Wednesday, February 1, 2012

Vanilla coklat atau drama korea ?


Assalamualakum dan hi ;p

Malam ni aku excited nak update pasal drama tv3 slot lestary iaitu Vanilla Coklat .eh, korang ada tengok?! kalau xtengok rugi besau tuh! aku jamin drama melayu ni best ! sebab aku dah tengok dari episod 1 hingga episod 7 Btw, pada mulanya aku mula ikut cerita vanilla coklat pada episod 4 kt tv dan lepas tengok aku terus nak tengok episod akan datang.. dan memang bagus ah, aku balik cuti raya cina hari tu , mcm biasa aku buka lappy abang aku. tengok-tengok dia dah download semua episod vanilla coklat yg dah ditayang di tv.. jadi, memang aku pulun ah tengok episod sebelum ni yg aku terlepas tengok.. siap qatam  doh! giler ah.. aku mcm xpercaya jea yg aku ni dah jatuh cinta dengan drama melayu . (Sebab aku jarang layan drama melayu kecuali drama korea ! seriusly! aku ngaku! ).

Izara Aisyah


Bagi aku drama Vanilla Coklat ni memang dekat dengan diri aku ah berbanding dengan drama korea yg hanya buat aku berimaginasi lebih jea.. Untungnya bila tengok drama melayu adalah kita paham sepenuhnya apa yg hendak disampaikan.. dari segi dialog ringkas, lawak bodoh mahupun skrip bermonolong. kalau drama korea aku hanya akan boleh merujuk kepada sub english tu jea.. kalau sub tu menipu..tertipu la aku yea.. baca mcm org bodoh jeaa.. maklumlah korea bukan negara aku.. mana aku paham derr?! aku cuma anak malaysia yg xsupport drama negara sendiri jea.. ahhh! seriusly! aku xsupport sebab drama melayu mcm hampeh ,slow, dan xda aeigo serta xda adegan romantis yg boleh buat aku tergedik sorang2.hahaha! Tapi itu dulu! dan sekarang xlagi.. aku support drama melayu! yea! aku akan terus support.. dan support.. nak suruh aku buat announce rasmi kea?! ok!.. dengar ini wahai seluruh pembaca blogku.. ada pengumuman rasmi dari korie ..

Dengan ni korie akan terus menyokong drama melayu, sebab drama melayu sekarang memang best siak! seriusly! contoh terdekat : Vanilla coklat


Korang perasan x yg drama melayu sekarang banyak yg adaptasi dari novel? mcm drama gemersik kalbu, pelangi kasih, trinologi cinta dan banyak lagi yg aku xtahu.. dan drama yg dari adaptasi ni pasti dapat sambutan yang rancak dari penonton terutamanya dari golongan hawa mcm aku. kan? sebab, kalau kau tanya aku la kan.. antara drama biasa dengan drama adaptasi novel mana satu yg aku perefer ?.. aku akan pilih drama yg diadaptasi dari novel sebab ceritanya lagi match dengan pembaca yang mahukan pengisian yg dekat dengan hati pembaca . huhu.. kan?! alah, cakap panjang xguna.. hampa tengok filem ombak rindu sudahlah.. berapa juta filem tu dapat kutip derr?! gilerr.. pecah panggung siak! 

Aiman (mentor) sebagai Amir 


Tapi satu jea yg aku xnampak lagi.. kebanyakkan pengarah filem/drama lebih berani memilih drama berkonsep cinta sebagai pilihan mereka untuk diadaptasi sebagai sebuah filem atau drama. Mungkin sebab mood penonton filem/drama zaman sekarang lebih tertarik dengan konsep percintaan yg lebih kepada romantikaa..raba sana.raba sini.. yuuuiii~ lalalala ;p . erm, kadang-kadang nak jugak aku tengok drama/filem yg berkonsepkan thriller..apa kata lepas ni hampa p buat  filem/drama dari novel yg ditulis oleh Ramlee Awang Murshid kea. perhh! memang dah lama aku tunggu tuh! itu baru dasyat ;) Aku peminat novel Ramlee Awang Murshid kan?! Hatiku di Harajuku kea?


Ok, cukuplah aku merepek pasal apa ntah kat atas tu, sekarang aku nak taip pasal vanilla coklat.. vanilla coklat mengisahkan tentang Sinopsis penuh vanilla coklat ok, dah baca?.bagush! drama ni memang lawak r dan watak zara dan amir memang mencuit hati.. diorang ni asyik bergaduh jea. diorang kena kahwin paksa sebab nak jaga hati mak bapak , dah tu kahwin atas dasar kontrak yg zara buat sebab diorang ni musuh ketat.. bila dah kahwin xpernah nak bersama.. bergaduh 24/7 jam! gaduh jea memanjang.. grrr. haha.. kelakar jea gelagat diorang..Hurm, lakonan aiman (mentor) memang membawa tiket popular unt drama vanilla coklat ni, mana xnya.. hensem kot dia tuh.. hemsem derr.. dah la muka baru bagi watak hero dalam drama melayu.. baru kea? jadi memang ramai ah nak tengok drama nih.. begitu jugak dengan zara aisyah(heroin) ,dia pernah berlakon dalam drama sofiyya baru-baru ni dekat tv3. dua-dua lebih kurang muka baru r dalam bidang lakonan nih.. ;)


Xsabar nak tunggu hari selasa depan (Ep.8).. Amir dan Zara dah mula berbaik dan bercinta siak ! :)


#Bagi hampa yg xtengok lagi drama ni hampa boleh download episod lepas dekat sini


#Six sense dan Spider banyak cover lagu ost unt drama slot tv3 !


[Video] gossip hot kesinambungan entri semalam
kenang sign ni tonton.com dulu baru boleh tengok video ni

2 comments:

  1. hahaha

    akk pon minat aiman tu

    waaaa nk die

    tggi sgt

    ReplyDelete
  2. Saya pon minat giler kat cyter Vanilla Coklat nih.. Sweet sgt tengok Zara & Amir. Any woman would be glad to have Husband like him. <3

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo