Saturday, January 26, 2013

Trip to Padang Besar , Gua Kelam Perlis


Hey yoo! ,


Assalamualaikum dari saya yang bergelar korie , berlagak diva dengan nama leehyukjae padahal hyukjae sebenar xpernah kenal aku pun . aku je yang tergilakan  dia sampai sanggup cantum nickname cam gitu dalam facebook . ngehngehngeh -_-''


Pada 24-26/1/2013 aku telah diberi cuti secara rasmi untuk merehatkan diri dari penat lelah praktikal di wad. bukan senang nak dapat cuti 3 hari berturut-turut bila dah start praktikal , kebetulan maulidur rasul jatuh hari khamis , jumaat aku dapat HK ( hari kelepasan Am) dan sabtu aku cuti sebab next week aku akan masuk praktikal di  OT ( Operation Theater) . so that y la aku dapat cuti 3 hari .


So bila dah dapat cuti , aku dengan kekawan plan le nak g jejalan . gunakan masa keemasan ini dengan berjalan sepuas-puasnya , lagipun kiteorang dah xlama kat kolej ni haa.. tinggal 5 bulan je lagi. so y not kali ni plan g perlis pulak kan? . penang dah pergi , kl dah , selangor dah , melaka dah , sp dah , so kali ni kiteorang pilih nak jejalan dekat hujung utara pulak . so perlis la destinasinya ;) . destinasi utama adalah Padang Besar dan Gua Kelam .  so mcm biasa , kiteorang sewa kereta untuk trip ke perlis ini . semuanya 3 buah . huhu . agak ramai jugaklah . so memang happening habis ;) . member-member aku yang posting luar dari HSB pun turun jugak untuk join trip ni . jadi memang kawww lah trip kali ni . meriah xpayah cakap .


Perjalanan dari Alor Setar - Padang Besar mengambil masa dalam 1 jam 15minit . Aku ingatkan jauh jugak la padang besar tu dari kolej aku . bila drive kereta semalam , kejap je rasanya . lebih kurang 1 jam lebih jugaklah . jalannya xsusah . dari kolej, korang boleh ikut jalan yang sama nak pergi tesco mergong n masa dekat trafik light simpang 4 after shahab perdana korang ambik kanan . n then korang terus jee .. ikut signboard Padang Besar. dijamin akan sampai ! Insyaallah .Emm , (kalau xthu buat-buat tahu jeala eh -_-')  huhu, sja nak cakap jugak. well, 1 yang best tentang perlis adalah , perlis xda tol , mcm dekat kelantan jugak. haha. so kalau korang datang sini , memang boleh jimat . hurmm , kalau fikir logik memang patut pun perlis xda tol sebab negeri perlis kecik jea. jalannya xbersimpang2 sangat. terus jea .


sembang banyak xguna . jom layan gambar


Wait for car , di  pagi-pagi buta ;)


Padang Besar

Ini kereta yang aku drive , kancil sangat jimat . aku pilih kancil kaler merah juz becouse of im wearing a red peplum ;) , jadi sama naiklah

Our group ;) .

Aku teringin nak rasa tomyam padang besar so menu kiteorang semalam adalah nasi + tomyam campur. rasanya? sedap sangat, . rasanya macam tomyam orang kelantan . btw , kelantan kan ramai orang thai ;) . so xpeliklah .Makanan yang popular kat sini semestinya tomyam , pulut mangga , pulut durian . so kalau datang sini korang kena rasa semua ni . baru best ! .

Dalam Komplex Padang Besar . 2 tingkat je tapi gerai-gerai dia banyak . sampai xlarat nak masuk semua .dalam ni xpanas macam kat luar , dekat sini banyak jual barang macam jersi , kemeja ,kasut , t-shirt , beg, keropok-keropok , mainan , patung , dan macam-macam lagi . apa pun jersi kat sini memang best ! banyak giler jenis jersi football yang boleh didapati kat sini . jersi dia xori tapi gred AAA so maksudnya kain jersi tu berkualiti  mcm yang ori . aku rembat 3 helai jersi untuk abang-abang aku ;) . Cuaca kat perlis panas sikitla. tp kita orang malaysia biasalah , boleh je ngadap panas2 ni .lainlah orang korea yang x tahan panas tu . kan .

#kat sini aku jumpa sweater harimau melaya yang giler cun dan murah ! tapi xjadi nak beli.. sayangkan.
T_T


Gua Kelam

dari kanan pembaca--> k.yan , aku , azah, azu, fatin,sanah, nia n ain ;)

Huhu , huruf pun dah jatuh habis , maybe sebab aku cantik sangat kot semalam . ngehngeh -_-'

Couple dummies ;)


Semua ini poyo !, Patung Domo tu aku beli dengan harga yang sangat murah di padang besar! gilalah .rugi kalau xbeli .Teddy bear kat sana murah sangat . sukalah pergi pergi padang besar . boleh beli teddy bear banyak2. ;) .
Snap !


Secret garden gua kelam , lokasi pengembaraan drama korea secret garden ;) .  hehe . aku gurau .
dalam gua kelam .
Azu yang perasan nak jadi model . haha ;) . tapi dia comellah .
Menjerit sebentar ,Welcome to Gua Kelam Guys and dudes!


Perjalanan trip ke perlis ni menambahkan kenangan aku bersama member jp 2/2010, so memang aku akan simpan baik-baiklah kenangan kita bersama ni . this is my 1st trip berjalan dengan member kolej untuk tahun 2013 so perasaan kali ni memang puas hati sangat . semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada jugak saat-saat kritikal yang mencorakkan lagi trip kali ni. haha. apa yg kritikal sangat?. kiteorang je yang tahu .. well .


So kawan-kawan lepas ni plan nak g mana lak? langkawi ? pangkor? ke tioman? erk , boleh je nak plan awal-awal . kalau jadi enjoy ! kalau xjadi balik rumah laa yea.. -_- '




#haih , makin xsabar nak ada kereta sendiri . ikutkan hati nak je rembat satria neo sebijik . -_-'
 


#Denabahrin dah selamat melahirkan baby boy pada 24/1/2013 yang lalu . tahniah untuk dena ! kawan 1992 ;)

Wednesday, January 23, 2013

Paed #1

...

Tadi aku praktikal di wad paed (kanak-kanak)
wad medikal surgical ,
sn nurse suruh aku bawak pt g u/sound untuk buat fluoro..
ditemani oleh mak pt ,
pt berumur 1 tahun ,
sebelum pergi , doktor insert cathether dalam lubang kencing pt ,
insert menggunakan ryle tube ,
aku pelik , kalau pasang cathether mestilah guna CBD set,
itu yg aku belajar dan aku pelajari ,
aku xpuas hati ,
aku tanya doktor pasal kemuskilan ini ,
doktor jawab memang yaa,
sebab ryle tube kecik lgpun ini bukan untuk CBD sebenar ,
ini untuk prosedur lain,
huhu ,
ok, aku baru tahu ,
masa dekat bilik fluoro..
aku dan mak pt kena pakai baju khas untuk elak radiasi ,
biasalah ..
mcm x-ray.. radiologi kan,
bahaya.
sepanjang para doktor buat prosedur dkt pt,
adik tu (pt) mengamuk +menangis sangat ,
maybe sebab sakit dan xselesa,
aku kena pegang kedua2 lutut dia dgn kuat sekali,
dia still meronta kasar ,
ditendangnya aku ,  nasib baik dan tempis ,
tapi aku rasa kesian sangat dekat dia sebab kecik2 dah ada penyakit mcm2.
kena buat operation 2-3 kali ,
kesian sgt,
dah la kecik lagi ..
2 hari lepas aku tgok pt kena buat BMA ,
pt paed , umur dalam 6 tahun,
doktor kc sedative laa.
tp pt still meronta2x sebab sakit ,
ahh, aku yg kt situ rasa kesian sgt dekat pt tu ,
mcm mana?..
mcm nilah kalau jd nurse.


Tuesday, January 22, 2013

Kenapa orang panggil nurse misi?

...

Tadi, aku praktikal di klinik pakar paediatric hsb ,
aku kena assist di bilik doktor , MO ,
doktor yang aku dapat ni sangat friendly and caring giler dengan aku,
maybe sebab dia selesa dengan aku ,
mcm-mcm topik yang kiteorang bergurau tadi ,
seronok ! selesa ..
n, tadi dia ada tanya aku satu soalan yang aku xboleh jawab .
kenapa org panggil nurse misi eh?
n then , aku just jawab misi tu bukan berasal dari perkataan bi 'missy' ke -_-'
tp dia jawab missy in english bukan bermaksud nurse
so aku pun terfikir sebentar dan bingung sebentar
xpernah fikir pun mana asalnya perkataan misi tu ,
so kiteorang pun sembang pasal benda lain .
dia tanya lagi,
kenapa u ambik nurse eh?
aku jawab , emm, ntahlaa maybe sebab minat kot ,
dia .. yeke?
emm , faktor lain.. mak suruh
dia xpuas hati lagi..
jawapan lain selain tu..
aku.. -diam-
aku terus tanya dia pulak , habis kenapa doktor jadi doktor?
dia senyum pastu , dia kata sebab dulu saya rasa bidang doktor yg paling mencabar .
so saya trylah..
dia kata lagi.. jadi doktor ni bukan best pon.
busy , on call, buat salah kena marah , xda masa ,xda sapa yg hargai kita , kalau salah rawat pesakit xpasal2 kena saman .
so aku pun mencelah dia ckp..
emm samalah mcm jd nurse pun doktor , nanti klu salah perawatan saya pun boleh kena saman.
doktor jawab aku.. habis tu, kenapa nak jugak jd nurse?
emm, sebelum masuk nurse mana sy tahu yg saya ni boleh kena saman .
masa belajar tahun yang ketiga (akhir) baru saya tahu yg nurse ni boleh kena saman kalau salah etika perawatan .
itu pun sebab belajar teori pasal nursing laws baru-baru ni dalam kelas seminggu lepas.
so lps tu , aku dengan doktor tersenyum sendiri .
oh men.
so oklah , sembang banyak jugak ah tadi .
lps tu, datang pulak sorang lagi doktor di bilik yg sama.
dia sapa aku dan panggil nama aku ,
dia masih kenal aku ,
dulu aku selalu assist dia di wad semasa dia jadi H.O dan masa tu aku masih junior student nurse

sekarang dia dah jadi M.O ,

xsangka. masa begitu cepat berjalan .
dan xsangka dia still ingat aku ,
kawan aku pernah cakap yg muka aku org senang sangat nak cam walaupun baru pertama kali jumpa.
aku tanya kenapa?. dia kata muka aku unik.
so mungkinlah .
aku rasa biasa.






Aku harap aku dapat kerja di wad paediatric nanti ,
kerja dengan kanak-kanak boleh dapat awet muda,
y? kita akan tersenyum selalu bila tengok muka comel diorang.
lagipun , aku dah jatuh cinta sama baby ,
comel sangat .




Monday, January 21, 2013

JP 2/2010 di Istana Anak Bukit


Assalamualaikum ,


Untuk pengetahuan, hari ahad bagi negeri kedah adalah hari umum , sebab cuti umum bagi negeri kedah adalah hari jumaat dan sabtu . dulu masa sekolah rendah aku selalu xpuas hati kenapa sekolah aku xcuti hari ahad , padahal hari ahad tu banyak gila cite kartun kat tv ! terutamanya sailormoon , sailormoon kan hari sabtu dan ahad , so aku mesti terlepas sambungan untuk hari ahad punye ;'( . sedey tau .tp sekarang dah besar , xpernah aku kisah nak cuti hari apa , asalkan cuti , dah hepi mcm nak gila . bukan senang nak dapat cuti bila dah start kerja nanti. oh men~


Hari ini satu negeri kedah cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah . well , kalau ikutkan hari ni aku dah start praktikal di wad tapi disebabkan hari ini cuti umum so aku cutilah ! hehe. dahla cuti , dapat plak pergi majlis minum petang bersama Sultan Kedah di Istana Anak Bukit . memei best ;) . Kali pertama masuk istana selama 20 tahun 2 bulan aku hidup . Wow, peraknya -_-' . hahaha .



Orang biasa mcm aku ni boley pulak dapat masuk istana, kan? erk , xdalah. aku pergi sebab kolej aku dapat jemputan untuk minum petang bersama yang berhormat so dah dijemput xkan xnak pergi? . rugi tu . so mcm biasa , jom layan gambar.


Aku dan Mutiyah ! Opps! bukan mutiyah , tapi adera . katanya ;) hahahaha . kan yah kan?

Diantara 30 orang JP 2/2010 yang join sekali dengan aku ;) . warna kuning naik kan? hehe . that y la. kteorang punya majlis farewell nanti tema kaler kuning ;) yuhuu. walaupun aku xminat sgt dengan warna kuning -_-'


Bergambar bersama pasangan artis .


Dlm bas . well, mcm biasa xtvt kteorang ;)

Again!



Depan pintu pagar Istana . jangan tengok mata aku ! hehe. lain kali nak ambik gambar xnak kelip mata laa. biar jegee je mata tu .kan! haha


So sebelum hari ni habis , aku nak cakap yang aku hepi sangat sebab dapat pergi majlis sebegini besar dengar member-member aku . sangat seronok! dan yang paling seronok sangat ! dekat Istana tadi aku dapat jumpa dengan Tun Dr. Mahatdir Mohamad dan isteri beliau . Ok! giler xseronok aku?! Tun , merupakan satu-satunya Tokoh  yang paling aku kagumi . lihat depan mata sendiri  ;), bukan di kaca televisyen dan ruang-ruang akhbar atau majalah seperti selalu. hehe. cuma xdapat nak ambik gambar dengan Tun je , yeala. xkan aku nak buat slamber je nak mintx bergambar dengan Tun ?! gila?. huhu . nasib baik aku xgila lagi .


Apa pun xkesahla , janji kiteorang happy . esok semua JP 2/2010 dan start masuk praktikal (kerja) . Ada yang di Emergency , OT , Paed , Medical ward , Surgical Ward . so semuanya akan berpisah mengikut group . kawan aku ada yang pergi posting selain di HSB . jadi lepas ni xdapat jumpa dengan diorang dah ;'( . huhu . lepas raya cina aku pulak g posting luar. still xdapat jumpa  jugak. huhu. jaga diri k bagi kekawan kat sana ! jangan nakal-nakal. terutamanya kpd. K.Yan dan Yana ! Luv .


Aku harap kita semua dapat habiskan posting terakhir ni dengan sebaik mungkin , Insyaallah .



#Esok aku posting ward paed  , dapat awet muda ;)





Monday, January 14, 2013

Roleplay Medico-legal in Nursing


Assalamualaikum ,


hi , sebenarnya ni entri kedua untuk hari ni tapi entry pertama dah capai matlamat so aku dah private  ;) .


Tadi dalam kelas belajar pasal medico legal aspect of nursing : Areas of potential liabiliti in Nursing . Merupakan tajuk baru yang aku belajar dalam sem 6 . Content dalam topik ni adalah .


1. Negligence
2. Malpractice
3. Assault
4. Battery
5. Invasion of privacy
6. Defamation
7. Loss of client Property
8. Unprofesional conduct
9. Subsatnce abuse
10. Death related issuess


Kiteorang ada 10 kumpulan dalam kelas . 10 kumpulan ni la yang akan berjuang dalam kelas teori , assignment group dan sebagainya . kumpulan aku no. 4 ;) . kumpulan 9 ditugaskan untuk bentang assignment topik yang atas ni , so tadi diorang bentang kat kelas. Presentation diorang sangat best ! lantang , para presenter sangat smart . dan aku faham topik ni ;) . sukalah tengok kalau group k.aini yang present .


kat atas ni kan ada 10 subtopic kan , so tadi lecturer aku suruh bahagikan 10 topik ini kepada 10 kumpulan yang ada dalam kelas untuk buat roleplay (lakonan) dalam kelas. group aku no 4, so kena topik no. 4 laa. tajuk : battery,  bermaksud serangan sentuh dalam liability in nursing .


Kiteorang plan dan beri watak untuk masing2x. aku dapat watak penjaga pesakit yang akan memarahi stafnurse bertugas. seperti yang dirancang , semuanya berjalan dengan lancar dan dapat kerjasama sepenuhnya dari member2x group . hehe . suka sangat ! aku suka la kalau ada berlakon2x ni . best ! mesti aku nak masuk walaupun watak cepisan jea. mesti ! . Lakonan dari group lain pun best sangat ! semuanya sporting habis. emm, classmates aku memang terbaik la. bagi aku hari ini kelas yang paling best sepanjang 2 minggu aku belajar teori ni . yang roleplay ni kelas sebelah petang .sebelah pagi pula, Pengarah masuk untuk mengajar  topik motivasi. pehh! Pengarah aku kalau mengajar memang student akan faham gila r. seronok sangat dengar dia mengajar. dia sangat bermotivasi kepada kiteorang. i love u Madam . seriously . aku rasa mcm nak contohi dia ;) .


# Masa ini macam air sungai yang mengalir .Memang seronok kita tengok air mengalir tapi ia tidak akan berpatah balik - Pn.Tan


Pesan Matlutfhi : Jangan asyik mengadap blog jea. studi kena jugak !


Baik bos.


# Puan panggil nama aku , dia suruh sebut 10 subtopik kat atas tu tanpa tengok buku , huhu -_- '
Puan dah kenal aku  , habislah .


Saturday, January 12, 2013

Bakal Jururawat Anda

 Assalamualaikum ,



Mencari sedikit  masa untuk mengupdate blog yg aku sayangi ini. yeaah, aku dah xda banyak masa untuk berblogging sudah. tahun 3 semester 2 merupakan sem terakhir yang perlu aku tempuhi selama 5 bulan lebih jea lagi. rasa sangat bersyukur sebab dah sampai ke tahap ini. bukan senang untuk aku tempuhi semua sem sehingga sem 6 sekarang. ketawa + menangis + sedih + stress xpernah lekang bagi setiap sem. bidang nurse sangat tough sebenarnya. aku banyak belajar , seriusly !


Hasilnya.. aku sekarang dah memegang title super duper senior di kolej kejururawatan . rasa bangga perlu ada untuk memotivasikan diri untuk meneruskan perjuangan ini tp xdalah sampai annonying sangat?! just practice yang diri ni dah mcm senior so tunjuklah yang diri kau tu dah matang. do something yang orang xkan pertikaikan yang kau adalah senior. xpayah la nak selekeh sangat kan.. nanti junior kau xda rasa hormat kat kau. huhu. perbezaan senior and junior memang tradisi di tempat belajar tapi bila masuk praktikal di wad there no more difference between senior and junior bcoz we are 1 as a teamwork ! ganbatte ! ;)



Bila jadi studen t last sem ni (sem 6) banyak borang yang kena aku isi. banyak sangat! antaranya borang penempatan , LJM dan sebagainya. letih sudah ~ tp demi nak habiskan sem 6 , aku sanggup lakukan apa sahaja. kalau teori pulak aku dah kena start studi subjek  dari sem 2 hingga sem 6 untuk jawab soalan exam nanti ! buku nota dah lama tersedia dekat atas meja belajar tp sampai sekarang xsempat nak buka.. huhu.asyik busy dengan benda lain je aku ni..well ;) . praktikal pun kena praktis jugak sebab ujian osce ada 10 stesyen ! oh men~ takutnya! berdebar sangat tapi saat ini dah lama aku tunggu . aku akan guna sebaik mungkin .



Tadi petang ada sesi bergambar untuk dapatkan gambar ukuran pasport as a staf nurse , sebab nak isi borang perlantikan jururawat terlatih so aku pakai line biru di tudung ala2x staf nurse terlatih yang korang jumpa kat hospital tu. ini adalah kali pertama dalam hidup aku dimana aku rasa berdebar giler,  rasa takut untuk pegang pangkat sebagai staf nurse sebab aku xrasa diri aku dah bersedia dengan bidang pekerjaan yang melibatkan nyawa manusia ini.emm. well , apa pun masa tetap berjalan .. berdebar mcm mana pun aku tetap kena ready dari sekarang. doakan aku dapat buat yang terbaik kay ;) .



Alahai dah jadi staf nurse sudah ! , malunya nak tunjuk. ngenge.


My bff ;)

My buddies

Ini adalah koleksi buku cross dari sem 1 -sem 5 . semua pelajar kkm mesti tahu mengenai buku cross ini ;)

sesi bergambar untuk dapatkan gambar pasport as a staf nurse .

kawan2x


Untuk penempatan  masa kerja nanti , aku dah buat keputusan negeri mana yang aku pilih . thank unt korang yang tolong guide aku .

Aku pilih
 1) Kuala Lumpur 
2) Selangor
3) Perak 

Antara 3 negeri ni aku xtahu kkm akan hantar aku kat mana , mintax2 dapat diantara negeri-negeri ni jeala. xnak pergi sabah, sarawak ! jauh sangat kot . huhu.



 Aku adalah bakal staf nurse yg paling muda dalam batch JP 2/2010 .
 berdebar sangat.


  c you next entry ;) .

Monday, January 7, 2013

Patutkah mintak kerja di Kuala Lumpur?




Assalamualaikum ,


Ini entri pantas yang aku buat dalam kelas masa rehat ~

hari ni dah kena start isi borang penempatan untuk kerja di hospital  sbg. staf nurse.
aku sampai sekarang xtahu nak pilih negeri mana nak ambik.
antara kl- selangor-perak-penang-sabah ! .
boleh pilih 3 negeri jea.
dan untuk pilihan pertama aku xthu nak pilih yang mana better .


Seriusly nak sangat KL untuk pilihan pertama , dan kalau pilih kl conferm2 la dapat HKL nanti.
Tapi bila fikir balik mcm xready jea nak duduk kat tengah2 bandar kl tu?
kos hidup tinggi kan? makan? jalan jem.. banjir? sewa rumah tinggi ..semua tu akan berlaku kat sana.
realiti hidup sebenar.
so sampai sekarang aku xleh nak decide patutkah aku pilih KL untuk pilihan pertama?
aku perlukan orang yang berpengalaman yang pernah kerja kat sana untuk beritahu realiti kehidupan yang sebenar kat sana nanti..


kalau ikut mak , mak suruh mintak negeri penang jea sbb dekat dgn rumah
so mcm terjamin r semua kos. haha
tapi, kalau ikut aku.. aku nak merantau dulu
penang tu dah biasa dah bagi aku
teringin plak nak test hidup kat KL.
jiwa muda kan?
mcm nielah..



somebody.. please tunjukkan jalan untuk aku.




Sunday, January 6, 2013

2013 , Permulaan yang baru






Assalamualaikum ,



Sorry lambat wish selamat tahun baru untuk korang ! , lately , aku agak busy. dah masuk tahun baru so aku pun dah naik sem baru . sekarang aku dah final year dan final sem!! aku rasa mcm aku nak jerit je nak bagitau kat satu dunia ni yang aku tinggal lagi 6 bulan je lagi dimana aku perlu berusaha untuk habiskan diploma nursing aku ni. Im waiting so long unt tahun 2013 ni , sebab xsabar nak habis belajar  .


Ingat nak buat wishlist unt tahun baru tapi xjadilah sebab wishlist tahun 2012 xcapai2 pon ;'( . xdalah sedih sampai tongeng menangis. rilex jea. memang mcm ni kan hidup? xsemua yg diimpikan akan tercapai secepat mungkin.. ala baru setahun tunggu dah nak putus asa? come on lah! .. hidup aku masih panjang. insyaallah semua impian akan tercapai . yeah! 2013 merupakan tahun dimana diri aku banyak cas-cas positif ;) .




Seriusly, sekarang ni semua budak2 sebaya dengan aku gilakan gadjet . aku yang naif ni pun dah termakan dengan hasutan gadjet2 yang layak untuk orang kaya jea. oh men~ tolonglah bantu aku . setiap malam asyik mimpi Samsung Galaxy Note 2 jea. aku mana mampu nak beli? dan kenapa aku mesti nak mimpi benda yang buang duit tu?. arhh stressnya dengan perkembangan teknologi sekarang. semuanya mcm menghasut. member2 aku free2 je dapat henset mahal sebab pakwe kasi. oh~ macam haram je aku tengok! menyampah.. haha. padahal jelez.hokayyy~ aku still dalam pemikiran yang normal. itu rezeki diorang biarlah.rezeki aku maybe kot lain kan? manalah tahu..



Untuk semester 6 ni, aku kena isi borang penempatan untuk kerja di hospital nanti . kena pilih 3 negeri. aku still xtahu nak pilih negeri mana. nak pilih diantara negeri selangor, kl, perak, penang, sabah .. aku seriusly kalau ikut kata hati aku nak sangat kerja kat area kl-selangor . sebab? sebab aku nak tengok perlawanan live bola sepak bila harimau malaya main di stadium . dah lama sangat aku teringin nak tengok live kat stadium~ dah mcm apa daaa. tapi xkesa. aku memang fanatik #harimaumalaya! . kalau kerja kat sana nanti senanglah kalau aku nak tengok bola! hehe. suka, suka, suka !!!  selain faktor bola , ada banyak faktor lagi kenapa aku nak kerja kat sana~ . aku xgila lagi kay.



klaaa.. da mengantok sangat. esok da start kelas sem 6. bye!


bilik asrama aku sem 5 !. nanti aku tunjuk bilik baru (sem6) aku pulak ;D