Saturday, June 25, 2011

Tersedar Selepas Tengok Filem KARAK


Korang dah tengok filem Karak? aku baru jea habis tengok filem ni.. Bagi aku filem ni ok la sebab buat aku tersedar kepentingan memahami maksud Ayat Kursi bagi yang muslim. Tiada maknanya kalau kita setakat hafal jea ayat kursi tapi tidak memahami maksud ayat tersebut. ..dan satu lagi kalau baca  mestilah dengan penuh keyakinan kepada Allah swt.

Jadi kat sini aku nak kongsi dengan semua pembaca belog korie.. supaya kita dapat manfaatnya bersama.Insyaallah

Ayat Kursi dibaca bagi melindungi diri daripada gangguan Jin dan Syaitan.   

Ayat Kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن
ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ 
 بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Terjemahan

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (al-Baqarah: 255)


 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ayat Kursi. Klik Sini


Terima Kasih sebab wujudkan filem ni. Banyak Pengajaran yang korie dapat

1 comment:

  1. tak tengok lagi cite ni, tapi teringin nak tengok.. betul tu dear, kene faham maksud, insya'Allah ada berkatnya kat situ..

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo