"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Diary Mira. Show all posts
Showing posts with label Diary Mira. Show all posts

Sunday, October 12, 2025

6 Februari 2025: Last Paper, Air Mata & Pertemuan Pertama Dengan Doktor Nitisya (Neurologi)

 Pagi ni aku bangun dengan hati yang tenang. Hari terakhir exam.

Aku dah tak ada tenaga nak cemas macam semalam. Dalam hati cuma ada satu perkataan — redha.

Aku duduk depan meja, tengok nota sekejap tapi kepala kosong. Takpelah, aku dah tawakal.
Bila sampai kolej, suasana macam biasa — sunyi, semua fokus. Aku masuk kelas dengan Jannah, duduk di tempat biasa.
Kali ni rasa lega sikit sebab ini paper terakhir sebelum cuti dua minggu.


✏️ Soalan MI — Hadiah dari Langit

Bila buka kertas, aku terdiam.
Soalan keluar pasal Myocardial Infarction (MI) — pasal jantung.
Dan masa tu aku terus rasa macam dunia berhenti sekejap.

Aku memang buat case study pasal MI, dan dalam satu kelas tu cuma tiga orang je termasuk aku yang pilih topik ni.
Tak sangka langsung… soalan yang keluar sama macam kes aku sendiri.

Air mata terus menitis masa aku tulis jawapan.
Aku tulis sambil tersenyum, tapi dada terasa sebak.
Dalam hati aku ulang,

“Ya Allah… dalam aku diuji, Kau masih beri ruang untuk aku rasa nikmat pertolongan-Mu.”

Aku teringat masa Puan Hamidah semak case study aku dulu —
beliau puji sebab aku tulis sangat detail, siap kaitkan patho dengan management.
Dan hari ni, soalan tu keluar betul-betul sama macam yang aku pernah buat dulu.
Alhamdulillah. Betapa besarnya rahmat Allah, bila Dia bantu kita waktu kita paling lemah.


🕊️ Lepas Exam – Lega Tapi Sunyi

Habis exam, suasana luar kelas kecoh.
Ramai tak sangka soalan jantung (MI) yang keluar — siap ada yang cakap

“Eh, ni bukan soalan kita, ni macam paper budak ADCV la!”

Aku cuma senyum kecil. Tak rasa nak masuk campur.
Aku memang tak banyak kawan kat sini, cuma Jannah je yang betul-betul rapat.
Aku tak ada mood nak sembang pun — rasa letih, penat jiwa.
Cuma dalam hati aku ulang,

“Alhamdulillah, dah habis… dah merdeka.”

Cuma satu lagi paper aku extend, jadi nanti hujung bulan baru aku jawab dengan budak-budak repeat paper.
Sekarang ada gap dua minggu — cuti sem. Tapi bukan cuti sebenar bagi aku… sebab jiwa aku masih di ICU.


Kafe, Puan Hamidah & Rasa Syukur

Lepas exam, baru aku sedar aku belum makan apa-apa dua hari ni.
Mungkin sebab stress, mungkin sebab tak lalu.
Aku terus ke kafe, beli nasi dan air panas. Baru suapan pertama, tiba-tiba rasa lapar menyerang.

Masa tengah makan, Puan Hamidah WhatsApp aku —
tanya macam mana exam hari ni.
Aku balas, “Soalan keluar pasal case study saya, Puan… pasal MI. Alhamdulillah, saya boleh jawab.”

Dia reply,

“MasyaAllah, baguslah Mira. Allah mudahkan. Kamu memang layak dapat soalan tu.”

Masa tu aku tunduk, air mata jatuh lagi.
Aku tahu — Allah betul-betul mudahkan urusan aku hari ni.
Dalam keadaan aku paling rapuh, Dia kirimkan kekuatan kecil macam ni.


🏥 Petang di ICU – Pertemuan Dengan Doktor Neuro

Lepas makan, aku terus ke ICU.
Hari ni aku dapat jumpa Doktor Nitisya, pakar neurologi yang uruskan Aizat masa pembedahan dulu.
Ini kali pertama aku jumpa dia sejak hari operasi.

Dia sangat tenang, suaranya lembut tapi jelas.
Dia cakap masa Aizat masuk OT dulu, bleeding dalam kepala sangat heavy — “macam air terjun”, katanya.
Dia cerita betapa susah nak secure pendarahan tu, tapi team berjaya selepas activate MTP (massive transfusion protocol).
Pembedahan berjalan baik, semua secured — cuma luka open wound dekat kepala agak besar, kena buat dressing yang betul-betul rapi.

Aku dengar sambil tangan menggigil.
Aku bayangkan masa dia jatuh, masa darah tu keluar tanpa henti —
betapa sakitnya yang Aizat tanggung.
Aku tengok gambar luka tu pun dah rasa nak rebah.

“Ya Allah, besarnya ujian ni untuk dia… dan untuk aku.”


💭 Rasa Syukur & Ilmu Yang Bermakna

Waktu doktor terangkan satu-satu, aku bersyukur aku seorang nurse ICU.
Aku boleh faham semua istilah, semua parameter, semua risiko.
Aku tahu maksud setiap perkataan yang doktor sebut — ICP, hematoma, dural tear, midline shift
semua tu bukan asing bagi aku. Tapi bila ia berlaku pada orang yang aku cinta,
semua ilmu tu jadi pedang yang menikam balik ke hati sendiri.

Aku juga bersyukur sebab aku ambil ADIC sub Neuro sebagai core study.
Sebab sekarang, semua yang aku belajar — adalah tentang Aizat.
Tentang pendarahan, tentang tekanan otak, tentang tanda-tanda recovery.

Tapi yang aku rasa sekarang…
berat.
Berat sebab aku tahu apa maksud setiap perubahan.
Berat sebab aku faham kemungkinan, risiko, dan harapan yang nipis.
Dan dalam masa yang sama, aku kena kuat.
Kena jadi nurse, kena jadi isteri, kena jadi pelajar, kena jadi manusia yang masih mampu bersyukur.


“Ya Allah… terima kasih sebab Kau bagi aku kekuatan untuk terus faham, walau dalam sakit.
Aku reda, tapi aku juga rindu. Aku percaya, takdir ni bukan sia-sia.”

5 Februari 2025: Hari Pertama Exam, Degup Jantung & Takdir Yang Lembut

Pagi tu aku keluar rumah dengan dada yang masih berat — hati masih tertinggal di ICU, tapi akal cuba kuatkan diri sebab hari ni hari pertama aku seat exam. Dalam kepala, doa aku cuma satu: “Ya Allah, tolong tenangkan aku hari ni.”

Sampai kolej dalam pukul 8.15 pagi, aku terus cari kelas ADIC… tapi tak jumpa! Kelam kabut aku pusing satu bangunan. Akhirnya aku call Jannah, suara dia tenang je kat telefon,

“Korie, aku nampak kau. Datang je ke taman tengah-tengah tu.”

Aku pun jalan laju ke arah taman tengah tu, dan bila nampak Jannah lambai tangan sambil senyum, rasa lega sangat. Macam jumpa cahaya kecil dalam pagi yang penuh tekanan ni. Sampai je, aku terus salam Jannah — tapi aku tak tegur orang lain. Segan. Semua nampak fokus, muka-muka serius sebab nak masuk exam pukul 9.00 pagi ni.

Bila masuk ke dewan, tiba-tiba puan-puan semua wish aku “good luck”. Aku tak sangka — sebab ni paper pertama aku, dorang semua nampak macam bagi semangat. Rasa terharu sangat.

Mereka banyak bantu aku isi maklumat atas kertas jawapan — nama, kod, tarikh, semua lengkap. Aku duduk, tarik nafas panjang. Dalam hati aku cakap: “Okay Mira, buat je sebaik boleh.”


✏️ Masa Seat Paper

Bila kertas diedarkan, aku buka dan baca soalan pertama.
Terus aku kaku. Soalan ni... sebijik sama dengan yang keluar masa revision week! Soalan group aku dengan Adidah, yang kami bincang panjang-panjang dengan Puan Saras kat JB masa tu.

Air mata hampir jatuh, tapi aku tahan. Aku senyum sikit sambil bisik dalam hati,

“Ya Allah… Kau mudahkan aku, walaupun aku tak sempat baca langsung dalam keadaan macam ni.”

Tangan aku terus menulis lancar. Setiap perkataan macam dah tersusun dalam kepala. Aku tahu jawapan ni sebab aku yang tolong susun masa revision dengan Adidah dulu.
Rasa syukur yang teramat — macam Allah nak cakap, “Aku tahu kamu penat, tapi Aku tetap bantu.”


🌤️ Selepas Exam

Habis paper, aku keluar dewan perlahan-lahan. Jannah tunggu dekat luar, senyum dan tepuk bahu aku,

“See, boleh pun kau buat. Kuat Mira.”

Aku cuma balas dengan senyum kecil, tapi dalam hati aku tahu —
hari ni bukan sekadar hari exam pertama.
Hari ni Allah tunjukkan yang walau aku hampir tenggelam dengan duka dan letih,
Dia masih kirimkan jalan tenang melalui orang sekeliling dan rezeki tak disangka.



Lepas habis exam, aku tak tunggu lama pun kat kolej. Semua orang masih sembang tentang soalan, tapi aku tak ada tenaga nak join. Dalam kepala aku cuma satu — nak ke ICU, nak tengok Aizat.

Aku terus gerak ke hospital. Sampai depan ICU, suasana masih sama — sejuk, sunyi, dan penuh dengan bunyi mesin.
Aku masuk perlahan, tengok dia masih terbaring. Wayar-wayar tu semua masih berselirat.
Keadaan dia sama. Tak banyak berubah dari semalam.

Aku duduk dekat tepi katil dia, pegang tangan dia perlahan.

“Sayang, hari ni saya seat exam… soalan yang keluar tu sama macam revision kita minggu lepas dengan group Adidah,”
aku cerita sambil tersenyum nipis.

Aku tahu dia tak boleh dengar sepenuhnya, tapi aku tetap bercerita —
macam biasa aku kongsi setiap kali balik dari kelas.
Aku cakap yang Allah permudahkan exam aku hari ni.

“Saya ingat soalan tu sebab kita bincang lama-lama masa revision hari tu. Alhamdulillah, sayang…”

Sambil bercerita, air mata aku menitis sendiri. Aku pandang wajah dia — nampak macam kepala Aizat makin bengkak, mungkin sebab tekanan intracranial yang naik. Tapi dia masih diam, tak buka mata.
Hati aku sakit, tapi aku tahu… aku kena terima.
Baru hari kedua dia di ICU. Aku tak boleh jangka apa-apa lagi. Cuma doa, doa, dan terus doa.


🌙 Malam di Balai Pelawat

Lepas waktu melawat habis, aku balik ke balai pelawat.
Masing-masing dengan hal sendiri. Ada yang baring, ada yang telefon keluarga.
Aku masuk bilik mandi, mandi lama sikit, biar air tu cuci penat dan perit hari ni.
Lepas tu aku solat, mengaji sikit, dan baring sambil pandang siling.

Air mata aku jatuh lagi — tak kuat nak tahan.
Rasa rindu, risau, dan letih tu bercampur sekali.
Aku cuba tidur, tapi tak lena langsung.
Bila tutup mata, aku masih nampak muka Aizat dengan semua tiub dan mesin tu.

Aku buka nota sekejap, baca-baca untuk exam esok.
Tapi mata kabur, fikiran jauh. Fokus pun dah hilang.
Akhirnya aku cakap dalam hati,

“Takpelah, aku dah usaha. Esok aku tawakal je. Kalau Allah permudahkan, syukur. Kalau tidak, aku tetap redha.”


Thursday, February 9, 2017

Dilema


Assalamualaikum ,


Entri 1st aku di tahun 2017 ,


Perjalanan hidup aku untuk tahun 2017 ni agak mencabar , cabaran dari tekanan jiwa , perasaan , family ,kawan , kerja dan kekasih hati .Aku tak sangka perjalanan aku akan sampai ke tahap ini , tahap yang lebih serius padahal aku x ready sepenuhnya dan xterfikir pun akan sampai ketahap sekarang . when family dah decide apa hak kau nak bantah , dan  kau sapa suruh bercinta ? dah serah hati nak berpatah balik padah jawabnya . so kalau kau sendiri x berani nak maju kehadapan dengan lebih serius baik xpayah bercinta kan , menyusahkan semua orang . sapa nak tanggung . Jadi suka x suka inilah perjalanannya . 



ok , so betulla orang cakap jodoh tu datang bila masa kita sendiri pun xtahu , mungkin perjalanan aku ni adalah jodoh yang telah ditetapkan . Insyaallah . masih berjalan ,masih belum sampai tempat dituju , mana tahu ditengah tengah perjalanan kami ni ada sekatan . jadi aku x boleh nak berharap sangat cuma tak berhenti berdoa agar perjalanan ini diredhai sehingga tetapanNYA . 


Bila fikir masa pasal nak kahwin , banyak benda yang nak kena keluar , duit mostly , kalau xbanyak duit pening la kepala , macam aku la ni , tapi aku tengah berusaha untuk cari duit lebih but then aku yang stress , huhu , lepas tu masuk blog sendiri , haha . ok . nasib ada blog , boley la nak mengadu , mengadu kat manusia , bukan semua manusia faham , dan bukan semua manusia bole terima kau seadaanya . yea aku tahu , kalau bab kahwin lelaki akan lebih stress sebab banyak duit yang dorang kena keluar berbanding perempuan ni tapi perempuan pun ada stressnya jugak . korang stress pasal duit , aku stress pasal lelaki , duit , family dan semuanyalah . ada je x kena. kadang kadang sampai rasa menyampah sangat nak hadap semua ni sampai rasa xkahwin pun xpe . haih .
syaitan .



Perkahwinan aku , aku sendiri yang support , family aku akan bantu yang lain-lain tu dan aku taknak menyusahkan mereka pun sebab bila nampak mereka tertekan aku lagi tertekan jadi aku taknak benda tu berlaku . biar aku stress sorang sorang . setiap perempuan idamkan majlis perkahwinan yang best , Aku selalu berangan nak macam ni , macam itu , but the end , realiti , kau orang susah , buat macam orang susah jealah , kan , so kalau rasa duit xbanyak buat jeala ala kadar , xpayah nak buat ikut selera hati angan -angan kau . dah sampai situ rezeki kau , terima jeala kan . sumpah aku cakap macam ni sebab nak tuju dekat diri sendiri . huhu .. walaupun rasa x adil tapi tetap kena bersyukur sebab Allah swt tu maha besar .



Tahun ni , aku kena berkerja kuat , double la hari hari sebab nak dapat duit OT  untuk buat kahwin . Duit hantaran bole guna untuk katering dan yang lain lain kenalah sendiri topup . sekian . semoga tahun ni rezeki aku murah sikit untuk majlis ni . nak lebih  , kenalah berusaha lebih . kalau x , xpayah kahwin , hidup sendiri sampai kesudah . huhu . xpea , tuhan xkan susahkan benda yang baik kan?.


Amin ,
semoga ada jodoh .
semoga perjalanan kita mudah .


Wednesday, September 30, 2015

Meet up buddies at Melaka !


21/9/2015
The Shore , Batu Berendam and Pantai Klebang . Melaka

Oh hye all , after beberapa hari operate tgn aku ni,  aku just rest lepak2 kat rumah and xbyk xtvt yg aku buat kecuali lepak dengan my bae overnite .

Then suddenly kudin one of my redang buddie ask me if i nak ikut dia ke x pergi melaka jumpa our buddie kadir kt sana . kadir bekerja di coconut shake batu berendam so we decided nk lepak dekat gerai dia la. . so i mmg ikut kudin . so now here we are .
layan jeala gambar sebab i dah malas nak menaip sbb my hand xmcm dulu .



















For me The shore nie mcm xda pape , tp i try unt ambik gambar cecantik by using my sjcam4000 . biase je the shore ni cuma kat sini kau bole nampak satu bandar melaka laa dan ada lantai colourless yg kau boleh nampak bawah.. okla. but aku rasa xberbaloi pun masuk sini just for something yg mcm ni jer. klu kau nak ambik gambar wedding tema garden is nice kt sini but kalau sesaja nak masuk baik xpayah . hehe.  sebab tiket dia mahal . okbye !

For the first time yes , but no for the second time .


















and u know what , im still dlm pantang time ni, and i cant minum or mkn sesuka hati but today i dont care about pantang larang , so i minum jugak coconut shake kedai kadir kerja ni . and pada malamnya my injured hand sakit gila babi. haha. so padanlah muka kan .


Just nice , after a month we can meet and ckp selamba sesama sendiri . sharing about our problem and else .. we just get more close i think .


dan Melaka sgt panas ! i xsuka tempat panas- panas ni , i senang peak ! haha

 
bye.

 

Tuesday, September 1, 2015

Bodoh

Kau jadi bodoh bila kau percayakan hidup ini sentiasa ada unt kau .
kau jadi bodoh bila kau sedang bahagia dgn orang yg kau xsyg .
kau jadi bodoh bila manusia sanjung kau ketika kau tinggi .
kau jadi bodoh bila kau banyak makan hati dgn manusia lain .

Monday, June 15, 2015

Marah

Bila orang marah aku ,
aku xkn balas kalau itu salah aku
tapi yg paling aku marah bila dia marah aku depan semua org
jatuhkan air muka aku dpn orang lain
bagus kan mcm tu..
kau mmg plg bagus pun
dah mmg kali pertama aku terima pt ,
aku mmg xthu apa -apa
salah aku sebab xtya orang lain bila xthu?
like hell la weh
aku dah banyak kali mintx tolong tp xda spa yg nak menolong aku chart
semua pun busy dekat pt masing masing
kau nak aku buat apa lagi? , pergi melutut suruh kawan kau tolong aku?
aku mmg xtahan tinggal sini
aku mmg nak blah dari manusia yg xpernah hargai aku
tempat aku bukan di sini
aku nak senangkan kau
dan kurangkan dosa kau bila mengata di belakang aku .

Alhamdullilah ,
kau sanjung aku punya kelemahan .

harap org lain xbuat mcm tu kat kau .


#ICU .

Saturday, June 6, 2015

tgn plisss

sejak aku kerja dekat ICU
tgn ex fracture ni makin sakit .
maybe sebab asyik positioning pt yg semuanya xsedar
Allah .
aku masih perlukan tgn ini unt tempoh yg masih panjang .
kau tunjukkanlah hidayah mu .
kau permudahkanlah unt aku memilih  .
berikanlah aku yg terbaik
sesungguhnya aku sedang berusaha .
tp aku masih xnampak mana satu pilihan.

Saturday, April 25, 2015

Bosan

u know what ..
aku xsangka selama ni aku studi penat penat 3 tahun akhirnya aku kena keja jaga mesin .. apa guna skill osce praktikal bagai yg aku belajar kt kolej dulu?? ..
yea. mmg.. boleh tambah pengetahuan lain .
tp..  masih terlalu awl unt aku dan aku rasa syg untuk tinggalkan skill yg boleh diasah lg nie..
jadinya , klu aku stil di tempat ni mmg aku hilang skill laa lps ni..
oh .. rugi weys . penat jea aku asah skill di tempat keja lama .
dan aku xsuka mesin .
aku xsuka .
kau dengar x? .
semoga semuanya dipermudahkan .
aku mohon sgt .
sesungguhnya apa yg aku ada sekarang adalah milik DIA
aku harus terima .

Thursday, April 23, 2015

Tears drop of my life

Salam ,

buat masa ni aku rajin update blog sebab kepala aku serabut dengan mcm-mcm benda . As u knoe la kan , aku kalau serabut , stress or dtg bulan mulala nak adrenaline tahap dewa . tapi kali ni ujian yg datang mmg kalah tahap dewa . aku xpernah terfikir pun hidup aku akan berubah sekelip mata seperti yg aku alami sekarang .


Aku sekarang bekerja di department lain , bukan di ED sudah . Yezzz , terkejut kan ? aku lagi la terkejut tahap beruk nak asystole sebab kalau korang kenal aku , korang tahu ED is everthing bagi aku . Entri aku yg lama boleh buktikan segalanya yg how much i love ED.


but now , no more ED . Aku ditempatkan di tempat baru . ICU! Yezzz , ICU .Sebenarnya aku ada choice nak pilih department ikut suka aku tapi i have no choice , Aku hanya nak ED faham x?!! tapi I can't choose ED ! So disebabkan aku xboleh nak buat choice so Ramai yg suggestkan aku masuk ICU sebab aku suka resuscitation patient , so katanya  bila aku masuk ICU aku boleh belajar banyak perkara tentang Resusitation patient dalam Intensive Care Unit  . Then , I just follow their choice , not my choice , something like paksaan bagi aku sebenarnya . tapi who care ? xda sapa kisah . xda sapa yg faham perasaan aku . xda sapa yg peduli even aku nangis sampai nak mati sekalipun . Yezz , masa mula- mula aku tahu aku kena pindah department stat , aku terus down gile . aku rasa no hope gile . aku rasa my life dah gone selamanya . aku dah malas nak teruskan hidup . aku rasa mcm semua orang xperlukan aku lagi . aku rasa mcm aku ni xberguna langsung , aku rasa semua orang xhargai aku . aku rasa aku ni bodoh sgt . aku rasa life aku ni xfair langsung . dan segalanya  negatif . Yg aku tahu aku asyik nangis je sepanjang hari  . sampaila aku xdapat nak pergi kerja dan terpaksa ambik EL sebab aku dah lemah sgt masa tu . Untuk hari terakhir kerja di ED aku cuba kuatkan diri aku untuk pergi kerja juga sebab aku nak rasai moment saat-saat terakhir bekerja di ED .


As i wish , hari terakhir aku bekerja di ED , Aku incaj RedZone  (5/4/2015) (ON Shift) . Hari tu memang moment yg paling berharga dan paling sedih dalam hidup aku . like seriusly masa aku kerja mlm tu , air mata asyik nak mengalir je , dah la mata dah bengkak time tu , aku terpaksa datang kerja pakai spek mata demi nak sorokkan sedikit bengkak pada mata tu dan mengharap xda workmate nampak aku sedang menangis .Hummm . aku xthu nk story mcm mana , tp  masa aku taip ni , aku still  lap air mata sebab terkenangkan saat - saat terakhir di ED tuh .Sakitnya ku disituh .


Juz , nak story sikit , aku dah bekerja di ED dekat 2 tahun . ED adalah tempat pertama aku bekerja selepas aku tamat diploma of nursing . ED mmg my 1st choice masa pemilihan department masa orentasi dan aku dipilih unt menjadi staf ED. Alhamdullilah rezeki pertama di ED. Tapi , rupanya , perjalanan aku di ED xpanjang  . Perit sgt rasa sebab pepindahan ini drastik sgt . Aku xprepare mental dan emosi langsung nak pindah tempat baru , sampaikan aku jatuh sakit seminggu (MC) la sebab kena serang denggi untuk kali kedua masa cuti rehat yg diberi . ohmylife~~



Sekarang aku dah hari ketujuh bekerja di tempat baru . Aku still xdapat nak lupakan ED. aku still xdapat lupa moment setiap shif di ED . Even ED tu sebuk sgt tapi am i care ? kalau aku suka , aku ttp suka . dah hati aku disitu .Bila di ICU aku rasa hati aku kosong sgt , aku xtahu nak pupuk minat tu mcm mana . aku xdapat nak sesuaikan diri lagi di tempat baru . Semangat ED tu masih kuat dlm diri aku .. and how ???
Aku mungkin nak biarkan masa memupuk minat aku di ditempat baru tapi jikalau sampai satu tahap aku dah xdapat nak tahan aku akan teruskan plan yg aku dah rancang bersama nenek dewa .



Korang , boleh x doakan aku terus kuat di tempat baru , aku ni lemah sgt . aku harap aku kuat . banyak sgt ujian yg aku kena tempuhi . aku xthu aku ni sekuat mana , sampaikan aku hanya tinggal kekuatan sahaja unt tempuhi semua ni  .



Bye .
TQ sebab sudi baca luahan hati si malang ni .
y my life so hard ... y?








Tuesday, April 21, 2015

Diary Travelog Korie : Sabah ( KK , Kundasang , Sapi Island )

26/3/2015 - 29/3/2015
Percutian ke Sabah ( Kota Kinabalu , Kundasang , Sapi Island )

Hye korang ,
Dah dekat sebulan kot aku pergi sabah , tapi baru sekarang ada masa nak update gambar ni . Lps balik dari sabah mcm -mcm jadi kot kat aku. Rosak habis aku punya medulla oblongata sbb nak tempuhi hidup aku ni . Penangan dari orang sabah ke apa ?. haha .
Ok , aku xnak cerita kat sini psl ni ,buat kacau mood je , nanti aku buat entri khas k .

Where are we ?
SABAH

Yeah , For the 1st time aku aku fly pergi sabah . Excited kemain weys . Aku da lama nak datang sini sebab bagi aku sabah adalah satu negeri yg ohsem kat Malaysia ni ,rugilah kalau orang Malaysia sendiri xmerasai apa yg ada di sabah :) kannn .Ok , Trip kali ni aku ditemani oleh member work-mate aku . Hidayah @ Nono . Kiteorang pergi under pakej Bard Mari Bercuti 4 hari 3 mlm . Pakej  Abg Bad ni memang terbaik , aku memang suggestkan kat korang kalau nak cari pakej travel ke sabah . Berpatutan dan semua tempat menarik In-Package .

Semua tempat nie aku pergi , tapi xsemua tempat ada gambar . kahkah .
  1. Mount Kinabalu / Gunung Kinabalu
  2. Kinabalu Park
  3. Kundasang
  4. Desa Cattle / Desa Dairy Farm
  5. Poring Hot Springs  
  6. Sabah Tea Plantation / Ladang Tea Sabah 
  7. Pusat Santuari, Ikan Kelah Jinak "Tagal" Sabah 
  8. Kota Kinabalu City 
  9. Sabah Museum / Muzium Sabah
  10. Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House Of Borneo
  11. Masjid Terapung Kota Kinabalu
  12. Pasar Kraf tangan 
  13. Pasar Filipina  
  14. Mari - Mari Cultural Village  
  15. Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway  
  16. Sapi Island .
  17. Grand Ilussion 

 
 
1st kenalkan  , workmate aku , Hidayah :) . 1st time aku keluar travel dengan member workmate . Yeala , bukan sng nak apply cuti sama- sama . Nie kira bernasib baik la ni.

Grand Ilussion







Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House Of Borneo




Kundasang
 




























Pusat Santuari, Ikan Kelah Jinak "Tagal" Sabah 










Sabah Tea Plantation / Ladang Tea Sabah
 








Poring Hot Springs 

 
Mount Kinabalu / Gunung Kinabalu
Kinabalu Park
 














Sapi Island .
Xterucap aku bila sampai ke pulau ni , air die jernih sgt . aku ni xboleh nampak air jernih ni , rasa mcm nak terjun laut terus sebab teruja punya pasal , seriusla org ckp , pulau -pulau dekat sabah memang terbaik . aku akuinya sendiri . memang sesuai sgt untuk korang yg minat scuba diving . Aku sendiri dah try scuba dekat pulau sapi ni , waaa , friendly gila ikan-ikan kat dasar laut . memang rugi ah aku xda go pro masa  skuba ni . 
tapi xpa , aku akan pastikan aku akan datang balik travel dekat sabah demi nak menikmati keindahan pulau-pulau  di sabah .aku akan pastikan aku akan pergi semua island dekat sabah sebelum aku asystole .
 
I LOVE ISLAND SO MUCH !!! 





















Kota Kinabalu City




Sabah Museum / Muzium Sabah
 






K la korang , sebenarnya banyak sgt yg nak aku ceritakan bagi setiap gambar sampai aku jadi muak plak nak menaip so last -last xjadi nak cerita semua . apa kata kita lepak sekali dan story psl travel sabah ni , baru la real kan :) .

dan sabah mmg terbaik , semuanya best ! . rasa mcm nak duduk sabah selamanya jea .
aiseyyy ...
ada x org sabah nak dekat aku ? haha .
dan , gambar hidayah je banyak .naik muak plak tengok gambar dia . hahaha. gurau weys . dah camera kat aku  , xkan nak selfie guna DSLR kot? Kekeke .

K bye , TQ la sebab sudi baca .



#gambar xsempat nak edit . Nie mmg original . Maaf aku xda masa . Nak upload gambar nie pun da makan byk masa , size besar kan .



Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !