Friday, October 14, 2011

Exsklusif : Running Man Versi Belog Korie !


Salam,
Masih berbekas kesan tidur pagi tadi.. lambat gila aku bangun tadi.. semuanya disebabkan aku tidur lambat semalam.. aku hupdate blog untuk entri yang ini Aku Tak Dapat Tidur ! entri yang siap diedit  siap pada pukul 1.30am tapi aku dah siap-siap publish dah save as draf sebelum pukul 12am.. sebab xnak lari tarikh..

Tetiba.. 

Masa tengah duk sedap jea nak tengok Running Man loceng kecemasan kolej berbunyi..



fire drill Pictures, Images and Photos

  • Waktu tu tepat pukul 1.30am.. Mula-mula ingatkan tu loceng kecemasan yang menipu jea sebab loceng kecemasan kolej aku ni mereng sikit.. selalu jea memekak setiap pagi padahal xda apa-apa pun.. so aku Buat don noo jeala.. dalam beberapa saat tu dengar pulak bunyi siren dari bawah.. grrr.. bising bebenor .. dah tu,semua orang dekat aras aku dah start berlari dengan sopan dan ayu turun bawah. semua muka jem jea.. yealah ada yang dah tidur time tu.. yang tidur berlari pun ada.. haha.. bila aku buka pintu bilik mcm-mcm gelagat aku nampak.. Hahhaha..  ada yang pecut mcm kena kejar Kim Jong kook-sparta Jong kook (Running Man).. lawak giler..sempat lagi aku gelak berdekah waktu tu.. tetiba datang Pn.Ju yang merancakkan lagi running man.. dengan muka yang serius giler.. mcm betul-betul ada kebakaran kat bawah.. dia suruh kiteorang semua berlari turun kebawah.. cemas.. cemas..  aku kira orang terakhir gak r yang keluar dari aras aku.. grrr..aku main-main dulu.. mcm watak HAHA dalam Running Man.

commander kook come to catch yoorus willis


He pretty much collapses at the sight of the sparta jong kook
Spazzing out all by himself in the elevator lolol

Kalau korang layan Running Man mesti korang tahu babak ni!.. lawak giler.. haha.. semua orang takut dengan sparta kook! mcm ni r..

  • Semua keluar dari kolej dan berkumpul di kawasan luar bangunan kolej.. dekat tempat parking kereta .. masa aku sampai jea kat situ dalam keadaan penat berlari aku nampak dah ramai yang dah sampai dan berkumpul kat situ.. mcm mangsa banjir jea diorang ni..hahah.. aku gelak lagi.. ok.. semua orang berkumpul mengikut aras masing-masing..dan ketua aras kira ahli aras cukup ke tidak.. dan Alhamdullilah aras aku semua selamat dari mangsa rentung latihan fire drill ni.. hebat semuanya. layak masuk running man versi student nurse ! haha..

Menjadi kebiasaan blogger mcm aku.. aku snap beberapa gambar situasi di situ.. ini hasilnya...

Ini mangsa running man yang kalah awal..  xdalah diorang ni sampai awal.. sementara nak tunggu yang lain sampai diorang lepak dulu kat bawah.. bosan derr.. mengantuk satu pasal.. kesian giler bagi kawan-kawan aku yang kena kerja pagi esok pagi.. aku cuti esok!
aszah dan nadia..  rilex sungguh diorang.. lepas penat berlari tadi...
Nadiayana sempat berposing lagik!
Zara.. kawan baik aku ni.. suka betul aku dengan tahi lalat yang sekor tu dekat bawah mulut tu.. nasib baik x terbakar kan kau zara.. kalau x.. xnampak dah rupa  tahi lalat ko tu
Suasa kolej di lewat pagi hari


Dan yang paling kelakar.. aku gelak xsudah!

Nisa.. sebab terlalu cemas dia xsempat nak capai tudung.. hanya turun pakai kain tuala jek.. hahahahaha.. berdekah aku gelak aku kat dia pagi tadi... lawak siot..



Mengata orang.. aku pun lebih kurang jea...
Yang pakai hoodie tu aku lah!.. aku terlupa nak ambik tudung!.. aku lebih terbiasa ambik jaket hoodie dulu sebelum ambik tudung.. grrr..  separuh jalan berlari baru teringat yang aku xpakai tudung.. hurm.. lari jeala.. lagipun memang xsempat dah nak patah balik.. sparta jongkook ada kat dalam.. nak mampus aku.. hehe. xpew.. jaket aku ada hoodie.. selamat!

Model hoodie versi africa.. gelap derr gambar ni.. sebab waktu pagi.. bertemankan lampu jalan dan anak bulan yang penuh jea waktu ni..

  • Masih kenalkah korang dengan Pn.K? Aku pernah cerita pasal dia dalam blog ni.. entri yang lama.. khususnya awal tahun ni.. aku banyak tulis mengenai denda yang aku kena dengan Pn.K semasa dia mengajar dalam kelas aku.. Ok! Pn.K turut menghadiri latihan fire drill ni.. aku ada perasan dia datang kat arah student yang berdekatan dengan aku.. dia ada cakap something dengan kawan yg  batch dengan aku dan lepas tu diorang semua gelak dan pandang aku.. lepas tu dia pergi.. grrr.. aku pun tanyalah kat diorang apa yang Pn.K cakap.. dia cakap .. ' AMIRAH bangun pulak yea'  sambil pandang kearah aku.. hahaha.. nakal betul mulut dia.. xhabis-habis bahankan aku.. yealah.. sebab aku selalu tidur dalam kelas dia.. manalah dia xhingat aku yang raja tidur dalam kelas ni.. hahaha.. kelakar la plak.. grrr.. Pn.K oh Pn.K nasib baik sem ni dia xmengajar aku.. kalau x memang hari-hari aku kena denda sebab tertidur dalam kelas.. bb sem ni aku banyak tidur jea..

  • Lepas semua dah berkumpul. dan ahli bomba datang dan menyelamatkan beberapa mangsa rentung di dalam kolej.. ada 3 orang kak senior aku yang jadi mangsa rentung.. diorang maybe dah tidur mati dalam bilik.. biasalah.. xpew.. ini cuma latihan fire drill..  Ahli bomba turut menemani kiteorang pagi tadi.. siap datang dengan lori bomba lagi.. memang mcm betul-betul ada kebakaran.. saja nak tengok kepantasan bomba sampai selepas mendapat call dari kolej yang mengatakan ada kebakaran berlaku.. hurm! cepat giler diorang datang.. ambik masa 5 minit jea.. Yeah! Ahli bomba memang sangat hebat! aku kagum dengan kerja diorang.. bukan senang derrr.. hurm.. kerja aku pun bukan senang juga.. yealah! semua kerja kat dunia ni xda yang senang.
Kantoi!
  • Sedang aku sibuk merakam apa yang En-En Bomba berucap di depan dengan mengunakan henset tetiba Cik. L datang kat aku dah rampas henset aku.. grrr.. semua orang waktu pandang aku derr.. aku pun bagi jea kat dia tanpa berkata apa-apa sebab aku dah perasan dia datang kat tempat aku duduk dan comperm dia nak rampas henset aku.. grrr.. aku buat rilex jea sebab aku tahu dia akan kasi balik kat aku henset tu.. aku kenal siapa Cik L!  so dengan bosanya aku dengar en-en. bomba beri ucapan tanpa henset disisi.. aku nak ambik gambar pun xboleh derr! xpew.. aku orang yang boleh bersabar.. kenapa henset aku kena rampas? sebab peraturan disiplin kolej aku memang agak ketat bila melibatkan pelajar.. masa orang berucap di depan kita kena dengar.. bukan sibuk dengan henset jea.. dia kira menganggap aku xfokus pada orang yang tengah beri ucapan dan sibuk 3G dengan orang lain padahal aku tengah merakam video.. mcm tu r.. sebab tu henset aku kena rampas.. yealah! aku xguna kamera DSLR.. sebab tu dia salah faham dengan aku.. grrr. xpe.. aku ok kea.. dan lepas habis ucapan dan sebelum kiteorang bergerak balik ke bilik ...Cik.L kc kat aku balik henset tu dan dia beri amaran kat aku jangan buat benda yang berulang dah di masa akan datang kalau dia x dia akan ambik balik henset tu.. Aku pun senyum jea dan cakap Terima Kasih Pn. hum.. semuanya berakhir dalam pukul 2.30am.


Tidur dengan nyeyak hingga ke pagi.... terlupa yang aku ada janji dengan kawan aku nak keluar pukul 8 pagi tadi untuk makan roti canai di kafe hospital.. aku masih nyeyak tidur pada pukul 8am.. maaf kawan-kawan. 






7 comments:

  1. lahai korie...jong kok punye team menang tak game malam tadi???.....

    serius..teringat jong kook ngan daesung dlm family outing..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. running mana pun tak tau.haha..nasib latihan.klu rentung betul2 baru tau..keke

    ReplyDelete
  3. ahahahahah..akak dulu pernah wat untuk junior..ekekek...ada tu siap bawak laptop diorang..ish ish ish...tapi sonok lah..hehehe...

    ooo..kuat tido ye dalam kelas???

    ReplyDelete
  4. hehehe. saya dulu ada gak fire drill masa keje kat contact centre tingkat 58 komtar. takdenyer turun, buat bodo je sebab nak turun tingkat 58 guna tangga semata2 utk latihan fire drill?

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  5. cop ! out of topic jap. hehehe sebenarnya saya nak ty awak sebab saya rasa awak macam expert je bab2 link ni. So , i want to ask you hehee ^^V awak tau tak mana2 link untuk download full ep of Khuntoria couple selain utube. Kamsahamida ^^V

    ReplyDelete
  6. @icyme awk boleh pergi ke link ni untuk download full ep. khuntoria
    http://www.wonderfulgeneration.net/2010/10/victoria-and-nichkhun-we-got-married.html

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo