di area lain.. semalam mak su aku datang menjemput aku di kolej..
  • Aku dibenarkan bermalam di luar asrama selama dua hari.. Pengarah kolej membenarkan kiteorang sleep out selama dua hari.. 
  • So aku pun ambik ler peluang ni untuk keluar dari kolej.. buat apa nak duduk dalam tu.. dah diberi lampu hijau kan.. Sebenarnya dalam perancangan awal aku nak balik Penang.. rumah aku.. tapi disebabkan mak aku xkasi balik aku pun xjadi balik ler.. Ahh! frust rasa!! 
  • Benda dah jadi mcm ni.. aku call paksu aku. tanya dia boleh balik ke x pergi rumah dia.. dia on jea memandangkan ada ada kerja untuk aku kat rumah dia.. ada benda yang aku kena ajar paksu dan maksu aku. Ermm.. maybe ini hikmah disebalik kenapa aku xdapat balik penang. Xpealah. btw sedih jugek.

  • Ermm korang ada x tengok drama melayu..tajuk-Cita&Cinta 'antara mengejar impian dan mimpi' setiap hari khamis 8.30pm? Aku rasa baru semalam episod pertama. Ntah r kenapa aku boley tertarik dengan cite ni padahal aku jarang tengok drama melayu.. aku rasa sebab photography dia cantik.. unsur musical,gig,lifestyle,street fashion.. memang best kot. dan 1 lagi.. aku suka Syarifah Amani.. dia berlakon dalam cite ni.. so dia pown merupakan faktor kenapa aku tengok drama ni.. korang kalu free malam khamis tu jangan lupa la yea tengok drama ni.. Tengok jea.. sambil rilex-rilex dan sofa depan tv.. makan popcorn kea.. buat ala-ala tengok cinema. Huhu.
  • Aku ada baca paper hari ni.. tajuk yang menarik perhatian aku sampai buat aku nak baca bagi habis -Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan' Huhu.. Erhhhh 0-0. Guulppp' tertelan air liur yang xbasi ni.
  • Kalau korang nak tahu wei.. aku dulu nak jadi pengacara atau DJ radio.Itu cita-cita aku dulu.. Korang jangan tergelak plak! aku sekeh kang.. Hurm. sampai sekarang aku still berminat dengan kerja tu.. aku simpan jea.. xpealah.. biar dulu. habiskan diploma dalam nursing la dulu.

Cita & Cinta, Slot Aurora TV9, Sinopsis

Sebuah lagi drama cerita remaja yang mengisahkan tentang Cita dan Cinta! Peneraju utama drama Cita dan Cinta ini adalah pelakon yang pernah membintangi telemovie Kasaf Imani iaitu Sharifah Amani sebagai Zalia dan Beto Kusyairi sebagai Fiqri.
SINOPSIS CITA DAN CINTA
CITA & CINTA adalah merupakan drama bersiri remaja yang berkonsepkan 'feel good drama' ini mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur.


Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.


Bintang lain yang turut mewarnai drama ini adalah  Nadia Aqilah, Kefli AF, Comel Farhana dan Izzue Islam. Katanya drama ini Diinspirasikan dari drama remaja Hollywood, drama berkonsep urban yang masih mengekalkan unsur kemelayuan ini membawa penonton menyusuri hati sekumpulan remaja yang terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran apabila tidak diberi peluang mengembangkan kebolehan mereka.

Tambahan lagi nampaknya Pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof ini kini sedang bercinta dengan pelakon Sharifah Amani,  Sharifah Amani yang dulu dikatakan sedang bercinta pelakon Merong Mahawangsa, M arcus atau Gavin Stenhouse nama  sebenarnya telah lama berpisah sejak awal September tahun lalu kerana kesibukan kareer masing masing.

Tayangan bermula  21 April 2011, Slot aurora 8.30 PM di TV 9,setiap hari khamis

penerbit: Fazli Hj Baharom & Shahrulezad Mohameddin
penulis skrip: Eenaz Mokhtar
pengarah videografi: Hassan & Pali Yasir
pengarah; Azma Aizal Yusoof

Wednesday, April 20, 2011

Saya STUDENT NURSE yang Flexible.. Sedia ditegur.

  • Baru balik dari wad.. sepatutnya sekarang kena pergi prep petang dekat kelas tapi aku malas la nk pergi.. Penat! nak rehat dalam bilik jea.. hope selamat jea
  •  Hari ni dekat wad ada dua patient meninggal so student nurse kena buat LO tapi aku xbuat sebabnya masa patient tu collapse aku xda dalam wad aku pergi bawak patient pergi X-ray. Naik wad balik diorang dah siap LO.
  • Yang patient kedua pon aku xda masa dia collapse.. aku pergi makan.. so xsempat buat LO.. aKu balik jeawad semua dah siap LO.. aku sempat tengok mcm tu jeala.
  • Hurm. so hari ni ada dua LO.. Selalunya dalam wad kalau sorang patient meninggal mesti selepas tu ada next patient yang akan kiteorang buat LO lagi.. mcm berjangkit.. sebab tu selalunya LO dalam masa sehari banyak kali..Hurm ajal maut di tangan Tuhan kan.so redha jea
  • Ok.. sudah kat situ.. aku nak cerita pasal seorang sister ni.. nak ke aku mention nama dia kat sini? xpew keaa?.. hurm.. aku gelarkan Sister H. Dia punya pangkat lebih tinggi dari matron.. sepatutnya kedudukan matron atas sister tapi ini tidak.. jawatan dia lagi tinggi daripada matron.. Dia U44 kalau xsilap.. so memang tinggi.
  • Apa yang aku nak cerita pasal dia.. dia ni selalu jea tetiba masuk wad.. ikut dia la nak masuk time bila tapi dia hanya akan masuk wad medikal.. Wad aku sekarang wad medikal.. memang dia sokmo masuk.
  • Semalam dia 1st time muncul kat wad aku semenjak aku kerja dalam wad tu.. Mula-mula dia masuk riuh satu wad.. semuanya xkena.. ada jea yang student buat xbetul.. staf nurse pun kena tegur.. memang sapa yang kena tegur dari dia hangin 1 badan la.
  • Hurm.. aku mula-mula.. Xsuka sangat dengan dia ni sebab apa yang kiteorang buat ada jea yang xkena.. hurm.. kami kan student.. biasa la kan kalau kena tegur.. tapi bila kena tegur dengan sister yang berpangkat tinggi tu yang rasa lain macam sikit.. selalu kalau kena tegur dengan staf nurse xpew lagi..
  • Dan.. lepas tu.. aku nak buat statement kat sini yang aku suka sister H.. Memang dia cerewet.. memang jiwa remaja biasa akan memberontak apabila kena tegur kan? so biasalah kan..
  • Sister H ni seorang yang sangat sayangkan patient... dia anggap patient macam ahli keluarga dia.. memang dia jaga sungguhx2. serius aku cakap.. dia sangat sayangkan patient dan dia marah kiteorang student nurse pun sebab dia xnak apax2 bend buruk berlaku kat patient.
  • Dia suka bagi nasihat.. dia suruh aku belajar sungguh.. buat prosedur nursing betul-betul.. jangan skip walaupun prosedur tu remeh sebabnya.. kita bermain dengan nyawa manusia..
  • Dia suruh aku jangan membazir sebab tuhan xsuka membezir.. maksudnya kat sini.. disposible kat wad aku selalu cepat habis sebabnya student nurse selalu ambik dan pakai unt buat prosedur  yang xpayah pakai glove pun xpew.. so dia bising la..
  • Banyak jugek dia lecture aku semalam.. dan apa yang dia lecture aku hari ni dan semalam memang memberi perangsang kat aku.. aku lebih yakin dengan diri sendiri..
  • Aku akan lakukan apa yang dia ajar.. 
  • Dia ajar aku prosedur bagi feeding dekat patience. Prosedur sem 3.. aku xbelajar lagi.. dia ajar aku 1 persatu.. dia cakap aku kena belajar buat prosedur lain.. jangan duk tunggu belajar dulu baru buat..Hurm! aku belajar dari dia.. aku bagi feeding depan dia.. walaupun agak kekok tapi aku gembira sangat sebab dapat belajar benda baru dari sister sendiri.. aku syukur sangat.. 
  • Dia ingat nama aku.. AMIRAH. Rasa hepi la.. tadi dia masuk pun dia panggil nama aku.. Hurm.. siapa xsuka bila ada orang yang ingat nama kita kan? so normal la kan..
  • So kat sini aku nak ucapkan Thank! kat dia sangatx2 sebab beri aku nasihat yang berguna.. 
  • Dia ajar aku.. aku suka bila ada orang ajar aku secara personal.. aku dapat belajar dengan cepat... dan aku harap dia akan terus mengajar student nurse macam aku untuk lebih berdisiplin..
  • Aku dokan dia terus berjaya dalam kerjaya dia. Amin.

Tuesday, April 19, 2011

Sila ajar saya BERFESYEN! Saya Nak jadi macam TAILOR SWIFT malam tu..

  • OoOoOoOoOoOoOoOoOoOp
  • Bapa banyak Ooo dah.. aku bingung ni.. semua dak-dak batch aku dah busy carik baju untuk farewell bulan 5 nanti. aku? 1 habuk pown xda lagi.. Ah.. aku bosan la benda-benda mcm ni. bukan apa.. aku suka majlis macam ni tapi aku xsuka nak carik baju ikut tema. itu yang leceh sikit.
  • Aku mula la risau bila dapat dengar diorang semua dah prepare unt farewell ni.. xkan aku sorang jea yang xprepare apa-apa lagi.OMG!

  • Nak tahu tema farewell kali ni tema apa? tema Masquerade!
  • Batch aku code colour: black and red
  • Aku ingt nak buat EMO
  • Tapi bile fikir balik sesuai kea unt tema masquerade.
  • Huh Tension aku.. serabut.. rasa malas jea nAK fikir.. tapi masa duk berjalan..
  • Semua Jp diwajibkan pakai mask pada dinner malam tu.. Mana pulak la aku nak carik mask ni.. bley x kalau aku pakai disposible mask dekat hospital tu jea? xpew.. aku bley buat penambahbaikan sikit.. huhu.
  • Yang paling aku risau sekali adalah baju untuk pergi dinner tu nanti.. aku xda idea langsung nak pakai baju apa.. blur jea. cm mana ek? bley x korang tolong aku.. kat mana aku bley carik dan tengok fashionx2 unt pergi dinner yang bertemakan masquerade?
  • Kalau bley tolong yea. tolong inform kat aku mana-mana blog ke yang ada tutorial unt dressing ke dinner. 
  • Aku kena prepare duit lagi.. Ah! kan best kalau datuk' yang bley sponsor kea. hehe. ringan tulang aku.
  • Make up lagi! Omg! aku xpandai make up ni. cm mana plak ni.. Aaaaah susah
  • Rasa macam nak pergi anugerah bintang popular jea... future artis maybe?. hahaha
  • Aku search baju dinner dalam net.. belek punya belek terjumpa yang ini
  • Cantik kan?.. tapi xcukup kain la pulak.. camner? teringin jugek aku nak pakai mcm sindarella JP.Tapi aku rasa ok jea kot kalau nak gandingan dengan shawl.Amacam?
  • Tapi kalau aku pakai mcm ni comperm semua orang xkenal aku.. dah la pakai mask.. huhu.. so xnak test kea? Hurm.. i think.. xpayah kot..'TENGAH BERFIKIR..
 
  • Dan apa pendapat korang kalau aku pakai mcm model kat ats ni?? mesti aku  yang paling hot malam tu.. kalah student sem 6 yang diraikan.. huhu..meletop gitu.Huhu.. Btw.. xmungkin aku pakai mcm tue.. Aku rela pakai baju kurung dari pakai baju mcm gini. Errrrr.. besar jea mata male nurse nanti'.
  • So korang apa cadangan korang sekarang?.. any idea.. tolong aku weii.. aku buntu..
  • Nak exam lagi.. Huh.. kena study.. kena fokus.. kalau x habis aku.. so aku lepas ni jarang la update blog ni yea.. tapi aku still aktif beronline..so kalau korang komen aku akan balas..
  • Boley x make up mata aku mcm ni malam tu nanti?..


Saturday, April 16, 2011

Kriteria Belog yang diREJECT bila 1st Time diterjah..adakah Itu Belog anda?

  • Selalu entri yang begini akan aku terjah lebih pantas dari entri yang lain sebab aku nak tengok blog aku kriteria blog jenis apa..
  • Ok. setelah dikaji belog aku kalau nak dibandingkan dari dulu memang jauh berbeza.. dulu belog aku mempunyai kriteria yang menyebabkan xramai bloggers yang akan terjah belog aku ni. Info- itu pada zaman tok kadok dulu ok.. aku blogger yang innocent.. suci dan xterpengaruh lagi dengan tutorial. Tapi lepas aku banyak menerjah blog tutorial.. blog sifu.. blog senior.. aku belajar dengan cepat..so inilah hasilnya. Aku  berpuas hati.. tapi kalau korang xsuka gaya belog aku sekarang.. apa aku bley buat?.. Ermm. Yang penting tuan punya Belog bahagia dan dapat berblogging dengan hepi.
Kriteria Belog yang buat bloggers xsuka masuk.

  • Letak widget MP3/MP4 Autoplay ditambah lagi dengan lagu versi rock! poprock! yang membingitkan telinga blogger yang masuk.Senang aku cakap seorang blogger yang pro tidak akan letak Mp3 or Mp4 autoplay dalam blog walaupun itu hanyalah soft music sebabnya kita xtahu siapa yang akan masuk blog kita. So aku keraskan baik jangan letak le widget mp3/4 ni. Mengarut. memang kita suka tapi bloggers lain suke kea? Ingat belog ko tu belog umum bukannyer belog privasi.Even korang tengok website youtube pun xletak autoplay music kan walaupun youtube tu website unt music!.
  • Letak banyak widget tambahan di sidebar belog! Excelly benda ni xpenting pun..buat belog korang lagi berat adalah!.Aku memang xnafikan banyak widget yang menarik unt diletakkan dalam belog tapi untuk masa depan blog aku rasa baik korang lupakan jeala. Just letak widget yang betulx2 digunakan oleh korang dan pembaca yang lain.Selain dari tu hanya memberatkan belog korang jea. Bila berat?
  • Bila widget dah banyak.. Belog jadi berat. bila pembaca masuk comperm loading lama. agakx2 dalam seminit tunggu still loading aku akan tutup terus belog tu! aku benci menunggu. so aku nasihatkan sila timbang berat belog anda di sini untuk ketahui berapa berat belog anda supaya korang tahu apa nak buat sekiranya belog anda telah melebihi tahap kolestrol.
  • Berwarna warni.. kaler belog terang sangat. silau mata.. yang xda silau pun jadi silau. so watch out adakah belog anda termasuk.
  • Post entri yang pofular di belog orang lain.. maksudnya copy-cat. Kalau nak copy cat silakan tapi pandai-pandai lerr ubah mana-mana sikit.. so walaupun orang yang sama baca dia xrasa bosan dan buat dia rasa kau tu memang kreatif walaupun kau just post entri copy cat. Buat entri tu entri versi ko.Erm..tapi aku rasa isu copy cat ni biasalah dalam dunia blogger kan. kadangx2 kita bukan saja nak copy-cat. kita nak share.. aku faham tu sebab aku pun selalu mcm tue tapi yang penting kalau nak copy-cat jangan lupa beri credit dekat penulis asal.Ok.
  • Menulis entri tapi xda komunikasi dengan pembaca.. so bila tulis entri tu biar ada jokes sikit.. tarik pembaca untuk terus membaca entri korang sampai habis.btw. bergantung jugak.
  • Font tulisan entri yang susah nak baca dan gandingan kaler background yang xsesuai menyebabkan tulisan susah untuk dibaca.. watch out! kalau aku jumpa aku akan blah terus dari belog tu
  • Banyak pop-up window-chatbox,iklan,glitter graphic.Ini akan menyebabkan pembaca rasa serabut bila duduk di belog korang.
  • Kata-kata selamat datang yang memerlukan pembaca klik ok sebelum pembaca dapat masuk ke belog korang. Ini akan memalaskan pembaca untuk masuk ke belog korang. Ingat pembaca ni hacker ke apa.. malas la aku nak klik ok.. sebabnya.. lepas klik ok.. baru nak loading page. lagi lembap. Ingat. pembaca suka baca benda yang simple dan ringan.
  • Mencantikkan belog dengan letak benda yang blink blink dan bergerak-gerak di belog.Ah! memang nampak comel! tapi x cool!. sebabnya kadang-kadang sakit mata  kalau nak baca entri kat situ.
  • Dalam 1 page ada banyak entri dan tiada readmore!. Ah! aku bosan belog yang macam ni. x sistematik. Cukup korang letak 1-2 entri jea untuk 1 page. LAgi bagus kalau letak 1 entri unt 1 page.
  • Dan 1 lagi mengenai readmore. Bagi aku.. aku xsuka readmore. aku suka aku boleh terus baca entri tu bila aku klik. aku xsuka klik banyak kali.
  • Dalam entri letak jumlah gambar yang banyak dan saiz yang besar.. buat page loading lama.so elakkan.
  • Tulis entri jangan banyak mengarut kosong. biar mengarut ada makna.. orang pun suka baca.
  • Kurangkan iklan di belog.. letak yang mana betul-betul function dan kc duit kat kau
  • Tempat pengomen biar mesra pengguna.. senang pengomen nak beri komen- setting ke pop up window dan jangan setting ke new window.
  • Selalu update benda yang up to date. so orang lagi suka nak masuk sebab orang nak tahu.
Belog yang disukai
  • Belog yang ringkas dan berinformasi
  • aku rasa header pun memainkan peranan untuk pembaca masuk belog korang. so pastikan header korang gempak!

Setakat tu jea rasanya.. Itu adalah apa yang aku rasa selama 3 tahun aku dalam dunia blogger ni. ciri-ciri ni buat aku xsuka dan masuk belog korang. Hurm. so renung-runungkanlah yea dan selamat beramal. Bagi korang yang belog korang mempunyai kriteria yang macam yang aku cakap tu cuba-cubalah edit belog korang tu. Kalau nak stay ok jea. Itu belog korang.. Ikut suka korang la yeaa.. Aku xkisah. aku juz cakap sebab aku boley bersuara.Aku bersuara ikut gerak hati.. kalau betul. betul la tu

  • Dan.. aku bukanlah blogger popular dan bukan sifu dan maybe xda kelayakkan nak tegur korang tapi ini belog aku dan hak aku nak taip apa sahaja.. dan aku tahu belog aku xperfect mana pown.. just nak berkongsi jea. xsalah kan?..  
  • Ok Then,aku nak masuk kerja dah! shif petang.. bosan dan memenatkan.

Friday, April 15, 2011

Jom SEDUT Bigbang Special Edition Album!

Posted Image
  • Whaddup brai....
  • Korang perasan x?? perasan.. perasan.. yang blog ni dah lama x post entri mengenai KPOP?.
  • Erm.. korang baru perasan kot lepas aku cakap ni..
  • Hum.. aku kadang-kAdang malas plak nak post pasal kpop sebabnya bukan semua followers aku suka baca entri mengenai kpop.. ada yang meluat. Ah! layan jea.. Ini belog aku so aku punya suka..
  • Lagipun.. blog aku ni aku rasa macam xda orang masuk jea.. Ntah.. sunyi jea.. aku malas la nak pergi blogwalking ke blog orang lain untuk tinggalkan jejak sebabnya line signal bb celcom kat kolej aku x power la. kena bagi super power dulu kot baru laju..
  • Ok. disebabkan esok adalah HK-Hari kelepasan(cuti lerr). Aku nak update mengenai kpop..
  • Group terpilih di antara yang paling pofular.. aku pilih Bigbang la untuk minggu ni.. sebabnya diorang release album terbaru dan Official Mv dah release beberapa hari lepas.. Dah masuk music bank.. 1st place!. Congrat to them!.
  • Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni VIP yea!
  • Lagu yang paling best aku rasa LoVE Song!
  • Memang best.. aku sertakan Official Mv dia kat bawah ni.. sila dengar part  duration yang bermula dari 0.41 part GD.Perhh.. memang best! dah lama aku x layan lagu diorang ni.. sebab agak lama bigbang xrelease album baru so perjalanan group dorang slow sikit la sebelum ni  maybe kasi peluang dekat group male yang baru.

  • Btw.. Bigbang adalah group 2nd yang paling aku minat. 1st place mestilah SUPER JUNIOR. 
  • Korang... aku buat baju kelas.. korang nak tahu aku letak nama apa untuk ruang nama aku? Aku letak nama Korie_suju. Hehe. (tersengeh sorang-sorang ni) jangan jelez yea.. 'Ermm.. yang tu pun nak bagitau?' haha.. rilex r brai.. this my place.. so wut...
  • Love song... best sangat.. Mv dia ala-ala mcm barat punya MV. Lain dari yang dulu dan konsep diorang untuk album terbaru ni lagi smart dan gentleman aku rasa! Boleh dapat Mv terbaik unt tahun ni aku rasa.Ermm aku suka GD sgt-sangat!. Oh.. xbley blah.. pasti malam ni dia akan muncul dalam mimpi aku ' uwekk!.. sila jangan muntah di sin
  • So bagi korang yang xdengar lagi lagu ni.. jangan terlepas yea.. dan jangan skip untuk tengok Mv dia.. aku dah letak kat ats tue..

Extra-Lagu Stupid Liar-Bigbang best jugek! dan jangan miss tengok yea!!..Peminat kpop semua.. Always keep the faith ok!!. Biar jea bloggers kat luar tu menyampah dengan post 'kpop' kita.. Layan jea apa yang korang suke.. Hak kita adalah hak kita.. so fighting semua.

[Download] BIGBANG special edition album!



Thursday, April 14, 2011

Disebalik SENYUM KAMBING ada Manisnya...

  • Apakah makna disebalik senyuman seseorang?.
  • Adakah dia ikhlas memberi senyuman ataupun saja ingin mengambil hati kita unt mendapatkan sesuatu yang dihajati.. mungkin.
  • Kadang-kadang senyum tidak membawa apa-apa makna hanya mulut si pensenyum mengukir senyuman.. mana tahu. maybe dia' mengalami tekanan jiwa or stress. Sama lah macam aku.. xpayah cerita pasal orang lain.. kalau aku stress dengan sesuatu kerja tetiba aku akan tersenyum tanpa sebab dan orang lain mungkin bilang aku sedang senyum kepada diorang or aku bisa dicop mental barangkali.. huhu.
  • Dengan senyuman kita dapat menenagkan jiwa dan perasaan yang tengah serabut.. Kita pulihkan melalui gerakan fizikal( senyuman) kalau xpercaya sila cuba.
  • Selain itu senyuman juga merupakan 1 sedekah! so xrugi 1 sen pun kalau kita senyum..
  • Jangan senyum dengan senyuman yang penuh dendam! tahu maksud aku?? senyuman orang jahat... aku paling x suka senyuman yang mcm tu.. menakutkan.
  • Dan jangan tersenyum bila situasi sekeliling dalam keadaan yang xsesuai.. Ini akan menyebabkan orang sekeliling pandang balik dengan panahan mata yang tajam.
  • Dan yang penting bila bosan.. senyumlah!. senyum kambing.. korang akan dipandang sebagai seorang yang ceria..
Bila dimarahi.. beri senyuman kepada tukang marah tersebut nascaya.. dia pasti akan kata kamu ni seorang yang comel dalam hatinya..
So banyakan bersenyum

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Menjaga Pesakit Yang Bisu dan Pekak di Unit BURN


  • Pertama kali dalam hidup aku buat praktikal di unit 'kebakaran'.Wad untuk rawatan rapi bagi pesakit yang mendapat rawatan bagi kulit yang terbakar. Aku kena pakai baju OT.Tidak dibenarkan pakai uniform untuk masuk ke dalam.Kenapa ya? secara logiknya.. untuk mengelakkan infeksi sebabnya pesakit yang mengalami masalah burn selalunya mudah unt dijangkiti infeksi disebabkan luka terbuka kebakaran yang dihadapi.
  • Pada mulanya.. bosan jea kot kat dalam tu sebab xramai pesakit pown.Ada 4 orang jea.2 Dewasa 2 Kanak-kanak bawah umur..Erm.. xda keja sangat.. 
  • Aku kena jaga pesakit bilik 1 bersama kawan aku.. Pesakit dewasa.. lelaki.. umur dalam 29 tahun.. Pekak dan Bisu.. Pertama kali jugak aku jumpa pesakit yang pekak dan bisu.. memang aku ni budak baru belajar.. banyak lagi jenis pesakit yang aku xjumpa..
  • Mula-mula.. kena mandikan pesakit ni.. aku assist staf nurse jea..Peralatan yang digunakan untuk mandikan pesakit memang mewah!. Wah.. canggih.. teknologi sekarang memang dah teramat canggih.. Tab mandi khas untuk pesakit burn. Hurm.. memang mesra pengguna.. mudah jea kita nak guna. Ermm.. hospital ni memang bagus!.
  • Pastu buat dressing untuk luka terbakar.. memang besar.. berlainan unt dressing yang biasa.. aku assist jea.. staf nurse yang buat semua tu cuma untuk bahagian balutan bandage aku ada buat separuh.. Staf nurse suruh aku praktikan apa yang aku belajar.. 'Aku belajar balutan bandange masa sem 1'. Ini 1st time jugek aku buat balutan bandage untuk pesakit sebenar.. so memang balutan xberapa kemas.. aku baru belajar.. lagi pun luka dia besar.. so memang gelabah sikit lerr. tapi tetap buat.. sebab kita mesti berani untuk belajar kan! betul atau salah kea belakang kira.. tapi kalau dah xyakin tu kalau melibatkan nyawa pesakit baik panggil senior untuk monitor kita.. so baru la bereh!.
  • Aku terfikir.. setengah hari aku kelola pesakit yang pekak dan tuli ni. aku cuba menghayati perasaan pesakit ni.. macam mana dia hidup selama ni.. dari kecil hidup tanpa mendengar apa-apa dan xboleh bercakap.. mesti sunyi kan.. Apa e perasaan dia bila dia nampak kita boleh bergelak ketawa.. kita dapat berkomunikasi dengan baik..tapi dia tidak.. Hurm.. aku xdapat nak bayangkan.. aku sedih la bila tengok pesakit yang xberupaya untuk hidup normal macam manusia yang normal.. dia xminta begitu tapi dia dijadikan begitu.. memang Tuhan sudah memilih dia untuk menjadi insan teristimewa. Dia zero dari dosa bercakap bohong.. bersembang benda yang sia-sia,menipu dan lain-lain. Dia juga bebas dari dari mendengar perkara yang sia-sia. Telinga dia bersih dari perkataan yang xbaik.. yang belum tentu sahih dalam dunia ni.Ermm disebalik kelemahan dia banyak iktibar yang aku dapat dan banyak pahala yang dia perolehi..
  • So..aku kiranya beruntung sebab menjadi insan yang terpilih yang menjaga dia.. menolong dia.. dan merawat dia.. aku dapat rasai keperitan dia walaupun sedikit tapi dah cukup unt membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. aku bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan kepada aku..
  • Aku tulis di kertas untuk berkomunikasi dengan dia. Nasib baik dengan dia boleh membaca.
  • Huh.. siapa cakap bidang nursing bidang yang lekeh?.. bidang yang biasa jea.. 'setakat cucuk orang jea'.. setakat menolong doktor jea.. Ermm.. kalau korang belajar dalam bidang nursing dan bila dah masuk praktikal korang baru akan tahu dunia nursing yang sebenar.. Dunia yang penuh dengan drama perawatan dan kehidupan.. Drama yang serius!! Drama yang buat korang tersedar erti hidup yang sebenar.
  • Apa yang aku tahu.. aku nak tolong orang yang memerlukan pertolongan..harap tuhan iringi keikhlasan hati aku ni.. 
  • Pengalaman di unit burn memang xdapat nak dilupakan. walaupun hanya sehari tapi memang senario yang terjadi  sentiasa berbekas dalam hati aku.Aku akan jadi student nurse yang lebih cemerlang,cekap dan proaktif. 

