Wednesday, January 22, 2014

Lemah tapi paru-paru masih kuat .

Salam ,

aku menulis ini dalam keadaan aku yg xstabil, emosi aku dan out of control , fikiran aku dah xdapat fokus , jiwa aku dah xberapa nak tenang . aku da lemah , lemah sangat . tapi aku cuba mencari kekuatan rohani untuk lawan dengan masalah yg aku hadapi sekarang .. dulu aku pernah sekali menghadapi perkara yang sama , aku memang jatuh masa tu , dan aku ambik masa untuk bangun semula tpi situasi sekarang memang dah xsama mcm dulu . aku mungkin nampak kuat dari fizikal tapi dalaman aku hanya Allah swt je yang tahu , aku cuba lawan diri aku untuk terus kuat tapi aku xdapat nak tipu dengan apa yang aku rasa sekarang . hati aku kerap bertanya , kenapa benda ni terjadi kat aku dan masa aku? kenapa x masa lain , ianya memang soalan klise' kan.. kenapa dan kenapa? aku dah la stress dengan banyak benda , banyak sangat dah benda yang jadi kat aku sebelum ni .. tapi aku still boleh tahan sebab aku kenal diri aku ditahap mana . tapi untuk 2, 3 hari yang lepas dan hari ni , aku memang xboleh tahan.. aku dah lemah sangat . air mata mungkin ubat untuk kaum wanita, tapi aku dah tiada air mata untuk ditangisi , semuanya dah out of stock tahu x.. aku fikir ada ke orang lain fikir aku ni tengah susah sekarang , ada ke sapa-sapa peduli?. mungkin ada dan mungkin tidak . tapi aku yakin Allah swt itu ada dan sentiasa bagi kekuatan untuk aku hadapi dugaan ni .Allah swt x pernah kejam dekat kita kan? dia sentiasa beri rahmat kepada hambanya tapi hambanya yang tidak bersyukur . Alhamdullilah, di tahap sekarang aku masih nampak rahmat Allah swt . semoga aku terus nampak rahmat yang Allah bagi kat aku .Doakan. Aku harap aku kuat . Aku selalu pegang kata-kata ni ,Sebenarnya Allah swt sayang kat aku .

481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah 
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    
(Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2) 

Korang , aku perlukan support dari korang , please .


My job is not easy . sekarang adalah masa susah aku .

Aku juga manusia biasa. manusia pliss jangan hukum aku begini .



Monday, January 13, 2014

Diari cemas # 2

Salam ,
hari ni aku kerja sampai xmangadap dunia langsung .. buat double shif pagi dan petang / erk . xtahu la nak cakap mcm mana penat ni, tapi yang pasti memang penat sgt . masa shif pagi, patient aku dari kalangan baby.. mai masuk ptg bertambah rancak obs ward.  sekali hantar 2 3 orang , memang rasa mcm nak tumbuk diri sendiri jer , haha. sekarang ni kan.. apa yang aku rasa bila aku kena handle banyak patient dalam satu masa yg sama aku rasa mcm fun sangat, senyum xlepas. rasa mcm nak ketawa jer .. maybe sebab terlampau stress sampai jadi gila sorang? haha. bahaya ouh . tapi itulah, kalau aku xlayan perasaan ni, memang jem r kepala otak. excelly kan, kadang2x bila stress time kerja ni kita mesti akan terfikir nak resign dan maki tindakan zaman dahulu kenapa  kita pilih bidang ni.. kan? haha. biasalah manusia, xkan ada yg sempurna .

Tadi timbul isu masalah dengan lab , adoii.. penat aku nak buat report bagai, disebabkan report ni, aku balik 12 mlm tadi , mcm hampeh . tapi demi pikiar sebab kerja makan gaji so kenalah kerja betul-betul kan .

Sekarang ni musim denggi , patient aku yg masuk kena tahan dekat obs ward kebnyakkan denggi jer . lepas tu kena hydrate , ramai xramai xterkata laa.. kadang-kadang aku mcm nak bunoh nyamok sekor-sekor , grr. disebabkan merekalah aku banyk kerja.. haha. tp busy mana pon dah jadi best da sekrang..

Saturday, January 11, 2014

Diari Cemas #1

Aku rasa aku dah kena start tulis diari balik sempena tahun baru ni ..
mungkin lps keja aku boleh spent time beberapa minit unt update bendaalah ni .. for what? ntah. mungkin nanti-nanti aku rasa entri ni sangat bernilai bila aku tua nanti ..

Hari ni kerja pagi , pagi tadi aku hadiri cne pasal '5S' sebijik mcm lecturer aku ceramah masa kat kolej dulu cuma kali ni lebih spesifik mengenai kerja . so lepas ni tempat kerja memang kena ada 5S yang aku sendiri pun x laksana . HAHA. so bila nak laksana? korang tolong jawablah untuk aku .

Tadi aku kena incharged kes OSCC molested , yeah , fresh jugaklah tapi biasalah , molested adalah kes yang biasa-biasa je , Xsehebat rape kes fresh 72jam . aku xpenah lagi kena kes fresh rape '. teringin sangat nak belajar buat fresh kes , mungkin lps dah pandai buat kes fresh aku da layak jadi agen CSI :) . ahak .

Tadi dekat ED ada jamuan , Nasi beriyani , ada doktor yg nak tranfer ke hospital lain . beria aku xnak beli lunch sebab nak makan jamuan tu, sekali punyala aku sibuk buat kerja kat obs ward ,sampai xsempat nak makan , dan xsempat nak suruh sapa-sapa simpankan , so d akhir cerita masa aku nak g makan , makanan da habis :'( , giler sentap perut tengok orang lain dpt makan , diri sendiri dpt bau jer . erk . mungkin xda rezeki . so biar jealah . balik kerja terus singgah kena mamak beli nasi berlauk , aku ambik lauk dagaing  goreng halia , boleh kata banyak jugak r aku ambik sebab aku ni kaki daging , sekali bila rasa daging tuh , masin yaa ampunn !. gulpp! terus hilang selera nak makan . grrr .



apalah nasib aku hari ni ..

sabar je layan hidup ini ..


bye .

esok aku kerja pagi lagi .



Wednesday, January 1, 2014

Pesta Penang 2013 penamat tahun 2013 gua !


Assalamualaikum 2014 ,
hello to the new year ! new reader maybe? hi hi hi .. :)

Xsempat nak pos entry tahun lepas dah masuk tahun baru so continue je lah eh, maapla xsempat da aku nak ligan tahun lepas punya masa ,nak tekan butang pause pon xdapat , remote masa tertinggal kat rumah di ampang. penat . lenguh satu badan terutama belah perut sebab tadi baru p pekena steamboat& grill kat classic cafe, parit buntar . kenyang 1 badan nak habaq kat hang .

Semalam , 30/12/13 aku dengan pamily aku g merendek kat pesta penang untuk keberapa kali dah aku xhingat tapi yg pasti selama aku dok kat penang , setiap tahun memang aku xpernah miss pergi pesta . ahak! gua anak jati penang youu.. xpernah tinggal pesta . herher . itu pun nak kecoh?! .

xpeala , gua kecoh untuk diri gua je, gua xkacau hidup orang lain kan?.

Sebelum masuk cerita pesta , aku nak habaq sikitlah , sempena tahun baru ni aku dapat cuti 6 hari yooo . dari 28/12/13-2/1/14 . dasyat x? hehe . sebenarnya aku sendiri pun xsangka yg sister bagi aku cuti selama tuh , aku rasa takut pun ada sebab tetiba je aku dapat cuti panjang . aku ada buat salah ke apa?. tapi biaq p lah, xkira dah aku, janji aku balik penang . dapat jumpa orang-orang tersayang kat kampung. best wooo .. plus, dapat rest kat kampung.. rasa berangin je kepala hotak bila kena angin sepoi-sepoi bahasa kat kampung . grrr . duduk kat ke'el mengadap kerja buat aku kelihatan tua jerr. padahal aku ni belia remaja lagi bergetah haa.. punya nak habaqq tahap kestressan aku .

ok sudah .

1st , bila sampai rumah , benda pertama yg aku buat adalah memakai inai , untuk apa? ntah saja suka-suka. ada inai lebih yg mak aku giling . so aku pakai jeala .kalau nak tahu, aku ni pantang nampak inai yg dah digiling , terus nak pakai. punyalah syok pakai sampai terlupa yg aku ni dah berkerja sebagai staf nurse dan sebagai staf nurse adalah tidak digalakkan untuk memakai inai semasa berkerja , nanti sister marah . huhu. tp benda dah pakai nak buat mcm mana kan?kaan? kaaan? biar jeala . lgpun benda ni bukan haram pun en. haha.. maaplah sister , gua xdgr ckp .


Omey x inai kat tangan kita? hahak ~ suka- suka-suka .

Ini baru start cerita pasai pesta !

Atas jambatan pulau pinang , sebenarnya aku nak lalu dekat jabatan kedua pulau pinang tapi jabatan kedua tu xbuka lagi lahh. aku ingtkan dah buka dah.. katanya bulan 1 2014 nanti . baru excited nak naik jabatan kedua ouh~


ok ! dah sampai . excitedkan muka aku?~ terserlah sangat. haha .dalam kepala dok ingat nak main jer bila masuk nanti .


Mak aku ,naseblah dapat anak yg gila bergambaq :) . xpew, mak dah faham .

mak lagi tua, tapi kenapa mak pendek dari cek ni?~ haih, terbantut eh? hehe. gurau je mak . jgn makan hati .

adik tengok apa tu? kakak ni comel sgt en? ahak! ok# pasann sangattt .

adik + mak . adik kata kat aku dia x redha aku ambik gambaq dia sebab dia xsuka bergambaq . hahaha . lantak hang la adik oii.. aku nak ambik gambaq mak je sebenarnya, hang tu yg perasan.. hahaha.



strawbery ni makan  dengan coklat cair . perhh! sedap .


Taman mini i-city. Aku suka taman ni , dia beri aku semangat untuk terus bergmbaq !.
















ROLLER COSTER , aku naik sebab adik aku ajak , ni roller coster bebudak je ni, tapi nampak mcm extream sikit r  sebab mcm besar . sebelum naik rasa rilex jer , masa naik rasa annonying je, lepas habis main, rasa mcm nak ckp what? takat ini jer dia pusing? WTF!. habis duit aku .. xbest lngsung .tp bagi adik aku , inilah game plg best untuk dia . so accept jer LAH ye.


Nampak x EURO WHEEL kat belakang tuh , euro wheel ni kena tutup , xboleh main sebab kes budak 6 tahun jatuh dari situ dan koma.bila euro wheel ni xbuka,funfair kat pesta jd mcm suram sikit sebab  lampu euro wheel xdibuka so  dekat funfair hilanglah satu cahaya lampu giant yg selalu menerangi tapak pesta !sebelum ni xpernah ada kes budak jatuh kat sini, pelik lah aku. something wrong somewhere ouh . funfair ni dah lama kot bertapak . memang malang xberbau lah.

Ini TOPGUN ! aku naik game ni ! grrr.. sebelum naik excited giler sampai melompat-lompat xsabar nak naik , masa tengah main rasa mcm nak mencarut jer sebab game ni mcm gila~ ketaq habih kepala lutut weh. rasa mcm nak bernafas pun xdan. memang lepas habis main, jari jemari tangan aku dok ketaq xhabis-habis  grr.. pastu nak makan pun xlalu sbb rasa mcm dunia dah terbalik ja. haha. semua ni side effect lps main tapi yg penting game ni best GILAK!  aku suka.

Gua puas hati dengan TOPGUN!

Sebelum aku naik TOPGUN aku main game Hunted Castle, aku masuk rumah hantu ni dengan adik aku ,konon mcm gempak la rumah hantu ni sebab dari luar nampak mcm besar jer tapi bila masuk mcm haram jerr. xbest langsung!. dah la masuk tu sekejap je. aku rasa kalau kira aku duduk dalam rumah hantu tu xsampai pun seminit, dah dibawa keluar dgn roller coster bodoh dia tu. memang game ni paling xbest dan paling merugikan. haha. tp xpeala. sekurang-kurangnya aku dah masuk.pasni kalau orang len habaq rumah hantu ni best, nampak sangat dia nak bohong aku.. haha,

Ini game VORTEX, game yg paling high-class gitu ! memang paling extreamlah. kalau hang ada penyakit jantung or heartattack aku rasa hang boleh mati lah masa main game nih.aku dah pernah naik sekali 2 tahun lepas. lepas naik rasa menyesal gila sebab lepas main game ni nak jejak tanah pun xrasa. haha ! game ni memang aku reccomended kat korang kalau nak naik! memang best GILAK!. korang kena rasa sendiri 'rasa' tu masa main. hehe .


Medan selera pesta penang .

 

Karpet yg dijual memang paling HOT di pesta ! sebab murah sangat. memang kena serbu .

Hehe , inilah jadinya bila org degil . dahla tahu nanti kena marah dengan sister sebab pakai inai kat tangan sekali aku p tambah henna pulak kat lengan haaa. sekali lagi maapla sister , inai ni tahan 2 minggu jer kot. aku xboleh bila nampak org buat henna, sebab cantik sangat ! so aku pun buatlah.

cantik kan. memang aku puas hati ah. lantaklah kalau kena marah kat tempat kerja pun, janji aku puas hati . :)

Aku beli gelang tangan ni ~ smart doh!

 
hasil bila henna dah kering .


31/12/13
Lepak dengan member makan steambot & grill kat classic cafe parit buntar . Makanan kat sini unlimited, ambik je berapa banyak hang nak ambik, janji makan sampai kenyang . so makan kat sini memang layan habiss ah .. :)





muka kenyang dan sampai dah xtahu nak mention apa ? haha

So tahun 2013 dah selamat menjadi kenangan yg baru jer berlalu, kalau kentut, sempat lagi bau sampai tahun ni enn. haha#gurau. . tahun 2014 muncul membawa sejuta harapan dan impian . Tahun 2013 sangat memberi makna kepada aku dimana hidup aku telah melalui fasa perubahan iaitu fasa berkerja dimana aku bukan lagi student kolej seperti dulu . now, aku dah ada duit sendiri untuk support diri aku dan menjalani hidup seperti orang dewasa yang lain . Hidup yang aku tempuhi sekarang penuh dengan cabaran dan kejutan , aku xpasti samada aku dapat hadapi segala cabaran hidup yg mendatang dengan baik atau tidak . yang aku tahu, aku kena kuat dari segala aspek dan ready untuk hadapi segala rintangan . Apa pun , solat jangan tinggal. doa itu penting . dan hargailah mereka yg sentiasa menyayangi diri kita ini . Allah swt know u the best. Yakin kepadaNYA.Insyaallah semuanya dipermudahkan.



Selamat Tahun Baru korang ! bila free? jom lepak kat Time Square, Ke'el .