Tuesday, October 18, 2011

Aku Jadi Model untuk Ryle's Tube

Ini adalah  Ryle tube/Nasagastric tube yang dimasukkan kedalam hidung-thorax hingga ke stomach

Ryle tube adalah sejenis tube yang dimasukkan ke dalam hidung-thorax- hingga ke stomach untuk memberi nutrisi (susu, air) , membuang sekrisi perut seperti darah dan sebagainya... selalunya, pesakit yang mempunyai masalah GI Tract berisiko tinggi untuk dimasukkan ryle's tube sebab diorang xboleh makan secara oral.


Ini anatomi kedudukan ryle tube yang telah dimasukkan..


  • Ok hari ni dalam sejarah, disebabkan dekat wad xda pesakit yang memerlukan insert  ryle's tube.. kiteorang sesama sendiri yang jadi model untuk kekawan yang ingin mendapatkan cross Memasukkan Tiub Nasogastik (Insert ryle tube/Nasogastric tube) bagi penuhkan cross di buku rekod praktis praktikal (kkm) so prosedur  dilakukan seperti model itu pesakit yang sebenar.. Clinical Instructor (pengajar) aku mengawasi kiteorang semua.. sebab dia yang beri cross.. aku sebenarnya dah dapat cross insert ryle tube  tapi saja nak ambik pengalaman jadi model untuk insert ryle tube..  nak tahu pesakit rasa mcm mana bila kita masukkan ryle tube tu.. 

  • Aku jadi model yang terakhir.. semuanya ada dalam 6 orang model sukarelawan untuk dimasukkan ryle tube.. kiranya aku yang keenam r.. grrr.. mula-mula tu rasa takut jugak nak jadi model ryle tube ni tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain berjaya jea jadi model walaupun semua mengeluarkan air mata bila ryle tube tu dimasukkan dalam hidung.. so aku pun nak cubalah!. yang buat dekat aku adalah fateim.. mula-mula tu excited lagi ni nak jadi model.. tapi bila fateim dah masukkan ryle tube dekat dalam hidung aku.. perhh! sakit ya amat.. xtipu.. menangis aku.. refleksi yang kita xboleh tahan.. air mata mengalir dengan sendiri.. aku rasa tekanan sampai ke kepala.. rasa mcm nak pecah jea kepala..dan disebabkan terlampau sakit  aku xdapat beri kerjasama dan percubaan pertama di hidung seblah kiri gagal!..  


  • Percubaan kedua dilakukan pada hidung sebelah kanan pulak.. waktu ni kawan-kawan aku semua support aku.. so rasa xnak give up dengan mudah walaupun dah rasa sakit ya amat.. fateim masukkan tube secara slow-slow sebab dia pun dah panik aku rasa bila tengok keadaan aku yang sakit dan berlinang air mata.. dan akhirnya.. tube sepanjang 45 cm berjaya dimasukkan ke dalam hidung hingga ke stomach.. waktu tu memang aku rasa xselesa gile r.. rasa nak muntah jea.. sebab rasa benda asing dalam tekak ni.. aku tahan jea.. dan ada batuk sikit.. yang fateim pun cepat-cepat r ambil stethoscope dan letakkan dekat perut aku.. nak dengar bunyi udara yang dimasukkan menggunakan syringe melalui ryle tube.. mula-mula tu xdengar.. last-last tu dia cakap dengar.. kalau dah dengar tu kiranya ryle tube dah berjaya masuk ke dalam perut.. Ujian ini dilakukan untuk pastikan kedudukan ryle tube dalam stomach. Lepas ryle tube dibuang aku rasa pedih jea dekat bahagian hidung.. memang xselesa jea.. tapi bila dah lama-lama tu ok la.. keadaan pulih seperti biasa...


Berjaya !

  • Tapi, bila fateim buang jea ryle tube dari aku . tube yang dikeluarkan tu berlipat.. yo! no wonderlah aku rasa sakit sangat.. rasa macam nak pecah kepala jea.. sepatutnya tube yang dikeluarkan tu dalam keadaan lurus jea.. xjadi feeding kalau tube berlipat.. grrr.. bukan salah fateim.. aku pun xtahu kenapa.. maybe sebab aku reflek nak muntah kerap sangat masa tube dimasukkan tu.. 


  • Rasa lega giler lepas tube dikeluarkan.. rasa lega sakit.. sebab ryle tube tu memang buat aku rasa xselesa dan nak bernafas dekat hidung pun susah.. bernafas ikut mulut jea.. Dalam ramai-ramai model tadi.. aku rasa.. aku lah model ryle tube yang paling teruk tadi.. reflek aku kuat sangat berbanding model lain.. diorang nangis sebab sakit  tapi xdalah menangis sakit macam aku der.. grrr.. tapi xkata r.. memang sakit gila lah.. mana xnya  rupa-rupanya tube tu yang dimasukkan tu berlipat di thorax aku.. patutlah sakit giler..  perhh! aku dah xsanggup jadi model ryle tube.. sakit maaa... kalau tube tu xberlipat rasa boleh tahan lagi.. cuma kena tahan sikit r.. sebab sakit tu tetap sakit.. tapi xdelah sakit sangat mcm aku rasa tadi..


  • Btw, aku rasa malu jugak sebab aku nangis tadi.. erh! Sebab sebelum aku buat tu aku dah cakap kat diri aku yang xnak nangis.. tapi aku nangis jugak.. lebih dari model yang lain.. grrr.  sebab sakit sangat.. reflek nangis tu keluar dengan sendiri..  merah mata aku tadi.. grrr.. nasib baik aku kerja pagi hari ni.. sebab prosedur ni dilakukan pada waktu aku kerja.. xrugi masa kerja aku derr.. kesian kawan-kawan  kerja petang yang kena datang ke wad tadi untuk dapatkan cross ni... lepas habis buat cross insert ryle tube diorang kena balik kolej dan pukul 1.45 datang balik ke wad untuk kerja shif petang seperti biasa..


Pengalaman

  • Aku dah rasa mcm mana pesakit aku rasa bila kiteorang masukkan ryle tube dalam hidung-stomach diorang.. sebab aku dah rasa secara real tadi.. sakit kot.. so empati aku untuk masukkan ryle tube kepada pesakit memang tinggi ah.. aku akan buat sebaik dan selembut yang mungkin sebab sepanjang tube dimasukkan tu memang akan rasa sakit/xselesa dan nak muntah jea.. huh, kesianya.. tapi cara ni jea yang ada untuk kekalkan nutrisi pesakit  dan  untuk lakukan prosedur yang lain.. sabar jealah yea.. kalau boleh aku xnak pakai ryle tube sampai bila-bila.. aku minta sangat yang aku xkan sakit yang memerlukan ryle tube dimasukkan.. tapi xmustahil kan.. semuanya kuasa Allah swt. kita hanya boleh... Redha jea. ok?.


Nota Jjinbbang : Pengajar aku cakap.. nanti nak beranak 10 kali ganda sakit berbanding masukkan ryle tube.. grrr.. pasti extravaganza sakitnya bila nak beranak nanti.. tertelan air liur aku.

2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo