Monday, May 16, 2011

Kisah aku masa zaman sekolah dulu kala memang terbaik!

  • Pertama sekali apa yang aku nak cakap mestilah 'salam' kpd korang semua.. sihat ke? dah makan ke? dah mandi kea? dah makan ubat ke? dah bo/pu kea? dan  yang plg penting dh kentut ke? kalau x resah 1 badan yoo.. so selamat melepas asap yea :p
  • Ok hari ni adalah hari special buat guru-guru kat 1 dunia.. hari khas untuk meraikan jasa diorang yang mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna.. skema jea ayat!. so mcm entri blogger lain lea.. aku nak ucap selamat hari guru dekat semua guru-guru yang pernah mengajar aku!.. thank cikgu.. jasamu memang akan ku kenang hingga ke hayat..Moga setiap pegajaranmu aku dapat aku guna sepanjang hidup ni..

CITE ZAMAN KELAS TAHUN 1?
Hurm.. masa dulu.. masa zaman tadika.. zaman kaler crayon menjadi kegilaan aku.. aku xthu kenapa aku kena pergi sekolah. aku tengok semua budak-budak yang sebaya dengan aku pergi sekolah so aku pon fikir.. aku pon kena pergi jugek ni..bila dah masuk sekolah baru la terdedah dah faham apa maksud sekolah sebenarnya.. tempat menimba ilmu.. aku ingat lagi.. masa sekolah rendah darjah 1 aku ada seorang kwn ni.. budak ni aku gelarkan kat sini sebagai C la yea.. C ni sakit perut maybe.. dia asyik pegang perut dia jea.. masa tu.. aku xterfikir la si C ni sengugut sebab mana mungkin aku tahu apa tu sengugut! aku biar jea.. sebab yang lain rilex jea.. ada yang main permainan budak-budak zaman dulu- anak itik tokwi,cari pasangan,paper doll! so semua buat bodo jea.. layan keja masing-masing.. tetiba si C ni bangun.. dia berlari dari kerusi dia.. semua orang usha pelik jea.. maybe dia lari mcm gaya marathon dalam cite hantu kak limah.. haha.. bodo rasa cite tu.. dia berlari xsempat keluar dari kelas pon.. then, dia terlepas cirit kat situ.. plus dgn bunyik lagi.. standard la tu keluar bunyik masa  cirit.. bunyi xsopan! melepas xberapa ayu jea.. pot pott pott.. habis penuh kain baju dia.. kesian si C. yang lain semua gelak kat dia.. aku? aku masih melayan perasaan dlm hati.. aku nak gelak jugek tapi aku tahan secara tertib dan ayu.. xbaik ni!..then,cikgu kelas datang.. dia betulkan balik semua keadaan.. si C dibawa oleh mak dia.. kiteorang sekelas kena cuci tempat cirit tue.. Perrrhh. mmg malang. jadi faber sebentar. tapi aku x r.. orang lain yg buat..

CIKGU PERNAH TANYA AKU SOALAN NI.. then... AKU TERSENTAP
Masa ni.. still darjah 1.. aku ada seorang kwn lelaki ni.. merangkap jiran aku.. merangkap kawan baik aku selepas aku berpindah ke sini.. memang kiteorang selalu main bersama.. ala-ala mcm bff kononya.. tapi masa tu slow sikit r.. main masak-masak.. dalam rumah dgn mak dan ayah.. biasa la kan budak-budak.. aku suka kwn dgn dia.. then,1 hari tu.. kat kelas.. si dia xdatang kelas.. aku xtahu kenapa sebabnya dia xda kat rumah 2-3 hari ni.. dia g balik kampung disebabkan cuti sekolah.. tetiba hari tu.. hari 1st selepas cuti dia xdatang.. Cikgu tanya aku.. awak tahu apa yang dah jadi kat dia yg menyebabkan dia xdatang kelas hari ni? awak kan jiran dia.. aku geleng jea.. sebab aku xtahu.. aku blur jea.. yang aku tahu dia balik kampung.. then.. cikgu tu kc tau aku dan 1 kelas yang si dia dah xda kat dunia ni.. dia mengalami insiden dekat rumah tok dia.. Aku dengar-dengar tu aku terus tersentap.. Haa!!! betul kea cikgu! kenapa saya xtahu.. cikgu cakap yang dia baru tahu sebab mak dia yang kc tahu.. dia meningal semalam... Aku balik rumah aku tanya mak aku.. betul ke mak dia dah xda?.. mak aku ckp yaa!! aku mmg sedih gilerrr.. cm mna aku xbley tahu.. mak aku pun sengap jea.. aku memang sedih giler lepas tu.. aku dah xda kawan.. aku xmenangis sebab aku bukan jenis yang senang nangis masa kecik.. aku dia jea lepas tu.. semua benda jadi slow.. aku rasa sunyi sangat.. sampai sekrang aku still inagt kat dia..harap tuhan cucuri rahmat kepadanya.


AKU XSUKA GILER DENGAN CIKGU NI!
Masa aku budak smk! Masa tu aku bersekolah dekat SMK PENDANG,KEDAH.. dua tahun lps tu baru aku pindah penang.. aku budak asrama.. so memang ramai kwn.. biasa la tu.. aku dengan kawan aku zam sekelas.. dan sorang lagi kham! kami 3 orang sekelas.. Masa ni Ting.2!. Aku cukup xsuka kelas math sebab cikgu math garang giler.. asyik duk naik bulu kening jea!!. aku memang anti cikgu ni.. dia asyik marah aku dan kawan aku jea sebab aku bengap sikt dlm math! dia suka tanya soalan math dalam kelas dan suruh siapa-siapa yang dia suka selesaikan kat papan hitam kat depan kelas.. bila xdapat jawab mula la dia marah.. pot pep..pop pet.. mengalahkan ayah aku!.. aku dgn zam kalau ada kelas dia kiteorang akan ponteng kelas dia.. selalu kiteorang buat macam tu sampai la satu hari tu kiteorang kena tangkap dan diberi amaran keras!.. tapi.. disebabkan darah muda ni masih ketegaq.. aku dgn zam still ponteng sekolah! bukan ponteng kelas la.. ponteng sekolah! xpergi sekolah langsung.. kiteorang buat-buat sakit dan stay kat hostel! so no more kena marah dgn cikgu ni! sebab aku mmg xsuka dia.. dia xpernah senyum dalam kelas.. masam giler.. sampai sekArang aku ingat nama dia.. Nama dia Cikgu Xxxxxxx xxxxx. so korang xbley carik!. satg bley p buat jejak kasih plak.. disebabkan aku benci dEkat dia dan selalu ponteng kelas dia..  subjek math memang aku selalu fail masa tu! kalau lulus pon cukup makan.. Erhhh.. so pengajaran buat korang.. jgn sesekali buat apa yang cikgu xsuka dan jangan buat cikgu marah korang takut ilmu xdiberkati.. aku dah mintak maap kat cikgu ni masa hari guru tahun terakhir masa kat sekolah ni.. then aku bertukar angin ke sekolah lain..biasalah cikgu.. saya memang nakal.

XSANGKA DAPAT JUMPA CIKGU YANG SONGSANG JANTINA
Lalalalala. mesti korang berminat  nak baca yang ni yea.. masa aku form 4.. ada cikgu baru ni dtg sekolah aku.. dia ajar subjek xx kat kelas aku.. dia lelaki.. sangat sopan dan kalau korang tengok muka baik jea.. jalan pun ayu jea.. ala-ala mcm lelaki lembut.. mmg lembut pon.. baik cikgu ni.. dia baik sangat dgn geng aku.. kiteorang memang rapat giler sampai kiteorang bley naik motor sekali.. ada sekali tu aku bawa dia naik motor.. dia bonceng belakang aku.. slumber jea gerak moto depan student yang lain.. siap g rumah dia.. lepak-lepak.. dia cite semua kisah dia kat kiteorang.. sebab tu kiteorang bley rapat.. semua cite dia dan gambar sebagai bukti. memang pada mulanya aku rasa macam nak muntah sgat! xsangka doo!dan lama-lama aku dah terbiasa dgn cerita dia mcm tu.. aku ada nasihat jugak tapi xda guna pon.. dia mcm tu jugek!.  dia dgn student sekolah aku pun jadi.. aku bley dikira mcm dalang dalam perkara ni.. bukan aku la.. aku juz tolong kwn aku yang sorang lagi yang buat semua.. sampai perkara ni terjadi sungguh!.. Ahhh!. aku xtahu kenapa aku follow jea.. gok aku!.tapi cikgu maintain jea.. mcm xda benda nak risau.. biar jea... sampai la dia tukar ke sekolah lain.. aku dgn dia still bercontact dan dia xpernah berubah.. still mcm dulu.. aku ada nasihat tapi mcm tu jugek!.. ntah la weii.. aku xtahu dah nak buat mcm mana.. dia bahagia dengan hidup dia mcm tue.. sampai dia ckp dia nak kawin dgn pasangan sejenis!. adoii.. adoiii.. giler apa.. aku mohon tunjuk dia jalan yang betul!. tapi dia memang cikgu yang baik masa di sekolah cuma diluar pekerjaan sebagai guru ada watak lain dalam diri dia.. so u all yang still student kena berhati-hati jugek kalau jumpa cikgu yang mcm ni..


MASA DI SEKOLAH XPERNAH TERFIKIR NAK JADI NURSE!
Aku kalau korang nak tahu dari aku jejak sekolah masa darjah satu sampai ke form 5 aku xpernah terfikir nak jadi nurse! xpernah terlintas.. aku minat hal-hal yang mengenai sains ni tapi xminat plak nak jadi nurse sebab aku rasa perkerjaan nurse mcm xbest jea.. mcm yang korang fikir jugek! aku ada hak cakap mcm ni sebab aku masa tu xtahu langsung mengenai nurse dan saudara terdekat pon xda yang jadi nurse. Ingt nak jadi doktor tapi bila kena dpat straight A aku memang xyakin lerr.. so aku fikir aku nak masuk bidang komunikasi dgn media sebab aku minat sangat.. aku nak jadi DJ! DJ KORIE!. fUYOOOO!. Aku memang minat sangat.. tapi minat aku xdapat sokongan family aku.. dan demi masa depan yang cerah aku masuk la nurse under SPA.Maybe ni rezeki aku.. bukan mudah nak dapat SPA ni.. keluar jea terus dapat kerja under kerajaaan! so aku patut bersyukur.. dan aku xpayah susah-susah buat pinjaman ptptn ataupun minta biasiswa yang lain sebab aku dapat elaun setiap bulan so memang aku agak bertuah!.. lupakan pasal Dj! maybe impian ni masih xterkubur. mana tahu masa depan aku akan datang berubah.. so just see and wait my dearest reader!
that all

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo