Sunday, April 29, 2012

Hilangkan stress di sungai petani


Assalamualaikum dunia !
~smile~

Kenangan yg lepas adalah sesuatu yg sangat bernilai dan dunia realiti adalah berbeza dengan dunia kebenaran .
Pada 27.4.2012 @ jumaat yg lepas aku telah menghabiskan masa-masa berharga aku dengan kekawan yg sporting habis di sungai petani, kedah. Gerak ke sana menaiki kereta sewa yg dipandu oleh aku dan jannah = sewa 2 buah kereta = myvi dan proton saga. proton saga aku yg pandu dan jannah sebaliknya.



Bergerak dari Alor setar dalam pukul 8.30 pagi dan sampai sp dalam pukul 9.30 jugak r.masuk highway xdalah jauh sangat.. so bawak kereta dlm keadaan steady jea. destinasi pertama kiteorang semestinya tempat shopping yo! sampai sana jea terus cari kedai makan sebab perut dah terlalu lapar.. mungkin pagi di sp masih muda so perut pun sibuk berkocak nak rasa makanan dari sp. cis xguna betul!. jadi kiteorang pun singgah la makan dekat kedai mamak dalam tesco..sambil-sambil tengah tunggu makanan sampai sempat lagi dok main kenyit-kenyit mata dgn tauke mamak restoren.. kononnya harap dapat makan free lah! perhh! last2 bini tauke mamak tu jengel mata kt kiteorang balik.. perh! dasyat! kalah mata sparta jong kook! haha.. ok aku gurau ;)



Penat la nak cakap banyak walaupun xkeluar suara aku pun kat sini. jadi persilakan diri anda untuk usha gambar aku bercuti di sungai petani bersama kekawan kolej . 

sesampainya di Lembah Bujang.

aku dan mereka di lembah bujang

Hoi.. sakit laa bahh! derr ;)


Baru perasan yg aku xlayak jadi model pencuci muka garnier sebab muka berminyak gilerr ! bhaii!

Nanti kahwin nak phototshoot kat jabatan ni. boley?

Yeah.. itu V-pose aku! yg belakang tu menyebuk jea..

weh, exclly masa ni aku dah semput panjat tangga ni.. tp bergambar berlagak macam  baru start nak naik.. semuanya fake jea! ahaha ;)

xnak komen. kalau ditanya baru aku jawab.

''yana.. ko xpakai kasut ek?''



jangan ckp aku layak jd model gigi k ! 

Perhh! inilah gambar yg aku excited nak upload.. semua kat atas tu girl kan?! dah tahu tanya lagi.. no boy in this area. 

Bongok! sakit dohh!.. xguna betul

Inilah tempat feveret aku bila sampai jea dekat mana2 mall. mesti nak urut ! tp awat muka xurut sekali?.. haih membazir duit aku jea

dlm muzium lembah bujang ! eh.. tetiba?

kali ni berdiri pulak !. eh tetiba?


Depan muzium lembah bujang. masuk free of charge tau sebab kiteorang semua comel so dia kc free jea kat kiteorang.. untungkan?.. hik3.ok! sumpah aku tipu.. sebenarnya memang masuk x kena bayaran pun. xkisahla sesiapa pun.. asalkan manusia.best kan.. huhu. majulah kedah untuk Malaysia. yeah!

Peace ! bye.





See u next entry!


 aku dah busy dengan study week minggu depan. 7/5/12 aku  dah start final exam. 


Shitt! aku asyik nangis jea bila tengok kdrama love rain dan king two heart !


Tuesday, April 24, 2012

Praktikal #6 : Excited derma darah !


Assalamualaikum 



Hari ni terdetik nak update blog sebab nak ckp pasal derma darah.
tadi.. masa balik kerja aku pergi derma darah. dekat mana? dekat hospital yg aku kerja. kali ni dah kali yg keempat dan perasaan masa sebelum insert needle tu still sama mcm kali yg pertama.. nervous doh!. gile ah. tp nak jugak menderma. Derma darah kali ni agak sakit sebab staf yg insert needle kat tangan aku tu xjumpa urat aku.. dua kali dia buat. sakit wei.. grr.. aku bukan nak menakutkan korang yg nak derma darah cuma kejadian mcm ni separa normal sbb kadang-kadang susah nak cari line. erm susah ek? erm aku xbelajar lagi prosedure insert branula kat patient. nanti sem 6 aku belajar



yg xboleh blahnya.. aku boleh pulak menitis air mata sebab sakit masa staf tu cari line aku. grrr.. xtahu r nak ckp mcm mana.. memang rasanya sgt sakit kot. bukan sengaja nangis tapi air mata tu yg kuar sendiri..otomatik.. adoi terserlah keperempuanan. grrr xsuka!.. mungkin aku jenis yg xtahan sakit kot.. agaknya? kejadian yg sama berlaku masa kawan aku belajar insert ryle tube dekat nasal (hidung) kat aku (jd model pesakit) . masa tu aku nangis, seriusly! sebab sakit sangat rasanya.. grrr..  aku rasa mcm bangang jea sebab aku nangis tapi air mata ni yg turun sendiri.. reflek doh! lepas tu terus rasa mcm xsanggup nak insert ryle tube dekat pesakit sebenar sebab dah rasa apa yg pesakit tu akan rasa.. jadi kesian sgt. hum. tapi nak buat mcm mana? kenalah insert jugak sebabnya nak kasi pesakit tu survive dari masalah kesihatan yg dia alami.. cth pemberian- feeding/susu, ubat..



Hum, aku ni bila rasa sakit sikit jea mesti fikir mcm-mcm. fikir aku dapat penyakit ni la.. itu laa.. lepas tu jadi takut.. grr.. cth- aku batuk seminggu+ xhilang walaupun dah makan ubat.. aku akan fikir yg aku mungkin dpt penyakit TB.. yealah sebab dah belajar dan dah tengok dan rawat pesakit dekat wad .jadi memang akan terfikirlah semua penyakit tu ! .erm stress kan? hum, empunya badan dah xlarat nak layan stress yg berpunca dari masalah ni.. itulah, masuk jugak bidang perubatan walaupun takut! erm , tapi aku xmenyesal.. aku dapat belajar byk perkara yg bukan semua org boleh dapat dan rasai dlm hidup ini.. dan ini adalah rezeki yg aku xbleh tolak..erm benda ni.. masalah emosi sebenarnya dan kadang-kadang benda ni psycho jugak tapi aku boleh survive lagi sbb dah terbiasa dengan perkara mcm ni.. yealah, pengalaman dan masa mematangkan seseorang kan? !erm. Insyaallah untuk masa akan datang aku akan lebih bersedia dgn bidang yg aku ambik ni. doakan aku yea .



Sebenarnya derma darah ni simple jea.. check berat, hb,masalah kesihatan , nadi dan tekanan darah .kalau semua normal.luluslah menderma. xsakit pun cuma kadang2x staf yg cucuk tu tersilap line itu yg buat rasa sakit sikit tu. tp jaranglah berlaku. sebab selalunya org yg profesional yg akan cucuk k. so jgn risau. kadang susah nak cari line sabab urat xnampak.. erm ;). ok. think positive.



Seganlah, tadi sebelum derma darah.. student ma yg check aku punya HB. grr.. dah la time tu aku pakai uniform nurse.. freshie dari wad.. grr. ;l lepas tu boleh pulak aku nangis sbb sakit masa staf tu cari line dekat tangan aku.. dia tengok.. malu doh!.grrr. ok! harap2x lepas ni xjumpa dia dah..



Bye2 hensem!.




Thursday, April 19, 2012

Praktikal #5 : Bahaya Penyakit Tibi

Assalamualaikum,


Alhamdullilah, aku dah habis praktikal di wad L3 dan L4 ( wad respiratori) di hospital lama selama seminggu. Ini merupakan kali pertama aku praktikal di wad tu memandangkan aku baru belajar teori mengenai sakit tibi dlm sem ini. Tibi adalah sejenis penyakit respiratori yg meyerang pada paru-paru dan berjangkit melalui titisan udara. bahasa mudah penyakit batuk kering ah. so memang agak berisiko la kalau nak jaga patient yg berstatus +ve TB sebab kita terdedah dengan kuman tibi semasa nak lakukan rawatan dan penjagaan di wad. 


Jadi sepanjang shif aku kena pakai mask (penutup hidung). perhh.. seriusly aku cakap.. lemas doh kalau pakai mask lama-lama.. berkuap haa.. jadi aku kerap kali tukar mask baru sebab xnak bagi berkuap dan unt keberkesanan yg terjamin.  selain penyakit tb. aku boleh jumpa pt yg diagnos penyakit lung ca,pneumonia, bronchitis dan sebaya denganya di wad ni. nama pun wad respiratori memang ah semua berkaitan dengan sakit pernafasan la yeaa.. 


Meh sini aku nak cerita sikit mengenai penyakit tibi. 


INSIDEN
  1. Sakit tibi boleh berjangkit kpd semua lapisan umur tetapi dewasa melebihi kanak-kanak. 
  2. Lelaki lebih berisiko dari perempuan
  3. Sosioekonomi yg rendah -krg zat makanan ,krg pengetahuan,tggl ramai dlm rumah
  4. Gaya hidup yg xsihat -merokok, terdedah kpd pelacuran dan Hiv
  5. Tidak mendapat immunisasi BCG selepas kelahiran
  6. Pesakit diebetes,leukimia dan renal failure

AGEN PENYEBAB

Bakteria yg dikenali sbg. Myocobacterium Tuberkulosis


CARA BERJANGKIT

a) secara langsung
b) secara tidak langsung

a)secara langsung
  • Berdamping dgn pesakit TB yang aktif-mikrob berpindah dari pesakit kepada orang lain terus tanpa perantara . cth. bercakap dgn pesakit +ve tb tanpa memakai mask menutup bhg. hidung dan mulut.
  • Jangkitan titisan (droplet)-bersin/batuk dan mengeluarkan mikrob.Mikrob boleh pergi kemana sahaja. seseorang boleh menjangkiti tibi dengan menyedut udara yg dijangktit TB
  • Sentuhan langsung kulit yang luka dengan kulit pesakit TB (jarang berlaku)
  • BAHAYA - bergaul rapat dgn pesakit TB yg tidak mendapat rawatan yg sempurna
b) secara tidak langsung
  • Peralatan - pakaian -contohnya berkongsi tuala, sapu tangan, berus gigi serta rokok

TANDA-TANDA ATAU SYMTOMS
  1. Demam - waktu petang dan malam , suhu 38'c -39'c ,berpeluh ketika tidur pada waktu malam
  2. Malaise -tidak bermaya
  3. Anorexia - berat bdn menurun
  4. Emaciated -Kurus kering
  5. Batuk -kronik > 2 minggu berterusan
  6. Sakit dada - sakit jenis mencucuk , berpanjangan
  7. Dispnea- sesak nafas
  8. Sinosis- Kurang oksigen

RAWATAN

Penyakit TB dpt disembuhkan dengan dos,regim dan tempoh yang betul . Rawatan selama 6 bulan unt menentukan keberkesanannya. Kalau xdpt rawatan boleh bawa mati


.......................

Mcm inilah aku belajar.. belajar teori.. lepas tu kena tahu mengenai cara penjagaan dan rawatan. lepas tu praktikal di hospital. belajar teori psl penyakit ni sehari jea.. praktikal sampai seminggu..huhu, biasalah kan#..belajar agak detail tapi xdalah detail mcm yg doktor belajar. kan. info kat atas tu hanya ringkasan jea unt pengetahuan umum. ok#.



Student kolej aku ada gak yg pernah kena TB, berjangkit masa praktikal di wad.. smpai kena tangguh sem unt dapatkan rawatan penuh 6 bulan tuh..bahaya doh kalau bermain dengan penyakit berjangkit ni.. aku yg masih kurang pengalaman/student ni takut jugak bila dapat praktikal dekat wad tu tapi as a student nurse aku kena berani dan buat apa masuk bidang nurse kalau takut dgn penyakit berjangkit. eh?# soalan ni akan buat semua student nurse terdiam seketika.Seriusly .soalan yg xperlu ditanya.. btw, sebelum praktikal kita dah belajar cara nak elak dari berjangkit dengan penyakit tu. so gunalah ilmu tu unt praktikkan. Insyaallah Allah swt akan jaga orang yg berbuat baik unt orang lain.



Tip cegah tibi
Untuk orang awam di luar sana kalau boleh elak dari duduk di tempat yg penuh dengan dengan orang ramai terlalu lama dan cari tempat yang pengaliran udaranya baik.  pastu, kalau duduk dekat sebelah orang yg tengah batuk atau bersin sila tutup hidung dan mulut dan kalau boleh segera pergi ke tempat lain .sebab kita xkenal pembawa tibi yg masih ramai  xdapat rawatan




#Lepas ni masuk wad medikal yo! 



Takziah kat kawan aku yang baru kematian ayahnya pagi tadi. sakit kanser hati. Sabar yea ain!.aku tahu ko  seorang anak yg kuat. 



Wednesday, April 18, 2012

Bila kawan sendiri refuse bayar hutang !

Assalamualaikum,



Entri ini keluar disebabkan aku dah hangat hati dengan kawan aku sorang ni.. ok aku dengan si A memang baik.. baik sebab selalu praktikal sekali dan selalu gurau-gurau sekali. even kadang-kadang aku xfaham dengan slang yg dia cakap aku tetap boleh g dengan dia..



dia ni cerewet, yeah! perempuan yg cerewet dalam segala hal. kadang-kadang aku menyampah jugak dgn orang yg terlampau cerewet ni.. ini xboleh sana xboleh.. grrr.. bosan! ok itu bukan point utama.. pointnya di sini adalah si A ni ada pinjam duit aku beberapa hari yg lepas dan dia janji akan bayar secepat yang mungkin dan aku pun berilah dia pinjam.. erm, atas dasar kwn mesti r tolong bila kwn kita dlm kesusuhan kan.. so simple ah tu.. semalam aku ada remind dia pasal duit yg dia pinjam tu sebab time tu dia ada bwk duit so aku saja r peringat dia takut-takut dia lupa..yeah! memang aku xmalu nak mintax hutang pun.. duit aku doh! kalau x peringat lupa pulak.. bukannya nak suruh paksa bayar lala tu jugak tapi just peringat.. dan dia cakap.. hum, hari ni xbawak duit cukuplah.. esok eh.. dan aku pun kata oklah.



dan tadi..masa otw balik dari praktikal.. aku dengan dia keluar g gerai depan sebab nak beli sesuatu.. masa dia keluarkan duit unt bayar makanan yg dia beli tetiba dia cakap pasal hutang tuh.. aku masa tu diam jea.. dia cakap apa tau.. lepas dapat elaun la bayar.. padahal elaun lmbat lagi ..grr.. padahal dia ada jea duit tapi xnak bayar.. mcm2x alasan dia kasi.. aku pun cakap r.. aku dah xda duit dah ni.. ermm.. aku harap dia faham r yg aku tgh sesak skag.. last-last dia cakap apa tau.. ala, dapat elaun nanti lah aku bayar aku nak beli barang ni.. grrr.. ok fine! aku xkisah kalau barang tu barang keperluan yg penting. ini tidak.. barang yang remeh.. kalau xbeli pun xpa.. haih, yg aku ni terus r hangat hati.. boleh plak ko xfikir perasaan aku ni yg dah xda duit.. perhh! memang terasa giler ah dengan dia tadi.. aku dah xtahu nak cakap mcm mana.. xkan nak mintax.. dan mintax lagi.. aku pun tahu malu doh! dia sebagai peminjam kena paham sendiri r.. haih.. geram betul aku dengan orang mcm ni.. xreti nak fikir dengan logik akal ke ha! kau kalau ada hati dan perasaan kau xkan buat mcm ni.. boleh pulak kau guna duit kau beli benda alah remeh depan aku dan lepas tu cakap ko xcukup duit nak bayar hutang aku.. haih! blah la kau!. padahal hutang aku dengan barang kau beli xda beza mana pun..



Fine, aku bukan berkira.. masalahnya situasi aku sekarang yg sesak duit yg buat aku stress mcm ni.. kalau hampa yg baca adalah student mcm aku hampa faham la maksud aku.. derrr.. rilex! aku xda la desperate xda duit langsung cuma agak la kalau nak buat mcm tu kat aku kan.. hangat hati tahu x !. 



Bila berkawan.. kena jaga hati memasing.. aku jaga kau kau plak buat mcm ni kat aku.. so aci ke ha?.. haiya.. susah lol kalau gini.. aku dah xboleh beli sebarang benda yg bukan keperluan .. kena start bajet bila duit poket dah kurang !. kehendak terpaksa diketepikan untuk seketika ini



Nasib baik ada running man.. hilang jugak stress bila layan HAHA,Gwangsoo, jaesuk, gary n da gang ~!



Reminder : kalau berhutang dengan orang tu pandai-pandai r bayar balik.. even sekupang pun kalau dia xhalalkan, nanti kat akhirat kau kena soal. seriusly. 

Sunday, April 15, 2012

Hari terakhir di klinik kesihatan (KKKN)

Assalamualaikum,


Hari ni tetiba ada satu niat nak update blog setelah lama berhantu di dunia blogger.
ayat yg sesuai unt beri alasan kenapa jarang update blog adalah :
saya xfemes so buat apa update selalu! xda siapa pun nak like dlm fb.. nak share link blog dlm fb? haram xdaa..
ok fine! ketuk kapala# tepuk dada. cakap dlm hati : xguna glamor setakat dlm jd admin blog. lainlah kalau kau jumpa vaksin unt penyakit hiv ! perh! itu baru mark zulkerberg pandang doh! . #ayat xpuas hati# guwau je .


Dekat pasar hari /tani k.nerang . sabtu.

Ok, dimulakan cerita hari ni dengan bismillah. tadi aku baru jea habis trial osce ! alah exam unt praktikal tu. exam yg paling hot dan spicy serata dunia. kalah ayam kfc.. kalah lagi ayam merrybrown kt giant, alor star tuh. exam yang boleh buat kau kentuk xkeluar, kencing xlawas, berak x masuk lubang (ewww) opps! dilarang ckp kotor di sini. ok. fine!. sebelum kau xlepas exam tu memang hidup kau xtenang ah.. kaki pun mcm xpijak di bumi yg nyata. dan kau rasa mcm nak pijak-pijak jea kasut putih kawan2 kau yg lain. biar jadi hitam.. biaq jadi kelam hati..biaq dowang xdapat fokus masa buat osce.. grrr.. huhu.. memang itu bukan aku.. aku kan baik !. and the final result is.. aku lebih sanggup jawab soalan addmath dari osce !. derr


Koya.. dua org ni..


Berbalik kepada tajuk entri ni.. mengenai posting di klinik kesihatan. hari terakhir aku di sana pada 12/4/2012@khamis (Nak masuk 1 bulan jugak ah aku posting dkt sini). hari tu xkerja.. datang ke klinik just nak minta tandatangan staf nurse unt buku kes tu jea.. so nak cerita sikitlah. perasaan masa nak tinggalkan kuala nerang tu memang sedih giler tapi tiada air mata yang berguguran.. huhu.. u know me.. mestilah tunjuk yg kita ni pro kan.. xkan nak nangis2x mcm perempuan? grrr. padahal mmg perempuan pun . just oklah. xdalah mcm sinetron drama indonesia yg over reacting tuh!. cakap dkt negara orang pandai.. negara sendiri pun samalah !# ok pine! tukar warganegara sekarang !. grrr.. xsedar diri!. so overall sepanjang duduk dekat kk kuala nerang memang banyak ah pengalaman baru yang aku dapat dan banyak jugak kawan baru yg aku dapat.. eh banyak eh?# lebih dua orang bkn byk namanya?. hehe. 


sehari di kfc


Sehari sebelum aku balik kolej (rabu) ada gempa bumi berlaku dekat acheh,indonesia. dan gegaran tu rasa sehingga ke kolej aku iaitu bersebelahan dgn hospital sultanah bahiyah,alor setar.. budak2x sem aku yg stay kat kolej semua kena turun bawah termasuk budak2x sem lain ah. unt langkah berjaga-jaga.. grrr.. aku masa tu ada kt kuala nerang dok sedap jea merendek beli goreng pisang kat pekan guna moto jiran depan rumah dan bila sampai rumah jea.. kekawan aku bagitau yg kolej aku bergegar.. grr.. terkejut la jugak dan takut jugak r. sebab kt malaysia kan jarang berlaku eksiden mcm ni.. so bila dah jadi semua org akan takut giler padahal gegaran yg terasa tu sikit jea kalau nak dibandingkan  gempa bumi di negara asal indonesia. Erm, bila dpt tahu kolej dilanda gegaran,la la tu jugak rasa xnak balik kolej! rasa mcm xselamat jea.. huhu.. padahal berat hati nak balik kolej sebab lain.. yeah! seriusly!. tapi siapa sangka.. aku baru jea rasa mcm xnak balik kolej tetiba malam tu dalam pukul 10.30pm lepas habis birthday party (suhana) pupp lampu rumah aku terpadam (elektrik terputus).. grrr.. gila ah.. menjerit ah kiteorang mula2x tu sbb terkejut punya pasal. nasib baik ada kwn aku sorang ni spare lilin sebatang dari kolej.. so gunalah lilin sebatang tu sebagai pembekal cahaya di kala lewat malam.. suasana mmg xpayah ckp ah.. romantik habiss.. kalah candle light dinner kat bali nuh.. semua tergolek atas katil sebab giveup tunggu elektrik ada balik.. 




Ada kisah kelakar yg jadi semasa karen xda.. ok, masa pukul 1am, aku dan kekawan aku yg lain on da way nak tidur.. tetiba kan.. ada orang ketuk pintu belakang rumah.. perhh! kuat gila.. mcm nak pecah masuk rumah.. aku yg lain ni terkejut ah.. semua pakat takut doh.. sbb ketukan tu banyak kali. ada ah dlm 10 kali mcm tu.. bayangkan.. dah la bergelap.. tetiba ada pulak bunyi mcm org nak pecah rumah.. semua yg dlm rumah tu semuanya perempuan berlaka.. comfermlah takut doh! bila dah jadi mcm tu aku terus mesej jiran sebelah aku.. grrr.. mesej aku berbunyi.. dengar x ada org ketuk pintu  belakang rumah  banyak kali ?.. menyeramkan jea ' dlm 15 minit tu dia reply . dengar, saya yang buat bunyi tu.. saja seronok-seronok.. korang x tidur lagi ke? cettt apa ke bahlulnya.. adoihai.. yg aku dah gila suspen ingat perogol /perompak mana nak pecah rumah time karen xda mcm ni, boleh pulak ko buat lawak antarabangsa time-time mcm ni kan ! haih.. memang psy betul!. sabar jea bila dapat reply mesej dari dia tu.. bangang betul. (kalau situasi yg sebenar aku tidak spttnya mesej! aku sepatutnya call terus. kan?) bahaya doh!

clinicmates!



so, ceritanya.. sampai ke pagi khamis tu kiteorang tidur bertemankan lilin sebatang..dan bangun pagi tu. aku buka-buka jea mata keadaan masih gelap sebab karen masih tiada.. dan jiran kiteorang bagitahu yang pokok depan klinik tumbang masa hujan lebat malam semalam.. pokok tu tumbang atas kabel elektrik jadi that y lah karen terputus malam semalam. dan pada pagi tu.. pekerja-pekerja jkr uruskan hal tu.. dan sehingga tengahari elekrik masih tiada.. bayangkan.. kiteorang punya kalut kemas bag unt balik kolej pagi tuh sebabnya bas kolej akan ambik kiteorang dalam pukul 12pm. plan sebenarnya nak kemas malam tadi tapi xjadi sebab elektrik xda.. nak kemas bendanya.. hitam jea pemandangan.. grrr.. jadi terpaksa pospone pagi ni haaa..  baru jea rancang nak masak ni.. nak masak tu pagi tu.. semuanya xjadi bila eletrik xda.. adoi.. kesian doh !.  apalah malangnya nasib aku hari tu.


Purse yg aku beli dkt sana! suka sgt .vintaged!

Dalam pukul  2pm barulah bas sampai kuala nerang.. kekawan aku dari kk lain semua dah ada dalam bas.. dioranglah yang tolong angkut segala bag-bag dan timba kiteorang.. fuh, memang bersyukur sebab aku xmampu angkat bag aku yang seberat anak gajah tuh!. grrr.  masa bas bergerak tinggalkan kuala nerang tetiba rasa sayu jea..hati berkata  bila la aku nak datang sini lagi? 
The end. 



Gambar geng jp kk kuala nerang  jp 2/2010


Friday, April 6, 2012

Love rain in community part 1


Assalamualaikum

wah, lamanya jejari ni x menaip di keyboard lappy. bila menaip balik barulah tersedar yang diri ini adalah seorang blogger. kekeke. blog aku ni pon dah mcm berhantu jea ;p. 



Dalam masa seminggu ni aku busy dengan aktiviti di klinik kesihatan dan lusa tulat dan seterusnya pun akan busy balik.. hari ni dan esok jea aku free.. so dapatlah aku update blog ni. ok, nak update pasal xtvt aku di klinik kesihatan.



Sepanjang aku posting komuniti di klinik aku dapat banyak sangat pengalaman.. as a student nurse la! rasanya xsempurna pembelajaran seorang student nurse kalau x posting komuniti di klinik.. yeah! di sana aku belajar cara nak check ibu mengandung/antenatal yang datang untuk buat pemeriksaan setiap minggu/ bulan. begitu jugak dengan kes postnatal, childhealth, family planning, pap smear . selama ni aku belajar teori jea pasal bendalah ni dan akhirnya dapat jugak aku apply dalam kehidupan sebenar dengan menghadapi pesakit by face to face. Ok, kat sini aku diberi tugas untuk handle kes bagi setiap komponen kat atas tu  jadi jangan haraplah nak berehat jea kat klinik tu, even ko tu masih student yang masih belajar ko tetap kena handle kes pesakit mcm ko tu seorang nurse yg dah graduate . hurm, mulanya aku kekok nak handle kes terutamanya bagi kes antenal dan family planning sebab xberapa yakin nak check perut ibu mengandung . susah nak tahu kedudukan sebenar baby dalam perut dan nasib baik staf nurse sentiasa ada untuk bantu aku.. -__- yg td tu unt kes antenal dan untuk kes family planning pulak aku kena banyak beri pendidikan kesihatan mengenai jenis perancang yg pesakit itu ambik.. cth - kalau jenis kondom. aku kena bagitahu kat pesakit tu dari A-Z mengenai cara penggunaan dan termasuklah ajar cara nak pakai benda tu. grrr.. ok, secara x profesional aku cakap aku malu doh! tapi secara profesional aku anggap itu sebagai satu knowledge seks yg semua org patut tahu. so take it easy. aku dah jadi sebahagian org kesihatan jadi dah jadi kerja aku untuk sebarkan maklumat ni. hurm. aku hanya perlukan masa dan lebih banyak praktikal untuk biasakan diri dengan benda ni.. itu jea. 



dan semalam aku dapat ikut unit kesihatan sekolah pergi ke sekolah rendah untuk buat pemeriksaan kesihatan pelajar sekolah. hehe. ini adalah kali pertama aku g sekolah atas nama student nurse doh! haha.. mcm kelakar pulak bila tengok budak-budak tu takut bila nurse nak check diorang. terbayang waktu aku di sekolah dulu.. takut bila nampak van kesihatan datang sekolah. riuh satu sekolah.. semua pakat takut kena cucuk.. haha.. memang kelakar bila ingat balik ! dan xsangka pulak sekarang ni aku yang akan check budak sekolah. hik3. best! dapat tengok muka budak sekolah yg mengeletar bila aku panggil nama diorang untuk lakukan pemeriksaan kesihatan. hehe. jahat kan aku? grrr..  gurau jea. xdalah aku gelak sungguh. aku gelak kat rumah la.. ;) comel la adik2 tu ;).












memories!


#Keychain henset queen (scene of women) aku jatuh tengah jalan masa otw lari balik kolej naik motor ! sedih giler! 3/4/2012


#g alor setar mall dengan dr. 4/4/2012


#tengah aktif follow kdrama love rain dan king two heart






ok.. to be continue!