Sunday, December 4, 2011

Kisah AYAM , OMBAK RINDU dan TWILIGHT !


Hari ni hari minggu.. ramai si cantik dan si kacak keluar bandar sempena hari cuti yang dinantikan..Pakat pulun terjah Panggung Wayang iaitu tempat si nyamuk menghisap darah si gadis dalam gelap... mungkin si kacak hilang kacak apabila menitis air bila menonton filem Ombak Rindu dan mungkin jua si couple berasa berahi bila terleka dengan aksi bulan madu diantara Bella dan Edwerd Cullen dalam filem Twilight Saga : Breaking dawn part 1. 


Inilah masanya para bloggers mendapat idea untuk menulis review mengenai sesabuah filem yang baru ditayangkan.


Twilight ---> masih ada lagi ke tayangan di pawagam?

so mcm mana tadi.. ada best ka?


Aku dua-dua filem ni xtengok lagi.. biasalah.. aku baca review dari bloggers lain jea.. mungkin next week nak tengok ombak rindu.. ada yang nak ikut?.. jai..

............................

Tadi pergi pasaq malam dengan adik.. Dalam kepala set nak pergi beli topup jea.. last-last selepas lapor diri kat mak yang aku nak keluar g pasaq malam dia terus buat pesanan suruh aku belikan lauk untuk esok pagi.. adus! ini yang aku lemah ni.. alahai.. mana aku reti beli.. plus, dia suruh aku beli cabai kering.. aku nak tolak pesanan tu rasa serba salah plak jadi aku ambik jealah pesanan.. bila sampai jea kat tapak pasaq malam.. xda apa yang menarik perhatian aku.. kepala asyik memikirkan ayam yang mak pesan.. mata tengah mencari rupa ayam.. hidung mencari bau ayam.. semuanya ayam! lama gak aku carik.. xjumpa pun.. geram jea rasa.. last-last baru jumpa.. Nasib baik aku sempat bermotivasi masa dok mencari ayam .. aku cakap dalam diri.. Korie come on! No give up no surrender..'korie jangan leka.. jangan sampai ayam tu boleh buat chicken dance depan hang' !



Akhirnya berjaya jugek aku beli ayam.. haih! sebenarnya beli barang dapur benda yang paling aku xsuka sebab lecehlah nak p beli. Dah la berat.. plastik basah sbb kena air ayam yang melekat pada tangan penjual ayam tuh.. grrr.. huh.. tapi aku beli jugak r sebab kalau xbeli esok nak makan apa.. kebulur plak aku nanti.. hum, 


kata-kata untuk mak :
Mak, saya akan cuba selalu masuk ke dapur dan tolong mak masak tapi tolonglah beri saya masa untuk sesuaikan dengan semua tu.. ok.. masakan mak kan sedap.. masakan saya belum tentu lagi sedap.. nanti kalau masakan saya sedap xpasal-pasal semua orang gilakan masakan saya sebab terlalu sedap.. susahlah nanti ;)


3 comments:

  1. salam kenal dan dofollow sini
    suka tulisan adik yg poyo.. kalau sedap nanti semua orang tergila2kan masakan adik.. woww.. akak pon gila laa... bab ombak rindu.. akak pon nak tengok tp almaklum ada 3 'handbag' cute, nak letak mana plak.. so batal je le niat...

    ReplyDelete
  2. rabu depan baru nak tengok ombak rindu...

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi filem Ombak Rindu..tp teringin nak tengok.. =)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo