Monday, December 19, 2011

Apabila tv dan lappy buruk berbicara


by ~bleed-the-sky


Tersebutlah kisah apabila si korie mendapat cuti semester akhir yang panjang...



Hari-hari dia hanya mengadap tv dan lappy buruknya tanpa belas kasihan diberi, lansung tidak endah dengan kebajikan terhadap kedua-dua gajet yang memberi maksud 'life' terhadapnya, humm siapa lagi kalau bukan tv dan lappy buruknya itu. tengoklah.. bertapa rakusnya dia menaip keypad apabila nak update blog,katanya blog harus diupdate setiap hari! kasihan.. lappy buruk membiarkan diri demi tuan yang dia cinta.. tiada yang lebih indah selain dapat melihat si korie tersengeh apabila bermain denganya..



Si tv pulak.. sudah tidak larat dengan kepanasan yang dia rasa selepas cik korie langsung tidak menutup dirinya.. tv dipasang berterusan apabila dibuka.. kadang-kadang mahu aja tv itu tempik begini kepada cik korie



'Woi pompuan hang ingat hang cantik sangat la dok tayang muka depan aku... dengan muka berlongois mcm tu, mandi pu idak.. seharian mengadap aku.. ish'' aku lemas tau dak.. haih.. xda muka lain ka yang nak tengok aku selain hang ! ''



Hurm.. Itulah kata-kata  yang tidak terkeluar dari mulut tv terhadap cik korie yang menjadi penonton setianya.. mana idaknya.. si tv sudah rasa muak dengan cerita korea yang si korie asyik pasang dekat dirinya.. memandangkan tv tersebut buatan Malaysia jadi dia tidak gemar dengan tayangan cerita dari negara luar,khususnya cerita dari korea.. tv sangat anti dgn korea sebab warga tv di korea tidak mungkin berasa panas semasa berkhidmat kepada tuan mereka sebab di sana salji turun..pasti tv korea dapat berfungsi dengan baik dan sejuk jea bila berkhidmat disana. tv sangat tidak berpuas hati disebabkan itu.. tapi demi tuanya yang dia cinta dia sanggup membakar diri demi menayangkan drama korea yang cik korie minat.. 




Tengoklah bertapa sayangnya tv dan lappy burukku terhadap aku.. wah, aku sangat bertuah kerana memiliki hampa sebagai teman setiaku.. walaupun aku bukan tuan yang baik tapi aku sangat memerlukan hampa dalam diri ni terutamanya masa musim cuti.. inilah masanya untuk aku rehat dengan sepuas-puasnya.. sebab lepas ni tiada lagi rehat yang  aku ada selain berada di kelas dan wad di hospital ... ;p



Mesej khas kpd TV:

Sabarlah tv, aku hanya gunakan perkhidmatan hang dalam masa cuti ni jea.. tinggal 2 minggu jea lagi hang nak berkhidmat padaku.. lepas ni aku dah xda dah dalam rumah ni.. masa tu hang dah boleh bercuti lagi panjang dari cuti yang aku dapat.. ok?  dan kira bagusih la aku asyik tengok drama korea ja berbanding dari aku tengok drama tamil,hindustan or mexico yang boleh mengugat kejantanan hang tu..

Tv tersentap.. dia pun berkata : Eh mana hang tau aku ni jantan?

Korie : La dekat badan hang hang ada Angry bird.. tuh! stiker angry bird (sambil menunjuk lokasi)

Tv : Woi! tang mana hang tunjuk tuh?!! '! Bongok la kau.. itu adik hang punya keja !!!!



# Eh tv dan lappy aku boleh bercakap rupanya.... korang ada  tv dan lappy mcm ni?
peliks ;p


2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo