Assalamualaikum ,
Baru rasa ada masa dan ada hati nak story pasal kisah delivery my baby Fath Amsyar dan my pantang story dan kisah selanjutnya sehinggalah habis cuti confinement selama 3 bulan + 1 bulan cuti menjaga anak .
Due date aku bersalin adalah 14/5/2018 , tapi fath taknak keluar lagi dan langsung xde tanda2 nak bersalin lg, so doktor bagi tempoh lagi seminggu sebelum induce iaitu 21/5/2018 . Ok pada 16/5/2018 aku rasa tak sedap hati, baby gerak jer dlm perut tapi rasa mcm ada yg x kena so aku bagitahu husben dan we decided nak pergi scan perut takut ada yg xkena, then we go la Klinik Al- Zaharah Ampang, dan i did scan perut , doktor check kata air ketuban aku dah takde sgt ni, maybe leaking but i xrasa apa pun yg kuar that time. then doktor bagi surat refer ke hosp untuk next treatment . mlm tu jugak aku pergi PAC Hosp. Ampang and again doc dkt PAC did scan my perut dan dapati air ketuban kurang dari dkt klinik tadi, maksudnya aku tgh leaking walaupun aku xrasa leaking, baby boleh lemas kalau air ketuban makin kurang. mlm tu jugak aku kena admit dekat wad 4D @12.30am Hosp Ampang untuk induce pagi esok .
Esoknya pukul 7am doktor dah dtg , bagi induce kali pertama unt aku since aku langsung xde contraction lagi . masuk ubat dkt bawah, selang contraction yg kedua adalah 6 jam, so 6 jam pertama aku langsung xde rasa apa lagi . Cukup 6 jam doctor check bukaan os aku, ini kali kedua dia check, 1st time dia check os semalam masa dekat PAC. mak aii rasa dia ngilu weh. Os hanya buka satu unt 1s induce , so doktor maksudkan ubat induce kali kedua masa pukul 12.30pm, ok start pukul 4pm aku dah rasa sakit contraction sikit2, rasa dia makin lama makin kuat , disebabkan aku sakit sgt, doktor kerap check bukaan aku sakit tapi bukaan baru 3cm, kalau 5cm baru nurse boleh tolak ke labour room. Ok dari bukaan 3cm nak ke 5cm tu lama betul, Masyaallah , aku tahan sakit ya amat,contraction kerap sangat, selang 2min je kot rasa contraction tu, nasib laki aku ada disisi, aku mmg nangis la sbb hadap sakit tu, sampaikan aku mintx nak epidural sbb xtahan sgt dah, rasa mcm nak tercabut pinggang weh, serius sakit. dkt mulut mmg xstop zikir dkt Allah swt . tapi nasib aku xbaik, APS nurse kak aini datang tengok aku dkt wad, tp katanya Epidural tak boleh pasang dekat wad, epidural hanya boleh pasang di labour room je so aku xbole nak dpt sekarang sbb aku masih di wad sbb bukaan masih kuramg 5cm. Dalam pukul 9pm tu bukaan dah masuk 5cm , doktor bagi ubat tahan sakit im pethidine dekat aku dan prepare ubt unt masuk ke labour room, kalau ikutkan dah boleh tolak ke LR tapi kena hold sebab LR tgh penuh. Mak aii, lama jugak tunggu weh, Contraction mmg makin kerap sampai aku rasa nak bersalin dkt katil wad tu tapi nasibla aku teran teran tu x keluar pun baby, sampailah dalam pukul 10.15pm aku dimasukkan di LR. Sampai jer LR, tukar katil semua, nurse check bukaan dah 10cm, Nurse suruh aku teran sambil tu dia ajar la step yg betul tapi aku xpandai nak teran sangat sampaikan dia marah jugak la dekat aku sbb x ikut kata dia sbb aku terlalu sakit sampaikan asyik terkepit je kaki. Push punya push dan akhirnya kepala bayi dah keluar dan terus nurse tarik bayi keluar sepenuhnya pada tepat pukul 11.16pm, Ya allah masa tu feeling dia rasa lega sgt sbb bila bayi keluar terus sakit contraction hilang . Aku kena Epi sikit, so ambik masa sikit la nak jahit Epi tuh, terasa weys dia jahit tu, masa dia gunting buat epi pun terasa . Bila fath dah kuar nurse terus letakkan dia ats dada aku dan dia suruh tengok jantina fath, then baru dia cuci sikit dan balut terus bagi dekat husben aku untuk azankan. Ya Allah, besarnya kuasa kau Ya Allah . Terima kasih dengan pemberian ini, aku bersyukur .
Aku ditolak keluar bersama katil dari LR ke wad biasa, kelihatan ayah dan mak aku dah tunggu dekat luar wad, diorang menunjukkan lafas lega lepas aku dan cucu sudah selamat, boleh nampak la raut wajah depa . ayah mak masuk sekejap melawat aku dalam wad , waktu tu dah tengah mlm dan bukan waktu melawat so takde sapa yg bole stay dgn aku. Aku kena tggl berdua dgn fath mlm tu, laki dan mak ayah aku dpt masuk 10m je dkt wad tadi. then, berehat la aku seorang diri, rasa penat sgt, nak tidur jea tp fath nangis pulak, aku try bagi susu tp susu xkeluar, dia nangis jer, stress jgk aku sbb penat siang td xhabis lagi tp disebabkan tkde org nak uruskan fath pada ketika tu aku paksakan diri jeala.. nurse pun xkelihatan. hmm.
almaklumla dah pukul 1am .. keesokkan harinya, lps fath dah berak aku dan fath dh boleh discharge dari wad, alhamdullilah.
Balik rumah dpt tidur semalam jer kat rumah, pagi tu JM dari KK datang rumah check kuning fath, katanya tinggi then dia suruh aku pergi ED check bacaan. Aku pergilah ED hospital ampang, sekali check bacaan kuning tinggi terus doktor suruh admit wad 4A, berkampunglah aku dekat wad 4A pulak. nasib malam tu ada katil untuk mak, so aku admit sekali dgn baby dkt 4A tu. dekat wad 4A hanya dibenarkan suami sahaja masuk pada waktu melawat, atuk nenek langsung xboleh masuk.itu yg kesiaannya, kesian mak ayah aku nak tengok baby xdpt tp dah nak buat cmne, rules is rules lantaklah kau pangkat apa pun.. gitu. 3 hari admit then fath dah boleh discharge. hari kelima fath baru kiteorang balik kampung dkt penang. so next story aku nak cerita pasal my pantang story.. my pantang story langsung xbest, menyakitkan dan aku pun malas nak ingat dah tulis dlm blog, tengoklah nanti kalau rajin..
Tarikh lahir Fath Amsyar adalah 17/5/2018@11.16pm bersamaan dgn 1 Ramadan .
T