Wednesday, January 22, 2014

Lemah tapi paru-paru masih kuat .

Salam ,

aku menulis ini dalam keadaan aku yg xstabil, emosi aku dan out of control , fikiran aku dah xdapat fokus , jiwa aku dah xberapa nak tenang . aku da lemah , lemah sangat . tapi aku cuba mencari kekuatan rohani untuk lawan dengan masalah yg aku hadapi sekarang .. dulu aku pernah sekali menghadapi perkara yang sama , aku memang jatuh masa tu , dan aku ambik masa untuk bangun semula tpi situasi sekarang memang dah xsama mcm dulu . aku mungkin nampak kuat dari fizikal tapi dalaman aku hanya Allah swt je yang tahu , aku cuba lawan diri aku untuk terus kuat tapi aku xdapat nak tipu dengan apa yang aku rasa sekarang . hati aku kerap bertanya , kenapa benda ni terjadi kat aku dan masa aku? kenapa x masa lain , ianya memang soalan klise' kan.. kenapa dan kenapa? aku dah la stress dengan banyak benda , banyak sangat dah benda yang jadi kat aku sebelum ni .. tapi aku still boleh tahan sebab aku kenal diri aku ditahap mana . tapi untuk 2, 3 hari yang lepas dan hari ni , aku memang xboleh tahan.. aku dah lemah sangat . air mata mungkin ubat untuk kaum wanita, tapi aku dah tiada air mata untuk ditangisi , semuanya dah out of stock tahu x.. aku fikir ada ke orang lain fikir aku ni tengah susah sekarang , ada ke sapa-sapa peduli?. mungkin ada dan mungkin tidak . tapi aku yakin Allah swt itu ada dan sentiasa bagi kekuatan untuk aku hadapi dugaan ni .Allah swt x pernah kejam dekat kita kan? dia sentiasa beri rahmat kepada hambanya tapi hambanya yang tidak bersyukur . Alhamdullilah, di tahap sekarang aku masih nampak rahmat Allah swt . semoga aku terus nampak rahmat yang Allah bagi kat aku .Doakan. Aku harap aku kuat . Aku selalu pegang kata-kata ni ,Sebenarnya Allah swt sayang kat aku .

481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah 
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    
(Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2) 

Korang , aku perlukan support dari korang , please .


My job is not easy . sekarang adalah masa susah aku .

Aku juga manusia biasa. manusia pliss jangan hukum aku begini .



1 comment:

  1. awat cheq? sedih bunyi nye.. ade prob or sakit sgt ke?

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo