Thursday, December 29, 2011

# Heartstring



.Hidup ini xsemestinya indah kan..
.mesti ada ujian yang datang unt menguji kesabaran ini..
.tapi, apa kan daya kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya,
.ada pahitnya.. madunya disepah jauh-jauh di dalam sudut hati..
sebab bagi aku sekarang.. manis itu sepahit hempedu..
.hanya diri ini yang merasainya dan layak unt mengungkap segalanya.






Aku sangka aku xkan jadi seperti dulu balik.. aku sangka aku dah imun dengan segala tomohan buruk darinya.. aku sangka aku dah cukup besar unt tangani masalah ni.. aku sangka dia kian memahami aku.. aku sangka dia dah xsebengis dulu.. aku sangka dia xkan ungkit perkara lama.. aku sangka mulut dia akan jadi manis bila dah berusia.. aku sangka dia adalah insan yang akan mengajar  aku secara baik-baik dan aku sangka aku dah kenal siapa dia dalam hidup aku... tapi.. semua itu xpernah berubah dari dulu sehingga sekarang..  kenapa aku jea yang selalu menjadi mangsa?.. kenapa aku mesti mendapat tomohan yg terlalu keji, hina sebegitu sekali.. yea! sekuat mana pun aku menahan akhirnya kekuatan itu akan kian rapuh dan akhirnya akan berderai jugak sebab aku hanyalah manusia biasa. siapa aku untuk melawan dirinya? kalau ikutkan mahu saja aku lari dari sini dan xkan balik semula.. aku mahu cari kebahagiaan aku.. dari dulu aku xpernah mengenali apa erti kebahagiaan bersama denganya.. derita itu asyik datang kepada aku.. dan sampai sekarang ujian ini xpernah bertukar tajuk dan cara.. semuanya sama.. kalau dulu.. ya! dulu aku masih budak-budak yang masih xfaham semua ni dan bila perkara ini terjadi aku xkan selemah sekarang sebab aku masih budak yang xtahu apa itu erti kesedihan tapi bila perkara ni terjadi kepada aku sekarang aku akan rasa terlalu sakit dan xsanggup nak mendengar semua tengkingan dan tomohan buruk daripadanya.. aku dah xsanggup nak menatap mukanya sebab aku terlalu benci dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia.. semua itu sakit dan menyeksakan jiwa aku.. arhhh! aku dah hilang akal unt cari jalan penyelesaian selain aku hanya berdiam diri.. berdiam diri itulah yang buat aku terseksa secara metaliti dan aku dah xsanggup nak tinggal bersama dia.. aku nak pergi dari sini dan tolonglah bawa aku pergi.......



Aku tahu, Allah swt xpernah tinggalkan aku.. Dia beri aku ujian ni sebab dia sayangkan aku..Dia xnak aku terleka daripada mengingati dia. aku yakin aku masih boleh berdiri sebab Dia bersama aku. dan aku yakin Dia akan terus bersama aku dan aku mesti kuat dan bersyukur dengan apa yang aku terima.



Mira.. teruskan perjuangan kau.. percaya pada Allah dan diri sendiri..biarlah sekeji mana aku dimata dia' tapi cukuplah kalau Allah swt tahu siapa sebenarnya diri aku.



#xsangka pengakhiran tahun 2011 aku akan jadi begini..

2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo