"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, October 17, 2016

Kasih Penderma Organ l Derma Organ Selepas Kematian

Assalamualaikum ,

Pada 15/10/2016 aku telah menghadiri satu program derma organ anjuran Pusat Transplan Nasional yang  diberi nama program 'Bicara Hati'  berlokasi di Maju Tower Kuala Lumpur . Sister wad aku mahu dedahkan aku kepada program -program derma organ seperti ini sebab aku pernah cakap dekat sister yang aku nak jadi ahli Top Team ( pasukan kempen pendermaan organ ) . Ok, excelly aku memang dah lama berminat dengan program derma organ ini cuma aku tidak diberi pendedahkan secara teliti mengenai derma organ . Jadi kali ini aku diberi peluang . Syukur .

Dulu , aku tak perna nak ambik kisah pasal program derma organ ni , lantaklah berapa banyak kempen yang dilakukan oleh pihak kesihatan sendiri aku takde nak peduli sebab aku akui dulu aku kurang peka dengan isu semasa dan malas nak mengambil berat tentang keadaan masyarakat kita sekarang sebab life sendiri pun terumbang ambing ada ke plak nak sibuk pasal masyarakat lain , kan! jadi kempen kempen itu semua takde kesan dalam diri sendiri bila kita sendiri selfish! Jadi siapa rasa diri dia tu selfish , cuba buka peluang kepada diri sendiri untuk buat sesuatu yang berguna sementara masih hidup. cuba untuk berubah, Ingat dalam dunia ini kita hidup secara bermasyarakat bukan hidup sendiri dan bertapa hebatnya kita sekalipun di dunia suatu hari nanti kita pasti akan menemu mati , dan derma organ adalah satu peluang untuk kita memberi kebajikan kepada mereka yang masih hidup . Indahnya la dapat memberi peluang hidup yang kedua kepada mereka yang memerlukan dimasa diri kita sudah tidak lagi berpeluang untuk teruskan hayat ini . besar ganjarannya nanti .

Bila aku menghadiri program bicara hati ini barulah aku faham sebaliknya tentang derma organ . Sebenarnya program bicara hati  ini diadakan demi meraikan ahli keluarga penderma organ yang sudah meninggal , memberi semangat kepada penerima organ untuk terus berjuang dan menjadi warrior seterusnya kepada orang lain. Untuk program ini mereka yang terlibat adalah dari keluarga waris penderma organ , penerima organ dan pegawai kesihatan yang terlibat dalam proses transplan .Mereka datang dari seluruh negeri di Malaysia . itu yang buat aku terharu . Mereka hadir semata untuk berkongsi pengalaman tentang pendermaan organ dari kalangan ahli keluarga kesayangan mereka kepada kita . Banyak cerita yang telah dikongikan bersama dan semuanya sangat bermakna dan terkesan dalam hati sehingga menitis air mata siapa sahaja yang mendengarnya . Sepatutnyala , program seperti ini ditayangkan live di tv supaya rakyat kita semua faham dan nampak bertapa seriusnya isu derma organ saat ini . biar kita semua dapat pengetahuan dan lebih peka tentang kepentingan derma organ ini .

Untuk pengetahuan semua ,
Penderma organ selepas kematian adalah dari kalangan pesakit yang mengalami kematian otak atau medical cakap 'brain death' , bila otak sudah mati , hidup pesakit tersebut hanya bergantung pada mesin pernafasan dan bila masa sahaja kita tarik tiub pernafasan, pesakit itu akan mati , kalau terjadinya kes begini di hospital, doktor akan memberi keterangan teliti mengenai keadaan pesakit koma dan harapan untuk hidup hanya bergantung pada mesin pernafasan dan jika family decided untuk let go pesakit tersebut , doktor akan consult dengan family untuk menderma organ pesakit yang masih sihat . banyak proses yang akan dilakukan selepas itu jika keluarga  terima untuk menderma organ si mati .

Aku bekerja di ICU dan aku pernah terima pesakit kematian otak dan family mahu menderma organ . Ketika situasi sedang sayu , ahli keluarga masih boleh berfikir untuk memberi kebajikan kepada orang lain . aku kagum dengan semangat murni itu! dan nilai itu tak semua orang mampu terapkan . dan mereka ini menderma seikhlas hati demi menolong pesakit lain yang memerlukan organ penganti untuk meneruskan hidup tanpa  mengira bangsa dan agama . Bagus kan . Sebenarnya dalam pendermaan organ tiada kriteria seperti itu ditetapkan dan maklumat penderma organ dan penerima organ adalah sulit . Dalam sesi program bicara hati , ahli keluarga berkata perasaan mereka gembira bila tahu organ ahli keluarga mereka itu telah berjaya menyelamatkan dan memberi sinar harapan baru kepada pesakit lain . Dalam masa yang sama mereka dapat rasa semangat si penderma organ masih hidup di dunia ni dan mereka pasti di akhirat sana si mati akan peroleh ganjaran setimpal kerana telah melakukan amal kebajikan dengan menyelamatkan nyawa orang lain . dan ada perasaan bangga untuk si penderma kerana did something yang berguna dan jadi ingatan sebelum mati .

Mengikut stastitik dunia , Malaysia adalah antara negara paling rendah penderma organ dan mempunyai pesakit buah pinggang tahap kritikal yang memerlukan pemindahan transplan yang paling ramai di dunia . Jadi disebabkan itu masih ramai pesakit yang beratur menunggu penderma organ tetapi sehingga kini amat kurang , jadi kebanyakkan pesakit yang lama menunggu itu berakhir dengan kematian . sedih kan?
Ok, untuk pengetahuan kita , di Malaysia majoriti mereka yang sudah berikrar untuk menderma organ adalah dari kaum cina , kedua melayu dan ketiga india . Dan peratusan yang berikrar tak sampai 5% dari jutaan rakyat Malaysia . Nampak x kat situ kurangnya kaum melayu? aku cuba faham situasi orang melayu islam dalam isu derma organ ni . mungkin isu ini masih tidak jelas pada kita dan kita perlukan lebih banyak pendedahan tentang kepentingan derma organ ini dari pelbagai pihak kementerian kesihatan khususnya dan dari pihak hal ehwal agama islam sendiri . beri pendedahan , bagi kita semua faham dan nampak kepentingan derma organ ini . bagi aku , bila kau ada niat untuk menderma organ selepas mati tapi kau masih takut nak buat keputusan , aku sarankan kau bermula dengan belajar hidup bermasyarakat dari sekarang then kau akan nampak keperluaannya dekat situ .

Sedih bila tahu ramai yang ambik mudah dengan isu ini , ramai pesakit yang memerlukan pendermaan organ ini untuk teruskan hidup , kasihan kan , kenapa kita tak boleh menderma? bila masa tuhan nak ambik nyawa, kita/family diberi pilihan untuk membuat kebajikan kepada orang yang memerlukan , kenapa tidak?  menolong orang yang dalam kesusahan itu kan disukai oleh Allah swt dan hukum menderma organ dalam islam ini harus  . Jadi ada masa renung renungkanlah dan jika masih ragu ragu sila buat research sendiri mengenai derma organ, Insyaallah , niat yang baik Allah swt akan cerahkan mana yang masih kelabu.

Satu lagi ,
Jika kita sudah berikrar untuk menderma organ ketika kita masih hidup , bila kita mati nanti , keputusan muktamad adalah dari ahli keluarga samaada mahu menderma atau tidak jadi jika niat anda memang nak menderma organ itu jelas , sila beritahu ahli keluarga kemahuaan anda itu sebelum anda mati . bincang dengan baik supaya pendermaan organ ini menjadi satu pemberian yang adil dan ikhlas dan insyaallah ganjaran pahala itu bersambung sehingga di akhirat sana .

Sebenarnya derma organ ini bersifat individual dan bukan paksaan .
Dan hukum jual beli organ dalam islam adalah haram sebab itu kita berkonsepkan menderma, harap faham .
Dekat oversea banyak black market yang menjual organ secara haram dan aku harap negara kita tak terlibat!

Jom berikrar untuk menderma organ !

Cara daftar ikrar derma organ selepas kematian , klik link di bawah
Daftar Derma Organ

Terima kasih .

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !