Thursday, December 29, 2011

# Heartstring



.Hidup ini xsemestinya indah kan..
.mesti ada ujian yang datang unt menguji kesabaran ini..
.tapi, apa kan daya kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya,
.ada pahitnya.. madunya disepah jauh-jauh di dalam sudut hati..
sebab bagi aku sekarang.. manis itu sepahit hempedu..
.hanya diri ini yang merasainya dan layak unt mengungkap segalanya.






Aku sangka aku xkan jadi seperti dulu balik.. aku sangka aku dah imun dengan segala tomohan buruk darinya.. aku sangka aku dah cukup besar unt tangani masalah ni.. aku sangka dia kian memahami aku.. aku sangka dia dah xsebengis dulu.. aku sangka dia xkan ungkit perkara lama.. aku sangka mulut dia akan jadi manis bila dah berusia.. aku sangka dia adalah insan yang akan mengajar  aku secara baik-baik dan aku sangka aku dah kenal siapa dia dalam hidup aku... tapi.. semua itu xpernah berubah dari dulu sehingga sekarang..  kenapa aku jea yang selalu menjadi mangsa?.. kenapa aku mesti mendapat tomohan yg terlalu keji, hina sebegitu sekali.. yea! sekuat mana pun aku menahan akhirnya kekuatan itu akan kian rapuh dan akhirnya akan berderai jugak sebab aku hanyalah manusia biasa. siapa aku untuk melawan dirinya? kalau ikutkan mahu saja aku lari dari sini dan xkan balik semula.. aku mahu cari kebahagiaan aku.. dari dulu aku xpernah mengenali apa erti kebahagiaan bersama denganya.. derita itu asyik datang kepada aku.. dan sampai sekarang ujian ini xpernah bertukar tajuk dan cara.. semuanya sama.. kalau dulu.. ya! dulu aku masih budak-budak yang masih xfaham semua ni dan bila perkara ini terjadi aku xkan selemah sekarang sebab aku masih budak yang xtahu apa itu erti kesedihan tapi bila perkara ni terjadi kepada aku sekarang aku akan rasa terlalu sakit dan xsanggup nak mendengar semua tengkingan dan tomohan buruk daripadanya.. aku dah xsanggup nak menatap mukanya sebab aku terlalu benci dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia.. semua itu sakit dan menyeksakan jiwa aku.. arhhh! aku dah hilang akal unt cari jalan penyelesaian selain aku hanya berdiam diri.. berdiam diri itulah yang buat aku terseksa secara metaliti dan aku dah xsanggup nak tinggal bersama dia.. aku nak pergi dari sini dan tolonglah bawa aku pergi.......



Aku tahu, Allah swt xpernah tinggalkan aku.. Dia beri aku ujian ni sebab dia sayangkan aku..Dia xnak aku terleka daripada mengingati dia. aku yakin aku masih boleh berdiri sebab Dia bersama aku. dan aku yakin Dia akan terus bersama aku dan aku mesti kuat dan bersyukur dengan apa yang aku terima.



Mira.. teruskan perjuangan kau.. percaya pada Allah dan diri sendiri..biarlah sekeji mana aku dimata dia' tapi cukuplah kalau Allah swt tahu siapa sebenarnya diri aku.



#xsangka pengakhiran tahun 2011 aku akan jadi begini..

Wednesday, December 28, 2011

Selera di Korean Gil Restoren, Penang


Assalamualaikum dan hi ;p

Anyeonghaeseyo chiguu ! (Salam kpd kwn dlm bahasa korea)


Semalam aku pergi Penang lagi.. yeah! oppss!! , maksud aku bahagian penang pulau. Jarak dari rumah aku nak pergi area Georgetown boleh dikatakan dalam 1 jam setengah  mcm tu la.(Ikut trafik) Dalam perancangan nak pergi pesta penang buat kali kedua bersama sepupu aku dan akhirnya semalam tercapai jugak. Terima kasih daun keladi buat mereka yang support transport,bowling dengan tiket pawagam ;p -much love-


Bertolak dari rumah sekitar pukul 1pm, dan dentinasi pertama adalah Sunshine Shopping Mall, dekat situ aku dan yang lain main bowling. 3x game.. dan too sad aku kalah dalam ketiga-tiga game tu  (main dengan senior kan) tp xpa.. yang penting aku dah tau teknik mcm mana nak baling bola bowling dgn betul dan kc dapat strike ;p  Ohh! strike? bukan semudah yang aku fikir.. kan?


~Bowling time~ time ni aku tahu aku dah xda harapan nak menang dan dia pon sama ;p . Be a loser sometime look cool wut.. ;p

 GSC dekat Queenbay Mall ,  tengok filem Satu Malam Kubur Berasap ;p . Mcm melalut dan merepek jea filem nih.. tp ok lah, aku boleh gelak mcm hantu gelak.. eks? 

Semua pakat penat main bowling , campoq plak dengan panas punggung sbb dok lama sangat dlm pawagam tu dan ditambah lagi dengan letih bergelak dgn adegan alif ba taa + sepohon kayu dalam filem SMKB. Tetiba perut mengadu yang dia dah kekurangan tenaga jadi dia pun sarankan pergi makan . .dan xsangka plak ada orang nak belanja makan makanan korea. wah! memang dah lama tunggu saat ni ;p



Aku pergi makan dekat Korean Gil Restoren, Penang. Berhampiran dengan USM penang. Abang aku cakap restoren ni agak baru jugak r.dia yang plan nak datang sini. siap pasang gps untuk cari Restoren ni ,jadi memang jumpa la kan. ;p 

Surat khabar yg diimport dari korea.. tulisan hangul la kan.. jadi aku memang buta la nak baca..aku layan gambaq jeala ;p

Haih.. baca baca.. bagi yang masih x yakin dengan makanan korea dekat restoren nie ;p . dan  untuk pengetahuan korang ,  pekerja dapur dia ada melayu bertudung.hurm, melayu Indonesia ke Malaysia aku xpasti la plak.. aku tengok mcm tu jea . wah, siap bagi tunjuk kat hampa alamat lagi.. meh la datang!

Menu utama restoren ni.. kalau tengok kdrama, variety show korea mesti familiar ah dengan nama-nama makanan nih ;p dan  yang paling best kali ni dapat makan terus ;p harga dia xmahal dan xmurah. ok-ok jea untuk kita-kita ni. ;D

Aku pilih makanan nih ---> Jajang  Ddukbogi (Soysauce rice) selalu tengok dalam kdrama ;p
~Bashiitaaa~

Ramyeon (Instand noodle seafood)

Wah, bashiitaaa ^^
Konklusinya,makanan korea banyak sayur dan mesti ada soysouce ;p dan sebab tu kulit diorang cantik? mungkin..btw, banyak lagi makanan korea yang aku nak rasa ! BBQ korean mcm best jea ;p . Nantilah. sekarang poket ciput lagi..


~Iklan~

~Iklan 2~

Bergambar dengan pemilik kedai restoren ni.. Orang Korea ;D Btw, orang korea memang kulit licin dan bersih derr.. cantik! kalah aku.. erk??? ;p 

Next Destination

Pesta Pinang , Sungai Nibong.
kali kedua aku pergi untuk tahun ni

Semalam ada konsert.. Artis-May  kalau xsilap. xminat jadi buat xtahu jeala.. kalaulah sofaz buat konsert akulah diantara yang duduk barisan paling depan tuh ;p nak harap super junior datang buat konsert dekat pesta penang? Itu namanya berangan bodoh tuh. xmungkin suju datang ;p

Semalam ada gusti ! ehhh! bukan.. apa tu? tomoi ek orang panggil?.. Tomoi kot.. erm.. begitulah.. ;p dan semalam waktu ni hujan turun renyai-renyai.. sebab tu gambar mcm ni.. ok 



# Ok, lepas ni aku dah xdapat pergi mana-mana dah.. 31/12  ni dah kena balik kolej ;'(. Arhhh! xsabar nak tunggu bulan 12 tahun depan. nak pergi Pesta Penang lagik! 




Sunday, December 25, 2011

[38+ Gambar] Bervokal di Pesta Penang 2011

Assalamualaikum dan hi... ;p

Pada hari jumaat yang lalu bersamaan 23/11/2011 aku telah menjejakkan kaki ke Pesta Penang,sg nibong,P.Pinang. Untuk maklumat korang semua pesta penang ini berlangsung pada setiap tahun iaitu selama sebulan pada  bulan disember. Kalau duduk dkt penang tu memang xsah la kalau xdatang sini kan.. boleh dikatakan mcm Jom heboh jugak la tapi pesta penang dibawah kerajaan negeri.. so xdalah komersial sehebat Jom Heboh tapi gerenti memang best! sebab dekat sini bukan disajikan gerai-gerai membeli belah sahaja tapi yang menjadi tarikan utama adalah tapak Fun Fair yang bergitu Extravanganza happening ! dan tahun ni pesta penang bergilapan dengan cahaya lampu bunga yg berwarna warni yang pasti akan menaikkan mood anda ketika berada di sana.. tahun lepas xda tau lampu-lampu bunga ni so tahun memang sangat best!  Barang kat sini seriusly boleh tahan murah !! terutamanya karpet getah ;p .dan akhir-akhir bulan lagilah harga barang runtuh.. yealah. Year End Sale kan.. Cakap banyak xguna.. jom layan gambar henset aku ^^
























Vortex! 360 darjah pusingan, dengan kelajuan yg maksima! gila ah!

Skyrider ni aku dah naik tahun lepas.. laju jugak nih! 

Ini yang paling femes unt yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecik ;p






Ni game yang paling mencabar !!


Merry go round ! xdpat main sebab baru habis main game vortex! rasa pening-pening lalat ag time nie 




;p






#Setiap game ada nilai token dia sendiri.. 1 token bernilai RM 2.00
Cth : Game Vortex : 5 Token = RM 10.00


#Masa dekat fun fair aku tekad nak naik game yg paling mencabar kat situ [Vortex].. tahun lepas nak naik rasa mcm takut jea so tahun ni aku xnak lepaskan peluang yang ada ni.. so aku naik ah Vortex.. gila bapak.. dia pusing 360 darjah kot.. laju gila.. aku rasa mcm nak luruh jantung jea.. seriusly! grrrrr.. habis game terus nak muntah! n, aku cepat-cepat dapatkan asam dan lepas tu ok ;p. Btw, Vortex memang best!