Sunday, April 10, 2011

PENAT! Kena KISS Mulut Justin Bieber Bepuluh Kali

  • Erhh.. Nampaknya saya dah pro la macam mana nak kiss mulut ke mulut orang lepas ni. xpayah belajar la saya rasa. saya dah cukup pro untuk lakukan semua itu sehinggakan mulut saya dah nak berdarah..
  • Bertapa seksanya saya untuk lakukan perkara itu.. saya dipaksa rela untuk lakukan perkara itu.. memang saya rasa takut la pada mulanya.. sebabnya mulut dia lagi besar la saya rasa daripada saya. Tapi lepas buat saya rasa memang baguslah sebab mulut dia lagi besar lagi mudah la saya nak lakukan projek tersebut dengan lancar dan lebih nikmat!
  • Erm.. awak semua jangan terkejut la dengan statement saya kali ni.. saya sebenarnya baru habis kursus CPR la. so lu semua dah terkena dengan saya la brai!.. huhu.. ok. ok.. serius!. Erm. nak tanya dulu.. Tahu kea CPR tu apa kwnx2 semua? CPR tu stand for CardioPulmonary Resuscitation or korang lebih kenali sebagai pernafasan mulut ke mulut la..
  • Korang pernah kea  buat Cpr? tahu kea teknik?.. kalau nak buat korang kena la belajar dulu yea! jangan main redah jea.. Ingat setakat tengok kat Tv or mana-mana risalah mengenai CPR kiranya dah boleh buat dengan sempurna ler? xdanya!. Kalau nak belajar CPR korang kena belajar dulu.. buat praktikal dulu baru boleh buat dengan baik..Takut korang lagi mempercepatkan patient tersebut untuk 'pergi x kembali lah'
  • CPR dilakukan apabila cardiac arrest. 'Tiada pernafasan dan tiada nadi'
  • So kisah saya hari ni mengenai CPR laa.. semalam sebelum pagi ni saya dah baca la buku CPR yang Pn.K bagi kat saya.. Memang baguslah buku tu.. mmg up to date la saya rasa sebabnya stepx2 unt lakukan CPR dah berbeza la berbanding dulu. Sebenarnya untuk pengetahuan korang Teknik CPR akan berubah lebih up to date 5 tahun sekali... so yang saya belajar ni yang paling latest la saya rasa.. Sem saya adalah sem pertama la yang belajar teknik terbaru ni.. Memang saya agak berbangga lah.
  • Disebabkan group sem saya agak gigantic jadi Pn.K telah pecahkan kami kepada 2 kumpulan. kumpulan pertama hari ni dan kumpulan kedua esok. Jadi saya adalah kumpulan pertama. Macam kursus la. kita kena hadiri kursus ni untuk dapatkan kelayakkan untuk masuk final osce(praktikal test) nanti. so memang wajib lah kiteorang kena pergi..
  •  Belajar beri pernafasan dari mulut ke mulut.. oh my god!  pada mulanya.. lepas tu kali kedua.. aku rasa  'xpuas pulak' nak buat lagi.. kali ketiga.. oh! mmg puas..dapat rasa dada pesakit kembang-kempis-sebagai tanda udara yang kita blow tadi dah masuk ke dada pesakit.
  • Semua ada 5 stesen. setiap stesen mempunyai berlainan situasi.. Antaranya..
  • 1.Bayi tercekik dalam keadaan sedar
  • 2.Bayi tercekik dalam keadaan xsedar-pengsan
  • 3.Dewasa tercekik-pengsan
  • 4.Two men
  • 5.One man
  • So saya belajar dari stesen ke stesen la. macam-macam rupa situasi yang saya nampak dan rasa.. memang kelas tu penuh dengan gelak ketawa la..
  • Boleh x korang bayangkan.. masa buat 'abdomen compression' kepala patung tu tercabut jatuh ke bawah ' masa tu keadaan pelatih cpr dalam keadaan berdiri' Emmm.. memang kelakar giler la aku rasa..
  • Ada 1 patung muka dia mcm Justin Bieber la.. memang.. mirip lah saya rasa..saya buat blow-bagi udara dari mulut ke mulut memang banyak kali la kat dier. bukan disebabkan saya gatal ok.. saya terpaksa lah sebab lecture saya suruh saya buat berulang kali la.. dia cakap.. anggap patung itu macam boyfriend awak so...layan
  • Dan lepas habis belajar kelima-lima stesen.. ada test!. test pada stiap stesyen  tersebut. still buat test dlm group tapi secara individu.. memang agak gementar la saya rasa.. sampai saya kena panggil dengan Pn.K. Pn.K cakap saya suka main-main.xpernah nak serius dalam melakukan prosedur.. dia suruh saya buat prosdur CPR 'baby tercekik dalam keadaan sedar' depan dia.. Memang nama saya la selalu kena kalau ada Pn.K dalam kelas. Ermmm. saya pun dah biasa.. dah xtahu nak cakap apa.. Tapi saya suka la Pn.K.Dia faham saya!..
  • Dan akhirnya.. kursus habis pada pukul 4.30pm. Semua lulus lah!. Kita tengok group untuk esok pulak yea.. Memang saya nak kata hari ni sangat best la.. sebab saya boleh belajar CPR dan boleh buat CPR sekiranya ada kecemasan.. Ermm..

P/S: Penggunaan perkataan 'La' dan Lah' di belakang ayat adalah style percakapan saya dan kawan-kawan saya(sem2) memang menyampah lahpada mulanya bila dengar orang cakap style mcm ni tapi lama-lama sya dah terjangkit lah. so..
Cuba bayangkan aku tengah bercakap tentang apa yang aku tulis ni.. Memang korang akan rasa menyampah lah!.

Friday, April 8, 2011

Lagu LADY GAGAK dihentikan dari pemasangan di RADIO MALAYSIA?

Sumber:- ohartis.com
'Baru-baru ini seluruh stesen radio di Malaysia telah diarahkan oleh pihak berwajib untuk menghentikan sebarang pemasangan lagu si Lady Gaga. Ini kerana, kebanyakkan lirik lagunya agak melampau dan memesongkan akidah remaja di Malaysia. Apabila mengetahui hal ini, si Lady Gaga mengeluarkan kata-kata yang diulaskan seperti dalam keratan akhbar di atas. Kesimpulannya, si Lady Gaga adalah kurang pandai kerana tidak menghormati ruang lingkup agama sesebuah negara. Sesiapa yang termakan agenda penghibur Illuminati ini, juga boleh dikategorikan sebagai kurang bijak.'

Sumber:- ohartis.com
Kenyataan aku..
Lol baru sekarang stesen radio Malaysia nak hentikan dari pemasangan lagu lady gaga?.. Ermm. dah berapa ramai golongan muda Malaysia dah terpengaruh dengan lady gagak yang bongok tu.. kenapa x dari dulu pihak media hentikan.. Dulu kecoh pasal lady gaga pengikut freemanson. Kecoh 1 media mengenai freemanson tapi xda pulak nak hentikan lagu dia. Sepatutnya. Malaysia kena ada 1 angkatan yang menapis lagu yang boleh dipasangkan di radio tempatan sebelum dipasangkan kepada umum terutamanya lagu yang datang dari barat. Nasib baik sekarang aku dah xlayan sangat lagu barat.. patutlah sekarang ramai remaja sudah buta tuli.. xtahu mana 1 nak menilai yang baik dan buruk..

                                  Bukti pengaruh LADY GAGA dan tersangkut pada remaja Malaysia
Bukan calangx2 remaja pulak tu! Remaja bergelar Artis popular pulak tu.. ah! hancur!

Ape susah?. layan jea lagu korea. kpop! suju kea.. bigbang kea.. lady haenim' hahah

KOLEKSI GAMBAR SAWAH PADI DI JEPUN YANG SANGAT KREATIF

Wow.
Itu perkataan yang terucap dari ulut aku bila tengok gambar-gambar sawah padi di jepun

























AWAK saya dah xsanggup jadi BAHAN joke awak...


Aku tujukan mesej ini kepada seseorang yang aku sllu sebut nama dia dlm entri aku yang lepas-lepas.
Aku selalu di AIMkan..
Bukan sorang dua..
Hampir semua dah AIMkan aku.
Mula-mula sorang tu Aim aku hanya disebabkan aku selalu jea collapse' dalam kelas
Tapi lepas tu dia jadikan aku sebagai bahan unt student kelas aku ketawa
Mula-mula aku pun turut ketawa..
Ketawa dengan perbuatan diri sendiri.
Bodoh x aku?
kea aku yang memperbodohkan diri sendiri..
Ataupun aku terlampau slumber hingga aku xsedar yang aku sedang ketawakan kelemahan aku..
Tapi sekarang semuanya dah tamat
Aku dah xdapat nak stay cool mcm dulu bila benda ini terjadi lagi..
Xkan Air laut biru selama-lamanya?
pasti ada keruh suatu masa nanti..
Sama seperti aku..
Aku yang sering dijadikan bahan oleh dia menjadikan aku STRESS
Yup! Stress sgt..
Sampaila semalam.. aku menghilangkan diri dari kelas dan pergi ke tempat yang sunyi..
tempat yang tiada Dia dan manusia yang lain
Disitulah aku taburkan semua kesedihan aku..
Selama ni aku bertahan.. tapi setelah dipukul ombak yang besar..
memberi aku kesan yang amat mendalam.
sehinggakan hati keras aku..
menjadi layu..
ibarat bunga sakura yang layu ditiup angin  
Yea.. aku sedar siapa aku sekarang..
Aku sedar dimanakah tahap aku sekarang..
Aku sedar... Aku telah kecewakan dia dan beberapa yang lain..
Aku cuma minta beri aku masa unt buktikan balik
Apa yang perolehi selama ini..
Hanya masa akan membuktikan segalanya..
dan
Aku mohon Tuhan berikan aku peluang unt membalas semua budi baik mereka..
Aku mohon Tuhan berikan aku nafas dan badan yang sihat sehingga aku berjaya dalam hidup..

Aku perlukan bantuan dariNya..
Aku xboleh fight berseorangan..
Aku xboleh kalah dengan kelemahan diri
Itu yang pasti..
Aku perlu yakin dengan diri sendiri..
Aku xboleh lemah dari segi dalam dan luar..
Korang semua adalah supporters luar bagi aku..
Tolong doakan aku yea kawan-kawan semua..
Begitu banyak dugaan dalam hidup ini..
Dugaan yang mengajar aku untuk lebih kuat ..
Mengajar aku erti kehidupan  sebenar..
mengajar aku liku-liku kehidupan yang bukan hanya ada keseronokan..
Aku perlukan lakukan pengorbanan untuk berjaya
Itu yang PASTI!


Tuesday, April 5, 2011

Hormon AKU dah HILANG ke?

  • Hai!
  • Gane hari ni? ada x biawak mati kena langgar depan korang? pasti amat tragis kn..
  • Ermm.
  • Hari ni.. xpasal-pasal aku kena bising dengan lecture disebabkan result yg xberapa ok. 
  • Ahh! tension aku.. tp bley still rilex lagi.. bila la masalah aku ni nak berakhir. bila lah aku bley hidup dengan perasaan yang tenang tanpa memikirkan masalah yang menyerabutkan ni. hadoi..
  • Aku xsuka betol bila ada jea orang yang menganggu perjalanan hidup aku.. ada jea yang xkena..
  • kenapa kita mesti berubah unt jadi orang lain padahal kita sendiri dah kenali siapa diri kita sebenar??. 
  • Aku rasa nak balik penang jea.. malas dah nak buat apa-apa kat sini.. aku rasa mcm nak give up jea dengan semua bile masalah timbul!. aku tewas disebabkan kelemahan yang aku cipta sendiri.. aku lawan tapi aku mungkin xcukup kuat untuk menghadapinyer.. aku xtahu nak cerita kat siapa.. aku malas dah nak bercakap.. aku malas nak berbicara dengan orang or kawan-kawan aku mengenai masalah diri aku..sebabnya aku rasa hanya aku sendiri yang tahu jalan penyelesaiannya.. dan bagi aku.. diorang mungkin rapat dengan aku tapi diorang xmungkin paham apa yang aku nak sebenarnya.. sebab diorang bukan aku.. pendapat diorang adalah bukan berdasarkan hati aku.. so xda apa-apa makna pun.so buat dert jeala dengan masalah aku ni.. biar jea ia diterbangkan oleh angin yang bersilih ganti..

  • So sekarang aku kena start fokus la unt masa depan. aku kena mulakan misi dan visi yang aku tanam dari dulu dan aku akan aktifkan balik hormon unt tingkatkan pengeluaran usaha aku untuk lebih cemerlang.. aku malas dah nak kisah pasal masalah sebabnya masalah kalau kita lagi layan lagi teruk la aku rasa masalah tu.. biar jea ia hilang dibawa arus masa.. aku dah malas nak pedulikan orang sekeliling.. aku nak berdikari laaa.. steady jea.. hidup biar gempak beb! no problem no tears!

Monday, April 4, 2011

AKU dah jadi segan la dengan DIA!


Boleh x kalau aku pergi praktikal pakau kasut nie?? bosan la pakai kasut sekolah.. t_t
  • Salam korang.
  • Hari ni aku nak taip tanpa memikirkan perasaan orang lain. aku nak taip semua yang terpendam dalam hati aku ni..
  • Korang.. pernah x dalam hidup korang.. korang gagal dalam benda yang korang dah usahakan?? mesti pernah kan? sama lah mcm aku sekarang. aku sendiri xtahu kenapa la aku ni jadi mcm ni. Exclly aku ada gagal dalam subjek nursing dalam ujian trial.
  • Semua orang pasti akan sedih bila gagal dalam ujian. tapi aku? mcm tu jeala. xda apa-apa respon mcm orang xda perasaan. aku x tahu nak act mcm mana. Kwn-kwn aku yang lain yang gagal semua monyok jea. sedih jea. mmg la akn sedih.. bodoh punya statement!.
  • Ah! yang plg aku bengang sekali aku boleh gagal subjek Pn.K! OMG! Aku xsangka. aku dah buat yang terbaik. aku dah study dan masa hari peperiksaan aku boleh jea jawab. laju jea. tangan menulis jawapan tapi bila kuar result hari ni ternyata aku Fail! Ah cm mana boleh jadi mcm ni? apa hikmah sebalik ni. tolongla.. Aku sekarang.. dah rasa segan nak jumpa Pn.K. Hari tu aku dah tekad nak lulus paper dia. Mmg aku tekad sungguh! tapi aku? ...... Ermmm. apa makna semua ni?
  • Ok. setakat ni aku boleh steady dan rilex lagi dan yang pasti mulai hari ni aku xbley main-main dah 'Ehhmm. dlm otak aku nak main-main jea' ah! susah betul nak serius. boleh x aku tranform diri kea 'korie yang serius?" boleh x? maybe kalau aku tukar perwatakan aku boleh ubah result final aku.
  • Btw. bagi aku. aku suka dengan diri aku yang sekarang ni.. aku xbanyak fikir.. rsa nak enjoy jea. dan disebabkan itu aku terjatuh dari lantasan yang betul dan memberi kesan dekat result aku unt trial ni. how come?
  • Ermm.xtahu la aku apa aku nak cakap. maybe disebabkan aku suka tidur dalam kelas masa kuliah merupakan 1 faktor yang munasabah terhadap kegagalan ini? or tidak?.. Kita fikir la sama-sama yea. korang yang kat luar sna.. yang xpernah berkawan dengan aku.. xpernah bersembang dengan aku.. mcm mana aku korang judge aku? setakat korang baca blog aku. apa la sangat kn?. bley ke korang gambarkan aku ni orang mcm mana melalui penulisan aku ni?mana tahu korang ni tukang tilik maya kea? nak jugek aku merasa.
  • Disebabkan keputusan yang xbaik. aku kena tranformasikan diri unt study dengan lebih smart la. Remember Time is running so xda dah masa aku nak main-main sebelum final. aku kena pulun dari sekarang. Pulun korie pulun! must be pulun to get a best result!. cm mana ko nak banggakan parent kau kalau kau asyik memain mcm ni jea. yea x? fikir-fikirkan sendiri yea..
  • Tp buat pengetahuan korang semua aku ni xda la memain sangat. aku study.. aku buat nota.. aku buat latihan.. aku tahu sem ni plg susah so aku dah siap2 dari awal tapi aku tetap jatuh jugak.. maybe ini adalah cabaran bagi aku unt berjaya di masa depan. so apa pun sekarang yang terjadi kat diri aku.. aku kena think  positive 1st!. jangan salahkan diri sendiri.. sebab xda guna.. ko akan lagi rasa sedih lagi adalah.
  • Disebabkan result ni hari ni adalah hari yang sindrom bagi aku laa.. aku rasa terkilan la jugak sebab bagi aku soalan trial ni xda la susah sangat pon. aku faham soalan dan aku tahu jawapan. aku jawab tapi xbetul. aku xtahu kenapa.. maybe jawapan yang aku beri xspesifik mungkin..
  • Bagi kwn-kwn aku yang lulus semua tu aku ucapka congrat yea! teruskan perjuangan anda. korang jangan risau pasal aku. aku steady jea. dan mulai sekarang aku akan tingkatkan usaha untuk study.Korang yang kat luar tu kena support aku lerr..
  • Beberapa hari ni. rasa xsedap badan.. aku mls nak layan jea. aku buat xtahu jea. hope benda tu perkara yang biasa..
  • Waktux2 mcm ni aku perlukan ais krim unt steadykan diri aku tapi disebabkan sekarang dah pukul berapa.. kedai pun dah tutup. pintu pagar kolejpun dah dirantai. so? aku juz boleh makan ais krim dalam mimpi jeala yea! jom bloggers! jom teman aku makan Ais krim dalam mimpi!. boleh yea?.

dengan Slumber Sempoinya aku langgar peraturan

Masa: 10.53 pm
Tarikh: 3/4/2011
Status:  Agak letih!. baru dapat baju uniform nurse yang ditempah.

  • Salam korang.. korie menaip lagi yea.. internet terlalu lembab malam ni so aku terpaksa menaip di WordPad dulu ler.
  • Wordpad pun wordpad la asalkan aku dapat update belog hari ni.
  • Apa ye nak cerita hari ni.. Ermm.  kesinambungan dari tajuk entri ni.. pagi tadi aku macam biasa ler. bangun lambat. aku lajak hingga ke pukul 10 pagi. Mentang-mentang ler keja petang.
  • Hari ni ada kelas prep rasmi kat kelas pukul 8.30am-11am.So disebabkan aku terlajak tidur aku xpergi Prep td.Hoho. Nasib aku baik sebab Pengarah xdatang check bilik kebilik.. selalunyer dia buat spot check bilik ke blik bila time prep pagi. Aku mmg sllu terlepas ni. huhu. maybe suatu hari nanti aku akan kena. xsabar rasanyer.. agaknyer kalau kena kejut dengan pengarah kolej mesti gempak kan? bley buat tajuk entri blog ni. huax3.Ermm. gurau jea.
  • Agak Susah la aku sekarang sebabnyer aku berkawan dengan budak biro disiplin. agak rapat sebabnya dia satu wad dengan aku dari sem 1 lagi. dan selalu dapat shif sama dengan dia. dia baik. ok jea tapi tahap disiplin dia mmg tinggi lerr. mmg jauh beza dari aku. itu yang xkena tu. susah aku! Mudah jea aku  kena kantoi kalau xpergi prep.. sebab dia sama shif dengan aku so aku xbley nak bermanipulasikan fakta shif aku yang sebenar. AHHHH!.Tadi aku xturun dia yang ambik nama aku. huhu. mmg femez la aku lepas ni kalau nama ni sampai ke tangan pengarah.Xpew. steady,rilex dan sempoi jea!
  • Sekarang ni Anugerah Bintang popular tengah berlangsung.. aku nak tengok.. aku suka tengok benda-benda mcm ni tapi disebabkan penat baru balik keja mood aku dah xda nak tengok tv. aku rasa nak baring jea atas katil sambil update belog ni. lagi puas. aku dapat keluarkan semua yang aku rasa.dan pasal anugerah tu akukan baca dekat blog-blog bloggers lain. pasti diorang akan update.
  • Hum. cerita sepupu aku semalam. anak dia dah discharge( boleh balik). ptg tadi jugak dia blik. aku xsempat buat majlis perpisahan la dengan diorang. bila la plak nak jumpa yeaa.. mcm ni la hidup manusia dengan manusia. macam chipmore. kejap xda kejap ada. Ok cakap pasal chipmore.. aku ada cite sikit. td kawan aku ni panggil aku biskut marie( 'lebih kurang mcm chipmore la-kira acilah tu'). 'korie dan marie dah nak dekat sama' sebab aku selalu hilang.. erm. hilang dalam wad . sebenarnya aku xpergi manax2 pown. ada jea dalam wad.Selalu tengok P.A.P patient tengah lapkan badan anak dia dengan penuh kasih sayang sebab patient dekat wad aku ni kerap pyrexia( demam).huhu. teringat aku dekat mak aku. aku selalu sembang dengan makcik dan pakcik merangkap mak dan ayah patient. tanya sana tanya situ. yang mana kena dengan aku lagi syok la bersembang.. tapi kalau nak bersembang dalam wad kena usha-usha sikit. tengok ada x sister or pengajar kolej kea.. kalau diorang nampak student nurse xbuat kerja apa dia mesti akan tegur dan suruh cari kerja kalau xda kerja. hoho.
  • Hari ni ramai patient dah discharge. ok aku nak cerita sikit.. adala seorang P.A.P ni. dia jaga suami dia yang tengah sakit. sakit yang agak tenat. Isteri dia la sekarang yang jage dia.  24 jam dia ada dengan suami die ni.. Emm. mmg isteri yang terbaik! aku nak cerita pasal P.A.P  yang agak cerewet ni. semuanyer kena buat elokx2. kalau nak buatt apa-apa prosedure dekat husband dia mesti kena pastikan semua lengkap dan kena sterile. biasalah kalau dapat p.a.p yang tahu pasal dunia perubatan ni mcm tu la.. dan staf nurse yang incharge kena fokuskan kat bed tu sebab p.a.p dia merupakan seorang yang perlu dihormati dalam dunia perubatan ni. Hum. so mmg observation kat bed tu staf nurse sendiri yang buat dan patient ni diletakkan dekat dengan kaunter jururawat. so mudah kalau apa-apa kemungkinan berlaku kat patient staf nurse dapat detect awal.
  • Aku selalu jea kena panggil dengan p.a.p patient  ni.ada jea benda yang dia suruh buat. aku buat jeala.. aku suke buat kerja dari dok saje dan bergosip pasal budak A dan budak B. xSUka aku. Ermm.Kwnx2 aku ada yang dah menyampah dengan p.a.p die ni sebab cerewet. hum. sabar jeala. selagi boleh sabar kita sabar ya. mcm ni la tugas kita.
  • Tadi role call Pn.K yang bertugas. Aku mula-mula tu terkejut.. kenapa lak tetiba jea pn. k jadi warden plak. huhu. kalau korang  nak tahu pn.k nie pengajar aku. aku selalu kena panggil  time kelas dia sebab dia dah tahu yang aku ni kerap tertidur masa kelas berlangsung...so mmg aku akan dipanggil la masa kelas dia. Dia selalu panggil nama aku bukan apa.. dia nak selamatkan aku dari berangan sana sini. dia suruh fokus dalam kelas dia.Erm. 
  • Pn. K adalah pengajar yang paling aku suka.. sebabnyer..dia sebagai pengajar dia faham apa yang pelajar dia suka dan xsuka.. dan kalau pelajar tu ada masalah dia akan selesaikan dengan cara dia dan pelajar selesa dengan cara tu. Dia baru jadi warden kolej hari ni. Erm nampaknyer.. nama aku lagi kerap dipanggil la.. huhu. rilex sempoi sudah..
  • Hari khamis ni trial osce( ujian praktikal). Aku still xbersedia lagi nie. dressing,ecg,injection semua comperm akan naik.. ahhh!! aku xcukup praktis lagi kat wad. adoii. cm mana ni? Ermm.. esok aku keja shif pagi.. aku kena pastikan aku belajar sampai boleh esok unt prosedur ni semua. Fighting!.
  • K.Agaknyer sampai sini jeala hari i yea.
  • Jumpa esok.

Sunday, April 3, 2011

SAYA rasa SANGAT POPULAR hari nie

Time: 9.45pm
Tarikh: 2/4/2011
Status: Penat!. baru balik kerja(praktikal)

Selamat malam korang semua!
Wahhh. hari ni aku bersemangat betul nak update belog. huhu nak tahu kenapa?
ada story nak cerita lerr..
Ermm. hari ni aku jumpa orang yang kenal aku tapi aku xkenal diorang.. jumpa kat hospital
huhu..
cm mna jadi mcm tu?
pelik yea x?.. lain la kalau aku ni Fatin liyana kea.. miss lolly kea or Nisa ( nisa menaip) kea?
diorang tu pofular.. aku x.
aku juz pofular dengan panggilan 'korie' jea kat kolej
huhuu..

Ok meh nak story sikit dekat kalian semua..
aku jumpa saudara jauh aku tadi... aku dengan die sepupu.
baru jumpa.. dah lama sangat xjumpa..tu pun nasib baik dia carik aku dulu
kalau x.. aku xtahu larh.. aku bukanyer kenal sangat dengan saudara jauh aku.. ramai kot..
jauh di sini bukan maksudnyer jauh dari tempat tinggal aku tapi jauh mean jarang jumpa.
kalau kenduri besar maybe baru bley jumpa
biasa la kan kita.. 

Aku jumpa dia dekat wad 3D
aku sekarang praktikal di wad 3A..
Aku curik-curik keluar dari wad tadi  pergi seludup diri kat wad 3D
kwn-kwn aku semua xperasan yang aku dah hilang ni..
diorang ingat aku g buat kerja... biasalah aku.. sllu jalan sana jalan sini..
ada jea kerja yang kena buat..
so mmg diorang xkan pandang lain la kat aku kalau aku xda dgn diorang..
huhu..
tapi..korang.. aku bukan sllu larikan diri dari kerja ok
tadi baru 1st aku lari dari waktu kerja pergi ke 3D
aku bukan apa.. aku takut xdan nak jumpa dengan diorang.. Ermm sebenarnya.. aku dapat tahu sepupu aku ni ada dekat wad tu dari kawan aku yang praktikal di wad tu. sepupu aku ni la yang p tanya dia.. knl x aku.. so  selepas makluamat diberi.. mmg comperm la kawan aku knl aku.. sebab aku dgn dia ni mmg 'Ngam'. so mmg sepupu aku tu mmg pandai pilih orang la yeaa..
then, kawan aku ni bagitau kat aku pasal die.. sebab tu la aku bley pergi ke 3D dengan yakinyerr.


Ok.. yang sakit sekarang adalah anak sepupu aku.. kiranyer anak dia tu dengan aku pertalian die apa yea? dua pupu kea? anak menakan aku la kan?.. hoho. yea kot noh.. belasah jea
tadi jumpa.. memang riuh laa.. mcm kat mall jea.. huhu..
pada mulanyer aku xknl sape sepupu aku ni tp lps dengar dia cakap pasal diri die baru aku dapat tangkap kot mana yang bley sangkut dengan aku ni.. ayah dia tu abang ayah aku.. tapi dah jadi xrapat sebab abang ayah aku ni meninggal sebelum aku wujud lagi kat dunia ni.. so pertalian dengan diorang agak jauh sedikit la tapi diorang still berhubung rapat dengan ayah aku cuma jarang jumpa jea.. dan aku pernah sekali  tidur dekat rumah sepupu aku ni..so mmg sangat kenal la.. mak sepupu aku ni.. aku panggil mak dia 'Cu bonah'
Sepupu aku ni aku pangggil.. 'kak ina'

 Nak tanya something..
nampak kan perbezaan  kat belog aku sekarang..
aku dah tukar header..
sehari semalam la aku belajar buat header guna photoshop..
mmg xrugi la..
cm mana ok x?
gempak x?. bagi aku header aku sekarang x lagi mencapai taste aku lagi..
baru sedikit..
aku akan buat yang lagi GEMPAK! nantikan

Dia mempunyai beberapa orang anak.. berapa yea? xpasti la pulak.. tapi yang ada dengan dia tadi 3 orang termasuk yang sakit..semua heroin la..rasanyer 3 orang jea kot.. ermm.. yang sulong 17 tahun.. ramah orangyer.. semua anak-anak dier ramah. memang xsegan la.. mmg riuh la sembang dengan diorang dan yang paling best anak die yang 17 tahun ni sama taste dengan aku wei..
Peminat kpop! perhhh!.. memang lagi riuh la aku tadi bersembang pasal kpop
dan aku ada bagi url blog ni kat dier...
maybe sekarang dia tengah baca kot..
huhu.. Hai awak!.. tengah baca blog saya yeaa.. jangan tersentap yea :)

Mcm mana aku boley tahu die ni peminat kpop..
aku ternampak majalah malay epop kat katil adik die.. keluaran April 2011.. cover Bigbang is back!
aku xbeli lagi.. bile tenampak terus jea aku capai majalah tu dan dengan lantangnyer aku tanya die
Ko minat kpop kea?.. huhu.. dia pown dengan lantangnyer.. 'Aahhh!!'
Hehe.. mmg suke la aku bila dapat geng yang sama taste dengan aku.
welcome to my korie club ok!.
u will get vvip punya layanan dari korie if u peminat kpop!.
Ermm..
Bagi korang yang xminat kpop tu jangan pandang jelik..pelik or something yang xxXxX la yea
mmg kiteorang mcm nie..
kpop is the best!

lalalalalala..
hari ni kerja ok jeaa.. penat sikit.. berpeluh banyak aku..
Ermmx3..
patient baru bertambah.. patient yang sebaya dengan aku bertambah.. yang still student poli,kolej..
masalahnyer dengan diorang ni adalah pada waktu melawat..
masa waktu melawat la kiteorang student nurse kena buat observation.. ambik tanda vital patient-suhu,nadi tekanan darah,bo,pu, dan pernafasan.. 
Masalahnyer timbul bila waktu melawat pelawat diorang ni ramai... kawan-kawan poli or u diorang semua datang.. memang terlampau ramai la.. semua lelaki!. so bagi kiteorang student nurse mmg kiteorang agak malu la nak ambik observation bila ramai P.A.P(Pelawat) 'lelaki khususnyea' kat patient tu..
Ermm.. kadang-kadang aku buat rilex jea.. ambik observation sorang-sorang dengan diorang tapi kadangx2 agak malu la jugak.. biasa la kan.. Ermm..
Tapi selalunyer.. buat jea observation walaupun ramai P.A.P kat situ.. buat santai jea.. kita kerja mesti profesional ok!..
jangan fikir banyak.. kalau fikir banyak.. xjadi la kerja..


Wad aku hari ni ada male nurse dari kolej swasta." Murni Nursing College'
Sama sem dengan aku.. Ok la dengan diorang.. poyo sikit..
biasa la kan..
Erm..

Aku sempat tanya kat anak sepupu aku tadi.. kat mana dia beli majalah epop tue..
dia cakap kat kedai buku kat bawah..
kedai buku kat bawah ada satu jea..
masa rehat td.. aku terus menuju ke kedai buku unt dapatkan majalah malay epop..
takut habis.. selalu cepat jea habis.. masa aku pergi tadi majalah ni berlambak giler kat kedai buku tu.. agakx2 dalam 8 buah lagi.. tolak yang aku beli tinggal 7 buah lagi..
Ermm.. lagi dua hari comperm habis la majalah tue..
mcm pisang goreng!.
Ni ha aku letakkan pic epop malay kelauran April 2011..so jangan lupa beli yea.. ada priview pasal super show 3 19/3/2011 kat stadium bukit jalil hari tu. so must dapatkan yea.Cepat pergi cari.. japg habis.. gigit kuku la korang
Malay epop April2011: Priview SS3 di Stadium Putra Bukit Jalil

Malay epop2011: Cover depan! Bigbang is back

dan lagi sebelum berakhirnyer entri aku ni..aku nak cerita sikit
tadi ada patient panggil aku 'korie'
aku pun kalih ler.. aku ingatkan siapa.. terkejut aku..
huhu.. tengokx2 patient.. Ermm!.. 
mmg baguslah patient tue..

K lah sampai situ jealah..hari yea..
So hari ni saya sangat enjoy!