Hi blog ,
Tiada kata ingin diungkap selain rasa bersyukur dan sujud kerana tuhan kurniakan rasa dan perasaan bahagia seperti ini . Perasaan yang aku sendiri tidak boleh nak tafsir dengan kata kata . Sebelum aku nak mulakan entri ini, termenung lama aku memikirkan apa yang aku nak coretkan dalam entri ini .
Aku Amirah dan Aizat adalah bakal suamiku untuk beberapa hari lagi , Insyaallah .
Sebenarnya proses perkenalan kami sudah beberapa tahun , banyak sangat memori aku dengan dia ni tapi satu pun aku xpernah share dalam blog atau dimana mana laman sosial aku sehinggalah bila hampir majlis baru aku rasa selesa untuk ceritakan pada blog, saja nak share dalam blog ni sebab nanti dah tua aku akan cari balik pos nie , so nanti bole fefeeling memori berkasih .
Kiteorang plan untuk kahwin ambik masa beberapa tahun jugak sebab pada mulanya aku x nak pun kahwin lagi. Berapa kali aizat ajak aku kahwin tapi aku tolak atas alasan tak ready dan banyak lagi impian aku yang masih tak dicapai, salah satunya aku nak bekerja di Arab . Sepatutnya awal tahun ni aku dah apply kerja dengan melorita dan kalau aku lulus dalam tempoh ketika ini mesti aku dah fly kerja dekat arab tapi itulah orang cakap manusia ni boleh merancang tapi tuhan itu yang tentukan . so ini adalah jalan diberi . Insyaallah mungkin jalan ini yang terbaik buat aku . doakan yea .
Untuk prewedding ni , aku yang pilih tempat dan aku yang letakkan konsep ini, semua tahu aku suka travel dan Aizat pun suka travel jadi kami jadikan tema travel sebagai konsep prewedding kami . Sebenarnya Pemilihan lokasi prewed ini mulanya aku nak buat di Stesen Keretapi Kuala Lumpur tapi after discuss dengan Jimmy (camera man) , kami cancel lokasi tersebut sebab rupanya untuk shoot prewedding di situ memerlukan kami untuk buat bayaran permit kebenaran . Disebabkan kami taknak membazir , aku pun research tempat tempat menarik area KL , sekali keluar gambar Morroco Pavillion, Putrajaya terus jatuh cinta dan aku bagitahu Jimmy dan dia pun setuju .
Okey , Pada hari prewed , aku bawa semua barang barang travel yang aku ada di rumah untuk dijadikan prop dalam gambar . Sampai je lokasi , aku keluarkan semua prop dan tunjuk kepada Jimmy dan kami pun mula berimaginasi bersama dan hasilnya seperti yang kami impikan . Syukur . Pemilihan photographer yang tepat ! korang xtahu , bukan senang aku nak pilih photographer untuk wedding aku ni , banyak team photography aku dah survey dan akhirnya baru jumpa yang kena dengan hati . seriusly , aku cerewet kalau bab gambar, bukan apa aku hanya harapkan gambar yang terbaik untuk masjlis kami .
So ini adalah hasil gambar gambar Pre wedding kami sekitar Morroco Pavilian Putrajaya dan sekitar Taman Saujana Hijau dengan bertemakan 'Travel' . Terima kasih sayang sebab perform dengan baik . I Love you bae. Terima kasih kepada Jimmy untuk naskhah indah ini ! rasanya dah tak sabar nak shoot untuk majlis kahwin plak nanti.
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada utusan yang mulia Rasulullah SAW dan para sahabat.
Dengan
rasa rendah hati dan penuh syukur ke hadrat Allah SWT, kami ingin
menjemput keluarga, saudara mara, guru-guru, sahabat handai dan para
kenalan untuk ke majlis walimatul 'urus kami.
Majlis Pihak Perempuan:
Ahad, 13 Ogos 2017 bersamaan 20 Zulkaedah 1438H
12.00pm - 5.00pm
Bertempat di :
Dewan Perda Sungai Acheh , 14310 Nibong Tebal, Pulau Pinang .
Semoga dengan kehadiran para tetamu berserta iringan do'a daripada kalian membawa keberkatan daripada Allah SWT.
Mohon
do'akan agar baitul muslim yang bakal dibina sentiasa di dalam
redhaNya, dipenuhi mawaddah dan rahmat Allah hingga dapat bersama-sama
di syurgaNya. Allahumma amin.
https://www.facebook.com/events/162316004330553/?ti=cl
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo