Wednesday, March 9, 2011

Kenapa ya GADIS minat sangat dengan drama KOREA?

Yup. persoalan unt hari ni.. kenapa ya gadis minat drama korea? ok.. kita lupakan pasal kpop.. nanti aku buat entri lain mengenai kpop.
Hurm.. berbalik kepada drama korea.. Apakah pandangan korang terhadap drama korea? kalau korang bukan kdrama mafia usah dipedulikan entri ini. dan siapa-siapa yang blur.. xtahu apa-apa juz nak baca entri aku kali ni dipersilakan.. mana tahu korang pun terkena demam kdrama.
drama Pictures, Images and Photos

Bagi aku.. kenapa aku terlalu minat kdrama berbanding drama lain adalah disebabkan ....
So many sebab.. xpea. biar aku senaraikan satu per satu.. korang pun jgn curik-curik langkau baca list aku ni
http://www.dramacafe.co.uk/wp-content/uploads/2011/01/OST.jpeg
    • Masa aku sk rendah dari aku telah terkena jangkitan virus kdrama ni.. masa tu drama korea ditayangkan  dekat Tv3 kalau xsilap. Drama Winter sonata.. sapa xtahu? sayangnya.. g kedai dvd. carik drama ni. Best! OR lagi senang korang tengok jea online dekat sini.Ok waktu tu aku mmg gila dengan hero dlm drama winter sonata.. sapa ya? bae young jun.Nak tgok gambar? sila search sendiri. huhu.. waktu ni aku dengan mak memang sebelum drama tu start kat tv kiteorang dah tunggu depan tb siap-siap. Aku ingat lagi.. Masa ending cerita ni aku yg xpernah menangis bila tengok cerita selain cerita hindustan tp cerita ni bley p nangis . Huhu. tengok! bertapa touchingnyer aku dan bertapa seriusnya aku menonton drama korea walaupun umur aku masa tu masih belum mentah.Start dari drama ni aku memang xpernah miss mengikuti drama korea yang lain kat tb.Giler dah aku time tue.Aku ingat lagi.. aku sanggup buat 1 nota kecik sbb nak tulis sebutan korea dan maksud melayunya.. punya la nak belajar.
    • Pastu.. masa kat sekolah kiteorang 'girls' gossip psl pelakon korea yang hensemx2. mmg hangat la. sampai cikgu yg ngajar kat depan pun bley aku bayangkan hero dlm drama korea yang tengah ngajar aku. DEmam sungguh.
    • Kegilaan aku semakin meningkat bila sepupu-sepupu rapat aku terminat sekali. Dorang masa tu duduk kat Kg. Aku masa tu still berada kat kedah. rumah lama aku.. aku selalu sangat nak balik KG. semata-mata nak tunjuk poster korea yang beli dan aku perolehi dari pelbagai sumber kat sepupu aku. HEHE. itu jea.. 
    • Kita dari kecil sampai sekarang rapat disebabkan 'KOREA'. sebab benda ni larh kiteorang jadi sangat rapat. Itulah orang cakap kalau nak rapat dengan seseorang kita mesti carik persamaan minat kita.. so bila dah jumpa apa yang sama.. relation itu mudah terlekat dan lagi best!
    • Sampai la aku besar.. sekarang.. Aku semasa sk menengah aku simpan duit makan aku juz sebab nak beli dvd drama korea.. 
    • Sampai la aku kenal zaman blogger.. aku buat blog.. aku update pasal drama korea dan kpop!
    • Zaman kpop aku kenali masa populariti SUPER JUNIOR naik! Tapi bukan jatuh hati pada pandangan pertama.. aku mula-mula dah kenali group suju ni tapi aku xminat sebabnya bagi aku group ni serabut.. ramai sangat ahli dan aku tengok muka diorang semua sama jea. Jadi malas la aku nak minat benda-benda macam ni. First suju music video yang aku tengok ialah lagu dont don. Aku tengok mv dia yang ni lagi la serabut..pastu.. mcm mana ntah lagu diorang Sorry-sorry buat hati aku berdetak banyak kali.. aku tetiba jatuh hati kat sebahagian member2 dalam group tu so lps tu aku terus la search segalanya psl dorang dalam internet!. Ok stop kat situ.Japg panjang lebar plak unt point ni.
    • Hum.. drama korea ni lain dari yang lain sebabnya bahasa,cara penyampaian,fesyen,kecantikkan,kecomelan,mimik,peragai diorang semuanya akan buat penonton rasa sedap jea menonton.. satu perasaan yang xbley nak aku gambarkan dengan kata-kata. Aku cukup xsuka kalau ada orang kacau aku bila aku tengah dok syok layan drama korea.. AH! mmg xbley tahan la kalau jadi mcm tu..
    • Walaupun aku dah tengok kat Tv aku akan beli jugak dvd cerita yang aku dah tengok unt simpanan dan aku akan pasang bila hujung minggu. kalau satu adegan tu aku minat sangat aku akan repeat 5-6 kali. Hum.. tengok drama yang sama berulang kali pun xrasa bosan.Aku rasa mcm 1st time aku tengok drama tu padahal aku dah tengok banyak kali.
    • Ok.. kebanyakkan drama korea kalau korang follow dari dulu korang akan nampak konsep dan jalan cerita dia sama jea.. kita dah dapat agak.. Hurm.. semua tu xpernah mengugat kdrama mafia yang sebati dalam diri aku.
    • Lps tu. xketinggalan.. setiap drama pasti ada OST or soundtrack. Soundtrack drama korea mmg best! walaupun aku xfaham amenda yang dia sebut tapi aku dapat rasa perasaan lagu tu dan aku kadang-kadang bley rasa sayu,hepi dan pelbagai perasaan la bile dengar OST drama yang dah aku tengok. Lps tu aku akan carik tajuk lagu tu dalam internet. Cari mv dia dan download.. kalau terlampau minat sangat aku akan cari lirik dan hafal. perhh!Itu la aku. Btw, OST dalam drama korea mmg memainkan pernanan yang penting dlm sesebuah drama korea.
    • Pengarah drama korea,penulis skrip,lakon layar dan pemilihan tempat lokasi pengembaraan mmg Terbaik! setiap adegan yang selamba jea bley buat penonton gelak sampai xkering gusi.. Kata-kata kasar yang sangat sensitif dalam drama filem melayu menjadi satu bahan yang biasa dalam drama korea dan kadang-kadang menjadi kelakar dan buat penonton lagi faham perwatakkan watak tersebut yang lebih berterus terang.Aku suke!
    • Tempat pengembaraan diorang yang cantik contohnya mcm pulau jeju.. Perhh! mmg gempak. buat penonton bercuti ke sana jea..Aku ingat nk bulan madu kat situ.
    • Dan kalau korang nak tahu orang korea ni mmg Bahasa diorang diangkat tinggi.. sampaikan bahasa inggeris diroang xkisah belajar kea x.. diorang lebih selasa menggunakan bahasa diorang berbanding bahasa asing.. dan kalau korang perasan kalau dalam drama korea korang bley dapat detect bunyi bahasa inggeris berbeza sikit.. dengar sangat mcm ikut sebijik bijik dalam skrip.. dan contoh terdekat Super junior.. diorang buat Super show kat seluruh Asia. Bahasa komunikasi diorang dengan penoton adalah bahasa korea. Rilex jea. cakap jea.. diorang adalah sebut dua atau beberapa perkataan negara tersebut unt tarik hati peminat. Itu jeala.. dan peminat diorang ni sanggup nak belajar bahasa korea unt memahami diorang dengan lebih dekat. termasuk aku.. kalau bley aku nak belajar baca tulisan korea sebab aku nak tahu apa yang HEECHUL update status twitter dia. 

    • Sampai sekarang.. kegilaan drama korea semakin terjadi jadi.. generasi pelapis aku semakin berlambak. hahaha.. Tapi diorang ni sekarang mudah sebab sekarang zaman dah moden. senang jea nak dapat apa yang kita nak pasal seseorang artis tu.. Contohnya. sekarang dah ada majalah malay epop! dulu mana ada.. epop cina adalah.. aku sanggup beli epop cina waktu dulu semata-mata  nak gambar artis korea. Itu jea.Erm..
    • Yang bestnyer sekarang.. drama korea sekarang lebih kreatif.. konsep yang agak berbeza dari dulu.. contoh mcm cerita My girlfriend is gumiho,Secret garden dan banyak lagi.
    • Yang penting! Drama korea xpernah mengecewakan aku.. aku berani meletakkan statement yang GADIS yang berjiwa keras mcm batu mcm mana pun bley mengalir air mata kalau layan drama korea. Hurm..kalau xnangis tu maybe urat nangis dia dah putus~ 
    • Aku sekarang tengah layan drama Secret Garden.. 1 scene yang xbley nak lupa.. masa hyun bin(hero) ajar han ji won(heroin) pakai bra. masa tu diorang dah tertukar roh. huhu
    • Kalau korang bosan.. xda benda nak buat.. tengok ler cerita korea.. korang akan rasa masa korang diisi dan lagi best kalau korang layan drama korea yang bergenre romantik komedi sorang-sorang.. huhu. lagi privasi.. ada scena-scene yang akan membuatkan korang rasa sweet sangat-sangat.
    • So xhairanlarh kenapa ramai peminat drama korea kat Malaysia ni. Oppps! bukan kat Asia jea tau. Seluruh ASIA ni. Populariti muzik dan drama korea semakin meningkat di barat.So xhairanlah semua ni bley berlaku dan aku akan terus sokong kdrama dan kpop!
Tengok Secret garden secara online? here
Extra: Bigbang melakonkan balik scena dalam drama SECRET GARDEN 
xtengok lagi? aku ada post video parody ni dlm blog aku.. klik ni

1 comment:

  1. JOM LAH BELI BT KOLEKSI KOREAN DRAMA KT FB SAYA...:)

    http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100003589222111

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo