Tuesday, September 30, 2014

Ban Pecah Memorable


 18/9/2014

Bilamana asalnya aku benci dengan bau laut , aku xsuka dengar bunyi ombak yg membidas bumi tanpa perasaan . tapi perasaan benci inilah mengajar aku erti keamanan yg tiada di tempat lain . sekarang aku dah xmcm dulu , aku sudah sangat cinta akan laut dan segalanya mengenai laut .

Asalnya aku tiada tujuan , aku hanya ikut naluri hati mahu kemana, kata hati mahu ke laut , so aku bawalah diri ke laut , Ban Pecah ,Tanjung Piandang,  Perak .xjauh mana dari rumah . berhampiran sahaja . dalam 20 minit da sampai . Aku ditemani oleh member sekolah aku , Ain . well . Mulanya mcm dia ada hal ptg tu , tapi disebabkan aku guna kuasa aku sebagai member baik' dia so dia tidak ada hak untuk tolak pelawaan aku hari itu . naseb .

Masa aku di sini , aku ingat nak buang celaka dalam laut , biar tengelam dan mati dibawa arus laut yg rakus itu . aku cuba buang , mungkin separuh sudah pergi dan lagi separuh sudah sebati dalam darah aku . biarlah mungkin yg separuh tetinggal itu boleh menjadi motivasi untuk aku di masa hadapan .

Kenapa aku suka laut? , laut sebenarnya mengajar aku untuk menjadi lebih tenang dan serba sedikit dapat melahirkan rasa 'syukur' dan redha dengan ketentuan Ilahi , Aku muda , aku mudah leka dengan dunia , bila jadi celaka dalam hidup mulala nak memberontak bagai dunia ni kepunyaan hak aku . xnak kalah dengan ego , hanya aku jer yg betul tapi hakikatnya aku masih muda dan penilaian aku untuk sesuatu celaka amat terhad untuk aku fahami  . yeah . aku sedang belajar semua itu . Jiwa kena tabah untuk hadapi celaka dahulu sebelum nak mula belajar apa itu celaka dlm hidup . faham .

...
Aku sekarang tengah belajar untuk menggunakan kamera DSLR . mana tahu , rezeki masa depan aku bermula dari sini . So ini adalah hasil kamera DSLR aku . aku cuba , aku try buat yg terbaik walaupun permulaanya masih kelam .Whatever is it aku akan terus mencuba . I will never give up with Photography .

















Indahnya ciptaan tuhan sehinggakan aku boleh tersenyum dan jiwa kembali tenang seperti air di lautan dalam . kau sedih? jiwa kau kacau? pergilah kelaut , cuba cari ketenangan dengan memandang di penghujung laut , kau akan nampak apa yg kau cari .


#Thank AIN sebab merelakan jiwa kau untuk jadi model aku dan mendengar rintihan jiwa aku yg mendambakan ketenangan yg xmungkin aku dapat di KL .




No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo