Saturday, July 28, 2012

Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

 Assalamualaikum ,
selamat sejahtera..
salam ramadhan ;)


Alkisahnya semalam cafe kolej xbuka pada hari minggu jadi bagi yang berpuasa kenalah beli makanan berbuka kat luar. boseee deh nak beli makanan kat bazar depan kolej dan depan hospital sebab aku hari-hari g bazar kt situ. jadi, semalam kan cuti so aku dengan kekawan decide nak g bazar paling besar kt Alor setar iaitu dekat stadium darul aman. xjauh pun dari kolej aku. dalam 10 minit sampai ah kalau naik teksi. kalau jalan kaki , gamaknya xsampai kot. hahaha. setakat nak g Restoren Teruna Ikan Bakar yang berdekatan dengan kolej pun aku xsanggup ini pulakkan nak jalan kaki g bazar dekat stadium ?. mimpi jealah.

Ini gambar snap stadium yg aku pulun ambik semalam. jenuh. sebab tangan dah penuh dengan plastik makanan.. sebab tu ah gambar senget sikit .

Jadi ceritanya semalam. aku dan kekawan g r bazar kat stadium tuh. buat kali pertama unt ramadhan tahun ni. tahun lepas banyak kali gak datang sini -___- . Masa sampai jea kat tapak bazar , perhh! beribu2x manusia yang sudah lama bertapak kat situ berbanding aku dan kekawan yang baru sampai. nak habaq kat sini yang ramai ler orang yang datang membeli kat bazar stadium . dan ada yang sanggup beratur panjang demi nak beli air bunga madu yang femez kat bazar stadium. aku pun nak beli jugak air bunga tu tapi xda kekuatan unt beratur panjang demi nak beli air tu jadi aku pun mengalah ah. xjadi nak beli. ;(. tapi xpealah. xrugi pun tauke kedai air bunga tu kalau aku xbeli .

Tengoklah. ramai giler yang beratur sebab nak beli air bunga madu dekat bazar stadium darul aman sampaikan orang yg kuat bersabar mcm aku ni pun  give up nak beli sebab xsanggup tunggu unt beratur. haha.                                                   btw, kat belakang tu panjang lagi yg beratur


Jalan punya jalan kat situ., terjumpalah gerai ni 

Pasembor padang kota, penang ! terbaik k. bila tengok jea mulalah xsabar nak balik penang ;)

Yang bestnya , masa jalan-jalan cari makanan kat bazar aku dapat jumpa ramai jenis orang . ramai giler mamat-mamat  u/kolej/poli yang hensem kat situ . memang ramai la perempuan yang cuci mata kat situ. aku?. nasib baik aku rabun sikit. kalau x aku pun cuci sekali. hahaha. hehe. gurau weh. tapi memang sungguh , ramai giler manusia kat bazar tu. sampaikan nak berhenti beli makanan pun susah. berasak-asak. huhu. tapi biasalah. orang malaysia kan memang suka berasak-asak. ;).

Aku beli nasi kerabu dekat gerai kak ela ni ;) nasi kerabu dia sangat menawan dan sedap ;) dia ada jual nasi kukus jugak .


Dalam dok sibuk berasak-asak pun aku sempat ambik gambo. hehe. well, u know me. i am a blogger okay ;). mestilah kena ambik gambar kan?. grr. tanya lagi. erm, apa yang aku beli semalam? banyak.. membeli dengan nafsu orang puasa. biasalah kan. semalam  kat bazar aku beli  nasi kerabu , air kelapa laut , dadih 2x , kueh mueh , cucuq udang , kek batik . xbanyak sangat la. tapi cukuplah buat aku kenyang sampai buka puasa hari ini.

Nasi kerabu ;) makanan wajib aku masa bulan puasa. ingat orang utaqa mcm aku xreti makan makanan org timur ke? aku suka giler dengan budu.

Kalau nak g bazar datanglah bazar yang mcm ni. sebab apa? sebab korang akan puas la nak cari makanan. boleh dikatakan semua makanan ada dan pelbagai. memang puas hati. ;) makanan yang korang x teringin nak makan pun jadi teringin bila datang bazar sini. haha. aku kalau bulan ramadhan memang bazar ni akan jadi port aku membeli ah untuk berbuka pada hari minggu .

Kerang bakar ni kalau korang tengok memang teringin punyalah ;). terliur aku tengok semalam.





Punya dok perak membeli kat bazar semalam sampai xsedar jam kat tangan dah menunjukkan pukul 7. kiteorang pun tunggu pakcik teksi A datang ambik kiteorang kt bazar. last-last sampai pukul 7.30pm pakcik xdatang2 ambik. nak marah dah ni. sebab dah janji suruh dia datang ambik pukul 7 tapi sabar jea. pakcik memang busy sebab ramai pelanggan. so kiteorang pun tunggu jealah. dan pakcik sampai dlm pukul 7.32pm mcm tu. memang punah la harapan aku nak berbuka dekat kolej. aku dan kekawan berbuka puasa kat dalam teksi yo! haha. 1st time. pakcik teksi pun sama ;). btw, seronok gak. bila sampai jea kolej. semua orang kt kafe kolej pandang kiteorang. arh ! dorang ada mata mestilah akan pandang ;) . aku balik ke bilik aku dan sambung berbuka di bilik ;).



Itulah cerita aku semalam.Aku tertanya-tanya, apa la makcik dan pakcik yang jual kat bazar pikir kalau dorang tahu gambar diorang masuk dalam blog aku? haha.


4 comments:

  1. lapau dibuatnya. haaaaaa dugaan bulan puasa.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab pos entry m.i.h kerang bakar 2012...tahun 2013 pon ada jugak senang 2 singah pasar ramadan alor setar yeee..from (m.i.h kerang bakar

    ReplyDelete
  3. terima kasih sebab pos entry M.I.H KERANG BAKAR bazar ramadan 2012..senang2 singah yee bazar ramadan alor setar 2013 ..from (M.I.H KERANG BAKAR)

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo