Thursday, April 19, 2012

Praktikal #5 : Bahaya Penyakit Tibi

Assalamualaikum,


Alhamdullilah, aku dah habis praktikal di wad L3 dan L4 ( wad respiratori) di hospital lama selama seminggu. Ini merupakan kali pertama aku praktikal di wad tu memandangkan aku baru belajar teori mengenai sakit tibi dlm sem ini. Tibi adalah sejenis penyakit respiratori yg meyerang pada paru-paru dan berjangkit melalui titisan udara. bahasa mudah penyakit batuk kering ah. so memang agak berisiko la kalau nak jaga patient yg berstatus +ve TB sebab kita terdedah dengan kuman tibi semasa nak lakukan rawatan dan penjagaan di wad. 


Jadi sepanjang shif aku kena pakai mask (penutup hidung). perhh.. seriusly aku cakap.. lemas doh kalau pakai mask lama-lama.. berkuap haa.. jadi aku kerap kali tukar mask baru sebab xnak bagi berkuap dan unt keberkesanan yg terjamin.  selain penyakit tb. aku boleh jumpa pt yg diagnos penyakit lung ca,pneumonia, bronchitis dan sebaya denganya di wad ni. nama pun wad respiratori memang ah semua berkaitan dengan sakit pernafasan la yeaa.. 


Meh sini aku nak cerita sikit mengenai penyakit tibi. 


INSIDEN
  1. Sakit tibi boleh berjangkit kpd semua lapisan umur tetapi dewasa melebihi kanak-kanak. 
  2. Lelaki lebih berisiko dari perempuan
  3. Sosioekonomi yg rendah -krg zat makanan ,krg pengetahuan,tggl ramai dlm rumah
  4. Gaya hidup yg xsihat -merokok, terdedah kpd pelacuran dan Hiv
  5. Tidak mendapat immunisasi BCG selepas kelahiran
  6. Pesakit diebetes,leukimia dan renal failure

AGEN PENYEBAB

Bakteria yg dikenali sbg. Myocobacterium Tuberkulosis


CARA BERJANGKIT

a) secara langsung
b) secara tidak langsung

a)secara langsung
  • Berdamping dgn pesakit TB yang aktif-mikrob berpindah dari pesakit kepada orang lain terus tanpa perantara . cth. bercakap dgn pesakit +ve tb tanpa memakai mask menutup bhg. hidung dan mulut.
  • Jangkitan titisan (droplet)-bersin/batuk dan mengeluarkan mikrob.Mikrob boleh pergi kemana sahaja. seseorang boleh menjangkiti tibi dengan menyedut udara yg dijangktit TB
  • Sentuhan langsung kulit yang luka dengan kulit pesakit TB (jarang berlaku)
  • BAHAYA - bergaul rapat dgn pesakit TB yg tidak mendapat rawatan yg sempurna
b) secara tidak langsung
  • Peralatan - pakaian -contohnya berkongsi tuala, sapu tangan, berus gigi serta rokok

TANDA-TANDA ATAU SYMTOMS
  1. Demam - waktu petang dan malam , suhu 38'c -39'c ,berpeluh ketika tidur pada waktu malam
  2. Malaise -tidak bermaya
  3. Anorexia - berat bdn menurun
  4. Emaciated -Kurus kering
  5. Batuk -kronik > 2 minggu berterusan
  6. Sakit dada - sakit jenis mencucuk , berpanjangan
  7. Dispnea- sesak nafas
  8. Sinosis- Kurang oksigen

RAWATAN

Penyakit TB dpt disembuhkan dengan dos,regim dan tempoh yang betul . Rawatan selama 6 bulan unt menentukan keberkesanannya. Kalau xdpt rawatan boleh bawa mati


.......................

Mcm inilah aku belajar.. belajar teori.. lepas tu kena tahu mengenai cara penjagaan dan rawatan. lepas tu praktikal di hospital. belajar teori psl penyakit ni sehari jea.. praktikal sampai seminggu..huhu, biasalah kan#..belajar agak detail tapi xdalah detail mcm yg doktor belajar. kan. info kat atas tu hanya ringkasan jea unt pengetahuan umum. ok#.



Student kolej aku ada gak yg pernah kena TB, berjangkit masa praktikal di wad.. smpai kena tangguh sem unt dapatkan rawatan penuh 6 bulan tuh..bahaya doh kalau bermain dengan penyakit berjangkit ni.. aku yg masih kurang pengalaman/student ni takut jugak bila dapat praktikal dekat wad tu tapi as a student nurse aku kena berani dan buat apa masuk bidang nurse kalau takut dgn penyakit berjangkit. eh?# soalan ni akan buat semua student nurse terdiam seketika.Seriusly .soalan yg xperlu ditanya.. btw, sebelum praktikal kita dah belajar cara nak elak dari berjangkit dengan penyakit tu. so gunalah ilmu tu unt praktikkan. Insyaallah Allah swt akan jaga orang yg berbuat baik unt orang lain.



Tip cegah tibi
Untuk orang awam di luar sana kalau boleh elak dari duduk di tempat yg penuh dengan dengan orang ramai terlalu lama dan cari tempat yang pengaliran udaranya baik.  pastu, kalau duduk dekat sebelah orang yg tengah batuk atau bersin sila tutup hidung dan mulut dan kalau boleh segera pergi ke tempat lain .sebab kita xkenal pembawa tibi yg masih ramai  xdapat rawatan




#Lepas ni masuk wad medikal yo! 



Takziah kat kawan aku yang baru kematian ayahnya pagi tadi. sakit kanser hati. Sabar yea ain!.aku tahu ko  seorang anak yg kuat. 



2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo