Saturday, March 16, 2013

Selamat Tinggal Kuala Nerang


Assalamualaikum bhaa..
kamu mahu apa baa?
kamu cantek bhaa.. (nampak sgt menipunya)
belilah satu rantai ini sama aku . aku boleh kasi murah sama kamu..


(petikan dari jual-beli di expo kuala nerang-14/3/2013)


Hye , Alhamdullilah .
Aku telah menghabiskan praktikal aku di hospital kuala nerang selama 3 minggu . dari 16/2/2013-15/3/2013  (1 week semester break) . Ini adalah kali pertama aku posting hospital daerah ;) .  Entri-entri aku sebelum ini telah menjelaskan kisah aku sepanjang di sana so ini adalah entri kesimpulan.. pun boleh?~


Yeah, mcm yang aku cakap, di sana aku banyak belajar , banyak sangat input yang aku dapat . dan skill dan performance aku pun semakin meningkat . Semua staf kesihatan di sana banyak mengajar . even doktor pun beri assignment suruh kiteorang buat . MA kat sini xpayah cakaplah , kalau dekat A&E tu diorang mengajar kiteorang siap guna whiteboard lagi, mcm lecturer mengajar dalam kelas je, padahal tengah berkerja . huhu, well, diorang mengajar bila xda patients jea. kalau ada buatlah kerja masing-masing . staf kat sana memang sangat daebak! xrugi aku dapat posting sini .


Emm, ada seorang staf ni gayanya mcm ustaz . ingatkan dia nak mengajar kiteorang pasal perubatan , sekali dia mengajar keluar topik agama , hehe . kalau aku sama shif dgn dia aku akan pastikan aku bawa satu buku khas untuk catat intipati ceramah agama dia ;) . best ! kelakar pun ada gak bila fikir balik .er, aku ada tanya dia satu soalan .. soalan aku begini , En, xnak sambung ijazah ke? xkan sampai advanced diploma je?. dia reply aku .. ntahla, saya rasa macam dah xsempat jea. kiamat bila-bila jea akan jadi . aku?  ( ... ' terkedu) .
xtahu nak cakap apa , sentap -_-' . aku harap janganlah kiamat lagi , aku nak kerja.. nak kasi duit dekat mak ayah aku dulu boleh? .


Member satu shif di wad perempuan ;) , kerja dengan diorang memang happening
 kak shaq : selalu usik aku dengan mr.polis di lahad datu
pika : suka buat muka cute dia tu , otak dia boleh pakai oo ;)
shira : wikipedia semua jenis ubat , aku selalu nak fight pasal ubat dgn dia ni .
mashitah : suka mengusik aku , sama je dia ni dgn kak shaq . tapi dia ni kelakar gat!
Kecik :aku banyak dapat input psl kecantikkan dari dia
Lily : my domo-kun . kiteorang ada kimia ;)


Gabungan dengan geng wad sebelah . best2!  kiteorang kat sini dah macam 1 family besar . best sangat dgn diorang ;)

Malaysia sangat panas sekarang . begitu juga gambar ini . sanggup aku duduk tengah panas semata2 nak ambik gambar kat sini . benda yg aku pegang tu panas ya amat, sebab tu ah aku pgg gitu -_- ' pun boleh .

Praktikal kat hospital ni terbahagi kepada 3 tempat , 1st aku masuk wad lelaki , 2nd kecemasan dan trauma(A&E) dan 3rd wad perempuan . . group aku plg lama praktikal di (A&E) , iaitu selama 7 hari . sangat best! mcm-mcm kes ada . i have learn a lot ! cuma sayang xdapat kes yang kena pos-mortem ;'( . teringin sangat nak tengok pos-mortem .
pos-mortem : bedah mayat .

my best patnerlah masa bekerja !

Last day outing #

Hari last bekerja adalah hari khamis (14/3/13) , hari tu semua group 4&7 kerja shif pagi . so petang tu after salam-salam untuk kali terakhir dengan semua staf kat ospital kiteorang plan kuar g pekan kuala nerang beramai-ramai . ada expo yang sedang berlansung kat pekan kuala nerang dari 28/2/13-31/3/13 .


lepak di Myfc



My rumate yang terkejut beruk dengan chezzieee yang meleleh habis~ sedap !

sempat buat terapi ion untuk buang toksik dalam badan ;) . xsangka, even aku baru berumur 21, banyak giler toksik dalam  badan aku yang keluar masa buat ni .. terapi ni sangat bagus tau! trylah buat .

masa gembira aku dan mereka ! kenangan siot ;)



well, saja buat best ambik gambar kat sini ;) aku kan orang luar di sini. hahaha. pelancong la kononya .

Ni gambar masa awal-awal posting kat kuala nerang ;) .


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran . so ini adalah cerita pengakhiran aku di kuala nerang bersama member JP 2/2010 (group 4&7) . staf nurse , jururawat masyarakat , ma , doktor semua banyak membantu . well , sampai sini je kot entri aku kali ni. yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang tu datangnya dari aku sendiri .





#aku beli rantai yg org sabah tu jual, rumate aku pun beli sekali ;) , bukan terpedaya dengan ayat manis dia eh cuma aku sememangnya dah lama nak buat rantai berukir nama 'korie'



Thank sbb baca.



I LUV MY FRIENDS A LOT


2 comments:

  1. Salam...saya pun penah keja sana 6 bulan. Penah duduk kat kuarters E2..ada hantu kuarters tu. Kuala nerang memang best.terutama makan kat kedai tepi sungai tu.

    ReplyDelete
  2. Salam...saya pun penah keja sana 6 bulan. Penah duduk kat kuarters E2..ada hantu kuarters tu. Kuala nerang memang best.terutama makan kat kedai tepi sungai tu.

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo