"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, September 1, 2017

Majlis bertunang Amirah X Aizat

Assalamualaikum ,

Alhamdullilah semuanya dah selesai dengan baik .
masa aku menulis entri ini aku dah 18 hari menjadi isteri kepada aizat . dan baru sekarang aku ada masa nak story cita kahwin ni . ok, untuk pengetahuan majlis tunang aku buat sehari sebelum aku bernikah , so sempat la jugak aku merasa menjadi tunangan orang ni . Ramai kawan kawan aku tanya kenapa aku nak jugak buat majlis tunang padahal esok dah nak nikah
Well , jawapan aku , aku nak mengikut adat kita , walaupun sehari je bertunang takpa , janji ada majlis  sarung cincin tu , aku nak merasa feeling emosi itu jadi aku xnak skip untuk bertunang .

Ok nak dijadikan cerita  12/8/17 hari pertunangan aku, kiteorang janji dengan keluarga pihak lelaki pukul 3pm berkumpul di rumah aku , sekali start dari pukul 2pm hujan turun  lebat gila dekat kawasan aku , sampaikan pukul 3pm tu hujan masih lagi lebat dan masa tu aku dah risau sangat macam mana keluarga belah lelaki nak datang rumah aku ni , dorang dah la 13 biji kereta , hujan lebat sangat la plak , aku mesej aizat tapi aizat xbalas , sekali tepat pukul 3pm  aizat dan rombongan dari keluarga lelaki tiba di rumah aku , lega rasa , then family aku jenuh payungkan dorang dan barang hantaran tunang ke dalam rumah . fuhh . syukur semua selamat . bila semua dah berkumpul dalam rumah , majlis pun bermula .

Bila tiba masa aku kena keluar bilik untuk menyarung cincin oleh mak aizat , berderau gila jantung ni haa , feeling tu dah terasa , mcm ni rasanya feeling bila  bertunang sebab ramai yang tengok kot , huhu . segan betul rasa tapi confident la sikit sebab makeup cantik , baju pun puas hati  dan aku juga sewa mini pelamin untuk tunang ni, so nampak la proper sikit kan , xkan la orang jauh dari melaka datang majlis tapi xde pape kan , so bila ada pelamin ni rasa sedap mata memandang  sikit .

Sedara mara aku ramai yang datang , dari KL, Perak dan sekitar Penang ,  Terima kasih sangat kepada korang yang memeriahkan majlis . kalau xda korang semua aku tak tahu la mcm mana jadinya majlis aku ni .

Alhamdullilah .
Aku suka dengan makeup tunang aku  ni , puas hati sangat . Thanks Arbi  dan butik Serambi Mempelai , Parit Buntar . Disini aku nak share sikit gambar gambar sekitar majlis tunang aku niuntuk kenangan masa depan

Lepas majlis ada jamuan sikit family aku buat , then dalam pukul 5pm semua dah setel , outdoor photoshoot untuk tunang x buat sebab hujan . sokay , xkesa . yang penting semua dah berjalan lancar .

Terima Mak , Ayah , Hafiq , Ikmal dan Adil & Kak Ana sebab jadi orang kuat pada hari ini .
Terima kasih  Nora,Nabilah, Hani,Azah,Ain sebab ada menemani aku pada hari ini :).
dan terima kasih kepada semua yang terlibat .  maaf xmampu nak sebut semua .

Hantaran kepada lelaki 7 dulang dibalas dengan Perempuan 5 dulang  .



















Wednesday, August 30, 2017

[Galeri] Majlis Persandingan Amirah & Aizat


















































































































Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !