Aku Kini Kembali Kepada Korie... Sem Tiga!
- Salam, Alhamdulilah.. masih lagi diberi nafas untuk mencoret sedikit perjalanan hidup aku untuk hari ni.. cuti sem aku dah berakhir hari ini.. pagi tadi aku bertolak dari Penang ke Alor Setar untuk pulang ke kolej kejururawatan.. mak,ayah dan budak kecik ikut sekali.. aku yang drive kereta.. hurm. agak penat walaupun xjauh sangat.. sebelum sampai ke kolej kami berenti sekejap di Pekan Pendang.. bekas tempat tinggal aku dahulu kala sebelum pindah ke Penang.. Nostalgia lama berputik kembali.. saat-saat indah bersama rakan-rakan di pendang bermain kembali di fikiran apabila aku ternampak budak-budak sekolah bersukan di padang SMK Pendang.. rasa sebak tetiba menghantui aku apabila masa yang tinggal untuk aku bersama dengan keluarga aku hanya tinggal beberapa jam jea lagi.. Ahh..
- dan tadi.. tepat pukul 3.45pm aku sampai di kolej.. Kolej Kejururawatan A.S ..Tempat aku dilatih untuk menjadi Jururawat yang profesional.Insyaallah kalau diizinNya.. Korang doa-doakanla aku yea.. mudah-mudahan aku dapat menghadapi segala dugaan yang aku terima semasa aku di kolej dengan tabah.. Detik-detik akhir aku semasa aku bersalam dengan Mak dan Ayah memang meruntun jiwa sebagai seorang anak.. aku rasa mcm tugas aku sangat berat bila aku melangkah terus kehadapan.. membawa harapan mak dan ayah yang besar itu.. aku takut aku xmampu.. dan bila masuk jea dalam kolej nostalgia lama yang pernah terjadi kat diri aku di kolej berdarah kembali..aku mula fikir benda yang bukan-bukan.. dan seperti biasa aku akan jadi down dan terus down.. sehingga la sekarang.. korang bley nilai dari cara penulisan aku kali ini.. perasaan takut, resah, semuanya kembali berputar dalam diri ini.. haaaaa..
- Cukuplah.. wahai hati.. cukuplah itu!.. Aku dah penat dengan kata-kata itu!.. bley x kau pergi jauh dari diri aku ini!.. cukuplah.. syukurilah apa yang ada.. hidup ini adalah anugerah.. tetap jalani hidup ini.. melakukan yang terbaik.. tuhan pasti tunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambanya yang sabar dan tidak kenal putus asa.. jangan menyerah wahai mira! panggilan mira mungkin sudah berakhir apabila aku berada di kolej.. diorang memangil aku sebagai Korie di kolej.. aku rasa..aku xsabar nak balik rumah.. aku xsabar tunggu cuti untuk raya ni.. kenapa ek? sebab kehidupan di kolej ini tak seperti yang korang gambarkan...
- Esok.. kehidupan sebagai student nurse untuk semester tiga akan bermula.. selamat tinggal sem dua yang penuh dengan cabaran yang xkan aku lupa.. aku akan gunakan semua itu untuk sem tiga ini.. aku pohon Allah swt berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk terus berada di sini.. Aku ingin menamatkan diploma in nursing ini dengan baik.. aku sekarang ni cuma takut aku xdapat nak teruskan perjalanan ni.. apa yang akan jadi pada masa akan datang aku tahu.. semua tu masih menjadi rahsia Allah.. aku hanya boleh berusaha dan berdoa kepadaNya.. InsyaAllah.. perjalanan aku akan mengikut jalan petunjuknya..
- Dan bagi pembaca blog ini.. dan korang-korang yang lain... aku lepas ni mungkin akan jadi mcm blogger 'retis' yang update blog sekali sehari ataupun dua kali sehari.. sebab aku busy dengan belajar dan xtvt kolej... tapi aku akan cari masa untuk berblogging jugak!. itu sudah pasti bagi seorang blogger tegar macam aku.. dan aku maybe jarang join segmen yang korang buat.. dan yang pasti aku memang merindui saat-saat semasa aku ada masa untuk join semua itu.. maafkan aku.. dan satu lagi.. aku mungkin xsempat komen di blog korang sekerap seperti bulan enam yang lalu.. oke.
- Pasal Kpop Contest yang aku buat tu aku nak umumkan yang tarikh tutup rasmi adalah pada 15/7/2011. Pada mulanya aku nak lambatkan sikit ke akhir bulan julai tapi disebabkan faktor hadiah/faktor pencarian pemenang... maybe mengambil masa sedikit.. jadi aku cepatkan tarikh tutup ini.. aku rasa korang yang dah join tu ok kot?.. hurm.. kalau dah baca entri yang ini tolong sebar dan sebarkan kepada friends kpop korang yang maybe nak join lagi.. ok.. Nanti aku akan buat satu entri rasmi mengenai tarih tutup kpop contest ini.. aku akan cari masa..
take care KORIE :)
ReplyDeleteselamat menduduki sem 3 nurse :)
ReplyDeletehehehe...retissss nurse ni... belajar rajin2~
ReplyDelete