Monday, December 12, 2011

Filem Ombak Rindu buat layan tidur jea, ceritanya hambar


Kalau hampa tertidur pon masa tengah tengok filem ni jangan terlepas babak ni.. pemandanganya sangat cantik!! 

Aku baru ke panggung hari ni unt menonton ombak rindu setelah 12 hari filem ini ditayangkan di pawagam. Perasaan xdalah excited mana cuba perasaan nak tengok tu berkobar-kobar sebab katanya filem ni mencapai kutipan lebih  5 juta wah! masyuk tu.. patutlah timbul isu penulis novel ombak rindu iaitu Fauziah Ashaari komplen yang dirinya tidak dibayar setimpal dengan jumlah kutipan yang diperolehi... aku malas nak cakap panjang pasal isu ni sebab aku xterbabit pun so buat apa aku nak menyebuk dengan masalah orang lain..


Ok, Majoriti blog yang aku terjah semasa hari pertama tayangan banyak yang memberikan komen positif dan xlepas jugak dengan beberapa komen negatif mengenai keseluruhan filem ni.. sebagai pembaca aku turut terasa terpanggil untuk turun ke panggung bagi mengiyakan pendapat bloggers terbabit dan hari ni adalah harinya.. dan pendapat aku..


Filem ni membosankan dan jalan ceritanya hambar bagi aku.. yea bagi aku* jalan cerita yang meleleh buat aku asyik tengok jam jea.. dan hatiaku asyik berkata ' bila nak habis ni' aku cuma terpesona dengan pemandangan lokasi lakonan filem ni.. pemandangan yang cantik mengaburkan mata aku untuk terus fokus pada plot cerita.. Ianya hanya buat diri aku melayang-layang dan berangan-angan di lautan yang kebiruan dan tumbuhan yang kehijauan.. berangan dan terus berangan.. hahaha.. mcm bodoh jea.. sebab aku bosan derr.. tengok lah,permulaan  filem ni memfokuskan pada izzah yang berasal dari kampung hingga dia dibawa ke rumah hariz sebagai perempuan simpanan.. tempoh masa untuk babak ni terlalu panjang dan aku asyik menunggu kewujudan watak lain jea.. dan apabila muncul watak antagonis yang dibawa oleh mila (lisa) barulah aku rasa refresh sedikit untuk terus menonton filem ni.. grrr..


Maya Karin bagi aku xmencapai tahap watak izzah sebenar sebagai gadis kampung walaupun dia memakai kain batik, baju kurung biasa bersama selendang yang lekeh jea tapi muka dia tetap xmenunjukkan dia gadis kampung dengan lengang lengoknya.. bahasa dan sebutan/pelat dia.. semuanya xasli yoo.. tetap nampak komersialnya.. huhu.. dan watak hariz bagi aku hanyalah seorang lelaki yang mahu memuaskan nafsu serakah dia jea.. nasib baik lepas tu diorang berkahwin.. kalau x.. malas dah aku nak tengok sampai habis.. dan satu lagi masalah filem ni adalah lagu background yang meleret-leret.. kalau boleh semua babak nak letak lagu background.. for what? unt ambik feel lebih untuk penonton?.. ada yang suka.. ada yang layan tapi aku xsuka ! grrr.. bising jea.. sikit-sikit ok r.. nasib baik lagu dia boleh tahan.. kalau hampeh memang aku menyampah ah..


Watak mila bagi aku menjadi r.. aku nampak lisa berlakon begitu serius yoo dan wataknya memang menjadi.. hahaha.. siap nampak hidung lisa kembang kempis lagi semasa dia mengamuk dekat hariz.. huhu.. lisa.. lisa.. good job yea..


Novel Ombak Rindu kalau nak diadaptasi sepenuhnya menjadi filem yang sempurna memang mustahil lah, sebab terhad durasi sebuah filem berapa jea.. mana nak dan kalau nak letak semua watak dalam novel dan setiap plot cerita dalam satu filem so memang ini adalaha hasil yang terbaik ah selepas membuang beberapa watak dan menukar berserta skip beberapa babak dalam novel ombak rindu untuk dijadikan filem Ombak Rindu..


Kesimpulannya.. Filem ni bukanya xbest.. best! cuma bagi aku  kurang sikit.. sebab aku dah banyak baca review bloggers pasal filem ni jadi bila aku tengok sendiri.. xda dah yg suprise bagi aku.. itu jeala.. katakan aku pergi tengok masa hari 1st tayangan maybe aku akan cakap best! sebab masa tu xda lagi orang review penuh mengenai filem ni.. hoho.. xbegitu? btw, aku suka lagi filem Lagenda Budak Setan.





#Novel ombak rindu ada kesinabungannya..  Cinta Tiada Akhirnya.. dan seterusnya Rindu Cintaku.. dah pernah baca?



4 comments:

  1. lain org lain komennye


    ade kate lisa xjd lakonn nye

    tu mls tgk tu

    kjp positif kejap ngtf

    ReplyDelete
  2. korie!!! pegi mana menghilang dulu? xidi x minat pon nak tengok citer ni...hihi...

    ReplyDelete
  3. novel2 yg banyak watak dan tragedi mcm ni klu diadaptasi lebih sesuai kot drama tv... :)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo