Friday, April 22, 2011

Drama Cita&Cinta tv9 best kot!

free..free.. I'm free for 2 days
  • Pagi yang nyaman.. tiada lagi bunyi loceng kecemasan yang selalu buat bising di kolej..
  • Rasa bebas sebab dapat berada di luar dari kolej.. Huh.. Aku sekarang berada di rumah Mak su aku.. xjauh dari kolej tapi di area lain.. semalam mak su aku datang menjemput aku di kolej..
  • Aku dibenarkan bermalam di luar asrama selama dua hari.. Pengarah kolej membenarkan kiteorang sleep out selama dua hari.. 
  • So aku pun ambik ler peluang ni untuk keluar dari kolej.. buat apa nak duduk dalam tu.. dah diberi lampu hijau kan.. Sebenarnya dalam perancangan awal aku nak balik Penang.. rumah aku.. tapi disebabkan mak aku xkasi balik aku pun xjadi balik ler.. Ahh! frust rasa!! 
  • Benda dah jadi mcm ni.. aku call paksu aku. tanya dia boleh balik ke x pergi rumah dia.. dia on jea memandangkan ada ada kerja untuk aku kat rumah dia.. ada benda yang aku kena ajar paksu dan maksu aku. Ermm.. maybe ini hikmah disebalik kenapa aku xdapat balik penang. Xpealah. btw sedih jugek.

  • Ermm korang ada x tengok drama melayu..tajuk-Cita&Cinta 'antara mengejar impian dan mimpi' setiap hari khamis 8.30pm? Aku rasa baru semalam episod pertama. Ntah r kenapa aku boley tertarik dengan cite ni padahal aku jarang tengok drama melayu.. aku rasa sebab photography dia cantik.. unsur musical,gig,lifestyle,street fashion.. memang best kot. dan 1 lagi.. aku suka Syarifah Amani.. dia berlakon dalam cite ni.. so dia pown merupakan faktor kenapa aku tengok drama ni.. korang kalu free malam khamis tu jangan lupa la yea tengok drama ni.. Tengok jea.. sambil rilex-rilex dan sofa depan tv.. makan popcorn kea.. buat ala-ala tengok cinema. Huhu.
  • Aku ada baca paper hari ni.. tajuk yang menarik perhatian aku sampai buat aku nak baca bagi habis -Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan' Huhu.. Erhhhh 0-0. Guulppp' tertelan air liur yang xbasi ni.
  • Kalau korang nak tahu wei.. aku dulu nak jadi pengacara atau DJ radio.Itu cita-cita aku dulu.. Korang jangan tergelak plak! aku sekeh kang.. Hurm. sampai sekarang aku still berminat dengan kerja tu.. aku simpan jea.. xpealah.. biar dulu. habiskan diploma dalam nursing la dulu.

Cita & Cinta, Slot Aurora TV9, Sinopsis

Sebuah lagi drama cerita remaja yang mengisahkan tentang Cita dan Cinta! Peneraju utama drama Cita dan Cinta ini adalah pelakon yang pernah membintangi telemovie Kasaf Imani iaitu Sharifah Amani sebagai Zalia dan Beto Kusyairi sebagai Fiqri.
SINOPSIS CITA DAN CINTA
CITA & CINTA adalah merupakan drama bersiri remaja yang berkonsepkan 'feel good drama' ini mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur.


Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.


Bintang lain yang turut mewarnai drama ini adalah  Nadia Aqilah, Kefli AF, Comel Farhana dan Izzue Islam. Katanya drama ini Diinspirasikan dari drama remaja Hollywood, drama berkonsep urban yang masih mengekalkan unsur kemelayuan ini membawa penonton menyusuri hati sekumpulan remaja yang terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran apabila tidak diberi peluang mengembangkan kebolehan mereka.

Tambahan lagi nampaknya Pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof ini kini sedang bercinta dengan pelakon Sharifah Amani,  Sharifah Amani yang dulu dikatakan sedang bercinta pelakon Merong Mahawangsa, M arcus atau Gavin Stenhouse nama  sebenarnya telah lama berpisah sejak awal September tahun lalu kerana kesibukan kareer masing masing.

Tayangan bermula  21 April 2011, Slot aurora 8.30 PM di TV 9,setiap hari khamis

penerbit: Fazli Hj Baharom & Shahrulezad Mohameddin
penulis skrip: Eenaz Mokhtar
pengarah videografi: Hassan & Pali Yasir
pengarah; Azma Aizal Yusoof

2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo