"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label My Life as Korie. Show all posts
Showing posts with label My Life as Korie. Show all posts

Friday, September 1, 2017

Majlis bertunang Amirah X Aizat

Assalamualaikum ,

Alhamdullilah semuanya dah selesai dengan baik .
masa aku menulis entri ini aku dah 18 hari menjadi isteri kepada aizat . dan baru sekarang aku ada masa nak story cita kahwin ni . ok, untuk pengetahuan majlis tunang aku buat sehari sebelum aku bernikah , so sempat la jugak aku merasa menjadi tunangan orang ni . Ramai kawan kawan aku tanya kenapa aku nak jugak buat majlis tunang padahal esok dah nak nikah
Well , jawapan aku , aku nak mengikut adat kita , walaupun sehari je bertunang takpa , janji ada majlis  sarung cincin tu , aku nak merasa feeling emosi itu jadi aku xnak skip untuk bertunang .

Ok nak dijadikan cerita  12/8/17 hari pertunangan aku, kiteorang janji dengan keluarga pihak lelaki pukul 3pm berkumpul di rumah aku , sekali start dari pukul 2pm hujan turun  lebat gila dekat kawasan aku , sampaikan pukul 3pm tu hujan masih lagi lebat dan masa tu aku dah risau sangat macam mana keluarga belah lelaki nak datang rumah aku ni , dorang dah la 13 biji kereta , hujan lebat sangat la plak , aku mesej aizat tapi aizat xbalas , sekali tepat pukul 3pm  aizat dan rombongan dari keluarga lelaki tiba di rumah aku , lega rasa , then family aku jenuh payungkan dorang dan barang hantaran tunang ke dalam rumah . fuhh . syukur semua selamat . bila semua dah berkumpul dalam rumah , majlis pun bermula .

Bila tiba masa aku kena keluar bilik untuk menyarung cincin oleh mak aizat , berderau gila jantung ni haa , feeling tu dah terasa , mcm ni rasanya feeling bila  bertunang sebab ramai yang tengok kot , huhu . segan betul rasa tapi confident la sikit sebab makeup cantik , baju pun puas hati  dan aku juga sewa mini pelamin untuk tunang ni, so nampak la proper sikit kan , xkan la orang jauh dari melaka datang majlis tapi xde pape kan , so bila ada pelamin ni rasa sedap mata memandang  sikit .

Sedara mara aku ramai yang datang , dari KL, Perak dan sekitar Penang ,  Terima kasih sangat kepada korang yang memeriahkan majlis . kalau xda korang semua aku tak tahu la mcm mana jadinya majlis aku ni .

Alhamdullilah .
Aku suka dengan makeup tunang aku  ni , puas hati sangat . Thanks Arbi  dan butik Serambi Mempelai , Parit Buntar . Disini aku nak share sikit gambar gambar sekitar majlis tunang aku niuntuk kenangan masa depan

Lepas majlis ada jamuan sikit family aku buat , then dalam pukul 5pm semua dah setel , outdoor photoshoot untuk tunang x buat sebab hujan . sokay , xkesa . yang penting semua dah berjalan lancar .

Terima Mak , Ayah , Hafiq , Ikmal dan Adil & Kak Ana sebab jadi orang kuat pada hari ini .
Terima kasih  Nora,Nabilah, Hani,Azah,Ain sebab ada menemani aku pada hari ini :).
dan terima kasih kepada semua yang terlibat .  maaf xmampu nak sebut semua .

Hantaran kepada lelaki 7 dulang dibalas dengan Perempuan 5 dulang  .



















Friday, January 15, 2016

Flashback 2015 # Korie


Terasa baru semalam aku siapkan entri flashback 2014 aku , tup tup dah masuk tahun 2016 , apekah? cepat nau masa berjalan kan . ker aku yg lembap? haa .

Aku akan buat seringkas yg mungkin unt flashback 2015 .

1 . Ditukarkan ke ICU daripada ED , Damn ! masa tu aku rasa hidup aku , kerjaya aku dah nothing sebab aku syg gile nak tinggalkan ED tapi terpaksa juga . hari - hari aku nangis teringat tempat kerja lama , kawan lama . lepas tu bila masuk ICU sibuk nak tukar hospital sebab xnak kerja dekat hospital sekarang , so isi la borang tranfer bagi dekat sister , but borang kena reject sebab xda alasan kukuh nak mohon tranfer . Ingat nak hantar balik tapi sampai sekarang aku xhantar balik surat permohonan tranfer hospital sebab makin hari makin suka kerja di ICU .

2. Suspek kena denggi untuk kali kedua . MC seminggu .

3. Sebab stress dengan kerja so aku cari group BBM untuk teman travel , aku xkenal pun sesapa dalam trip tu , join jer trip pergi redang bersama . dan trip ni memang sangat membantu stress aku dan sampai sekarang aku still contact dengan buddies yg join trip redang nie .Start dari sini aku belajar berenang . dan timbul minat untuk ambik lesen diving .

4. Awal tahun 2015 , masalah aku dengan proton setel  dan dalam masa yg sama aku tinggalkan dia yusri ! . no more pain .

5.Perlu sangat kereta , so aku decide ambik jer used car ford fista . Aku xpernah minat pun kereta fiesta tapi ntahler kenapa beli jugak . maybe frust sangat dengan proton dan yusri yg menyakitkan . dan maybe nasib aku untuk dapat KDG 7706 nie sebab semuanya jadi mudah .

6.Operate tangan untuk buang besi dan kelloid . MC sebulan .

7.1st time raya puasa xbalik kampung sebab kena kerja . nangis jer .

8.1st time travel naik train ke krabi bersama nora .

9. Hari jadi yg bermakna dan terindah ( Langkawi) (port dickson) . terima kasih kerana hadir dalam hidup aku .

10.Sejak kerja di ICU berat bertambah 6 kg . Tahniah .

11.Stress nak simpan duit untuk tahun 2016 .tapi xsimpan2 pun .

12. Tahun dimana asyik lepak dekat bukit ampang dan genting highland jer :)

13. Akhiri saat-saat terakhir 2015 di taman KLCC semata-mata nak tengok bunga api . Terima kasih kerana merealisasikan wishlist aku nie.

Tahun ni , ramai orang baru yg hadir dalam hidup aku , aku hargai sangat-sangat . I Love all of you yg pernah gembirakan aku walaupun sebentar . semoga kenangan ini terus menjadi ingatan kita bersama . Semoga tahun 2016 memberi sinar bahagia kepada kita bersama . doakan yg terbaik .

Bye 2015 , Welcome 2016

Tuesday, August 4, 2015

Makan Hati

bila kau tahu hati dia sudah ada penghuni kau siapa nak masuk dlm hati dia , kau xmalu?
makanla hati . sakit .
mungkin jodoh aku xlahir lagi masa ini ,

Thursday, June 25, 2015

Nyawa dia

Tadi aku hampir mematikan seorang pesakit sebab dia adalah kes NAR  .

aku ckp mcm ni sbb pakcik ni hanya bergantung pada medication je , klu aku stop ubat habis tiada nyawa yg bersambung .
mcm aku pulak malaikat yg mencabut nyawa?
Astafirrullah hal'azim .
tapi pastikan dlu prognosis dia mmg sudah teruk .

sebenarnya..
aku xsuka jaga pesakit mcm ni , buat aku rasa bersalah walaupun hakikatnya mmg sudah begitu ..
susah wey.. kau akan rasa bila kau sendiri yg handle kes mcm ni..
kalau setakat sembang camgini kau xkan dapat apa yg aku cuba sampaikan..
kadang kadang klu pesakit yg AR kita rasa xpatut AR sbb kasihan tp hakikatnya kalau NAR kita pulak rasa bersalah . so mcm mna tu?
kau boleh tolong  jawab?.
siyes aku xsuka ..
boleh x aku bekerja tanpa ada kes mcm ni ..
aku harap aku dpt tukar dgn cepat dari ICU .

Wednesday, June 24, 2015

Debaran Karak - KL Highway

Salam ,
aku baru balik dari semambu pahang td , aku gerak dari ampang dlm pukul 12pm. perjalanan ambik masa 2 jam ++ . Aksi cucuk meyuncuk keta aku dgn keta satria neo td agak ghairah . aku speed dlm 200km/h dan jln td sgt lapang so xda hal la bro nak cucuk kau balik kan. peerh. bole tahan jgk fiesta ni . last2 bro bwk neo tu susur keluar so bosan laa sepanjang neo xda buat aksi menyucuk lg.. Masyaallah , nasib xda apa2. maaf jikalau aku keterlaluan td .

kisahnya ni , aku pergi semambu sebab nak ambik kereta najmina my housemate dekat perodua servis dkt semambu sbb baiki keta eksiden kena langgar org bulan lps .

setel hal kereta , kiteorang singgah jap pantai cherating sbb aku mengedik sgt nak shoot gambar pantai cherating . so memang aku byk shoot la kt situ tadi 😊😊😊

msa berbuka tadi aku berbuka dekat RnR temerloh . aku ambik menu ikan patin buah .. rasa dia mmg kaww dan terbaik. recommended sgt kt korang klu korang nk try

dan tadi masa otw balik ampang dekat jalanraya karak - kl tu aku mmg duk bawa dlm berhati hati sbb jalan situ berbukit dan sgt mencabar . semasa aku speed di lorong kanan , tetiba kereta dpn aku brek mengejut . aku yg tgh speed  lg terkejut beruk . habis semua brg dlm keta jatuh, ko bayangkan tekan brek mengejut di atas bukit , xke rasa mengelosor.. hadoii. aku tekan brek sekuat yg mampu td. sampai tayar aku bergegar pusing mcm nk drift tu.. punya takut keta aku cium keta dpn aku yg turut brek secara mengejut dpn aku. masa aku brek mengejut tu memang aku berdebar gile r sebab aku memang follow laju keta dpn aku tu.  sekali rupanya depan keta aku tu ada dua biji kereta yg baru eksiden dan tersadai kat lorong kanan dan lorong tgh. mmg semua keta brek mengejut tadi. nasib r.. keta belakang aku follow jauh sikit dari keta aku klu x , skali keta aku yg eksiden.. lps aku brek jarak keta aku dgn keta dpn aku tu dalam 5 inci gitu je.. bapak r sikit lg je nk touch. mengeletar aku tadi.. terus aku masuk kiri dan berenti di bahu jalan sebab nak tenangkan keadaan . 😥😥😥 takut gile rasa.. ya allah. nasibla xda pape tadi .. menyesal aku xsudah kalau jadi pape dekat bluemustang aku .

Mcm aku tadi , mmg aku x biasa dgn jln karak. ini kira pertama kali bawa keta kat sini.. mmg bahaya la jln raya ni.. dah la gelap, seram plak tu .. lori besar bersepah kt lorong tgh dan kiri , mcm terpaksa guna lorong kanan je sbb nk elak dari lori2 ni.. mmg pesen mcm tu ka highway karak ni?? pttla ramai yg eksiden area sini.

allah maha besar .
aku akuinya  .
syukur aku selamat .

Thursday, June 18, 2015

kebetulan lagi

aku kalau boleh xnak jumpa dia
tp asyik terjumpa je
lps jumpa semuanya jd mudah padahal dekat belakang kemain nak lari dari dia
kadang kadang aku xfaham
kenapa banyak sgt kebetulan antara aku dan dia nie  ..
walau lama mana pun xjumpa lps tu msti jumpa balik .
...
...
semoga aku dapat jaga hati kpd yg si dia yg tepat untukku .

hari ni aku hantar dia balik jumpa kesayangan dia .

teh tarik mamak kaw katanya
selayang / bidara

Saturday, June 6, 2015

tgn plisss

sejak aku kerja dekat ICU
tgn ex fracture ni makin sakit .
maybe sebab asyik positioning pt yg semuanya xsedar
Allah .
aku masih perlukan tgn ini unt tempoh yg masih panjang .
kau tunjukkanlah hidayah mu .
kau permudahkanlah unt aku memilih  .
berikanlah aku yg terbaik
sesungguhnya aku sedang berusaha .
tp aku masih xnampak mana satu pilihan.

Sunday, May 31, 2015

Bunga di telinga

semua org bisa sedih
semua org bisa celaka dlm hidup
semua org bisa ayu dgn hidup
semua org bisa terpaku dengan peristiwa
semua org bisa jatuh dan bangkit
tapi aku ..
xseperti kau
aku x setabah mana
aku selalu jatuh kelaut dalam
aku mencuba mencari cahaya
mencuba bersama
mencurahkan kasih
mencurahkan cinta
tapi mereka bukan tepat  unt aku
mereka hadir unt merasa saat bahagia
saat derita mereka gelap .
aku ..
perlu pulihkan hati
buang segala harapan yg sudah luruh
walaupun aku masih ada unt suka
ya.

Saturday, April 25, 2015

Bosan

u know what ..
aku xsangka selama ni aku studi penat penat 3 tahun akhirnya aku kena keja jaga mesin .. apa guna skill osce praktikal bagai yg aku belajar kt kolej dulu?? ..
yea. mmg.. boleh tambah pengetahuan lain .
tp..  masih terlalu awl unt aku dan aku rasa syg untuk tinggalkan skill yg boleh diasah lg nie..
jadinya , klu aku stil di tempat ni mmg aku hilang skill laa lps ni..
oh .. rugi weys . penat jea aku asah skill di tempat keja lama .
dan aku xsuka mesin .
aku xsuka .
kau dengar x? .
semoga semuanya dipermudahkan .
aku mohon sgt .
sesungguhnya apa yg aku ada sekarang adalah milik DIA
aku harus terima .

Thursday, April 16, 2015

what should i do for a life??

Tahu x ..
bertapa sakitnya aku bila bekerja di tempat yg aku xda hati..
bertapa sakitnya hati bila hari hari lalu di tempat kerja lama ..
aku nak jer masuk kerja seperti biasa di tempat lama
tapi..
apa dayaku..
ya Allah .
dugaan apakah ini.
aku sakit ya amat menahan rasa ini.
tolong berikan aku hati pada tempat baru ini.
jikalau tidak..
kau permudahkan jalanku unt memilih jln yg aku minat  ..
segerakan ku unt memilih ..
kau restuilah
kau berikan aku petunjukmu ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpamu .
aku masih tiada cahaya .
aku masih lemah .
aku perlukan somebody yg boleh guide aku..
berikanlah ..

Tuesday, April 14, 2015

#Throwback ED, bertahanlah wahai rasa .



Aku ada kehidupan , hidup aku menarik sekali ditambah dengan pelbagai thrill . kalau ada masa untuk dengar silalah , kalau tiada masa silalah beredar dengan suka hati .kalau setakat baca sebab nak cari kesalahan aku u should go and last word aku jgn pernah dtg balik kalau setakat nk carihal dgn aku. Aku xperlukan muka-muka , aku hanya perlu hati yg boleh membaca luahan hati aku dan menyimpanya dlm hati bukanya untuk dibuat mulut . Hidup aku xseindah mana , tetapi banyak pengisian yg aku dpt untuk sebuah kehidupan . Selama ini , aku banyak menangis dari ketawa , mungkin sebab aku xsyg air mata dan terlampau banyak perkara sedih yg berlaku dlm hidup aku . Aku cuba untuk bangkit setiap kali jatuh , bangkit dan bangkit dan mencuba lebih baik tapi DIA yg berhak segalanya tentang ceritera aku . ED adalah tempat pertama aku bekerja , I do love ED more than anything sebabnya aku xpernah terfikir department lain selain ED sbg tempat bekerja . Pada mulanya bila aku tahu aku ditempatkan di ED , aku rasa akulah org plg bahagia kat dunia ni .. rasa mcm baru dapat emas berketul ketul . Setelah hampir bekerja selama 2 tahun di ED aku belajar banyak perkara baru yg xkn mungkin aku dapat di tempat lain . Ya Alhamdullilah .


Tapi , kan aku ada ckp hidup aku penuh dengan thrill , so i cant make ED tempat aku bekerja selamanya. I have to move somewhere else department . jadi terpaksa la terima . cumanya aku mmg xpuas hati dengan cadangan ini . aku rasa mcm xfair . but ,
ckpla apa pun , nothing cant change now . I have to admit anyway . so apa yg aku ckp . belajarla untuk redha .Mungkin ini jalan yg lebih baik yg Allah swt nk beri untuk aku corakkan hidup aku ni .  so i have to accept it . ED is the best thing that happen in my life . aku bersyukur sgt sbb DIA beri aku peluang bekerja di tempat ini walaupun sekejap . Di sini aku dpt kenal dan belajar banyak jiwa , banyak hati , banyak muka dan byk situasi . Aku dah berjaya corak sedikit walaupun stil kalabu dari pandangan kabur mata. I had promise myself yg i will back at ED but not the same ED , maybe better than.. .InsyaAllah .
I need to grow up fast !!!



Doakan yg baik - baik .
Afterall , nobody perfect , y dunia xnak beri perkerjaan dekat si dia yg nak bekerja
yeah , maybe she lack somewhere , and y dont you fixed her to be better , not throw her .
semua org berhak dpt peluang unt berubah kot. .
I hope , this stupid thing will never happen again .
kesianla kat manusia tu , mereka ada rasa dan hati .
payah semalam mereka xpernah ambik peduli
Tuhan kau jangan izin hamba lupa .
paksakan ku tunduk sehingga mati .
Sayu aku .




Saturday, March 14, 2015

Hargai Kesihatan

bila kau kerja bahagian kesihatan
kau akan lebih menghargai kehidupan sebab hari hari kau akan tengok manusia mati depan kau .
setiap hari datang mcm mcm kes yg buat kau rasa kadang kadang penyakit ni kejam . sekarang kau sihat , kau diberi kekayaan , kau diberi kebahagian dan kau diberi segalanya tapi bila penyakit datang , aku harap kau dapat bersabar . kita xsemestinya sihat seumur hidup .

bersyukurlah dgn apa yg kita ada sekarang .

Monday, March 9, 2015

Alhamdullilah , Welcome Mustang !

Salam .
hi dunia .

Syukur Alhamdullilah ,
selepas hampir setahun aku kecewa dan terus kecewa dengan
satria neo--honda city -- dan yg plg hebat kecewa adalah dengan proton persona .
hampir 8 bulan nak settlekan hal dgn proton . dan cukuplah , aku xkan pilih proton for future kereta aku lagi. aku dah fedup gila dgn management proton yg sgt cpt tue . disebabkan masalah dgn proton ni , aku jadi stress sgt tahun lps .

Untuk aku dptkan sebuah kereta ni , mmg mcm2 aku alami, like seriusly . aku 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
xthulah kenapa dia uji aku begini .
dan aku percaya setiap kejadiaan  ada hikmat yg Allah swt beri.

dan alhamdulliah rupanya , semua ni terjadi sebab Allah dah plan yg terbaik unt aku , cuma aku yg xsedar . mungkin sekarang baru sedar . Allah xberikan apa yg aku mahukan tapi dia berikan sesuatu yg lebih dari aku mahukan . dan itu yg terbaik .

Subhanallah. hebatnya kuasa DIA kan.
sampaikan bila aku dpt mustang terus aku speechless .
aku xpernah plan unt beli mustang ni.
tapi Allah swt dah tetapkan dan permudahkan .
mmg xsangka .

jadi
bersabarlah dgn setiap ujian , dan ingat walaupun tiada harapan , hidup ttp kena diteruskan .

Thursday, March 5, 2015

Aku Tahu

dua tiga hari ni aku asyik layan lagu
-aku tahu -ungu band ja  . dari bgn tidur sampai ke tidur .

coba unt mengerti keadaanku yg xda life ni . tp alhamdullilah masih diberi peluang unt terus hidup .
syukur .

Sunday, March 1, 2015

1/3/2015

selamat dtg no.1 pada bulan 3
berdebar sgt aku nk menghadapi kau
xthu kenapa .
ya allah .
bantulah aku dengan berikan aku ketenanganmu .
harap harap tiada air mata
aku kena belajar kedekut
aku dah banyak membazir air mata pada hari hari lepas .
aku perlu tabah !

Friday, February 27, 2015

Bersyukur

selama aku kerja di kecemasan sbg paramedik .
aku belajar erti kesyukuran tentang hidup .
walaupun aku tiada itu tiada ini seperti org lain ,tapi aku still diberi kehidupan dan kesihatan yg baik .
Masyaallah . semua tu mmg infiniti .
Alhamdullilah .
apa lg yg aku mahukan?
kenapa masih merungut ttg hidup dan dunia yg sengaja dijadikan perantara ujian buat aku? .
aku dah nampak ramai yg menderita dengan penyakit itu  , penyakit ini tanpa mengira umur , pangkat ,harta dan bangsa .
seksa . aku harap mereka terus kuat.
bilamana aku masih xsedar yg Allah swt tu maha kuasa dan bila bila masa sahaja dia boleh tarik nikmat yg aku rasai sekarang . jadi apa guna yg aku kejar dengan dunia?
sampainya masa kita akan sedar sendiri kenapa sesuatu itu terjadi pada kita .
kita mungkin masih xnampak .
kita mungkin masih kelabu tentang hidup.
tp ingt , dia adalah sebaik baik perancang.
bersyukurlah dengan apa yg diberi pada kita sekarang sbb diluar sana berjuta lg saudara kita yg bernasib mlg 10x ganda dari ujian yg kita hadapi ini .
belajar untuk redha , ikhlas dan syukur .
tutup mata , cari mata iman ,teguhkan hati pada Allah swt . kau pasti akan rasa perasaan itu .

Mereka tidak faham

aku .
takut sgt nk mengutuk org itu buat slh , org ini buat slh .
aku takut nak bergosip liar
aku takut nak ckp sesuatu walaupun hati sudah nak menjerit
aku takut mereka xfaham .
aku takut mereka salah faham .
aku mmg xkn masuk port dengan suara suara gosip
aku percaya hukum karma itu ada .
dan manusia mmg sng buat dosa .
dosa aku sudah banyak .
aku takut akhirat , jadi
aku lebih suka buat hal sendiri dari meyebuk hal org lain
tapi
aku xboleh nafikan
aku sgt mengambil berat tentang sesuatu
walaupun mereka xnampak
aku syg sgt pada semua
aku pandang semua org baik
aku xsuka rasa buruk tentang seseorang .
aku terlampau jujur dan innocent
itu adalah sgt kelemahan aku .
tp kenapa mereka xpernah faham .
aku mmg xsempurna
dan kenapa tiada dia untuk sempurnakan aku?

moga bahagia

sunyi
kupandang langit
dalam hati hanya ada dia
dia yg menjadikanku
dia yg mengujiku
dia yg melahirkan perasaan yg kurasakan ini  .
aku harap aku dpt jadi gadis yg terus tabah .
dugaan xputus putus
moga suatu hari nanti
aku bahagia .
moga moga
doakan aku .
aku masih mencari diriku .

Friday, February 20, 2015

Biadap

hilang sabar aku dgn org biadap dgn aku
namun,
aku masih punya hati untuk menjaga adap dgn kau .
sebab mereka yg kusayanggi mengajar aku begitu .
aku bukan lemah
tp masih hormat akan kau
jd
aku xkn tengking kau balik .
aku harap kau sedar
apa yg kau lakukan kat aku adalah satu kesalahan .
moga kau dpt hidayah daripadanya
memandangkan hati aku sgt sakit dibuat kau .

dunia.
penuh dgn orang bongkak .

Apabila tidak disukai

aku selalu diperhatikan
dinilai sedasyatnya
mungkin disebabkan kekhilafan aku yg lps
ditegur seperti hamba dihadapan manusia lain
adakah aku sebuah robot yg xthu erti malu ??
aku xfaham dgn segelintir manusia
kenapa eh sentiasa xpuas dgn aku
barangkali aku ini terlalu muda sampaikan semua  hilang hormat pada aku .
xkesah, hormat kea x
tp kenapa aku x ditegur secara elok2x .
adakah aku pernah menengking kau?
adakah aku pernah melawan kata kau?
selama ni aku ikut jea
tp kenapa hari ni kau menengking aku .
sudah
hati aku sudah sakit .
aku xkan maafkan kau .
sebabnya
aku mmg xbersalah .
kau mmg plg sempurna dlm dunia.
suka hati kaulah
bagi aku mulut aku xberguna unt kau
kau mcm nk aku sujud dgn kuasa yg kau ada .
kau siapa?
tuhan aku ?
xboleh belakangkan kau padahal kau yg bertanya di belakang aku ?
siapa yg biadap?
dtg2 , tnpa salam. terus tengking?
kau ingt org sukala mcm tu?
sbb tu aku diam .
janji aku xpernah melawan kau .
sikap kau yg tetiba wasangka buruk kat aku tanpa siasat betul betul .
lps tu serang aku secara begini , mmg biadap .


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !