Sunday, May 15, 2011

[OSCE] Rasa macam nak jerit kuat-kuat!!

  • Gerrrrrr... dalam masa dua hari ni aku punya la stress sebab kena buat latihan osce jea sokmo.. cuti pun mcm xcuti.. letih sangat rasa duduk kat kolej ni. Dengan kerenah sesetengah lecture yang xxxxxx!! cakap  lain buat lain dan apa yang kiteorang belajar masa teori lain.. Banyak sangat cara yg berlainan nak buat pada satu prosedur yg diajar.. Prosedur strile khasnya!!
  • Dah S.T.O.P kat situ.. nanti aku akan sambung dekat entri khas yang akan aku luahkan ketidakpuasan aku selama hidup kt sini.. Skang aku nak fokus pasal OSCE!
  • 15/5/2011 adalah hari yang dinantikan sebab lepas habis final osce ni maksudnya kiteorang xpayah fikir pasal exam dah!! ringan kepala.. senang hati.. tidur pun cukup!.. Ini adalah exam terakhir dalam sem 2 sekiranya aku xkena repeat!.. aku harap aku lulus ujian teori dan praktikal (osce). Korang doakan aku yea.
  • Dalam osce setiap stesyen diberi masa 5 minit sahaja.. so aku memang kena gunakan masa tu dengan sebaiknya.. kalau 1 langkah aku buat silap.. mulala naik gabra.. step yang seterusnya terus hancur.. sebabnya kena ligan masa 5 minit tue.. ErhhHH!!!. Aku ingat ok jea osce kali ni sebab aku dah buat preparation unt hadapi hari ni dan lecture tegaskan kat kiteorang dengan kata-kata ni.. 'Kalau korang fail satu strile prosedur maksudnya korang dah gagal terus' kena repeat! Dengar perkataan repeat tu terus sesak nafasss.. boley guna MDI untuk lawaskan pernafasan.. huhu..
  • Semua tadi 5 stesyen.. 2 stesyen strile-Injection dan Dressing.. yang lain stesyen xstrile-pemberian ubat GTN,Nasophyrgeal suctioning dan MDI.
  • Aku akan citekan kat korang apa yang dah berlaku pada setiap stesyen yang aku masuk..
Stesyen 1
Simple dressing
Mula-mula masuk dah cuak dah sebab aku sangkakan MDI.. Erhhh! xsangka plak aku dapat strile prosedur unt stsyen pertama.. dan.. aku sangat mengigil secara sopan bila aku terpandang Lecture yang jaga stesyen tu.. Cik C jaga stesyen tu.. Perhh!! dia memang tersangat tegas dan berdisiplin orangnya.. Aku cakap dalam hati.. 'Erhhh!.. sudahhh.. habislah aku kalau dia yang jaga'.Mcm katak yang xbley lompat.. gugup.. K.. pea.. aku start dengan yakinnya.. ok jea mula-mula tu.. cuma masa nak perah swab.. aku stuck sekejap sebabnya ada 1 gallipot jea kat situ.. mana aku nak letak swab yang aku dah perah ni~.. Ahhh! masa ni jugek suruh aku critical thinking.. Grrrrhh.. aku letak gauze kat kidney.. dan aku gunakan gallipot unt gauze td unt letak swab yg diperah.. ok jea kat situ cuma gugup.. biasalah.. osce! siapa xgugup.. cuba ckp kat aku! dah la dlm masa 5 minit jea unt 1 stesyen.. Lps habis aku tengok reaksi Cik C serius nak mampus.. apala yang dia fikir tu. Ok jea kot.. hope aku lulus kat situ.

Stesyen 2
Pemberian ubat oral-GTN
Ok jea.. sebab masa formatif hari tu keluar prosedur ni jugak so aku xbuat kesilapan yang sama.. tapi yang kelakarnya.. Model pesakit ni kak senior sem 6.. nama pesakit diberi En. lee.. Aku panggil dia Puan bukan En.. sebabnya.. automatikla la kita panggil dia Puan sebab model tu girl.. aku sokmo gitu sampai habis.. dan aku sempat betulkan sebelum masa tamat.. nasib baik.. Mula-mula tu aku lupa nak catat dekat medical chart nama dan tarikh.. memang.. dgn yakinnya aku duduk dan rilex ingat aku dah sempurnakan dia.. nasib baik akak senior sempat bagi isyarat kat aku suruh tulis dekat medical chart.. Erhh! kalau x telor ayam la markah aku kat situ.. nasib baik.. Thank yea akak!.. Wakakaka.. Memang sokmo gitu.. kat senior yang jadi pembantu osce akan tolong kita secara pasif.. pandai-pandai r nak hidup  :p

Stesyen 3
Injection IM Vit. B Complex
Prosedur ni aku dah buat latih tubi banyak kali.. dan paling last aku buat dgn Cik.C semalam.. aku buat dgn yakin la.. cuma masalahnya.. kena suntik dekat paha.. aku berlatih suntik dekat punggung.. so blurr sikit r.. aku xbaca plak nota suntik dekat paha.. so memang gelabah jugak la aku tadi.. dan 1 lagi yang aku xpuas hati.. penutup needle ketak giler!! bapak ketat.. susah nak nak buka.. buang masa kat situ banyak gilerr.. Erhh!! geram aku.. nasib baik aku sempat buat penyediaan ubat dgn baik..
Tapi malangnya aku xsempat cucuk kat patient.. loceng dah bunyi!. Ahhh!!! aku harap aku still lulus sebab penyediaan ubat aku xlangar prinsip strile.. hope sangat-sangat!!.

Stesyen 4
Suction Naso....
Kat hidung r.. Mula-mula buka je tirai.. nampak muka Pn.K. oH!! GOD! Mengucap aku dalam hati.. kenapa Pn.K mesti ada kat sirkit yang aku akan masuk padahalal.. semua ada 3 sirkit.. dia mesti dekat sirkit 1 sama dengan aku.. Adoiyaaaaaii.. apa la nasib aku.. Aku bukan apa... aku jem bila nampak muka dia sebab aku selalu kena dengan dia dalam kelas.. Memang dia kerap panggil nama aku lerr kalau kelas dia.. Sampai kawan-kawan aku gelar aku anak angkat dia.. Huhu.. Ahhh!1 aku memang nervous kalau dia yang jaga stesyen sebab ntah.. aku xtahu nak cakap cm maner..  Aku buat mcm biasa r step dia.. Aku inagt aku dah betul buat.. last masa nak bagi suctioning tu.. aku baru perasan yang aku xpakai glove.. Gurrllppp.. telan air liur aku!!!!!...silap dah.. aku nak ulang takut xdan.. plus dengan gabra dgn puan K. So aku still buat sampai habis...Masa nak masuk dalam hidung pesakit tu aku tersilap masuk kat hidung yang salah.. Erhh! silap lagi.. then aku betulkan pergi ke hidung sebelah.. masuk mcm biasa.. Tetiba Pn.K tanya aku.. berapa cm kita kena masukkan tubing ke dalam hidung pesakit.. aku jawab 10-15cm.. ok kat situ.. punya susah nak masuk ke dalam hidung model patung tu sebab hidung dia kecik.. Pn.k suruh masukkan juga.. so aku buat.. Lepas habis.. aku duduk sengap jea.. aku xnak pandang muka Pn.K sebab aku tahu aku dah buat salah.. dah xbley nak buat apa..sebab aku xcukup masa dah.. so pasrah jeala.. dan yang paling kelakar kat stesyen ni aku pergi beritahu Pn.k kena tingkatkan kadar oksigen pesakit sebanyak 10L sebelum buat suction padahal patient tu mana pakai mask!! aku terbawa-bawa prosedur suctioning unt tracheastomy!.. memang bengong la.. gelak aku sorang-sorang..
Aku tahu stesyen ni aku kioq... Pn.K.. Awak selalu buat saya rasa gementar.. tapi saya suka cara awak ajar kiteorang semua.. awak xmcm si dia yang selalu paksa kiteorang buat ni dan buat tu...stress sgt sebab si dia! nasib baik kiteorang still ada awak yang masihemahami perasaan kiteorang. Thank yea Puan.

Stesyen 5
Mdi
Kacang jea ni.. siap bagi pendidikan dalam keadaan duduk lagi..

Kesimpulan..
  • Ingatkan pen and paper masuk.. xmasuk plak.. lecture aku beriya-riya sangat cakap yang pen and paper masuk-stesyen bertulis.. yang aku ni bawa la kalkulatur apa semua.. last-last xmasuk.. siap hafal lagi nama ubat semua.. kalau masuk bley skor.. sebab bertulis kan.. Hurm biarlah. xda guna bising pon.. bukan bley ubah pown.
  • Dan aku xyakin yang aku boleh gagal atau lulus sebab naso aku hancur..  kalau ikut skema tahun lepas.. 3 stesyen lulus kiranya dah lulus semua.. kalau guna skema terbaru.. 1 stesyen strile gagal maksudnya semua dah gagal.. Gurrrppp..kalau ikut skema yang ni memang ramai yang akan gagal laaa..
  • Bila semua stesyen  dah habis.. keluar dari skill lab tu.. aku rasa mcm nak jerit jea.. riuh aku dengan kawan-kawan yang seperjuangan yang lain.. ada jea yang xkena bagi diri masing-masing..xpuas hati la.. apa laaa.. memang rasa geram sangat sebab xdapat buat dengan baik padahal kita tahu step-step dia tapi disebabkan situasi kita masa dalam exam terganggu dgn mcm-mcm benda buat kita gelabah dan tersilap buat.. dan masa yang diberikan pon 5minit.. terlalu cepat..
  • So.. osce dah tamat.. tunggu jeala result keluar nanti.. sekarang aku dah merdeka.. tapi hati masih dalam keadaan xsedap sebab osce tadi.. geram jea rasa!!!..
  •  Ahh! aku dalam nursing.. aku paling xsuka osce! Memang berdebar sangat dan stesyen strile paling leceh! langgar jea sikit terus fail! padahal belajar dengan strile tapi bila kerja kat wad x ikut sangat pon strile apa semua tu..Ikut yang mana betul-betul perlu jea..
  • Esok dah masuk kerja kat wad.. aku still wad yang sama sebelum exam hari tu.. 
  • K bye korang... thank sebab sudi baca sampai akhir.

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo