Thursday, March 31, 2011

Hari Kempat di WAD

Salam korang,
Hope korang sihat-sihat selalu.
Korie clinical story is back!. today saya nak cerita pasal praktikal di wad. wad ortopedik
Aku akan berada di wad ini dalam 2minggu. hari ni baru masuk hari yang keempat. hari first aku shif pagi setelah 3 hari berturut aku bermimpi panjang sebab kerja petang. so bley bangun lambat ler! but i still solat subuh ok. then, tidur balik. korang jangan amalkan yea :). xbaik orang cakap. aku xpew.
Ok. disebabkan hari ni hari 1st aku kerja shif pagi. punyala excited agaknyer? bangun awal! pastu turun g cafe kolej pukul 6.30 setelah benggang tunggu kawan aku yang sama shif dengan aku.. aku yang si minah lambat sokmo pun bley cepat dari die.. mmg dia melampau ni. tp aku sabar jeala yea.. sebab aku pown sama jea nan dia.. g cafe kolej.' mengharapkan menu nasi lemak'tapi malangnyer nasi lemak dipadamkan dengan roti sekaya!. oh no!. aku dah kebulur nasi lemak.. aku dengan kwn-kawan aku pun  xjadi makan dekat cafe disebabkan menu hampeh tu.. mana nak kenyang!. apa lerr

So kita gerak g pintu nak keluar dari kolej. nak singah kedai kat hospital tu.. nak belasah nasi lemak dua bungkus kata hati aku ler.. dot dot.. terbantut aku tengah jalan bila ditarik oleh somebody kat belakang sebelum aku melepas jejak keluar dari pintu kolej.. aku pown dengan sempoinye pusing ke belakang.. siapakah? kak senior sem 6 yang aku knl. dia cakap aku xpakai 'pep' ( tanda hijau unt jp sem 2 yang diletakkan di bahu uniform' aku xpakai..) lps tu baru aku tersedar. terkejut beruk aku.. so apa lagi.. aku terus lari naik asrama balik la p ambik sebab time tu dah lmabt dah.. tp sebelum aku pecut tu aku sempat pesan kat kwn aku belikan nasi lemak kat aku sekali.. huhu.

Masuk wad..
mengadap patient yang sama. ada beberapa patience sudah discharge..xsempat  nak jumpa.. huhu
Pagi ni aku buat sponging dekat patient. Eh! korang tahu ke sponging tu apa? 'mandikan patient atas katil' itu dinamakan sponging. Singkatan medical paling femes dalam wad adalah BO dan PU. Korang tahu x ape tu?
huhu. kalau nak tahu korang kena baca sampai habis dulu lah entri ni yea.
Buat sponging.. setelah lama aku xbuat sponging.. ini hari 1st aku buat sponging dlm 4 hari praktikal ni.huhu. sebabnyer sponging hanya dilakukan pada waktu pagi sahaja yea. kalau tepid sponging baru dilakukan pada bila-bila masa yang perlu. juz unt patient yang mencapai tahap pyrexia( demam). Disebabkan lama dah xbuat sponging so aku blur la sikit.. slow sikit.. lupa dah step-step dia tp still rilex jea sb aku bukan buat sorang.. bersama kawan aku si opah( bukan nama sebenar).Haha..

Seorang patient mengambil masa 15-30minit unt siap sponging.. ikut keadaan sakit patient. wad aku ni wad berkenaan dengan masalah tulang so sensitif sikit la dalam pengerakkan ni. Erm. stop dekat sponging.
Next! Buat observation. buat beramai-ramai.. so cepat habis.. bila dah habis kerja.. cari patient yang mana kena buat dressing.. Sem 2 dah belajar buat dressing! nanti masuk osce so kena belajar masa praktikal ni la sebelum osce sebenar datang. huhu. aku xnak fail osce!. mintak simpang.

Then, aku tolong kakak senior buang S.T.O. aku juz assist jea. prosedur sterile. remeh sikit.lps habis buat tu aku tolong simpankan kidney dish yang dah xsterile tu dekat tempat penyimpanan bekas non sterile di utiliti kotor. aku simpan elokx2.Erm. nak dijadikan cerita.. selepas 2 jam aku letak benda tu tiba-tiba aku yang tengah mengalamun berdating bersama eunhyuk kembali pada dunia yang nyata bila ditegur oleh kak senior yang aku tolong jadi assist dia td.. Aku tanya dia kenapa kak? dia tanya  aku letak mana bekas S.T.O tu sebabnyer barang dalam bekas tu xcukup. gunting xda!. aku cakap jeala.. aku ckp a aku dah letak bekas tu dlm tempat dia.. kak carik punya carik dalam bekas tu tetap xjumpa.. pastu staf nurse xxx pun datangla kat aku. dia tanya aku 'xxxxxx mana kamu letak bekas set s.t.o yang telah digunakan'  aku pun jawab.  'tadi saya dah letak kat tempat ni' huhu. cari punya cari xjumpa jugak..aku dah cuak tp muka  rilex jea.

Staf tu cakap kalu xjumpa jugak aku kena ganti balik. perhhh! giler la.. sudah la malas aku nak fikir. makin difikir makin serabut. Dia cakap lagi u jangan balik sehingga u jumpa gunting tu.masa tu dah pukul 2pm tau. masa untuk balik. Hadoii.. masa ni jugak la datang masalah. aku dengan kak tu pown cari bersama-sama.. last-last korang nak tahu staf nurse xxx tu yang jumpa. ada kat receiver bawah troli dressing td. apa la!. aku mana r tahu semua tu.. yang aku tahu aku nak hantar benda tu dekat utiliti kotor. xpasal-pasal kena carik tadi. huhu. pengajaran unt masa hadapan.Staf nurse yang barang tadi cakap aku ' staf nurse xmarah pon,mmg staf macam tu' huhu biar sudent kecut peut so xberani buat salah. huhu.

Balik asrama.. pukul 2.20pm..
aku mandi.. solat..
then tidur kejap.. pukul 3.30 roomate aku gerak aku yang dah lena unt pergi prep. prep mula pukul  3.30
Wajib! huh penat sangat. baru balik kerja kena pergi prep. pihak pentadbiran kolej xfaham kea ha?
dah la kena study kat kelas..pakai baju t-shirt kolej. kasut bertutup.. skema giler bapak. xyah cakap.
Aku pergi prep bawak netbook. Surfing! walaupun hati panas dengan pentadbiran kolej yang xfaham dengan pelajarnyer.

BO-Bowel open
PU-Pass Urine                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Wednesday, March 30, 2011

1st day practical in ward as student SEM 2

Salam korang.
Ok entri ni aku update pasal semalam.. 28/3/2011
Sebabnya semalam xdapat nak update sebab penat sangat balik kerja (praktikal)
1st masuk praktikal unt sem ni.so disebabkan ini adalah first time aku masuk praktikal un sem 2 aku nak coretkan sedikit apa yand dah jadi untuk tatapan aku pasa masa tua nanti.. huhu
Ok.. aku diletakkan dalam wad ortopedic (wad tulang) wad lelaki.Ermm.. wad yang sama masa aku sem 1 masa 1st praktikal so xjanggal sgt la bila masuk wad.. aku suke wad ni.Rasa lega sangat bila dapat kerja kat wad ni. Macam-macam ada..

Ermm. disebabkan dah lama xmasuk praktkal segala prosedur nak buat kerja semalam jadi blurr. nak tengok 'BHT-vital sign patient punya rekod' pun xtahu nak tengok apa.. nak ambik BP( blood pressure) pun blur sekejap.. huh. senang cerita blur la semuanyer.. masa pertengahan praktikal tu dah bley alert.. Aku semalam kena cuci BO 3x. Perhhh. hum.. btw.. aku dah biasa. ikhlas unt tolong patient sudah..

Bila masuk wad.. kita dapat belajar mcm-mcm.. kita dapat rasa 1 perasaan yang xdapat nak kita gambarkan dengan kata-kata. Mcm-macam sakit patient yang kita bley jumpa.. wad aku semuanya patient yang sakit tulang.. patah kea.. nak buat pembedahan kea.. segalanyer yang berkaitan dengan tulang dimasukkan ke wad ini.. korang akan jumpa byk besi yang dimsukkan ke dalam anggota badan patient.. biasalah tue.. bg aku.. jururawat pelatih agak susah sikit la jikaalau nak ubah posisi pesakit yang tengah baring ke posisi lain unt lakukan prosedur.. sebabnya patient sakit tulang kn.. patah sana dan sini.. kalau gerak sikit.. sakit.. mmg banyak bersabar dan kerja mesti saling membantu.

Huh.. aku masuk shif ptg.. pukul 9pm aku balik. penat sangat.. rasa mcm nak collapse jea. sakit kaki. lutut.. semua la.. bayangkan 1 shif kena berdiri.. sebab kerja kita ni mmg kena banyak berdiri dan berjalan.. senang dapat vericose vein. huhu.

to be continue....

Sunday, March 27, 2011

Unsur bawaan Lady Gaga 'IILUMINITI' terdapat pada Ringgit Malaysia

 paradigma mukmin
Salam semua..  entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua..
Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat yang nama glemernye “Baha” (die pun tahu dari orang lain jugak).. so, disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.
Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?
paradigma mukmin
Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia
paradigma mukmin
Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?
Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol  haiwan diatas adalah berekor panjang..
Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!
paradigma mukmin
kijang adalah mempunyai ekor yang pendek
paradigma mukmin
Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.
Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam).  Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid
Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.
Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?
paradigma mukmin
paradigma mukmin
Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel
Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.
Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia
Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. Jadi saya harap kesalahan maklumat saya ini ditegur dan diperbetulkan. :) 


Credit:AKUISLAM

Dr.Kepala Cendawan dan dot dot dot Dalam BOTOL.. ape Cer?

Salam sabtu korang..
alaar.. dah masuk hari ahad dah pown.. Ahhh! aku xkire. aku nak update jugek kisah hidup aku untuk hari ni.. nanti dah tua aku nak baca balik apa yang aku dah buat pada 26/3/2011 nie. Errmm..

Ok.. tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri kerana elaun dah masuk`  dan maksudnya aku boley la joli guna duit kerajaan tu.. apakah? xdala wei. aku xpernah joli duit kerajaan k.. duit kerajaan duit kita semua.. huhu.. agaknyer mmg bgus lah aku berblogging menggunakan broadband yang dibayar menggunakan elaun yang kerajaan bagi.. huhu.. btw thank yea kerajaan Malaysia.. sebab support aku belajar. aku xkan sia-siakan kepercayaan korang yang berikan kepada aku untuk studi di tempat korang.

So elaun dah masuk... maksudnyer apa? Outing ler kwn-kwn. aku keluar outing ke JITRA.Buat pertama kali la aku outing ke JITRa.. sebabnyer sebelum ni aku selalu outing dekat area bandar Alor setar tu jea..xTahu kenapa tetiba bila diajak g jitra aku rasa nak pergi.. dorang bahan aku menggunakan cara ni ' Jom g Jitra.. kat situ ada Mall.. bley la kita usha baju untuk farewell yang xlama lagi ni.. 'so aku mmg xda idea nak pakai apa masa farewell yang bertemakan kod baju 'Red and Black!.Huhu.. agakx2 REDMUMMY kita ada x tutorial fesyen Red n Black?

Erm.. kita g bertiga jea.. perjalanan ke sana diirngi dengan hujan yang turun bagaikan membelai bumi yang kehausan... agak renyai-renyai la.. perjalanan agak lama sebabnyer agak jauh jugek la.. aku pown xthau berapa KM dier.. xkira la pulak aku.

Bila dah sampai.. setibanyer di depan pintu Jitra Mall.. mcm-macam rupa manusia yang ada kat sna..Heh,. aku apa lagi.. usha ler.. xhabis-habis.. tengok gelagat orang lain di Mall or shopping complex merupakat 1 hobi bagi aku.. xthau kenapa.. tapi aku enjoy lakukan benda ni.. bley kutuk-kutuk.. bley nilai orang ni baik kea jahat kea.. tengok cara dia berfesyen.. cara dia pakai shawl.. cara dia pandang kita kalau dia perasaan dah yang paling best bila dapat usha couple depan mata. Wahh! memang mata aku lagi tajam la.. So korang kalau korang nak tahu.. Inilah aku.. siapa diantara korang yang rela diusha? huhu

Survey punya survey.. dari utara ke selatan... xda pown baju yang bley dipakai di farewell.. ada kaler hitam merah tapi disebabkan kod tema baju nak kaler tu.. terpaksala aku.. Akhirnya.. tanpa berkata-kata masa di mall aku rasa bersyukur sangat sebab hari ni dapat menyumbangkan derma kat mangsa gempa bumi di Jepun.I always support u guys!. Wake up! and be calm..

Jalan punya jalan.. akhirnya xdaa jugek barang yang aku beli untuk farewell .. usha jea lebih.. ada yang berkenan tapi duit xdapat nak keluar la dari poket.. Hurmm.. bila fikir balik aku malas la plak nak beli baju ni sebab ini akan menghabiskan duit aku jea wei.. dah la kena bayar tambang teksi yang agak mahal..

Huh korang.. kenal x.. Dr yang berambut cendawan tu?. Opps! haha.. aku juz follow blogger lain jea yang panggil dia rambut cendawan sebab rambut dia mcm tu. tapi kan.. aku rasa rambut yang betulx2 mcm cendawan adalah si Lin Da Lang as hero dalam drama taiwan yang bertajuk 'Hi My Sweetheart'. Ala drama yang show lou dan Rainie yang berlakon tue la.. mmg best! rugi kalau xtengok.Sebab apa aku tiba-tibacakap psl doktor ni adalah disebabkan masa aku on da way nak balik kolej aku berhenti kat kfc.. kat seberang dari kedai kfc tu ada kedai Dr. Rozmey ni.. besar la jugek.. so aku terus ambik gambar ler.. sbb  nk letakkan dan tunjukkan kat korang.. huhu.. jadi kerja la aku ni.. -bosan kot! so apa lagi.. ambik la gmabr dgn menggunakan nset aku ni!.si gambar yang bawah ni lah hasilnyer ye.. bukan kat depan tue jea kedai diea. kat belakang tu pun kedai die.. besar la agakyer.hoho.. hope dia success ler :). dah korang.. jgn dok kutuk dia rapat-rapat sangat k.. tengok.. dia dah berjaya pown.. so biarlah dia hidup dengan aman tanpa statement negatif dri orang-orang kat luar sana tu.. P/s: pesanan untuk diri aku jugek

Ermmm.. tadi masa kat Mall aku ingat nak g tengok Hikayat Merong Mahawangsa.. tapi xda pown tadi.. mmg aku plg terlambat larh.dan cerita movie melayu yang terbaru berbunyik agak pelik sedikit.. Tahu x tajuk ape? cuba korang teka dulu.. hahaha.. OK.. Cite ni tajuk dia Dot dot dot dalam botol or pendeknyer ... dalam botol.. korang tahu x isu pasal movie ni yang kecoh dalam media selama ni.. huhu. sebelum ni tajuk movie ni berbunyi 'Anu dalam botol' kisah mengenai kehidupan gay kat Malaysia ni tapi nama movie tersebut ditolak oleh penapis filem Malaysia.. sebabnyer korang fikir la sendiri.. Ermm aku rasa mcm xbest jea.. so aku xtengok lerr..

Bercakap mengenai gay aku nak ceritakan 1 story yang berlaku pada hari ni s.. masa tu aku dekat watson.. ada seorang pekerja ni.. perempuan.. cantik berambut panjang dan tinggi.. usha muka dia.. agak cantik jugek la.. dalam dok p perhati.. perempuan tu tengah sibuk kemas barang kedai.. tiba-tiba dibuatnnyer dia terbatuk.. terdengar suara lelaki kuar dri mulut dia.. hoho. 1st aku dah pandang serong ni.. Ehh!.Tiruan rupenyerr. lol! tertipu sudah. mmg betulla.. terkejut alam aku.. hahah.. xsangka yang dia tu lelaki.. adoi memang mengejutkan larh.. mmg dia sebiji mcm perempuan.. aku xpuas hati lagini.. aku g tengok name tag dier.. then,sahx2 betol jangkaan aku

Malam ni kena buat latihan prepare unt conduct assembly esok. Kolej aku ada perhimpunan sebulan sekali.. kita akan rotate setiap sem mesti kena conduct assembly.. everything.. MC,Audio setting,semua larh..  aku take part juga dlm benda ni.. aku bahagian A.V.A. sound sistem apa semua tue. hopefully ok la esok.Doakan aku yea.

Bye. salam sayang dari aku.-korie                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Saturday, March 26, 2011

NAJWA LATIF bikin Panas di YOUTUBE!

Salam korang!.
selain suju siapakah yang aku minat? Ernm.. beralih angin sekejap.. lupakan pasal artis korea yang xpernah kering dlm CNS aku. aku nak cite sikit pasal this kind of girl. her name is NajwaLatif. Seorang subcriber video di youtube.. apa yea aku nak bahasakan dia. adik kah? aku tua sikit dari die.. Erm.. panggil Naj jeala yea. Ok.. korang.. maybe korang ada yang dah kenal siapa Naj ni.. mungkin dah ramai yang update blog diorang mengenai Naj.. ok usah pedulikan apa yang korang pernah baca mengenai Naj ni.. juz buat-buat xkenal jea walaupun secara faktanya korang dah kenal si Naj ni. Barulah semangat sikit aku nak menaip ni..

Kenalkan.. NAJWALATIF.Pelapis idol dalam bidang nyayian dalam industri Malaysia suatu hari nanti. Mempunyai suara yang lunak dan sedap di dengar oleh cochlea( telinga). Agak-agak mcm yuna la agaknyer.. boleh bermain gitar dengan baik maybe bley jadi the next Ana Raffali.Ermm.. maybe agak terlampau unt aku pujidia lebih-lebih tanpa memberi bukti kat korang yang terpinga-pinga kat sana tu. Ok! oleh itu.. dengan berbesar hati aku letakkan antara video lagu popular yang dia cover.Antaranya 
 


Ermm.. siapakah aku unt menjadi juri dalam dunia nyayian ni kan? aku hanyalah blogger yang duduk di kaki lima jea.. huhu~. Btw.. aku suka dengar suara adik NAJ ni dan aku doakan dia berjaya di industri muzik malaysia suatu hari nanti.. Pakej yang dia ada sekrang dah cukup baik unt dia pergi lagi jauh.. xmungkin popular seperti Justin Bieber tapi dalam carta hati aku dia adalah more than Justin Bieber.. so Najwa! i alway support u!.. hope u will cover many popular hit song and and show it to viewer out there. 


Lagu original maybe 1st single yang dia buat unt didengari oleh umum


Ini dia.. memang sedap!



Aku teringin nak belajar main gitar..tapi xda masa unt belajar bermain gitar sebab banyak kerja di kolej.. hurm.. dan dengar kata perempuan beragama islam haram memetik alat permianan yang bertali.. betulkah? xtahu la korang.. aku tinggalkan korang kat sini jea yea.. 

Opps! sebelum terlupa..Adik Najwa ni mempunyai blog dia sendiri.. officially ok.. so aku linkkan blog dia di sini

NajwaLatif si Gadis Youtube



Photobucket

Friday, March 25, 2011

LIFE: AKhirnya Berakhir sudah Test!

Salam korang.. akhirnya bertemu jugak yea kita! setelah 3 hari aku sekeras kerikil xnak buka netbook sebab exam formatif punya pasal... sanggup aku korbankan blog as my diari kehidupan aku hanya disebabkan exam! EH! awat aku cakap mcm ni? LOL mmg la exam tu penting kn.. hurm. dalam hidup mesti ada jea ujian kalau x tu bukan namanya hidup.. dan kalau xda ujian hidup kita ni ibarat kosong mcm tin susu yang sudah kehabisan susu (sbb susu tin aku dah habis) huhu.. Masih menunggu elaun kerajaan kc. No money maaa.. well! student life mcm gini la.. kalau nak harapkan duit nuffnang? xdapat kot.. so mcm ni la hidup.
”the only likeness between ‘love’ and ‘milk’ is not just they are both ‘four’ letters. Two people’s love who like milk is not red, because It’s fully pure white

So setelah aku meninggalkan korang selama 3 hari ni.. ape yang korang dh buat? apa CER? xnak cerita kea.. or nak suruh aku baca blog korang.. korang juz linkkan jea url blog korang kat chatbox comel aku kat dinding tu yea. Bagi korang yang baru jadi follower aku tu aku nak cakap Thank yea! hope korang bahagia ler dengan tindakan korang tu walaupun ni bukan blog unt wad bahagia :).Gurau jea

Selama 3 hari exam.. aku banyak korbankan masa aku dengan baca buku.. study.. study.. study.. mana xnya.. stress bile pergi jea kat manax2 group diorang tengah bincang psl soalan.. semua laju jea jawab. aku? still terpingga-pingga sambil menunjukkan muka panda aku ni! huhu.. stress ler.. so terpaksa ler study..demi aku.. demi lecture yang penat mengajar dan kc denda sbb aku sllu tidur dalam kelas.. demi parent aku kat kampung yang sentiasa doakan kejayaan aku.. aku kena study la.. buat yang terbaikmengikut kemampuan sebab aku xnak kecewakan diorang ni. tanpa diorang ni.. siapa ler aku ni?.. blogger terkenal? hampeh..  Insan biasa yang dahagakan kebebasan. That's me!

Hurm.. entri terakhir sebelum aku update post terbaru ni adalah entri mengenai konsert SS3 kat Malaysia. Negara kita.. apa dah jadi? sengap gitu jea.. suju dah balik korea kea or dorang still menetap kat sini? huhu.. comperm la kot diorang dah balik korea.. sini panas.. sana sejuk.. nanti tumbuh jerawat.. kulit dh xcantik..bla.. blaa.. blaa.. kemungkinan yang aku rasa bila orang korea datang sini mesti diorang fikir mcm tu.. Herm.. memang statement yang xberasas. huhu. apa pun SS3 kat malaysia aku rasa biasa jea kot.. xda yang berlainan.. aku rasa kat singapore lagi best kot.. kenapa e? hurm~ maybe korang xperasan yang SS3 kat Malaysia ni xbape best sebab korang dah terpukau dengan kekacakan kyuhyun,hyuk jae,siwon,sungmin,shindong and da others masa tengok konset live hari tu.. apa pun. konsert suju mmg konsert yang paling aku hingin nak pergi dan aku xkan menyesal.Minat punya psal.. sanggup habiskan duit.. tunggu SS4. Nantikan kedatangan aku yea.

Kehidupan aku kat KOLEJ? hum aku selalu fikir siapalah yang xsuka dekat aku.. aku nak jumpa dan tanya dia secara baik.. kenapa dia xsuka aku sebab aku kalau boleh aku xnak bermusuh dan bermasam muka dengan siapa-siapa sebab aku nak berkawan dengan semua.. walaupun aku xsuka hidup berkumpulan mean berkelompok.. ala.. perempuan mestila ada geng sendiri kan? biasa la tu tp bagi aku benda tu xpenting.. dan aku xsuka la diorang yang hanya fokuskan kat geng diorang jea mcm orang luar xwujud.. ntah lea kenapa aku xsuka.. maybe sebab xbebas.. sebab kita semua mana ada yang sama seketul-ketul kan. mesti ada beza.. itulah pasal.. aku lebih suka buat kerja sendiri dan berkawan dengan semua orang.. xpayah risau pasal yang lain.BEBAS!


Hum ingatkan lepas exam bley rehat beberapa hari.. tengok-tengok hari ahad ni dah kena masuk klinikal.. kena buat praktikal dah kat hospital. huhu. penat la aku lepas ni.. tapi bagi aku bidang nursing part yang paling best adalah masuk klinikal.Huhu. aku boleh tolong pesakit. saya sedia membantu.Erm..

Saturday, March 19, 2011

[SS3] SUPER SHOW 3 IN MALAYSIA PICTURE UPDATED

I have been tell that SS3 IN Malaysia end early! Thank to my cousin bcoz pick up my phone call on the SS3 in perform~she had been there!i heard SS3 Live in my phone!

Credit:SS3malaysia@twitter
Shared: Korie oppa

Super Junior Kim Heechul’s facial injury is worse than imagined

Super Junior Kim Heechul’s facial injury is worse than imagined

Kim Heechul released a photograph of his face, after being hit by a present which was thrown by a fan.
On the 16th, Chinese web portal ifensi did a report on the recent incident at the Shanghai concert, where Heechul got injured after being hit by an LED board that was thrown by a fan.
ifensi expressed “Kim Heechul was injured, but still performed on the 12th and 13th of this month at ‘Super Show 3’ which was organised by Taiwan Super Dome”, at the same time releasing a photograph of Heechul with a band-aid pasted on his left cheek.
It was the same when (he) participated in other performances and activites, Heechul seems to dislike letting others see his facial injury (and) always wore a mask onstage.
In addition, after Heechul got injured and returned to Korea, (he was) immediately sent to the hospital for treatment. On the 6th of this month, he wrote on Twitter “After getting injured this time, I hope there would never be a time where things flying up on stage again.”
Source: TV Daily
Shared by AYOSHIARI@sj-world.net
Korean to Chinese translation:佳佳@ 音悦台SUJU饭团 (yinyuetai.com)
Chinese to English translation: ≈ tiηg♡ @ sj-world.net
TAKE OUT WITH FULL AND NO ADDITIONAL CREDITS

EunHae ~♥ ALL Moment at SuperShow3 Taiwan


 

Guys i like this man very much -__-. this video is not belong to SS3 In  Malaysia but SS3 in Taiwan!.. 

[SS3]Super Junior arriving at KLIA Malaysia


 

 Huh aku rasa macam nak nangis jea [-_hepi_-]  bila tengok diorang dah sampai Malaysia! Oh! tanah air ku.Giler la! aku xdapat pergi!!! siok tol!. aku rasa mcm nak lari dari kolej sbb nak g konsert mlm ni!
Tersangat jelez kpda korang yg dapat pergi! sepupu aku pun!!d AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

SS3 Malaysia Fan Project


Attention to all ELF who will attend SS3 Malaysia this March.
This is a fan project and all of you should support and join this project in order to make it success.
It easy, just a final bow for them at the end of the concert. 
Let's make SJ feel touch and proud with us. 
Credit to Suraya Zahrim for suggest this project. Hope it will success

It too late! the date is today!.. hahah i dont mind~

Keputusan SPM 2010 Keluar Rabu Ini


Petaling Jaya: Keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diumumkan pada Rabu ini (23 Mac 2010).

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataannya semalam berkata, calon boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Seramai 467,970 orang calon menduduki peperiksaan SPM yang berlangsung pada 23 November hingga 20 Disember tahun lepas.
Sumber : mStars

Thursday, March 17, 2011

TOP 10 Best Korean Drama Actors




Here are the top ten best Korean drama actors that are currently popular. With charming smiles, stylish hair and swagger, these guys are being plastered on the walls of thousands. From portraying ancient Korean characters to modern drama-filled Romeos, the window of opportunities is endless. Here are some of the top Korean drama actors to keep your eyes out for.
  1. Jang Geun Suk – This Korean drama actor is best known for playing Taekyung on the popular Korean drama, “You’re Beautiful.” He started off as a model and then later became a singer. He has appeared in other dramas such as “Mary Stayed out All Night” and “Beethoven’s Virus.”
  2. Won Bin – Is better known for portraying Ji Hoon in, “Friends.” He is also a model like most Korean actors. He has also been in “Autumn Tale” and “Propose.”
  3. Kim Hyun Joong - Kim Hyun is a Korean drama actor better known for being the leader of the popular group SS501. He is also known as for portraying Ji Hoo in “Boys over Flowers” as the rival for Gun Jun Pyo’s love interest. He has also appeared in “We Got Married” and “Playful Kiss.”
  4. Lee Min Ho – He is best known as playing Gun Jun Pyo in the still popular Korean drama series, “Boys over Flowers,” that was adapted from a Japanese manga. He is also a model and a singer. His other drama appearances include “Personal Preference” and “I’m Sam.”
  5. Bae Yong Jun – This Korean drama actor is better known for portraying Kang Joon Sang in “Winter Sonata” which is adapted from the anime. Bae can also be seen in the dramas “The Legend” and the recent drama, “Dream High.”
  6. Bi (Rain) – Although Bi is a famous Korean R&B singer, he is also a very well known Korean drama actor. He is most known for portraying Lee Young Jae in, “Full House.” Bi has also appeared in “Fugitive: Plan B” and “A Love to Kill.”
  7. Kim Bum – He is a Korean drama actor who is best known for playing Dong Chul in “East of Eden.” He’s also appeared in “Boys over Flowers” and “The Woman Who Still Wants to Marry.”
  8. Joo Jin Mo – Joo is known for playing Nam Jae II in the drama “Dream” along side Kim Bum. He has also appeared in the following dramas “Fashion 70s” and “Bicheonomu.”
  9. Dennis Oh – He is best known for playing Mike Packard on “East of Eden.” Dennis has also appeared in “Witch Amusement” and the currently airing, “Fall In Love.”
  10. Kwon Sang Woo – Kwon is a Korean drama actor that is known for portraying the two characters Lee Joon Hee and Oh Dae San in “Cinderella Man.” He has also been in “We Are Dating Now” and “Stairway to Heaven.”

Weird: why hyun bin not in this top list? i think this list not  up to date
Credit: www.screenjunkies.com
http://newstsvn.blogspot.com/2011/03/info-kim-hyun-joong-3-at-10-best-korean.html

Ancaman Radiasi akibat LETUPAN LOJI NUKLEAR SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN

Proses perebakan bahan radioaktif loji nuklear di Jepun agak perlahan berdasarkan faktor cuaca

JANGAN panik! Itulah saranan paling tepat perlu disalurkan kepada rakyat di negara ini berikutan ancaman kesan bahan radioaktif dari letupan reaktor nombor tiga loji nuklear Daiichi Fukushima, Jepun selepas digegarkan gempa bumi pada skala 9 Richter Jumaat lalu disusuli siri gempa pada skala lebih kecil sejak seminggu lalu.
Pelbagai laporan media tempatan dan antarabangsa menimbulkan kebimbangan betapa kebanyakan negara di Asia mungkin terkena tempias radiasi bahan itu kerana bahan radioaktif yang dilepaskan loji nuklear itu diklasifikasikan sangat berbahaya sebenarnya hanya tanggapan semata-mata.
Realitinya, dalam keadaan cuaca lembap ketika ini dengan hujan melanda kebanyakan negara di Asia, proses perebakan bahan radioaktif menjadi semakin perlahan dan jika sampai ke negara ini sekalipun, ia tidak cukup kuat untuk mendatangkan kesan kepada kita.

Pakar Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Sukiman Sarmani, berkata rakyat negara ini tidak perlu bimbang atau panik dengan ancaman ini meskipun tidak dapat dinafikan dua daripada 250 bahan radioaktif yang dilepaskan reaktor loji nuklear di Jepun mampu mendatangkan masalah kepada kebanyakan penduduk dunia.

“Caesium dan strontium adalah dua bahan radioaktif paling berisiko daripada 250 bahan radioaktif. Jika dilepaskan ke ruang udara, ia mampu bertahan selama 30 tahun sama ada merebak melalui udara atau air jika ia mendap jatuh ketika hujan. Perlu diakui, jika ia merebak melalui udara atau air serta tersimpan dalam badan hidupan laut yang menjadi bahan makanan manusia, ia bakal mendatangkan kesan negatif.

“Jika masuk dalam sistem tubuh manusia, ia bakal menyebabkan pelbagai jenis kanser. Namun, berdasarkan situasi semasa di mana hujan kerap turun sekali gus melambatkan pergerakannya melalui udara, tahap penyebarannya ke negara ini akan menjadi perlahan.
“Memang ia mampu sampai ke negara kita, tetapi bukan dalam masa singkat. Mungkin dua minggu, mungkin sebulan dan jumlahnya sangat sedikit untuk memberi kesan kepada rakyat kita. Malah, kita sebenarnya sudah cukup bersedia dengan kemampuan empat stesen pemantau di Sabah, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Genting yang akan memberikan isyarat jika ada guguran radioaktif tinggi berlaku di negara ini.

“Pada masa ini, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kerajaan sudah bertindak memantau semua bahan makanan import dari Jepun untuk memastikan tiada bahan radioaktif berbahaya. Namun, sebagai langkah susulan, rakyat kita di Jepun perlu dibawa pulang kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sukiman merujuk kepada pengalaman tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia pada 1986 yang pada ketika itu juga tidak memberi impak buruk kepada negara ini. Malah, beliau yakin Jepun mempunyai kemampuan dan kesediaan bagi memastikan reaktor nuklear itu tidak meletup.

Jepun sebenarnya bergantung kepada nuklear untuk menjana 30 peratus bekalan elektrik lantaran negara itu tidak mempunyai sumber gas minyak dan arang batu seperti kebanyakan negara lain termasuk Malaysia. Penggunaan nuklear tetap diteruskan mereka meskipun pernah melalui malapetaka bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Negara Matahari Terbit itu sebenarnya sudah mereka cipta reaktor nuklear sejak 40 tahun dulu dengan kemampuan menyerap gegaran gempa bumi sehingga 8.2 skala Richter dan tsunami sehingga ketinggian 6.5 meter. Namun, minggu lalu, gempa bumi di Jepun mencecah 9 skala Richter dan ketinggian tsunami mencecah 10 meter.

“Kiraan kesan gempa bumi bukan seperti kiraan matematik biasa. Ia bukan sembilan tolak 8.2. Sebenarnya kekuatan gempa bumi itu bersamaan dengan 800 kali ganda kekuatan 8.2 skala Richter itu dan kerana itulah kesannya sangat teruk kepada reaktor nuklear itu. Dulu, pada sekitar 1970-an, gempa bumi di Jepun tidak pernah melebihi angka 8.2 skala Richter sekali gus mereka berasakan cukup selamat selama ini.

“Apabila gempa berlaku baru-baru ini, penjana kuasa di reaktor nuklear itu tertutup secara automatik dan pada masa sama menyebabkan bekalan elektrik terputus. Namun, meskipun sistem itu sudah dimatikan, reaktor itu sebenarnya perlu disejukkan secara berterusan.

“Malangnya, baru sejam mereka menggunakan generator untuk mengepam air laut ke dalam reaktor, tsunami pula melanda yang sekali gus menghanyutkan mesin itu. Penggunaan alat bateri pula mengambil alih peranan itu, tetapi hanya bertahan selama lapan jam. Apabila jana kuasa baru tiba di lokasi, ada pula beberapa masalah teknikal menyebabkan alat itu tidak dapat digunakan,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang proses penyejukan menggunakan air laut, prosedur pemantauan dianggap gagal kerana disyaki meter suhu rosak. Akibat tekanan sangat tinggi dalam reaktor, mereka terpaksa melepaskan wap dalam bangunan yang tidak mendatangkan masalah kepada orang ramai.

Namun, apabila air terkena sinaran bahan radioaktif, ia akan berpecah kepada hidrogen dan oksigen sekali gus menghasilkan letupan. Itulah yang berlaku sekarang sekali gus mendatangkan bahaya kepada orang ramai dalam lingkungan kawasan berhampiran.


credit:bhonline

Fakta Tsunami di JEPUN 11 March 2011






Jepun hari ini jatuh ke dalam keadaan huru-hara setelah gempa dahsyat menghantar gelombang tsunami tanpa belas kasihan meluru melalui jalan-jalan yang tak berdaya.

Gelombang air tanpa mengenal belas kasihan di lepaskan oleh salah satu gempa terbesar dalam sejarah melenyapkan ribuan bangunan, membaham hampir apa saja di jalan.
Sebagai angka korban meningkat, berdozen negara lebih bersiap diri untuk menghadapi senario kemusnahan yang sama dengan kekuatan penuh alam semulajadi menyerang melalui lautanPasifik.



Bergerak jauh, gelombang yang disebabkan oleh tsunami
melimpah ke pesisir pantai dan meluru pedalaman menenggelamkan
semua. Ketika air laut melewati kawasan itu ia bercampur dengan
tanah dan mula berubah menjadi warna coklat tua


Tak berdaya: Sebuah kapal, dikerdilkan oleh saiz semata-
mata pusaran air, ditarik semakin dekat ke arah pusaran lalu
dilempar ke perairan berbuih di pelabuhan Oarai, Ibaraki


Ancaman : Ombak di atas ombak mengepalai ke pesisir
pantai yang telah dilanggar oleh serangan sebelumnya

Dengan kebakaran dan kehancuran di sekelilingnya seorang lelaki
memilih secara berhati-hati walaupun melalui runtuhan

Berlaku kesesakan di kedua-dua arah Sendai dimana
orang ramai cuba untuk melarikan diri dari bandar pantai

Gambar yang luar biasa menunjukkan bagaimana gempa
membelah jalan ini diSatte di pulau Honshu, betul-betul di tengah

Dua wanita di kota Urayasu, Chiba, berasak ke sebuah
jalan yang melengkung dengankekuatan gempa.

Runtuh: Tiga pekerja terkejut melihat apa yang telah terjadi
kilang di bandarSukagawa, Fukushima, di mana saat-saat
sebelumnya mereka bekerja

Amukan laut: Tsunami melimpah melalui pokok-pokok dan menelan
rumah-rumah di pantai Natori, Wilayah Miyagi, selepas gempa melanda.

Senario yang sama beberapa saat kemudian menunjukkan
bagaimana seluruh kawasan dengan puluhan rumah benar-
benar dihapuskan oleh air tanpa belaskasihan yang menyapu
apa saja di jalan mereka. Terapung-apung di permukaan adalah
semua runtuhan-runtuhan yang di angkut oleh air di sepanjang jalan

Merebak: Aliran keruh lumpur dan runtuhan-runtuhan terperangkap
di dalam gelombang,'membasuh'' ke landasan parkir di lapangan
terbang Sendai di Jepun utara

Kehancuran: gelombang pasang Tsunami berlumba ke hulu sepanjang
sungai Naka dibandar Hitachinaka di Ibaraki jam selepas gempa
berkekuatan 8.9 melanda besar pagi ini

Terkejut: Satu pasangan muda di sebuah kedai buku di Sendai,
Jepun utara,berpelukan apabila siling bertabur dan bangunan
bergegar dari kekuatan gempa, sementara di Tokyo.

Selepas: Awan abu-abu asap mengepul keluar dari kilang minyak,
dan terbakar dibahagian pusatnya, di Chiba setelah terjadinya gempa bumi


Prihatin: Dua pekerja pejabat di Tokyo mempersiapkan diri untuk potensi
bencana gempa menggegar bangunan dan asap dapat dilihat naik
dari bangunan pencakar langitl.



Puing: Jerebu menakutkan menyapu runtuhan rumah yang hancur
dan kenderaan di perairan akibat tsunami ganas di Kesennuma
di Miyagi, Utara Jepun.

Kesejukan: Wanita berusia yang mungkin telah mengalami sejumlah gempa
bumi dalam hidup mereka duduk di jalan dan merasainya dalam
bencana terbaru yangmerupakan salah satu yang terburuk dalam sejarah

Risiko: Kebingungan diantara penumpang untuk berlepas dengan pesawat
di Bandar Udara Internasional Narita di kota Naita, pinggiran kota Tokyo

Longgokan : kereta baru siap untuk dihantar yang di himpit atas satu sama
lain selepas air di pancarkan melalui bandar Hitachinaka diWilayah ibaraki


Kekuatan gempa nampak ketaradi dalam gambar ini
jalan di Fukushima yang telah dibalik, dilengkung dan dipatah


Amaran merah: Api menelan rumah-rumah yang ditimpa dengan
kekuatan penuh tsunami di wilayah Miyagi di timur laut, Jepun .

Bola api raksasa menjulang dari kilang minyak di Ichihara, yang
terletak di pantai timurJepun, setelah tergoncang oleh gempa di pantai
 KONKLUSI
Hari kiamat sebenarnya semakin hampir mendekati kita. Apabila berlakunya malapetaka dari timer ke barat, itu lah antara tanda-tanda besar kiamatLihatlah sendiri Tsunami yang melanda Jepun. Dalam sekelip mata sahaja bandar tokyo ditenggelami air. Rumah rumah ditenggalamkan, kereta-kereta juga hanyut bersama-sama dengannya. Sekarang ni dah lebih dari 3000 mayat ditemui, dan 800 lebih lagi masih dilaporkan hilang.

Terbaca pada note yang di share di facebook. Sungguh, rasa takut. Takut nak menghadapi kenyatan yang diri sendiri bakal bertemu dengan Pencipta, Allah S.W.T. Di toleh kanan, terfikir "cukup ke amalan aku?", di toleh kiri "banyaknya dosa". Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu, dan aku mohon moga hidup dan matiku sentiasa berada di dalam iman. Semoga segala amalan dan ibadahku tidak mempunyai noktah sehinggalah ajal menjemputku.

Tak perlu berceloteh panjang, cukuplah kalau cikda share tanda-tanda kiamat kecil yang telah pun berlaku. 

"Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:  "

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Rasulullah SAW bersabda:

"Dan tinggal lah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar(keldai), maka pada zaman mereka inilah kiamat datang" --- Hadis Riwayat Sahih Muslim

Credit:link