Saturday, July 28, 2012

Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

 Assalamualaikum ,
selamat sejahtera..
salam ramadhan ;)


Alkisahnya semalam cafe kolej xbuka pada hari minggu jadi bagi yang berpuasa kenalah beli makanan berbuka kat luar. boseee deh nak beli makanan kat bazar depan kolej dan depan hospital sebab aku hari-hari g bazar kt situ. jadi, semalam kan cuti so aku dengan kekawan decide nak g bazar paling besar kt Alor setar iaitu dekat stadium darul aman. xjauh pun dari kolej aku. dalam 10 minit sampai ah kalau naik teksi. kalau jalan kaki , gamaknya xsampai kot. hahaha. setakat nak g Restoren Teruna Ikan Bakar yang berdekatan dengan kolej pun aku xsanggup ini pulakkan nak jalan kaki g bazar dekat stadium ?. mimpi jealah.

Ini gambar snap stadium yg aku pulun ambik semalam. jenuh. sebab tangan dah penuh dengan plastik makanan.. sebab tu ah gambar senget sikit .

Jadi ceritanya semalam. aku dan kekawan g r bazar kat stadium tuh. buat kali pertama unt ramadhan tahun ni. tahun lepas banyak kali gak datang sini -___- . Masa sampai jea kat tapak bazar , perhh! beribu2x manusia yang sudah lama bertapak kat situ berbanding aku dan kekawan yang baru sampai. nak habaq kat sini yang ramai ler orang yang datang membeli kat bazar stadium . dan ada yang sanggup beratur panjang demi nak beli air bunga madu yang femez kat bazar stadium. aku pun nak beli jugak air bunga tu tapi xda kekuatan unt beratur panjang demi nak beli air tu jadi aku pun mengalah ah. xjadi nak beli. ;(. tapi xpealah. xrugi pun tauke kedai air bunga tu kalau aku xbeli .

Tengoklah. ramai giler yang beratur sebab nak beli air bunga madu dekat bazar stadium darul aman sampaikan orang yg kuat bersabar mcm aku ni pun  give up nak beli sebab xsanggup tunggu unt beratur. haha.                                                   btw, kat belakang tu panjang lagi yg beratur


Jalan punya jalan kat situ., terjumpalah gerai ni 

Pasembor padang kota, penang ! terbaik k. bila tengok jea mulalah xsabar nak balik penang ;)

Yang bestnya , masa jalan-jalan cari makanan kat bazar aku dapat jumpa ramai jenis orang . ramai giler mamat-mamat  u/kolej/poli yang hensem kat situ . memang ramai la perempuan yang cuci mata kat situ. aku?. nasib baik aku rabun sikit. kalau x aku pun cuci sekali. hahaha. hehe. gurau weh. tapi memang sungguh , ramai giler manusia kat bazar tu. sampaikan nak berhenti beli makanan pun susah. berasak-asak. huhu. tapi biasalah. orang malaysia kan memang suka berasak-asak. ;).

Aku beli nasi kerabu dekat gerai kak ela ni ;) nasi kerabu dia sangat menawan dan sedap ;) dia ada jual nasi kukus jugak .


Dalam dok sibuk berasak-asak pun aku sempat ambik gambo. hehe. well, u know me. i am a blogger okay ;). mestilah kena ambik gambar kan?. grr. tanya lagi. erm, apa yang aku beli semalam? banyak.. membeli dengan nafsu orang puasa. biasalah kan. semalam  kat bazar aku beli  nasi kerabu , air kelapa laut , dadih 2x , kueh mueh , cucuq udang , kek batik . xbanyak sangat la. tapi cukuplah buat aku kenyang sampai buka puasa hari ini.

Nasi kerabu ;) makanan wajib aku masa bulan puasa. ingat orang utaqa mcm aku xreti makan makanan org timur ke? aku suka giler dengan budu.

Kalau nak g bazar datanglah bazar yang mcm ni. sebab apa? sebab korang akan puas la nak cari makanan. boleh dikatakan semua makanan ada dan pelbagai. memang puas hati. ;) makanan yang korang x teringin nak makan pun jadi teringin bila datang bazar sini. haha. aku kalau bulan ramadhan memang bazar ni akan jadi port aku membeli ah untuk berbuka pada hari minggu .

Kerang bakar ni kalau korang tengok memang teringin punyalah ;). terliur aku tengok semalam.





Punya dok perak membeli kat bazar semalam sampai xsedar jam kat tangan dah menunjukkan pukul 7. kiteorang pun tunggu pakcik teksi A datang ambik kiteorang kt bazar. last-last sampai pukul 7.30pm pakcik xdatang2 ambik. nak marah dah ni. sebab dah janji suruh dia datang ambik pukul 7 tapi sabar jea. pakcik memang busy sebab ramai pelanggan. so kiteorang pun tunggu jealah. dan pakcik sampai dlm pukul 7.32pm mcm tu. memang punah la harapan aku nak berbuka dekat kolej. aku dan kekawan berbuka puasa kat dalam teksi yo! haha. 1st time. pakcik teksi pun sama ;). btw, seronok gak. bila sampai jea kolej. semua orang kt kafe kolej pandang kiteorang. arh ! dorang ada mata mestilah akan pandang ;) . aku balik ke bilik aku dan sambung berbuka di bilik ;).



Itulah cerita aku semalam.Aku tertanya-tanya, apa la makcik dan pakcik yang jual kat bazar pikir kalau dorang tahu gambar diorang masuk dalam blog aku? haha.


Wednesday, July 25, 2012

Beban yang Positif !

Assalamualaikum, 


dah lama  rasanya xmenaip di blog. asyik busy menaip dekat microsoft power point jea untuk assignment group dan tetiba hari ini paksa diri untuk mengupdate blog jugak even aku dah terlampau busy dengan assignment semester 5 ni. Secara tulus dan ikhlas antara banyak2 sem. sem 5 yang aku hadapi sekarang adalah sem yang paling mencabar sekali. kenapa? sebab aku rasa aku terlampau busy dengan segala-galanya. sampai xda masa dengan life sendiri. giler !. boleh tahan stress . yang ini kena siapkan.. yang itu kena siapkan.. perhh! terlampau efektif . sampaikan aku dah xda masa untuk buang masa dengan benda yang xberfaedah cth-layan fb, twitter dan blog. ! oh my.. give my life back yoo..


Untuk sem ni aku belajar subjek psychiatry ( sakit mental ) . perh. aku nak cakap satu jea pasal psychiatry. best giler ! aku belajar mengenai pycho secara lebih mendalam dan kesanya sangat seronok.aku dapat menilai bagaimana sebenarnya psycho dalam term 'perawatan' . dan dalam kelas psy memang xpernah mengantuk. just setakat inilah. sebab pengajar aku beri terapi hilang mengantuk yg 'baik punya' masa dlm kelas. huhu. memang xboleh blah. dan apakah terapi itu? huhu. xboleh sebut kat sini. bahaya ! penuh dengan kontroversi.  aku rasa kalaulah semua pengajar  kat Malaysia ni guna terapi yang sama dengan pengajar aku untuk hilangkan rasa mengantuk tu mesti 100% org dlm kelas x tidur punyalah. haha. seriusly.



Bulan puasa = tarawih =Alhamdullilah.





Itu je kot. saya busy nak buat research . bye!


Friday, July 20, 2012

Ramadhan dihatiku

Assalamualaikum,


Akhirnya. syaban sudah berakhir dan bermulalah bulan ramadhan yang setia dinanti oleh umat islam seluruh dunia. Alhmadullilah bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan ramadhan yang iberkati oleh Allah swt. I hope this ramdhan is better than before .


Malam ni dah start tarawih yang pertama. yg paling gembiranya buat aku. tarawih pertama aku diimamkan oleh ayahku sendiri ;) . Syukur. dapat jugak aku balik ke rumah even cuti dua hari jea.  dapat merasa tarawih dengan family dah cukup bahagia buat aku.


Esok dah kena balik ke kolej. muka aku esok comferm masam mencuka bila jejak ke pintu depan kolej. haha. well . biasalah. psycho jea lebih. btw, untuk puasa kali ini adalah puasa yang kedua di kolej dan juga yang terakhir di kolej. next year aku dah graduate dah. so xsempat dah nak puasa di kolej lepas ni. jadi aku harap puasa kali ni akan jadi yang terbaik buat aku dan kekawan di kolej. jadikan ia ramadhan yang penuh dengan memori bersama. Insyallah .


Aku suka dengar pengumuman ini. dari kecik lagi mesti aku tunggu depan tv3 sebab nak tengok pakcik smart ni berucap. ;) . xsabar nak tunggu pengumuman raya pulak.





Lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan dan doa berbuka puasa

Selepas itu kalau tiada kesempitan waktu dan kekangan marilah kita menunaikan solat sunat tarawikh. Lafaz niat solat sunat tarawikh ada di bawah :
Untuk penutup kita buat solat sunat witir kan, so ini adalah lafaz niat solat sunat witir :
-------------------------------------------------------- 
Some Do's & Dont's =)
Ganjaran yang Allah kurniakan =') Baiknya Allah.



Credit : FL

Monday, July 16, 2012

My 1st Trip with my classmates at Penang [ Part 1 ]


Assalamualaikum.
Hi Korang !


Hari ni aku nak update mengenai kisah aku dan mereka yang dah bersama dengan aku selama 2 tahun di tempat aku belajar sekarang .Mungkin bagi korang 2 tahun adalah satu masa yang pendek dan xberharga tapi bagi aku disini.selama 2 tahun , aku telah banyak belajar perkara yang baru bagi mengejar erti kehidupan. disinilah tempat aku mendewasakan diri bersama mereka. yea! them all. 106 orang ( Jp 2/2010) . Even, sampai sekarang aku masih ragu-ragu adakah nurse adalah bidang yang sesuai untuk aku . tapi alhamdullilah. bila bersama mereka , aku rasa bidang nurse adalah milik kita bersama . Mereka adalah kekuatan aku untuk terus survive disini selain Allah swt, dan mak dan ayah.  ;)


Pada 14/7/2012 @ sabtu yang lepas, aku dan semua classmate aku seramai 106 telah menghabiskan masa seharian di Penang setelah pihak kolej telas meluluskan permohonan kami untuk pergi berjalan atas sebab-sebab tertentu. Untungnya. pihak kolej turut membenarkan kami menggunakan kenderaan kolej untuk ke sana. Alhamdullilah. ;). Jimat duit . Perasaan bila dapat tahu yang kiteorang akan buat trip pergi penang xdalah excited sangat sebab penang adalah tempat aku sendiri . dah biasa sangat dengan tempat sendiri tapi bila fikir ramai classmates aku yang berasal dari selatan, timur sana dan ada yang xpernah jejak penang , jadi pemilihan ke penang adalah sesuatu yang tepat !. Aku boleh jadi tourist guide untuk diorang ;). haha. tourist guide la sangat .


Setelah melakukan perbincangan , diorang memilih untuk melawati Bukit bendera , taman botani dan Queenbay mall . Just okay la sebab  masa terhad.Excited nak dengar kisah aku dan mereka di sana? lihat gambar di bawah eh ;)


1st time outing travel bersama classmate xpakai shawl. outfit for today hanya simple yellow pastel kameja, blue black jean dan tudung bawal .

Dah sampai Bukit bendera !. rasanya dalam pukul 9.30am jugak ah ;)


The ladies

Bergambar dengan ular sawa albino yang sangat2 aku geli ! lokasi : kat atas bukit bendera, after taking a train

Yuu, terpaksa pegang jugak sebab nak beli gambar shot dengan ular ! 1 keping 4R= RM 10 . Ini muka geli yang jujur >_<

Mereka bersama aku sepanjang hari ni.

1/5  daripada classmate kelas aku. yang lain dah lepas ke depan. excited nak bergambar ;)

Memang xkan tinggal scene shot yang mcm ni . i like okay ;)

The other gang of my classmates

The walking patners .

Again ! cheese.


Tinggal setahun jea masa untuk habiskan masa bersama mereka. going to miss them very-very much .

The photographers ...

Same picture but difference camera

Again ! but im not prepare well in this shot . aku agak selekeh -_- , well. Itu jiwa aku ;)

YEs! we rock bukit bendera today !

with the girls out door !

The scenary

Mr. me !


A journey.. okay ! dah perasan. aku dah makin gemuk ! ohmaigod. xda sapa nak kat aku -_-
With the old-fashion train

Them again. well, we cannot separate with the photgrapher.

She rock my day ! ;)

My asyi kumar .

With my non-muslim classmate friends

Chill ! today is our day.




Disebabkan bukit bendera adalah destinasi pertama aku, jadi setakat ni gambar hanya di bukit bendera sahaja. aku akan upload gambar-gambar di destinasi seterusnya sekiranya ada masa di lain hari. sekarang ni busy dengan kelas. Entri ni pun aku curi-curi buat sebab gian nak update blog .


Bye.

Thursday, July 12, 2012

Gambar suka suki bebudak nakal di dalam kelas !


Assalamualaikum ,
Hi peeps! hi to all my blogger friends .


Alhamdulilah. aku masih boleh bergembira dengan kekawan di sini padahal di luar sana terdapat ramai manusia yang mengalami kesedihan, kesakitan dan kemurungan . aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan  ini. aku doakan mereka di luar sana mendapat kegembiraan yang mereka ingini.Insyaallah. ;)


Minggu ni, minggu teori, masuk kelas belajar dari pukul 8am-5pm. break time pada pukul 10.30am dan 1pm.Puan yang masuk mengajar pun baru beberapa orang jea. yang lain xdapat masuk sebab busy dengan urusan 'audit' for ISO. dont want to talk about ISO. Its so complicated yoo! stress. ---_---


Kelas yang aku dah start adalah subjek surgikal dan research . yang lain merangkak pun belum lagi. satu apa xbelajar lagi. tapi ok gak ler. xdalah lah busy sangat nak siapkan assignment-assignment yang diberi. untuk sem kali ni aku kena lebih fokus untuk siapkan assignment sebab aku jadi ketua untuk group pecahan dalam kelas. grr. apalah nasib badan. tapi. aku just fikir jawatan ni boleh buat aku belajar untuk bertanggungjawab kepada ahli-ahli kumpulan aku. Insyallah. I'll try my best , My group will support me at the back.


Tadi, dalam kelas aku dan kekawan bergelak ketawa jea. Pengajar yang sepatutnya masuk xjadi masuk sebab ada masyuarat -_- . kalau di sekolah dulu aku akan bersorak gembira dengan kekawan bila dapat tahu yang cikgu xjadi masuk sebab ada masyuarat. begitu jugak diperingkat kolej. cikgu dan pengajar memang xlepas dengan masyuarat tergempar.  ;)



dan bila kelas xda pengajar beginilah jadinya
Walawei !, nakal itu seronok !







Masa ni kiteoranglah yg paling bising dlm kelas. haha. tengok gambar pun dah tahu ;]


lepas tengok gambar dah xtahu nak komen apa. semuanya memang gila dan memang mereng. dan aku rasa gambar akulah yang paling over reacting. -_-


Aku masih xpuas lagi untuk jadi manusia yang belum matang, jadi xsalah bukan.matang itu stress!


Kalau nak dibandingkan dengan semua sem dalam kolej aku. aku rasa budak sem akulah yang paling xmatang dan banyak gelak kuat dalam kolej.  haha. this is the truth !.



#Hari sabtu ni semua budak kelas aku (106 orang) akan pergi trip ke Penang ! Hadiah daripada pengarah sebab sem kiteorang lulus semua subjek masal final yang lepas. =]

Sunday, July 8, 2012

Kelas Motivasi Bersama Dr. Ram : Ilmu Neurologi


Assalamualaikum ,
Alhamdullilah, kita bertemu lagi eh ;)


Banyak cerita yang nak aku hebahkan kat sini. hehe. Pada 5/7/2012 yang lepas kolej aku telah mengadakan ceramah motivasi bersama dengan Dr. ramzan yang sangat hebat dalam ilmu motivasinya . sampaikan aku yang kaki tidur ni satu saat pun x terlelap dalam kelas motivasinya yang bermula dari pukul 8am hingga 4.30pm di Auditorium kolej. . aku kagum dengan pencapaian aku pada hari itu. hehe.


Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku ni dah lama xjoin ceramah motivasi bagai ni. aku rasa paling akhir masa form 5 dulu. masa sekolah. ceramah motivasi untuk calon spm kan wajib?! so memang akan, kena  dan wajib pergi la kan.kalau xpergi rasa bersalah pulak dengan cikgu yang beri harapan tinggi .. huhu. kononya.


Btw, ceramah untuk hari itu adalah berkenaan potensi diri. cara untuk ita mengenali potensi diri bagi meningkatkan potensi diri kita. memang overall , aku nak cakap dr. tu memang the best among the best kalau nak dibandingkan dengan penceramah lain kat luar sana. dia xhipokrit dan sikapnya memang kena dangan gaya kita. dia banyak mengajar mengenai cara untuk kita kenali potensi diri kita melalui ilmu neurology dan metafizik. semua tu berkaitan dengan nombor tarikh lahir , palm reading dan sebagainya. 



Aku ada ambik kesempatan berjumpa dengan dr. secara personal  untuk suruh dia membaca tapak tangan aku bagi menilai nasib (palm reading) . aku sangkakan palm reading ni xboleh nak percaya sangat tapi lepas dr. tu baca tapak tangan aku, apa yang dia cakap pasal diri aku sebelum ni semuanya benar belaka sey! xtipu.. dan perkara yang belum terjadi dan akan terjadi agak menakutkan diri aku bila aku ketahui. huhu. rasa mcm menyesal suruh dia buat palm reding untuk aku. but the end. aku memang xmenyesal dengan tindakan aku ini. sekurang-kurangnya aku dah bersedia sekiranya benda yang dia cakap tu betul2x terjadi. Tapi apa pun yang terjadi, itu hanyalah tilikan nasib aje. yang berhak aku percaya dengan yakinnya adalah ketentuan Allah swt. 



Semasa dr. razman baca tapak tangan aku tu , aku ada gak belajar serba sikit teknik nak baca tapak tangan tu dan sekarang ni aku boleh la sikit-sikit tahu pasal cara nak baca tapak tangan tu. huhu. yang xboleh blahnya. bila budak-budak kelas aku tahu yang aku boleh baca tapak tangan (palm reading) ramai jea yang datang kat aku untuk baca tapak tangan diorang.. grr. padahal aku tahu yang simple dimple jea.kadang2x aku rasa macam semua orang dah taksub dengan palm reading ni padahal kalau percaya benda ni hukum sebetulnya adalah khurafat. grrr. harap2x semua orang fikir benda ni just for fun jea. hope mcm tu lah. aku pun dah pening bila nak baca tapak tangan orang. grrr. -_-



Dari palm reading kita boleh tahu mengenai pasangan hidup, umur, kejayaan, sumber pendapatan, jumlah anak, kebahagiaan,  kesihatan dan sebagainya mengenai diri kita.




Ini gambar aku bersama mereka di kala waktu rehat ketika sesi motivasi











Friday, July 6, 2012

Kelas Orientasi sem 5


Assalamualaikum ,
Alhamdullilah. aku masih diberi ruang untuk mencatat diariku disini.Hari-hari yang mendatang kian mencabar dari semalam dan setiap hari pasti akan berlaku benda baru dalam hidup aku.




Untuk kali ni , aku bukan lagi junior mahupun super junior di kolej. aku kini sudah bertapak di lantasan -terakhir untuk perjuangan yang yang aku lalui ini. bukan mudah sebenarnya nak lupa perjalanan yang lepas
 untuk mecapai tahap yang aku berada ini. dan oleh itu aku , aku ingin katakan . Syukur, Alhamdullilah.

.....


Minggu pertama di dalam kelas aku banyak menghabiskan masa bersama rakan kolej  bergelak ketawa. Minggu ini juga aku diberi maklumat mengenai subjek-subjek yang akan diajar untuk aku lebih bersedia. Untuk sem ini aku akan belajar mengenai Psychiatric , Research and management .

Gambar di minggu orentasi
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              


at the back of class

Kasut yang kerajaan beri untuk kiteorang .


Lovey dovey !