"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, December 23, 2010

'KOrie' Visit Penang Toy Museum - Largest In The World and Pesta Penang 2010



Salam guys~
Huh penatnyer.korang pernah x terjadi benda ni kat diri korang? korang dengan excited menaip unt update entri dlm blog dkat  page yang xbley recover balik bila data tu hilang? contoh mcm tetiba jea current terputus dan masa tu korang dah taip dah dekat nak habis pun.. kiranya dah panjang berjela-jela la. pastu hilang.. xbley nk recover blik.Pernah x? Rasa geram giler ark? Mmg totally rasa nak menyumpah jea kat current tu dan kalau la ada dalang yang saja matikan current tu mmg nak mata ni~ Huh. bley bayangkan bertapa penantnyer nak menaip sambil dok kerah minda ni unt ingat apa yang terjadi~ adoi. mmg malang betul kalau jadi mcm ni. Exclly entri ni aku dah separuh siap pastu tetiba current trputus~aku taip dkat notepad so mana bley recover~ kea bley? huh aku xtahu. setahu aku xbley. alang-alang nak backup benda kecik mcm baik xpayah~nak xnak kena taip balik. Haih~sabar.

Semalam apa korang buat? ada xcerita-cerita best? Huhu smlm sehari aku x jln-jln ke blog bloggers lain~ semalam ada plan lain.Oke semalam aku pergi melancong dalam negeri~ kat mana lagi? kalau bukan dekat penang~huh bumi bertuah ku~ aku bangga jadi rakyat Penang.Aku mana la mampu nak melancong ke luar negeri or lebih lagi ke luar negara mcm korang? setakat dlm negeri jea. Aiseyy~ Sedih punya ayat~Buat pew nak g luar negeri padahal dekat dalam negeri pun banyak tempat-tempat menarik yang maybe korang xtahu~ huh~buta geo~haha. aku pun. Semalam aku pergi Toy Museum dekat Tanjung Bungah,Penang.Korang tahu x tu? bace jea.Toy Museum ni merupakan salah satu Toy Museum yang terbesar di dunia.Ternyata dlm Malaysia Book Record.Kalau xpercaya lagi tengok ni




'Reputed as the largest of its kind in the world, the Museum house over 100,000
toys, dolls and others fun collectibles. It has also entered Malaysia Book of Records
as the first toy museum in the country and with the largest toy and figurine
collection.'

Memang banyak patung dalam toy museum tu~Antaranya~Barbie doll,harry potter,Lao Fu Tze,star wars,hellboy,pokemon,,gundam,wall e,Pirates of Carribeans,batman,superman,Indiana jonas,Tomb Raider Lara Croft,kungfu panda,Captain jack sparrow,Lord of the Ring-major toy here,doremon,Monster Inc.,Nightmare before chrismast,dragon ball and many more.

















bagi peminat Naruto harap maaf yea. tiada patung naruto di sini~ Hahah. frust abg aku smlm sebab xdak patung naruto~ kui3.Huhu~ xsangka bley jumpa captain jack sparrow kat sini~ siap bley bergambar lagi~ dia senyum jea bil bergmbar dengan aku~ gambar couple wei. hahah. syok sorang-sorang gini lar~ xda lar itu hanya patung jack sparrow jea~ huhu. kalau korang xkenal siapa jack sparrow ni mari aku kenalkan~ ni ha dier






Good looking x? n da most importand question sepadan x kiteorang? huhu. perasan.Biar la aku perasan kejap sebelum aku tersedar ke alam realiti.huhu-slurpp
Bila masuk dalam muzium tu aku rasa mcm duduk dalam gua mumia jea~ dinding penuh dengan ukiran seni mumia dan dalam tandas pown~xcaye? tgok ni..



Huhu.eh xpew kea aku buat statement mcm ni. Kang kena saman nanti mcm mana? ah'Freedom of Speech'


1Perkara yang xdilepaskan adalah snap gambar~Wow~ Snap gambar sampai xingat dunia sampaii aku punya bateri Nset Kong.Larr. pastu baru perasan~baru la nak gelabah.tp xpew.puas hati~Bateri kamera aku pun habis~Beratus gambar yg diambil.Giler tol.















Best. Best jugak tp bayaran nak masuk agak mahal la jugak~ cuba teka?
Nasib baik aku ada org sponsor kalo x habis la duit aku~ aku pun juz harapkan elaun
so thank lea kat Org yang Sponsor tu yea




Rasa mcm xnak keluar lagi padahal dah dekat sejam duduk dlm tu~ sbb rasa mcm xberbalai kalau kluar cpt dgn bayaran dier yang sebanyak tu. Tp disebabkan masa mecemburui aku so terpaksa keluar jugak~ Next destinaon adalah Masjid Terapung Tanjung Bungah.





Cantik kan~ Di persisiran pantai~Angin sepoi-sepoi bahasa~Bahasa alam yang tiada bandingan ada di sini~ aku dapat nikmatinya dengan penuh kesyukuran terhadap penciptaNya








Beginila gambaran bila berada di penang~bumi tempat aku dilahirkan dan tempat aku membesar sehingga sekarang~tapi bukan selalu aku dapat nikmati pemandangan yang indah mcm ni sebab rumah aku di bhg.seberang prai selatan~pokok padi banyaklah. kalau datang bahagian penang pulau jea yang dpt rasa mcm ni.

Solat Asar dan Maghrib di sini



Lps maghrib bertolak pergi ke Pesta Penang~ apa maknanyer orang penang kalau xpergi pesta penang sg nibong yang hanya ada sebulan dalam masa setahun~ huhu. best. bertuah betol jadi orang penang yea. huhu. korang yang duduk jauh dri penang tu marilah sini~pakat-pakat datang pesta penang meh~ hum,buat pengetahuan korang pesta penang ni mcm expo ataupun mcm jom heboh tp jom heboh byk sponsor tp pesta penang mcm pensendirian sesebuah company. ada jugak yang sponsor tp xla sebanyak jom heboh.Ok dah paham? dan bezanyer pesta penang ada  Euro Fun Park mcm funfair yg memang habis gempak~korang nak terbang,nak dihayun dgn menggunakan tangan gergasi semuanya ada di sini. Mmg dtg dgn family adalah pilihan yang tepat.




Mmg seronok la mlm td~ lps habis stress ni ha~ lupa habis semua masalah. tempat mcm ni la aku nak. Barang-barang kat sini pun murah jea. mmg murah.Aku shopping Selendang jea smlm.Murah wei.Ala xda gambar nak tunjuk sebab bateri dua-dua kamera dah habis lol.


Tip unt korang yang nak datang Pesta penang~ datang awal-awal. Dlm area 7pm tu. Dia buka sampai 11.30pm. sebab kalau korang datang lambat tempat nak parking kereta susah nak carik sampai korang terpaksa letak parking yang berbayar sebanyak RM 4-5 Hinggit.Giler.bapak punya mahal padahal tapak tempat letak kereta tu tapak perumahan rumah orang jea. Ni ha ada agensi yang pandai carik duit melalui cara yang tamak beginila. mentang-mentang tempat parking xda ambik peluang plak. Tempat parking bukan xda.ada.kat tepi jalan.sepanjang jalan orang parking kereta~panjang sampai kedepan jauh dari tapak pesta. bley jea korang nak menambahkan lagi panjang deretan parking tu kalau xnak masuk tempat parking agensi yang aku ckp ni tp tudia la.bapak punya jauh nak berjalan pergi ke tapak pesta.Ataupun tip lain~sebelum sampai tapak pesta kalau korang nampak ada tempat parking kosong letak jea kat situ trus~ jgn sampai kat tapat pesta baru nak carik tempat parking~susah benor.Itu jea yang kureng cket psl pesta penang ni.Tp apa pun aku nak cakap~ kalau korang xpernah datang sini~ajaklah family or sapa-sapa bwk datang ke sini. xrugi weh. best.best lagi dri jom heboh. hahahah.sebab ada tapak funfair.
dah penat bermain+shopping~kiteorang pun balik ler.. tgok pemandangan sepanjang Jambatan Pulau Pinang pada waktu malam memang teramat cantik dengan cahaya-cahaya lampu sepanjang jalan~nampak teratur jew.Wow.


Berhenti di Tol Juru~tukar driver~aku plak yang jadi driver~ best driving kereta malamx2.

Sampai rumah pukul 12.30am.

Tidur yang sgt nyeyak.
Bye Korang.

Sumber gambar pesta penang: Yahoo Image

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !