"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, August 28, 2018

Persediaan saya sebelum kelahiran my 1st baby .


Salam, 
Finally ada jugak masuk terluang nak update ni, Ok kali ni aku nak share pengalaman aku beli brg untuk persediaan menyambut bayi . Untuk 1st time mommy mmg excitedlah mcm aku ni so sbb tu aku nak jugak buat jurnal pasai benda ni .

Aku start beli brg bayi lepas aku dpt tahu jantina bayi, masa tu dah nak masuk 4 bulan tapi xdelah beli beria sgt, beli brg kecik2 dulu, lps masuk 8 bulan waktu tu aku dah lengkapkan barang barang persediaan ini sbb preparationlah sbb takut baby kuar awal, ini pun dah lambat prepare. termasuklah beg aku dan bayi unt warded dan bersalin nanti . 

Kebanyakkan barang aku beli dekat Shoppee, Lazada, Corousell dan TCE baby Expo Midvalley . Contoh dekat Shoppee dan lazada aku banyak beli brg kecik kecik mcm krim sapu, beg bayi, milk storage bag dan byk lagi, kenapa aku beli dkt sini sbb aku dah compare harga dgn kedai bayi  kat luar even dkt manjaku mall pun harga xbole nak lawan dengan harga dkt shoppee dan lazada, lagi murah dan berbaloi, xpyh nak penat kuar .  Corousell plak tempat org jual prelove item, exclly byk brg prelove baby kat sini, kena pandai cari tau tapi kadang2 tu rezeki jugak dapat yang baru, contoh mcm aku, aku mmg aim nak beli Breastpump Eve Love Diva, retail price dkt luar standard rm500++ yg baru , sekali aku usha dekat corousell ada akak ni nak jual breastpump ni dgn harga rm300 je siap dpt waranti kad dan percuma 10 kotak milk storage bag eve love, dan kenapa yg aku happy sgt ni sbb breaspump yg dia jual tu the new one, masih seal, dia jual sbb husben dia tersalah beli brand lain so dia tolak dekat corausell, xsangka dia tolak murah camtu, murah rezeki dia. so dekat sini aku dh jimat rm200 . Alhamdullilah . Tips nak beli dekat corousell ni hang kena selalu refresh app dan always scroll2 brg baru, biar kita yg nampak dulu sbb brg baik org cpt sebat meh . lps tu kdg2 tu pandai2 la menawar, haha .


TCE baby expo pulak, memandangkan rumah aku dekat je dgn midvalley so rugilah kalau aku terlepas peluang ni,  dekat sini banyak sale kaw2 untuk brg2 branded, senang cerita brg berkualiti tggi ko dpt beli dgn harga murah, mana nak cari kalau bukan dkt expo bayi plg besar ni kan. tapi nak habaq nak mai time expo ni hang kena hadap sikit laa, time ni parking akan sentiasa penuh dan dkt tapak expo tu bersemut manusia, sungguh pun mcm tu hang xkan menyesal nak dtg next expo sbb expo ni mmg best . ok tempat mcm ni sesuai kalau hang beli brg besar2 dn mahal , contoh mcm stroller ke, breastpump ke, carrier ke, botol susu ke , pampers , memang serius berbaloi .

oklah tu, serba sedikit pengalaman yg aku nak share, apapun ckp mmg sng nak beli itu ini tapi senua ni bergantung kpd kewangan keluarga hang la. ada duit lebih dpt la lebih sikit. xde duit beli yg perlu dan murah2 sudahlah. janji ada dan selamat digunakan.Apapun aku puas hati bila dpt semua brg persediaan ni. Syukur Alhamdullilah.






















No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !