Tuesday, June 28, 2011

Daesung-Bigbang Seorang Pembunuh?




  • Salam korang, Sedang Malaysia sibuk dengan kumpulan MPOP iaitu V.I.P di bawah kerajaan KRU.. Kerajaan Korea sibuk dengan kes kemalangan tragis yang melibatkan Daesung [bigbang]. Apa yang kecoh sangat tu? Daesung  menyebabkan kematian Mr Hyun akibat daripada kereta yang dipandu daesung melanggar Mr.Hyun..grrr skema jea ayat^^

  • Macam mana aku nak cakap ni.. xda berita penuh dalam bahasa melayu lol.. semua english/korea maaa.. oke aku cuba terangkan kt korang.. Harap korang faham dan VIP ( fans bigbang) ---> jangan bersedih ok.. sabar je dey..

  • Pada 31 May 2011, Mr Hyun (mangsa) dalam keadaan mabuk membonceng motorsikal untuk balik ke rumah.. di pertengahan jalan tu.. Mr Hyun terlanggar tiang lampu jalan dan beliau jatuh di tepi jalan manakala motosikal yang dipandunya terbabas ke hadapan (beberapa meter dari tempat beliau jatuh). 

  • Lepas tu sebuah teksi yang memandu pada jalan yang sama memberhentikan teksinya di sebelah motosikal mangsa..  sebab dia ternampak mangsa di belakang.. then, kereta yang dipandu daesung datang dari arah belakang melanggar mangsa dan seterusnya terlanggar bontot teksi yang berhenti tadi... masa tu daesung memandu melebihi had laju di jalan tersebut iaitu 70-80 K .. had laju kat jalan tu 60K jek. standard ler 70-80K ark?.. lagi satu tempat tu xda banyak kereta masa kejadian tu.

  • Sebelum daesung terlanggar mangsa.. mangsa masih dalam keadaan bernyawa.. setelah dilanggar oleh kereta daesung keadaan mangsa menjadi teruk hingga menyebabkan beliau mati. Itu yang jadi kes.. dan satu lagi.. Pakcik teksi tu jugak tercedera akibat daripada hentakan belakang dari kereta daesung----> Akhbar melaporkan kecederaan yang dihadapi pakcik teksi tadi mengambil masa 3 minggu untuk pulih sepenuhnya..

  • Daesung  terus memberhentikan keretanya dan keluar.. dia pandang belakang.. waktu tu baru dia perasan yang ada mangsa di belakang.. dan pada waktu tu jugak dia xperasan yang kereta dia yang telah melanggar mangsa.. bla bla blaa.. so benda ni pun jadi la kes polis..

  • Bila polis siasat.. kes forensik semua.. polis buat statement memang kereta yang dipandu daesung yang menyebabkan mangsa mati. Daesung dikenakan hukuman 5 tahun penjara ataupun membayar penalti sebanyak $20,000 USD.

  • Aku rasa pihak YG Entertainment xkan membiarkan daesung masuk penjara.. Daesung kan ada kontrak dengan YG.. Xkan Bigbang lepas ni tinggal 4 orang jea?.. grrr.. Aku xtahu r wei.. benda ni bukan kerja aku.. kalau aku jadi wartawan korea bley r aku cerita yang betul kaw kaw kat korang semua..Setakat tu jea yang aku mampu cerita.. apa-apa pun aku tetap sokong Bigbang.
http://www.88news.net/wp-content/uploads/2009/11/Big-Bang.jpg
Bigbang




Untuk berita penuh kes ni disini

Nota Jjinbbang : Soju : sejenis arak.. habis laman web My soju tu apa?.. Arak ku?.. grrr.. maybe lebih kepada ketagihan menonton drama. Think positif maa..

4 comments:

  1. low... kes membunuh dgn langar melangar la ni... hahahah
    nice entry :)

    ReplyDelete
  2. yg peliknya.. pesal penyanyi ngan pelakon Korea lawa lawa.. comel comel ek *nanges

    ReplyDelete
  3. no matter what happen, i still keep my faith on bigbang!

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo