Friday, January 27, 2012

Ayat bila nak kembali ke hostel setelah lama bercuti


Assalamualaikum dan hi ;p


Siapa dekat dunia ni yang tak suka pada cuti adalah orang yang berpenyakit mental . Seriusly ! cuba hang tanya aku. apa erti cuti bagi aku?! .erti cuti bagi aku adalah hari bahagia daripada serangan assignment, mulut murai jenab (kekawan kolej) dan penyakit ! Wait, wait.. penyakit? why?.  ok, batch aku ada 106 orang dan kiteorang berkongsi kelas yang sama sepanjang kuliah berlangsung . jus bayangkan bertapa ramainya manusia dalam kelas aku.. bila seorang dapat batuk or selsema dalam kelas mulalah sebarang virus berlaku kepada manusia-manusia lain yg berada dalam kelas tu, eh! termasuk aku lah. so apa boleh buat derr? Lecture aku cakap, makan vitamin c untuk kuatkan imunisasi badan untuk elak jangkitan.. yeah! itulah yang aku buat sekarang. even masam kelat vit.c tu terpaksalah ambik jugak . ; )


Berbalik kpd cuti . sempena tahun baru cina ni aku dapat cuti selama seminggu dan malangnya hari ni adalah sisa cuti terakhir aku.. grrr. T_T  . kenapa cepat sangat doh masa berjalan.  aku baru rasa mcm semalam jea aku baru balik dari kolej. selalunya bila hari terakhir cuti menjelma otak aku akan berbisik begini 

Malam terakhir sebelum tidur. 'Adoi.. malam terakhir.. malas nak tidur awal.. lebih sayangkan masa yang masih berdetik.. rugi nih kalau aku tidoq awal ! 

Bangun pagi . ' la awat cepat sangat aku tidoq nihh! baru nak merasa kenikmatan tidoq di katil aku.. ahh! benci! benci! hari ni dah kena balik kolej dan tidur di katil hostel yang .....!^&$^&&!

Pukul 8am 'Masa ada lagi sebelum bertolak ke kolej.. gunakan masa d
dengan bijak !

Pukul 2pm.sebelum start enjin kereta ' Huh, aku harap kereta ni rosak dan perjalanan balik ke kolej xberjaya !!'

Dalam kereta 'Bro! xpayah pandu laju-laju , bawak slow jea.. lambat sikit sampai kolej . kolau boleh aku nak akulah orang terakhir yg masuk pintu pagar kolej'

Bila sampai kolej ' Mengeluh sambil tengok kelender , haih 60 hari lagi sebelum cuti yang akan datang... ;(

Ok, aku xrasa mcm aku sorang ja yang pernah terdetik mcm ni . betul kan ?! haha tipulah kalau otak hampa xpernah terpikiaq mcm aku fikir nih . sebab kita semua manusia normal derr. kan. bila terfikir balik , kalau cuti panjang di rumah pun mcm buang masa jea.. aku tengok mak, mak tengok aku balik dan mak akan cakap ' Mai tolong mak masak aih kat dapoq ni, tutuplah komputer tu !! seharian hang dok main komputer ja .. mai kass! jangan dok jadi penyegan sangat!! kadangg-kadang mak xcakap pun mcm tu tapi aku dapat baca dari experesi muka dia kat aku. grrrr. ada lagi.. selalu bila aku dok sedap ja layan drama korea/Running man dalam lappy mak mulalah... ' Ni tolong belikan mak garam haluih dengan rempah babas jap kat kedai depan tu.. mak nak masak untuk tengahari ni.. cepat sikit nah..mak nak masak ni ' aku yang tengah dok syok gelak tengok running man terus kembali serius.(haih potong line sunggoh ah!) aku mulalah buat muka mahu xmahu buat apa yg mak aku suruh . aku buat tapi lambat aikit ah .xpa mak dah paham peragai aku.


kalau dok kat hostel.. xda dah arahan berbunyi mcm tu dan aku dapat bermain komputer dengan aman tapi... stress r berbanding dekat rumah. kat kolej aku kena mengadap Assigment.. peragai lecture yang mcam 4 musim dan kadang-kadang panas jea.. kena dengaq perempuan gediks yang menjerit dekat hostel,ditambah pulak dengan kes-kes misteri yang berlaku kat hostel .. santau merasuk la, bilik 3A la, misteri laluan tandas la.. arhhhh! wut the helll! aku menyampah betoi dengan benda-benda ni semua.. bising siok!. aku hanya nak aman jea!. tolonglah jangan pekik kat telinga aku derrr! jadi disebabkan ini aku lebih suka bila cuti! boleh la hilangkan stress dari semua ni.


.dan aku lagi xsabar nak habiskan lagi setahun 5 bulan ni. lepas habis.. aku dah boleh start kerja dan bermulalah episod baru hidup aku . arhh! memang xsabar !




#xdapat terima lagi, yang pukul 2pm (27.1.12) aku akan bertolak balik ke kolej !!
esok dah start kelas.

Sapphire blue of  I-CITY,Shah Alam ! seriusly aku nak pergi sini..

3 comments:

  1. alahai sedihnye la adik akk sorg ni

    takpe2

    nk g belaja kan

    akk pon hujung minggu da bizi blik

    ReplyDelete
  2. hehehehe...tu la kan. klo dok kat hostel...rindu dgn suasana umah :D so far akak tak pernah merasa dok hostel. teringin nak rs...tp cam terlambat dah kot. coz kan dh lama tinggalkan dunia study ni :D

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo