Saturday, January 26, 2013

Trip to Padang Besar , Gua Kelam Perlis


Hey yoo! ,


Assalamualaikum dari saya yang bergelar korie , berlagak diva dengan nama leehyukjae padahal hyukjae sebenar xpernah kenal aku pun . aku je yang tergilakan  dia sampai sanggup cantum nickname cam gitu dalam facebook . ngehngehngeh -_-''


Pada 24-26/1/2013 aku telah diberi cuti secara rasmi untuk merehatkan diri dari penat lelah praktikal di wad. bukan senang nak dapat cuti 3 hari berturut-turut bila dah start praktikal , kebetulan maulidur rasul jatuh hari khamis , jumaat aku dapat HK ( hari kelepasan Am) dan sabtu aku cuti sebab next week aku akan masuk praktikal di  OT ( Operation Theater) . so that y la aku dapat cuti 3 hari .


So bila dah dapat cuti , aku dengan kekawan plan le nak g jejalan . gunakan masa keemasan ini dengan berjalan sepuas-puasnya , lagipun kiteorang dah xlama kat kolej ni haa.. tinggal 5 bulan je lagi. so y not kali ni plan g perlis pulak kan? . penang dah pergi , kl dah , selangor dah , melaka dah , sp dah , so kali ni kiteorang pilih nak jejalan dekat hujung utara pulak . so perlis la destinasinya ;) . destinasi utama adalah Padang Besar dan Gua Kelam .  so mcm biasa , kiteorang sewa kereta untuk trip ke perlis ini . semuanya 3 buah . huhu . agak ramai jugaklah . so memang happening habis ;) . member-member aku yang posting luar dari HSB pun turun jugak untuk join trip ni . jadi memang kawww lah trip kali ni . meriah xpayah cakap .


Perjalanan dari Alor Setar - Padang Besar mengambil masa dalam 1 jam 15minit . Aku ingatkan jauh jugak la padang besar tu dari kolej aku . bila drive kereta semalam , kejap je rasanya . lebih kurang 1 jam lebih jugaklah . jalannya xsusah . dari kolej, korang boleh ikut jalan yang sama nak pergi tesco mergong n masa dekat trafik light simpang 4 after shahab perdana korang ambik kanan . n then korang terus jee .. ikut signboard Padang Besar. dijamin akan sampai ! Insyaallah .Emm , (kalau xthu buat-buat tahu jeala eh -_-')  huhu, sja nak cakap jugak. well, 1 yang best tentang perlis adalah , perlis xda tol , mcm dekat kelantan jugak. haha. so kalau korang datang sini , memang boleh jimat . hurmm , kalau fikir logik memang patut pun perlis xda tol sebab negeri perlis kecik jea. jalannya xbersimpang2 sangat. terus jea .


sembang banyak xguna . jom layan gambar


Wait for car , di  pagi-pagi buta ;)


Padang Besar

Ini kereta yang aku drive , kancil sangat jimat . aku pilih kancil kaler merah juz becouse of im wearing a red peplum ;) , jadi sama naiklah

Our group ;) .

Aku teringin nak rasa tomyam padang besar so menu kiteorang semalam adalah nasi + tomyam campur. rasanya? sedap sangat, . rasanya macam tomyam orang kelantan . btw , kelantan kan ramai orang thai ;) . so xpeliklah .Makanan yang popular kat sini semestinya tomyam , pulut mangga , pulut durian . so kalau datang sini korang kena rasa semua ni . baru best ! .

Dalam Komplex Padang Besar . 2 tingkat je tapi gerai-gerai dia banyak . sampai xlarat nak masuk semua .dalam ni xpanas macam kat luar , dekat sini banyak jual barang macam jersi , kemeja ,kasut , t-shirt , beg, keropok-keropok , mainan , patung , dan macam-macam lagi . apa pun jersi kat sini memang best ! banyak giler jenis jersi football yang boleh didapati kat sini . jersi dia xori tapi gred AAA so maksudnya kain jersi tu berkualiti  mcm yang ori . aku rembat 3 helai jersi untuk abang-abang aku ;) . Cuaca kat perlis panas sikitla. tp kita orang malaysia biasalah , boleh je ngadap panas2 ni .lainlah orang korea yang x tahan panas tu . kan .

#kat sini aku jumpa sweater harimau melaya yang giler cun dan murah ! tapi xjadi nak beli.. sayangkan.
T_T


Gua Kelam

dari kanan pembaca--> k.yan , aku , azah, azu, fatin,sanah, nia n ain ;)

Huhu , huruf pun dah jatuh habis , maybe sebab aku cantik sangat kot semalam . ngehngeh -_-'

Couple dummies ;)


Semua ini poyo !, Patung Domo tu aku beli dengan harga yang sangat murah di padang besar! gilalah .rugi kalau xbeli .Teddy bear kat sana murah sangat . sukalah pergi pergi padang besar . boleh beli teddy bear banyak2. ;) .
Snap !


Secret garden gua kelam , lokasi pengembaraan drama korea secret garden ;) .  hehe . aku gurau .
dalam gua kelam .
Azu yang perasan nak jadi model . haha ;) . tapi dia comellah .
Menjerit sebentar ,Welcome to Gua Kelam Guys and dudes!


Perjalanan trip ke perlis ni menambahkan kenangan aku bersama member jp 2/2010, so memang aku akan simpan baik-baiklah kenangan kita bersama ni . this is my 1st trip berjalan dengan member kolej untuk tahun 2013 so perasaan kali ni memang puas hati sangat . semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada jugak saat-saat kritikal yang mencorakkan lagi trip kali ni. haha. apa yg kritikal sangat?. kiteorang je yang tahu .. well .


So kawan-kawan lepas ni plan nak g mana lak? langkawi ? pangkor? ke tioman? erk , boleh je nak plan awal-awal . kalau jadi enjoy ! kalau xjadi balik rumah laa yea.. -_- '




#haih , makin xsabar nak ada kereta sendiri . ikutkan hati nak je rembat satria neo sebijik . -_-'
 


#Denabahrin dah selamat melahirkan baby boy pada 24/1/2013 yang lalu . tahniah untuk dena ! kawan 1992 ;)

2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo