"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, September 7, 2025

4 Februari 2025: Cerita Aku, ICU , Balai Pelawat , BPL & Exam di ILKKMJB atau ILKKM Sungai Buloh

 

🌷 Diari 


Hari ni 4 Februari 2025. Aku bangun pagi dengan rasa lemah longlai, badan macam tak ada tenaga… tapi apa pilihan yang aku ada kan? Hidup tetap kena terus walaupun hati aku dah separuh tertinggal dekat ICU. Rumah Keramat masih penuh dengan keluarga Aizat, anak-anak aku Amsyar dan Aira pun ada sama. Telefon bimbit langsung aku tak berani lepaskan dari tangan — takut kalau-kalau ada panggilan emergency dari hospital.

Dalam kepala aku, hanya satu je berlegar-legar: “Macam mana keadaan Aizat hari ni? Dan… esok exam aku, aku mampu ke nak hadap semua ni sekali?”

Pagi ini pukul 9am kawan kawan ADIC tengah seat final exam 1st paper . aku ketika ini masih dekat rumah . aku extend 1st paper aku . terpaksa. benda ni berlaku secara tiba tiba dan aku terpaksa semua ini .


🌸 Waktu melawat tengahari


Jam 12.30 tengahari, aku dah ada depan ICU. Mama dan ayah ikut sekali sebab ni kali pertama mereka nak tengok keadaan Aizat. Masa melawat, Aizat masih ada sedikit sedation. Ada masa nampak macam nak sedar, tapi belum sepenuhnya. Upper limb dia extension… aku panggil nama dia, tapi dia tak obey. xbuka mata.. pegang tangan dia masih terasa sama, suam jea,  Hati aku sebak tengok keadaan tu.

Pagi tadi doktor dah buat repeat CT scan. Result belum keluar lagi. Aku agak terkejut juga sebab belum cukup 24 jam cerebral resus, tapi dalam hati aku fikir bagus juga cepat-cepat buat. Kalau ada apa-apa abnormality, boleh detect awal dan rawat segera.

Hari ni juga ramai saudara mara belah ayah Aizat datang ziarah. Semua peluk aku, ada yang hulur duit. Aku jadi segan, tapi aku tahu itu cara orang Melayu tunjuk simpati bila melawat orang sakit. Campur baur rasa aku — sedih, segan, tapi dalam masa sama rasa terharu.


🌸 Cerita tentang exam


Petang tu aku sebenarnya dah plan nak beli tiket balik JB. Tapi tiba-tiba Puan Hamidah call, minta aku jangan beli lagi sebab dia tengah urus dengan BPL Putrajaya supaya aku boleh seat exam dekat ILKKM Sungai Buloh sahaja.

Tak lama lepas tu, ada seorang doktor dari BPL call aku. Suara dia lembut sangat.
“Amira, awak ok tak? Saya terkejut dengar berita ni. Awak kuat ke nak jawab exam esok?” kalau awak nak extend semua paper saya boleh consider tapi nanti awak kena seat semula exam tiga tiga paper dalam masa 1 hari je nanti , tarikhnya nanti kita bagitahu

Aku cuba kuatkan hati dan jawab,
“Takpe doktor, saya boleh. Macam mana pun saya kena seat, takkan saya nak fail.” 

Doktor tu sambil menangis cakap kat aku,
“Awak ada anak?”

Aku cerita pasal Amsyar dan Aira, umur 5 dan 7 tahun. Dia pun jawab,
“Alahai kecil lagi anak-anak awak. Moga awak kuat ya Mira. Allah takkan uji kalau awak tak mampu. Awak memang terpilih.”

Aku pun menangis sekali. Perbualan tu jadi doa untuk aku terus tabah. Mujurlah Puan Hamidah dah buat keputusan tepat — exam aku dialihkan ke Sungai Buloh. Kalau extend semua paper, aku kena jawab tiga-tiga sekali dalam sehari, memang mustahil untuk aku. so nak tak nak aku kena seat exam hari kedua dan ketiga bermula esok di ILKKMSB . okla , takdela rasa rushing nak balik JB . lega sangat rasa . tapi dalam hati memang risau nak exam esok . 

dok asyik fikir .. boleh ke ni

baca apa sekarang dah tak boleh masuk dah ni

aku tawakal aje .. 


🌸 Balai Pelawat Hospital Sungai Buloh


Petang tu aku minta surat dari staf ICU untuk tinggal di Balai Pelawat. Jarak Keramat–Sungai Buloh agak jauh, aku tak sanggup ulang-alik dengan keadaan macam ni.

Dekat Jabatan Sosial, PPK Kak Fadila  yang uruskan. Baik sangat dia, siap terus bagi katil nombor 6. Masa aku masuk dorm tu, ada 10 katil single, kipas kecil sorang satu, 3 aircond, almari kecil, shower heater, pantri lengkap dengan Coway, peti ais, mesin basuh, ampaian, surau dan ada guard jaga depan. Masa tu baru ada 3 penghuni, termasuk Kak Ijan sebelah aku. Aku sempat berkenalan sikit dengan dia.

Aku rasa lega sangat tengok tempat tu. Cukup selesa untuk aku berteduh sementara, walaupun kena kongsi ramai-ramai. Malam ni aku balik dulu ke Keramat, esok baru aku plan pindah masuk. Senang sikit nak fokus exam tanpa gangguan anak-anak.


🌸 Semangat dari semua orang


Malam tu aku kemas barang. Tiba-tiba dapat call dari Puan Saraswathy, lecturer subjek esok. Dia tanya keadaan Aizat, lepas tu terus bagi aku semangat.
“Awak ada nota saya? Ada soalan revision?” Kalau tak ada, dia suruh minta dekat kawan-kawan ADICJB. Dia ingatkan aku untuk ulangkaji sikit untuk exam esok, Suara dia penuh yakin, dia cakap saya tahu awak pandai, awak mesti boleh jawab esok,  dia lebih percaya pada aku berbanding aku sendiri. Bila dapat call dari dia aku rasa lebih confident nak jawab soalan esok .. baiknya Puan Saras siap call aku lagi . 

Aku betul-betul terharu. Tambah pula ramai kawan-kawan JB mesej, share nota, share soalan. Aku rasa macam Allah kirimkan ramai orang baik untuk ringankan beban aku.

Aku juga sempat WhatsApp Puan Azy, lecturer ADIC Sungai Buloh. Dia layan aku dengan mesra, siap bagi semua detail tempat exam, masa dan apa yang perlu aku bawa. Aku rasa lega sangat, macam ada orang tolong jaga aku di tempat baru ni.

Lepas tu aku contact Jannah, kawan masa basic nursing dulu, sekarang dia ADIC Sungai Buloh. Dia reply whassup cepat aje, siap cerita suasana kelas dan janji nak teman aku masa exam. Terus aku rasa tenang, at least aku ada kawan dekat sana, taklah rasa sorang-sorang sangat.

Nasib baik juga masa aku emergency balik dari JB hari tu, aku sempat bawa semua barang penting untuk exam. Cuma uniform je aku tak bawa. Mujur aku jumpa balik uniform lama dalam almari. Kalau tak, memang aku dah plan nak pinjam kawan ICU HA aku Zamira. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Malam tu aku baring dengan dua rasa — takut nak hadap exam esok (paper killer subject pulak tu 😣), tapi dalam masa yang sama hati aku penuh rasa syukur. Satu demi satu Allah mudahkan. Ramai yang aku sayang dan ramai juga yang sayang aku.


Aku doa sungguh-sungguh: semoga esok pagi, pukul 9 bila exam bermula, Allah bagi aku kekuatan luar biasa. 🌷

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !