Friday, September 23, 2011

Itu Dia Hantu Bonceng !

Pic Credit to : Rilexlah.com

Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Tai, Dottie, Zahid Baharuddin, kini telah mencipta sejarah apabila berada di tangga kedua, kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman negara. Dengan kos mencecah RM 1.5 juta, Hantu Bonceng telah mendapat kutipan sebanyak RM 8.35 juta dan telah ditonton seramai hampir 860 000 orang, dan ianya menjadikan filem ini mendapat kutipan tiket terbesar untuk musim perayaan dalam sejarah perfileman negara.


Tahniah yea.. btw..  Pasal isu persenda agama itu aku malas nak masuk campur.. sebab aku pasti setiap orang ada komen sendiri kan.. aku sendiri dah tengok babak zizan tu dlm youtube :


Keterangan:

Babak yang dilakonkan  Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar.....    Syaitan!!" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu.......   Syaitan!!".


  • hurm.. maybe disebabkan isu inilah yang meningkatkan rating filem hantu bonceng di panggung.. aku masih xtengok filem ni.. xrasa mcm nak tengok pon.Tapi cuba korang fikir la kan.. cerita melayu mana yang xpernah langgar peraturan islam/senda agama sendiri... si hero dan heroin berpelukkan sesama sendiri tanpa ikatan yang sah tu apa kejadahnya? pegang sana pegang sini..tayang body xtentu hala..  what derr laaa..pasal itu xnak kisah plak kan.. xnak plak isu itu dibangkitkan dalam blog masing-masing..  ok! xnak cakap lebih.. aku pon manusia biasa jugak.. xpernah lari buat silap.. so pakat-pakatla saling memperingati antara satu sama lain.. hidup kat dunia bukan lama mana pun.. esok,lusa boleh jea nyawa ini diambil balik.. jadi beringatlah yea.




Nota Jjinbbang : Seronok layan tv show korea (Running Man) .. gelak xhingat dunia.. kesian roomate aku yang tengah studi ;p

3 comments:

  1. macam2 skang ni....pilem yang tak membantu menaikkan mertabat bangsa...

    ReplyDelete
  2. iya, saya pun malas nak komen tentang isu dalam filem ni.. cukuplah ianya tak mendatangkan pengaruh kepada anak2 bangsa kita

    ReplyDelete
  3. Len kali kena hati2 buat filem.... Benda simple je boleh jadi murtad....

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo